Friday, January 3, 2014

Tua.

Assalamualaikum.

Untunglah suami. Ramai yang kata muka dia nampak muda dari usia sebenar. Bila aku cakap umur dia 32 tahun, Pakcik aku siap melopong-lopong mulut dengan muka tak percaya. Apa nak buat, ditaqdirkan Tuhan muka dia awet muda. Kadang-kadang rasa menyampah jugak. Nanti orang kata aku lagi tua macamana? Padahal aku masih muda remaja.

Harijadi dia tahun ini terpaling kesian. Dengan aku yang sakit tak larat nak bangun. Langsung tak ada preparation masa birthday dia. Kesiannya. Malam birthday, jaga isteri yang terlantar. Picit kepala aku, picit badan lagi. Kejap-kejap bangun, tengok suhu badan isteri, tengok isteri masih bernyawa lagi ke tidak. Sadis betul T_T

Esoknya baru buat kenduri doa selamat kecil-kecilan untuk dia. Time tu pun aku dah boleh bangun sikit-sikit. Ajak dia beli kek walaupun dia kata tak apa, tak payah susah-susah untuk dia. Mana boleh. Masa birthday aku siap ada kek minion, ada bunga dia siap masak Ayam Penyet apa semua. Buat baik dibalas cinta. Eceh. Lain macam pulak peribahasanya. Aku gagahkan jugak bangun, kemas rumah, kemas bilik, sembur sikit perfume sana sini. Penat mengemas, aku duduk sekejap ambik nafas mintak nyawa. Lepas tu aku sambung kemas semula. Sudahlah Adam dia punya ligat masyaAllah. Memang urut-urut dada mohon diberikan kesabaran. Aku kemas hall depan, dia bawak lari penyapu aku. Satu kerja pulak nak meligan dia. Aku terbongkok-bongkok mop lantai, dia cucuk bontot aku pakai pistol mainan. T_T

Dalam sakit-sakit macam tu, berjaya jugak aku masak Nasi Ambeng untuk suami. Nasi Ambeng tu kira lejen lah dalam masyarakat Jawa. Kalau kata kenduri ada Nasi Ambeng, memang win lah. Okay aku tipu. Bukan aku masak. Tapi Emak yang masak. Aku tolong tengok aje sambil baring. Lepas Maghrib, berkumpul sama - sama dengan family kecik makcik aku sebelah Emak aku. Abah baca doa selamat dan kemudian Nasi Ambeng pun selamat kami kerjakan anak-beranak. Alhamdulillah. Sedap dia, pehh. Sedap hingga menjilat ibu jari kaki jiran sebelah.

Sinar keimanan yang memancar-mancar sungguh ni.
Alohloh. Sayang Papa ye?
Selamat hari lahir, Hafizal Elias!
32 tahun dah umur boyfriend aku ni.

Teringat dulu hadiah pertama yang aku beri dekat dia masa first time sambut birthday sama- sama, golf cap Adidas warna biru gelap. Entah mana entah golf cap dia tu. Itu masa 14 tahun yang lepas. Nak bagi hadiah pun malu-malu kambing. Mesti menyampah kalau tengok muka sendiri waktu tu. Kehkeh.

Tahun ni belum beri hadiah lagi. Suami tak habis fikir lagi. Mohon janganlah mintak yang mahal-mahal. Ranap nanti duit tabung Kambing aku.

Untuk suami,

Selamat hari lahir suami. Semoga Allah mencintaimu.

Ucapan tahun ini simple aje.

Yang lain, aku cakap dalam hati. :')

Untuk kita kita aje! Eceh.

Dah. Babai!

No comments :