Tuesday, February 18, 2014

Apa Mak Bapak Nak?

Assalamualaikum.

Sejak - sejak cuaca panas lain macam sampai kepala aku naik bengap bila tiba waktu tengahari ni, aku rasa aku punya sifat sabar dah semakin terhakis dah. Lagi - lagi kalau kelas waktu tengahari, tambah lagi dengan perangai budak - budak yang semakin lama semakin buat kau rasa macam nak berpencak. Memang mencabar.

Kadang - kadang aku tak faham betul dengan budak - budak zaman sekarang. Engkau orang ni nak belajar ke tidak sebenarnya ni? Bila aku kasi latihan lebih sikit, masing - masing buat muka cencurut sembelit sambil kutuk aku dalam hati. Macam aku tak tahu. Tu belum lagi kalau aku bagi extra kerja macam kena cari reading article ke mende, mesti berbakul - bakul aku disumpahi. Karang kalau aku tak bagi kerja rumah karang, kalau budak - budak ni tak pandai, aku jugak yang kena nanti. Satu hal pulak nak menjawab dengan pentadbir. Tu belum lagi nak menjawab dengan Emak Bapak. Memang tahap stress dia boleh cecah tahap bunuh diri.

Aku dok perati, budak - budak sekolah sekarang macam dah tak ada daya saing. Lagi - lagi sejak wujudnya PBS ni. Aku tengok masing - masing macam ayam berak kapur. Pasif manjang. Kalau bagi jawapan pun entah hape hape. Kalau tak kuat iman, aku rasa melayang jugak kasut ke muka. Sudahlah kau tanya lain, dia orang jawab lain. Lepas tu ketawa - ketawa macam kelakar. Mentertawakan kebodohan sendiri. Aku pun tak faham.

Lepas itu dia orang punya manja, nauzubillah. Pantang tercuit. Terus naik mahkamah nak saman cikgu. Aku pun tak tahu, hukuman apa kami boleh buat bila budak - budak ni buat salah. Tak bawak buku, tak siap kerja, tak bagi perhatian dalam kelas, makan dalam kelas. Yang lagi buat darah menyirap, makan chewing gum dalam kelas. Serious rasa macam nak tumbuk. Tu belum lagi kalau time anak - anak murid buat perangai biadap. Memang sesungguhnya rasa macam nak bagi penerajang. Tapi tak boleh. Sebagai seorang guru, kita kena cool kentang. Sabar. Eh sabar tak sabar. Kalau dah biadap, takkan kita nak tengok saja saja je ye dak?

Aku tengok, anak - anak zaman sekarang macam dah hilang hormat dekat cikgu - cikgu. Aku tak salahkan dia orang seratus peratus. Kadang - kadang, golongan cikgu - cikgu sendiri buat perangai macam tapir. Tak ada peribadi seorang cikgu langsung. Itu pasal anak murid hilang hormat. Ada golongan macam ni. Tapi tak semua. Emak bapak pun kena support sikitlah kami golongan cikgu - cikgu ni. Kalau kami denda anak tuan puan sampai ada terluka sana sini, janganlah terus serang kami. Tanyalah dulu apa - apapun. Datang sekolah, bincang baik - baik. Bawak buah tangan ke, buah anggur ke, karipap frozen ke. Kami ni, mustahil naik tangan kalau kami tak betul - betul hilang sabar.

Cikgu - cikgu ni bukan apa. Kadang kalau kami pukul, hukum tu bukan sebab benci. Tapi nak suruh dia orang sedar yang dalam dunia ni tak ada benda yang datang golek - golek. Semua kena usaha. Sekolah pebenda namanya kalau dah nak masuk bulan 3 tapi buku teks selalu tak bawak, buku latihan macam celaka apapun tak buat. Tu namanya nak belajar ke tidak tu? Nak nak lagi bila ditegur, buat muka macam nak mintak kaki. Maka kakilah yang kami bagi. Kami ni manusia. Sabar kami pun ada batasnya. Takkan anak - anak murid buat perangai pailang, kami nak tengok sambil senyum - senyum pulak.

Nanti bila kita caring dengan anak - anak tuan puan lebih sikit, kami dituduh bela anak ikan pulak. Ini paling tak boleh blah. Mungkin ada sebilangan guru - guru yang buat benda - benda lahanat macam ni dekat sekolah. Tapi janganlah samakan kami semua pulun sama rata. Ada jugak yang ikhlas, dan tak ada niat terselindung contohnya nak jadikan anak - anak tuan puan semua anak - anak ikan bilis kami. Kadang - kadang anak - anak tuan puan semua ni lebih suka berkongsi cerita dengan kami berbanding dengan emak bapak dia orang sendiri. Maklumlah kami ni guru - guru dah macam kaunselor tak bertauliah, pendengar paling setia, penyelesai masalah. Bila dia orang meluah, kami tukang tadah. Dengar. Bila dah rapat, timbul pulak gosip tak berapa nak sedap kata kami nak bawak lari anak tuan puan pergi Siam ajak kahwin lari. Tak swaglah macam ni.

Bila difikir - fikir. Apa sebenarnya Emak Bapak ni nak ye? Bila dipukul, kita kena saman. Bila disayang - sayang, kita kena caci pulak, Habis kami ni nak buat apa dengan anak tuan puan semua ni bila mereka buat salah? Bila mereka langgar peraturan? Bila mereka perlukan bahu untuk luah masalah? Bila mereka perlukan kawan untuk mencurah rasa? Remaja ni, dia lebih percayakan kawan daripada Emak Abah. Macamana kalau dia orang salah pilih kawan? Apa yang kami boleh buat sebenarnya? Dilayan teruk salah, dilayan baik salah. Kami pun dah naik confuse. Macamana nak didik , macamana nak bentuk kalau apa pun tak boleh?

Emak bapak kena support sikitlah.

Sebelum apa - apa, kita boleh bincang duduk satu meja. Kenal dulu cikgu - cikgu anak - anak kita. Bila Emak Bapak ada hubungan silaturrahim yang baik dengan cikgu - cikgu, secara tak langsung anak - anak nak buat salah pun naik segan. Mungkin kalau anak tuan puan balik - balik je ada birat dekat tangan, selidik punya selidik rupanya anak dia kena rotan dengan cikgu. Janganlah terus serang cikgu, piat telinga dia, cubit pusat dia ke apa. Bawak duduk. Bawak bincang. Mungkin anak tuan puan tadi perangai dia selama ni depan cikgu dah macam siamang liar. Cikgu tadi dah tak boleh nak tahan ke apa. Tu yang kena libas sekali dua. Kita tak tau kan? Sekurang - kurangnya dengan berbincang macam tu, semua benda insyaALLAH senang nak setel. Jangan marah - marahlah.

Kami pun ada maruah. Sudahlah maruah kami ni murah. Bila - bila masa orang boleh pijak - pijak. Sekurang - kurangnya bagilah kami pembelaan yang sewajarnya. Kami ni, walaupun jasa tak banyak, tapi janganlah sampai terus dinafikan. Ye tak?

Teringat dulu masa zaman sekolah, bila tak dapat jawab soalan Tatabahasa Bahasa Melayu Tingkatan 3, cikgu suruh kami lari padang sampai muntah - muntah mulut keluar buih (Cerita benar eh ni!) Tu belum yang semput separuh nafas macam orang nak putus nyawa. Mana yang pengsan, mana yang tumbang tak bangun - bangun. Mana yang rentung lagi (Lari tengah panas!) chillax je kami. Takde nak mengadu itu ini dengan Mak Bapak. Jadi manusia jugak kami akhirnya.

Jangan manjakan sangat anak - anak kita tuan puan.

Takut - takut esok - esok, anak - anak kita dah tak boleh nak jadi orang.

Dulu anak murid. Sekarang dah macam kawan - kawan. Nampak sebaya aje haa.

Dah. Babai.

6 comments :

ahmad mujahid said...

Zaman sekarang , mereka berani pijak kepala cikgu2 sebab diorang ingat diorang dah dewasa sangat tahap belajar PBS macam master phD ,

Fiza Kushina Noor said...

setuju sungguh. mcmana nak mendidik kalau semua hukuman tak bleh buat? pbs buat bdk jd lagi malas tahap cipan. nak pk pun malas.

ddJaafar said...

inilah luahan cikgu yang paling swag!

ok.frankly lah kan.dd pun sangat tak suka org yang manjakan anak kat sekolah.cikgu marah tak boleh,cikgu cuit tak boleh.agak2 kalau cikgu tak boleh usik anak,takpayah la hantar anak ke sekolah.makbapak sekolahkan sendiri jelah kat rumah!

dd sendiri masa sekolah dulu kena hukum macam macam dengan cikgu.alah,cpb tengok sendiri la muka dd yang nerd ni.mesti dapat agak sehari berapa kali kena lempar kapur dengan cikgu,kena rotan kat betis,tapak kaki,tapak tangan..ni.buku jari ni kena ketuk dengan pembaris skala yang tiga bucu tu.rilek je tahan nangis padahal jari dah berdarah.TAPI sikit pun tak pernah report kat mak abah.sebab kalau bagitau,bertambah lagi agaknya sakit tangan dengan badan.gitu lah gayanya kita kena hukum zaman sekolah.mak abah mana tau.diorang tau,anak dia baik la ni kat sekolah.takde report menda punn..

budak skrg manja.over pun ada..dd sendiri kalau hantar anak (pra) pergi sekolah,cikgu pulak bagitau dia piat telinga anak.sebab anak dd nangis buat putaran helikopter nakkan kertas A4 byk2 nak buat jet.cikgu siap bagitau tu..kemain.takutnya kita marah bila anak sendiri bagitau agaknya.kesian cikgu2 kan?padahal tu tugas dia dah.

selagi hukuman logik,masuk akal,kena dengan kesalahan..dd tak kisah cikgu nak hukum anak murid macam mana.jangan sampai makan rumput,aibkan depan org amai..sudah.

eh.panjang pulak.ngalahkan tuan rumah tulis blog pulak.kakakka.

Cik Puan Bunga said...

@ahmad mujahidBetul jugak. Kadang-2 rasa macam nak give up jek rasa. Huuu!

Cik Puan Bunga said...

@Fiza Kushina NoorKemahiran berfikir macam semakin terhakis. Budak pandai kekal pandai budak tak pandai "Ada aku kisah?" gitu.

Spoon fed sangat-sangat. Kalau cikgu tak bagi input jangan harap depa nak cari sendiri. :/

Cik Puan Bunga said...

@ddJaafarBetullah DD!

Dulu masa sekolah macam - macam cikgu buat kat kita eh tapi nama nak mengadu dgn parents memang jangan haraplah silap-2 mak bapak tambah lagi ada. Jarang jugak ada kes-2 parents serang sekolah. Malu gila babi kot kalau ada parents yang sampai dtg serang cikgu. Dulu tahap cikgu memang lejen habis.

Tengok sekarang. Sikit-2 nak saman cikgu, sikit-2 nak salahkan cikgu. Cikgu ni langsung macam tak boleh buat silap. Silap sikit , habis semua kisah cikgu ditelanjangkan. Sadisnya!

Terima kasih komen panjang lebar! Hihi!