Saturday, February 15, 2014

Bunyi Hati Sendiri Meretak

Lama aku bermuhasabah diri.

Cari..
Mana silapnya.
Apa yang aku salah buat?
Mana langkah yang pincang?

Aku tak pernah rasa terhina sampai ke tahap macam ni. Bila orang salah sangka dekat kita. Bila orang anggap kita perempuan murahan yang tak ada harga diri. Terasa sangat sampai ke hati. Aku bukan orang alim ulamak. Ilmu agama pun cetek tahap - tahap buku lali. Tapi halal haram tu aku masih tahu beza. Masih tahu mana hitam putihnya. Masih tahu betul salahnya.

Depan kita orang senyum.
Kita sangka orang tu memang betul - betul senyum.
Manalah kita nak tahu, kan?

Kalau aku salah, tegur aku depan - depan. Betulkan. Bukan cakap belakang - belakang. Tanya aku biji butir, cerita sebenar.

Mungkin memang betul salah aku. Baik sangat dekat orang. Senang sangat tabur sayang sana sini. Fikir yang dunia ni indah, warna macam pelangi. Walaupun hakikat yang sebenar, dunia inilah tempat loji tahi. Silap langkah, salah perhitungan, berkubang dalam najis. Kita baling bunga, kita tak minta pun orang puji sana sini. Kalau kita buat ikhlas, kita tak akan pernah tadah - tadah muka minta dibalas. Tapi, kalau kita baling bunga, orang nak balas balik baling dengan tuba, sikit banyak, rabak jugak dalam hati. Ye tak?

Tak apalah.
Orang cakap aku macam - macam.
Orang buat aku macam aku tak ada hati perasaan.
Macam aku tak ada maruah diri.
Tak apalah.
Ini peluang aku nak muhasabah diri sendiri.
Ini cara Tuhan ingatkan aku jangan cepat sangat maniskan hati.
Tak semua orang suka kita.
Tak semua orang kenal kita.
Tak semua orang faham kita.

Rabak macamanapun hati ni, aku percaya, Tuhan tahulah Dia punya kerja. Adalah tu perancangan Dia untuk aku. Pedih sayu sebak macamanapun jiwa ni, takkan sekali - sekali mematahkan semangat aku untuk terus tabur bakti. Sedangkan Nabi pun orang baling pakai tahi. Lagikan aku ni yang cuma manusia marhaen, picisan tak ada nilai erti. Tak apa, Yatt. Tak apa.

Senyumlah. Sabar. Istighfar banyak - banyak supaya Tuhan ampunkan dosa. Nasihat aku kepada diri sendiri. Kalau rasa nak nangis pun, nangislah. Bukan kena bayar pun. Doakanlah yang baik - baik. Biar palat macamana sekalipun orang buat kita, jangan pernah serik sebarkan cinta. Jangan pernah putus asa lebarkan sayap kasih sayang penuh bahagia.

Hanya ada satu cara untuk lawan rasa benci.

Dengan cinta sepenuh hati.


"Tuhan,
Sewaktu Kau merencanakan hati ini untuk disakitkan, dirabakkan, direntankan - lalu disiram dengan rasa perit, pedih, tersiat lalu meretak dengan darah merah yang mengalir, yang membuatkan aku enggan untuk berjuang demi kehidupan buat seketika..
Adakah itu sebenarnya Engkau sedang mengelus - elus jiwa kotang imanku dengan sepenuh kasih sayang dan rasa cinta Mu Ya Tuhan?

Adakah aku diuji kerana Engkau menyintai aku?
Adakah bahagia menanti aku dihujung cerita,
andai aku lalui semua kebencian manusia ini dengan penuh rasa Redha?

Andai Iya jawapanMu Ya Rabb,
maka Kau bantulah aku.
Berikanlah aku ketabahan,
kekuatan,
kecekalan,
Iman,
Redha,
dan Taqwa..
Untuk segala - galanya Ya Allah.

Untuk segala - galanya..."

......................


6 comments :

Linda said...

Pernah jugak kena mcm ni...mmg retaklah hati tu...pastu malas fikir...hihi

Cik Puan Bunga said...

@LindaSamalah. Sekarang pun malas nak fikir. Tapi asyik terfikir-fikir! :D Acaneeee?

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Semoga terus tabah (^^,) Ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku...
Cheers...hihihi~

Cik Puan Bunga said...

@Siti Nooryanawati MohamedYah. Terima kasih! :) Insyaallah akan terus tabah! Jyeaaahh! Hihi!

Anonymous said...

Hati saya pun meretak baca puisi tu..
Cik Puan Bunga, mohon copy puisi tu buat pemujuk jiwa yg duka lara ni boleh?

Dang Wangi

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousEh sila sila ! :)