Saturday, February 22, 2014

Labbaik Allah Humma Labbaik.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan tahap kejelesan dalam jiwa remaja tua aku ni, memang jeles. Gila tak jeles? Emak dengan Abah dengan Maklong satu family dapat peluang jadi tetamu Allah, dapat peluang mengerjakan ibadah Umrah, dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci. Peh. Dia punya jeles, tak dapat nak diungkapkan dengan kata - kata.

Takpe takpe. Aku membuat cubaan memujuk hati sendiri. Satu hari nanti, InsyaALLAH jejak jugak dua tapak kaki aku ni nanti ke sana. InsyaALLAH!

Sepanjang Emak hampir dua minggu dekat sana (7hb Feb - 19 Feb 2014) memang aku anak beranak terkontang - kanting tak ada arah tujuan. Merempat sana sini especially bila tiba time makan. Ya Allah sadisnya T_T Nasib baik Embun waktu tu cuti sem, atas belas ihsan dia, dapatlah kami semua menjamah nasi dengan lauk yang asal ada. Maklumlah, aku ni bukan pandai sangat nak masak. Karang rentung dapur tak pasal pasal. Sambil makan nasi, sambil airmata berlinang rindukan Emak. Lagi - lagi waktu pagi, selalu kalau sebelum pergi sekolah tu Emak buatkan air susu, ni bila Emak tak ada, jangankan susu, air masak pun tak ada siapa nak sediakan untuk aku. Sudahnya, aku togok ajelah air liur. Sadisnya Ya Allah.

Melepas rindu guna Whatsapp ajelah. Itupun kadang - kadang, Kalau time Maklong on internet, dapatlah updates perkembangan dia orang dekat sana sambil bergossip sikit - sikit. Kalau tak, handphone dipandang sepi ajelah. Rindu memang tak terkata. Mana pernah jauh lama - lama dengan Emak. Rindu masakan Emak, rindu nak dengar Emak membebel. Sobss.


Bila tengok gambar Emak , rasa rindu membuak - buak pulak lahai mengalahkan orang bercinta. Hari - hari tengok kalendar. Kira hari bila Emak nak balik. Tak sabar nak jumpa Emak. Tak sabar nak tidur sama dengan Emak kalau suami kerja malam. Biarlah Emak berdengkur sampai dengar ke kampung sebelah sekalipun. Rindu gila vavi sesungguhnya!


Bila Maklong kata Emak tak sihat, demam, tak selera makan, alahai risau pulak. Kalau depan mata boleh jagakan. Ini dah jauh beribu - ribu kilometer. Macamana nak jagakan? Doa ajelah yang dapat diposkan dari tanah Malaysia ni. Doakan semoga Emak Abah dan Maklong sekeluarga dapat menunaikan umrah dengan sempurna dan mendapat umrah yang mabrur. InsyaALLAH.

Dating yaw!
Seronoknya dapat tengok Kaabah dengan dua bijik mata sendiri.
InsyaALLAH.
Satu hari nanti , ke sana jugak.
Amin.
:)

Dah. Babai!

No comments :