Tuesday, March 18, 2014

Baju Muslimah. Tutup Aurat Dengan Swagnya.

Assalamualaikum.


Baiklah kawan - kawan para pembaca budiman sekalian, sebenarnya ramai juga yang tanya mana aku dapat blouse - blouse labuh panjang ala ala muslimah yang aku selalu pakai kalau keluar pergi mana - mana. Jenuh jugak nak menjawabnya sebab baju - baju tu semua bukan aku beli dekat mana - mana pun. Aku hantar design dengan kain bahan dekat tailor dan tailor jahit ikut design yang aku buat tu. Blouse macam tu rasa dia memang lapan ratus kali ganda lebih selesa , tutup aurat dan buat kita bebas bergerak tanpa perlu nak risau kalau - kalau ternampak kelibat babat dimana - mana.


Sebenarnya, bukanlah susah mana pun nak cari blouse muslimah macam tu. Zaman sekarang ni pun fesyen muslimah dah mencapai satu tahap revolusi yang lebih berketrampilan dan jugak dah berani main dengan warna - warna color-block yang swag habis. Masih mengekalkan objektif asal pemakaian iaitu kekal menutup aurat, pemakai tetap tampil anggun dan cantik sedunia, dan bukan lagi dilabel sebagai 'pakai baju style makcik - makcik'. Peh. Ayat. Dah macam baca majalah fesyen pulak. Kihkoh.

Terutamanya untuk wanita yang berhijab (Ecehceh. Nak jugak guna istilah berhijab!) Okay okay, terutamanya untuk wanita yang bertudung, Baju Muslimah ni, selain baju kurung dan juga peplum, merupakan pilihan yang paling utama sekali. Dahlah banyak pilihan, banyak design, color dia pulak macam - macam, material dia pelbagai, pendek kata, cakap je nak apa, pattern apa, insyaaALLAH kalau kena gayanya, memang jumpa. Tak payah susah - susah nak cari kain hantar tailor jahit. Upah jahit lagi. Kan?


Untuk yang malas nak keluar rumah shopping dekat Mall, malas nak drive, malas nak cari parking, malas nak kena hujan kena panas, berpeluh ketiak sana sini, jangan risau, jangan nak kusut - kusut, duduk depan TV pun boleh nak shopping baju - baju Muslimah macam ni. On laptop, bukak web zalora.com.my , search baju Muslimah dekat situ, haa dan silalah menjamu selera mata dengan pelbagai range koleksi baju - baju Muslimah yang ada dekat situ. Harga dia pulak memang berpatutan dan setanding dengan kualiti produk yang ditawarkan. 


Jenama - jenama terkemuka Malaysia dengan kepelbagaian rekaan dan warna, dijamin akan membuatkan mata engkau orang semua tak berkedip selama beberapa belas saat. Wah, melampau pulak melebih - lebihnya ayat. Shopping dekat Zalora ni engkau orang tak payah nak risaulah, sebab ikutkan pengalaman bershopping dengan zalora sebelum ni, servis diaorang memang tiptop cap jempol. Dengan customer service dia yang efisyen, memang rasa secured habis shopping dekat sana. Eh cakap banyak pun tak guna, engkau orang pergi sendiri dan rasailah pengalaman bershopping online yang paling mengujakan. Eceh. Ayat ! Bahaha !

Yang penting, cantik, trendy dannnnn menutup aurat ! :)

Okay dah. Babai!

13 comments :

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Comel2 je design baju/dress muslimah ni...
Boleh tutup aurat dengan bergayanyaaa (^^,)

Cik Puan Bunga said...

@Siti Nooryanawati MohamedKan? Yang penting jangan melebih-2, kang jatuh tabarruj lah pulak. Lari pulak objektif asal tutup aurat ! :D

imantizz_truper said...

imantizz suka jugak pakai baju muslimah..cuma blaus ja tak sentuh lagi..lagi sopan kalau pakai dengan kain,hehehe..

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperBelum tahap nak menyopan lagi. Kahkah.

lovelywa said...

bajunya dah sopan tapi tang suar tu hurmm tak menepati ciri2 muslimah lg..sbb pkai ngn legging/yg menampakkan bentuk kaki..

Siti Nooryanawati Mohamed said...

@Cik Puan Bunga A'ah...melebih2 pun xboleh jgk. Tapi stilll boleh bergaya walaupun bertudung, untuk sesapa yang minat fashion n style. Hehehe...

Cik Puan Bunga said...

@lovelywaSabar. Pelan - pelan. Yang penting istiqomah. Itu bukan legging. Tu seluar biasa. Kain khaki, mungkin kaki kecik, kurus sikit, nampak macam ikut bentuk kaki. Sebenarnya biasa je pun. Insyaallah, satu hari nanti sarung jugak kain. Istiqomah, istiqomah.

Cik Puan Bunga said...

@Siti Nooryanawati MohamedYang penting kemas, bersih, wangi, tak busuk. Setel. Haha.

Nur Balqis Qahira said...

asslm sis..slm pknlan..cantik2 baju tu,my favourite..

Cik Puan Bunga said...

@Nur Balqis QahiraKan? :)

cik amal said...

cantik laaaa... labuh but preety ;)
singgah sini.. moga tuan blog ni dimurahkn rezeki.. aamiiin..

Cik Puan Bunga said...

@cik amalAmin. Terima kasih! :D

Cik Puan Bunga said...

@cik amalAmin. Terima kasih! :D