Friday, March 21, 2014

Biru Kuning Lambang Kebanggaan. SEGA Pulang Dengan Kejayaan.

4 hari berkampung dekat Stadium UTHM, aku membawa pulang kehitaman kulit, jerawat bersepah dekat muka, sakit-sakit badan, demam dan migraine yang bertahap hantuk kepala dekat dinding, sebagai ole ole Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Batu Pahat 2014.

Sungguh win perasaan dia.

Oh sebelum engkau orang salah sangka dan menganggap aku adalah jurulatih kontinjen sekolah, sebenarnya aku Chaperone saja. Ikut kontinjen sekolah atas tiket Guru Pengiring Dan Tugas - Tugas Khas. Dan yang sebenarnya aku tak tahu apa - apa langsung pasal olahraga sukan sukan bagai ni. Serious. Jadi aku pergi stadium setakat buat kerja - kerja rencam, hias khemah, pastikan khemah bersih, teratur, kasut-kasut dan beg-beg atlit rapi tersusun. Itu saja. Kadang-kadang aku pergi ambil ais. Dan setiap pagi, aku bawa atlit sekolah datang stadium. Bila habis acara untuk hari tersebut, aku lipat kanvas, kutip sampah, kemas khemah, susun dan simpan barang - barang. Itu aje. Tugas aku tak penting dan tak berapa mencabar.

Okay, bukan nak cerita pasal kerja aku.

Aku nak cerita pasal atlit sekolah aku. Dan jugak team Olahraga SEGA yang penuh dengan kontroversi.

Kami ni sekolah kampung. Peralatan untuk latihan track & field memang banyak yang tak cukup. Acara 400meter punya, atlit sekolah aku berlatih untuk yang 300meter punya sebab padang tak cukup besar. Berlatih untuk acara pagar lagi kelakar. Entah mana - mana pagar entah coach diorang pergi ambik. Spike memanglah sorang satu, tapi spike entah apa - apa. Kongsi - kongsi dengan atlit tahun lepas punya. Serba kekurangan betul. Kalau spike koyak, atau paku tercabut ke menda, pandai-pandailah nak cari spike mana. Peruntukan memang sedih nak cerita. Nama aje sekolah projek sukan, peruntukan untuk olahraga macam Lagenda Naga Tasik Chini. Tak pernah nampak depan mata. Gebang dia satu dunia.

Sungguhpun begitu (Ayat buku teks),

Aku perati jurulatih-jurulatih atlit SEGA memang tahap dia dewataraya. Jenis yang tahan maki tak kenal putus asa. Kau cakaplah apa aje memang pesen masuk ikut telinga kanan, keluar ikut telinga kiri. Team Olahraga SEGA penuh dengan kontroversi. Dari sekecik-kecik benda sampailah sebesar-besar benda. Sentiasalah nak menongkah arus. Nak jaga budak - budak sukan bukan satu kerja yang senang. Biasalah, budak - budak sukan ni bukan semuanya pesen yang cemerlang belajar. Dalam kelas pulak ada yang boleh tahan pailangnya. Nak nasihat pun bukan boleh main sembur saja, silap haribulan, mogok pulak budak - budak tu taknak turun training. Senang kata, banyak benda nak kena tahan sabar urut dada, dek kerana nak melayan karenah budak - budak ni.

Jurulatih dekat sini kena main peranan. Bukan hanya dekat padang. Pantau sahsiah budak - budak sukan. Pastikan dekat sekolah, dekat asrama, kena selalu buat perangai manusia. Mental, jiwa semua kena bersedia. Pantang silap sikit, lima jari tuding dekat muka. Itu yang kadang - kadang hilang sabar jugak, makan maki jugak budak - budak ni. Tapi itulah, dah namanya pun mendidik, alhamdulillah jugak budak - budak ni semua jenis yang kalis seranah. Sikit - sikit, ada yang mula tunjuk nak berubah.

Tahun ini, kontinjen SEGA mengungguli Kejohanan MSSD Batu Pahat 2014, dengan 30 Emas, 20 Perak, 13 Gangsa. Buat pertama kali setelah entah berapa tahun lamanya duduk belakang SMK Dato Syed Esa, juara bertahan sejak entah bila. Ada jugak dengar suara - suara rabak, pertikai kemenangan SEGA. Ada yang kata PPD sengaja lambakkan atlit dari sekolah rendah ke SEGA semata - mata. Ada yang kata ini memang percaturan orang atasan , nak bagi SEGA dapat nama. Konspirasi betul. Ini mesti jenis yang banyak sangat baca surat khabar haluan kanan kiri ni. Aku geleng kepala.

Kalaupun betul PPD lambak atlit sekolah rendah dekat SEGA, ingat prestasi diorang boleh terus mencanak ke kalau tak ada latihan? Diorang punya latihan memang tahap muntah belahak tau tak? Orang sedap cuti sekolah duduk rumah tengok kartun, diorang berhempas - pulas, berpanas berhujan training dekat padang. Setiap hari, tak ada masa berhenti bersenang - lenang. Kawan - kawan yang lain sedap -sedap jalan - jalan, hang out dekat Mall, diaorang nilah yang korbankan masa cuti untuk drill itu drill ini sampaikan aku sendiri naik menyampah tengok padang asyik penuh dengan budak lari sana lari sini. They never stop training.

Jadi tak adil kalau nak kata atlit SEGA atlit terpilih. Sebab aku sendiri yang tengok dengan mata kepala gigih tak gigih atlit dengan jurulatih sama naik sama gila berlatih dekat padang tak kira masa. Banyak masalah, banyak kekangan, banyak halangan, aku tak nampak pun itu semua sebagai pematah semangat. Diorang terus jugak tebas rintangan kiri kanan, buat jalan tuju puncak.

Dan aku, secara peribadinya, dan dengan penuh rasa bangganya, berpendapat bahawa atlit SEGA tahun inilah yang paling baik sahsiah, dengar kata, perangai terpaling senonoh sekali dalam sejarah SEGA hantar kontinjen dekat Kejohanan. Semua dengar kata. Bila aku suruh susun kasut susun beg, semua susun kasut susun beg. Semua tahu apa nak buat. Bila surih warming up, takde sorang pun yang buat muka atau melawan walaupun time tu matahari tengah terpacak atas kepala. Khemah tersusun sentiasa. Walaupun aku bukan jurulatih diaorang, tetap jugak diaorang dengar kata. Tak membantah kalau disuruh.

Bila time makan, semua ambik makanan tak berebut-rebut, duduk diam - diam dalam khemah, makan sama - sama. Sampah tak ada yang bersepah - sepah. Lepas makan, terus ramai - ramai pergi masjid, solat. Tepat pukul 2petang, masing - asing dah terpacak dalam khemah semula. Kalau pun ada yang merayap sana sini, gertak sikit, dah berduyun - duyun balik khemah. Sejuk betul rasa hati haa. Walaupun masing - masing star sekolah, tak ada yang mendabik dada buat perangai diva. Semua memang lindungan Kaabah. Aku memang sangat - sangat bangga dengan perangai diaorang. Sungguh.

Time atas track, semangat dia orang memang lain macam. Pesen macam nak lari acara dunia. Gaya, mutu, keunggulan sungguh. Macam atlit wakil Malaysia padahal pusing - pusing Parit Raja jugak.

Sebab itu, Tuhan kasi menang kot?

Board ni aku bawak dari sekolah yaww.
Tengok muka beriya masing - masing.
Penyokong.
Ultras SEGA.
Budak - budak baik.
Atlit - atlit SEGA.
Tunggu penuh sabar.
Ada cikgu seorang tengah gigih posing.
Kejayaan yang digondol. Digondol yaww!
Kudos, untuk ketua jurulatih SEGA yang tak pernah kenal erti putus asa. Encik Rashid. Orang cakap apa, dia buat saja. Orang asak kiri kanan, dia buat relaks buat tak faham. Yang layak terima pujian, selayak - layaknya, aku rasa memang dialah orangnya. Dia kepalanya. Kami ini kaki tangan saja. Aku lagilah. Daki - daki badan aje agaknya. Kihkoh!

Le Captain.
Dan tak keterlaluan rasanya kalau aku kata, Kontinjen SEGA tahun ni antara yang terawesome sekali di alam semesta. Hats off untuk Cikgu Malik, Cikgu Osman, Cikgu Zaman, Harith, Kak Mizarina, Oat dan yang terpaling istimewa, untuk guru Tugas - Tugas Khas yang sungguh berdedikasi sekali, yang sampai gatal - gatal kena gigit ulat bulu, yang kerjanya asyik nak susun kasut susun beg, gantung itu ini, tegakkan softboard, kutip sampah, buat air, tuang ais, lipat kanvas, dan bermacam - macam lagilah kiranya, iaitu diri aku sendiri. Kehkehkeh.

Mana nak jumpa, tengah - tengah panas, kejohanan sukan cemtu pun dia boleh selamba pakai blusher siap eyeliner lentik - lentik macam tu?

Tak ada.

Dia sorang aje. Kahkah.

 Ayuh SEGA!
(Sila cari manusia paling beriya)

Okay dah. Babai!

8 comments :

Nurul Afifah Majid said...

hye cikgu nak tanya ni . skloh cikgu acara 110 berpagar perempuan 15 thun ad hnter tak . klu ad hntar ad tk yg mnang acara berpagar 110 meter permpuan ? no bpara ?

Cik Puan Bunga said...

@Nurul Afifah MajidAlamak, tak ingat. Banyak sangat, kena check semula :)

mied ayimie said...

Keh3..pecah perut baca ulasan sukan dr cikgu tugas2 khas ni....Wpon hanya sekecil2 sumbangan, ia tetap melengkapkn kejayaan itu.

TAHNIAH SEGA!!

CPB~ Lentikan eyeliner & maskara ttp kene menten walau apa jua situasi.

imantizz_truper said...

biru kuning kau..hahahaha

Cik Puan Bunga said...

@mied ayimieBiasalah kak. Pesen manusia sedar diri. Kahkah!

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperKennnnnn??? HAHA!

miminadam said...

wahh ! tahniah SEGA. SEGA tetap dihati :') rindu Mrs. Yatt

Cik Puan Bunga said...

@miminadamMeh ah datang sini weehhh! :D