Abah. Hidup Sampai Forever Boleh?

Aku jarang bercakap dengan Abah.

Hampir 31 tahun hidup , memang aku tak banyak bercakap dengan Abah.
Kalau dulu masa kecik - kecik, Abah bercakap dengan aku guna rotan atau tali pinggang atau batang ubi. Heheh. Bila dah besar - besar macam ni, sepatah dua patah ajelah aku kalau borak dengan Abah pun. Selalunya, dalam satu - satu conversation tu, lima enam ayat aje dialog aku dengan Abah. Lepas tu, bunyi cengkerik.

Bukan aku tak sayang Abah.

Cuma, entah. Aku tak pandai nak borak - borak dengan Abah. Dulu masa kecik, banyak sangat menyusahkan Abah. Dah besar pun, menyusahkan lagi. Tumpang duduk rumah Abah. Aku ni, dari kecik sampai besar asyik nak menyusahkan Abah. Anak paling degil. Paling tak pandai. Tak sudah - sudah bawak bala dalam rumah.

Tu masa keciklah. Bila dah besar, walaupun belum mampu nak bagi Abah hidup mewah, tapi cuba sedaya upaya taknak kasi Abah hidup susah. Belum mampu nak kasi Abah duit ratus - ratus setiap bulan, tapi cuba sedaya upaya bantu cukupkan keperluan rumah. Alhamdulillah, biarpun tak mewah, setiap hari kami makan nasi walaupun lauk cuma ikan goreng cekik leher. Ada rumah selesa untuk berteduh. Ada Astro, boleh Abah tengok wrestling tanpa gangguan.

Orang kata , perangai aku semua macam Abah. Degilnya, keras kepalanya, panas barannya. Semua tu sifat Abah. Bangga. Mana tak bangga. Perangai degil inilah yang aku bawak sampai ke besar. Kalau tak kerana degil nilah, takkan mampu aku nak berjodoh dengan suami. Tuhan bantu, lagi Emak Abah restu. Panas baran pun, Abah cepat cool. Macam akulah. Marah takdelah berpanjangan. Abah masa muda, handsome! Patutlah anak - anak Abah segak - segak. Genetik bagus. Pun bijak - bijak. Sebab Abah jenis manusia yang rajin membawa, ambil tahu hal sekeliling, setiap hari Abah tak pernah miss tengok berita. Abah paling pantang kalau anak - anak dia bodoh. Bodoh ni bukan kata bodoh sebab tak pandai, tapi bodoh sebab, dahlah bodoh, kau taknak pulak usaha bagi pandai! Aku rasa, dalam adik beradik, akulah yang paling kenyang makan libas batang ubi hadiah dari Abah. Aku selalu buat fi'il. Kata Abah.

Bila Abah dah semakin merangkak tua, tenaga Abah pun dah tak segagah dulu, badan Abah yang dulu tegap pun sekarang dah semakin diratah uzur, plastik ubat - ubatan pun dah semakin membukit dalam laci Abah, tak ada apa yang aku harapkan selain kemaslahatan Abah disepanjang usianya. Aku doakan semoga Abah sentiasa gembira dan sihat. Alhamdulillah, Abah dah jejak tanah Mekah. Terima kasih untuk kakak sulong yang dah bawak Emak Abah jejak Mekah untuk menunaikan umrah. Insyaallah, kalau ada rezeki sampailah Emak Abah ke Mekah untuk ibadah haji pulak. Insyaallah.

23 Jun lepas, genap usia Abah 70 tahun.

70 tahun weh.

Alhamdulillah Abah masih sihat, penglihatan Abah masih bagus, Abah punya pendengaran pun power. Abah masih boleh naik motor jalan - jalan bawak cucu - cucu dia. Boleh ke masjid, boleh pegi ngeteh dekat warung kopi dekat Pekan. Abah masih kuat nak menyawit, nak uruskan kebun dia. Alhamdulillah.

Aku sayang Abah.
Entah Abah tau ataupun tak. Tapi, aku sayang Abah.

Birthday dia hari tu, aku wish Abah bila aku balik dari sekolah.
"Bah, Happy Birthday!" Speaking pulak aku. 
Nasib baik Abah handal. Abah angguk je sambil senyum sikit. Kan aku dah kata, aku dengan Abah pesen yang borak tak banyak. Aku orderkan Abah kek cheese pandan, Emak masakkan Abah nasi ayam goreng rempah dengan air laici. Kita orang buat doa selamat kecik - kecik, makan anak beranak dengan keluarga Makcik aku. Jadilah. Happy betul Abah.

"Nanti Abah potong kek, ambik gambar. Emak pakai cantik - cantik." Kata Abah.

Aku selalu mintak sama Tuhan, kalau boleh, biarlah Abah hidup sampai bila - bila. Biar Abah tengok anak cucu dia sorang - sorang jadi manusia. Biar Abah gembira. Kalaupun Tuhan nak panggil Abah 'balik', biarlah lepas Abah dah betul - betul bahagia atas dunia ni. Lepas itu, aku selalu doa, mintak sama Tuhan, masukkan Abah dalam syurga. Duduk sana baik - baik adanya, tunggu kitorang datang adik - beradik sama Emak, sama suami - suami kami, sama anak - anak kami. Ye , Abah? Kita hidup sama - sama dalam syurga Tuhan. Tempat benda - benda baik dan bahagia berkekalan. Amin ya rabb.

Untuk Abah,
mintak - mintaklah suatu hari nanti, aku ada peluang untuk jerit kuat - kuat dekat telinga Abah,

"Bah, Lina sayang Abah!"

Selamat hari jadi, Bah!

Babai.

Read More»

Kita Pendosa.

Assalamualaikum.

Musim panas. Bila berjalan dari kelas ke kelas, banjir ketiak aku. Hari - hari aku mengidam ABC. Panas! 

Lepas tu nanti tiba - tiba ada mulut Masjid kata "Alah, baru panas dekat duniaaa, belum dekat neraka lagii!" Okay, apa masalah engkau sebenarnya? Aku panas. Dah tu? Kau nak suruh aku pasrah aje? Ke nak suruh aku gantung kipas dekat ketiak?

Okay apa aku nak cakap sebenarnya tadi?

Ha. Panas.

Bukan sahaja cuaca yang panas, isu - isu panas juga tak kurang melanda Malaysia.

Aku tengok, setiap hari, ada saja benda yang rakyat Malaysia nak gaduhkan. Nak marahkan. Nak makikan. Nak spazzed kan. Nak circular kan. Ada aje. Sejak akhir - akhir ni rakyat Malaysia dah jadi masyarakat yang post and share. Segala jadah berita tak kiralah nak soheh ke tidak, semua nak dishare selagi boleh share. Tak kiralah dekat cara yang paling old school iaitu dari mulut ke mulut, atau guna teknologi yang paling latest sekali, melalui media massa.

Kalau share benda betul, takde hal jugak. Ni jenis yang rajin share pitenah, yang share benda yang tak betul, tu cemana cerita dia tu?

Kita berada dekat zaman dimana seorang Abah boleh saja memaki anaknya dekat laman sosial. Kita berada dekat zaman dimana belasah orang sana sini bukan lagi satu benda pelik. Zaman dimana budak sekolah rendah darjah empat dah lima belas kali putus cinta. Senang kata, kita berada di zaman yang dah tibanya pengakhiran dunia. Segala benda - benda yang manusia buat masa zaman jahiliyyah dulu, kita buat pada masa sekarang tanpa segan silu lagi dah.

Agama? Kita letakkan harga. Kita perdagangkan.

Terbaru, pasal seorang anak manusia yang Emak dia kurung, abaikan sampai kurus kering budak tu. Baju dia pun sampai dah mereput dekat badan. Dan kita, menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Sana sini berita tersebar dengan cepat baq hang. Dalam masa tak sampai sehari, cerita tentang si Emak yang kejam ini dengan si anak yang sungguh kesian ini kalau kita compile kan, dia punya tebal, kalah eksiklopedia binatang - binatang liar.

Tiba - tiba, si Emak yang sebelum ini entah sapa - sapa, terus jadi trending dekat Twitter. Rakyat Malaysia pulak dia punya handal cari maklumat, aku rasa pegawai - pegawai CIA pun boleh tabik spring. Segala macam maklumat yang kita perlukan tentang si Emak ni tadi capcuss zassss terus dapat dekat hujung jari. Cerita yang tak ada pun, terus diada - adakan. Sampaikan kedai runcit dimana si Emak tadi selalu berbelanja membeli ubat gigi pun kita sibuk cari dalam Google Maps. Dalam masa tak sampai 24jam, kisah dua beranak ni terus mendapat perhatian media dan perhatian seluruh Malaysia. Gempar.

Yang mengeji, peh. Tak payah nak cakap. Semua jenis perkataan keluar. Emak tak guna, Emak musibat, Emak kejam, Emak perangai cam haram, tak berperikemanusiaan, semualah keluar. Berbakul - bakul si Emak tadi mendapat maki. Serta caci keji yang lemak berkrim malah ditambah - tambah pula disana sini. Rakyat Malaysia, kalau suruh mengarang karangan yang bertemakan anjingan ni, memang beginiiii (Cap jempol). Handal.

Aku bukan tak marah, aku marah. Reaksi pertama aku bila aku tahu berita ni adalah, aku terasa nak terajang Emak dia dekat muka. Betul. Tapi bila aku fikir - fikirkan balik, yang buat dosa tu dia. Yang menghadapi benda tu dia, yang menghadap si anak hari - hari tu pun dia, wallahi kita tak pernah tahu apa yang dia rasa, apa yang dia alami. Semua kata - kata kita ke dia tu, berdasarkan tanggapan dan pendapat kita, dipandu oleh laporan media. Hati perut dia, kita tak tahu.

Iye memang. Kita Emak Bapak yang baik. Kita tak buat anak kita lagu gitu. Anak kita cukup pakai makan. Baju anak kita harga ratus - ratus, anak kita makan minum hanya dari makanan yang terbaik, kita belikan anak kita buku tebal - tebal kamus dewan bagai walaupun umur dia baru 4 bulan. Kita bagi dia susu badan eksklusif selama 2 tahun. Kadang - kadang siap terlebih. Bilik tidur anak kita siap ada lampu liplap liplap, kita sekolahkan anak kita dekat tadika yang terbaik yuran sebulan sama macam bayar monthly installment Honda Civic. Iya. Kita Emak Bapak yang baik serba - serbi.

Tapi cara kita keji si Emak tadi tu, macam kita suci tak ada dosa. Amboih, dia sajalah yang salah. Kita sajalah yang betul. Emak dia kejam, Emak dia bodoh, Emak dia penipu kata miskin padahal duit gaji banyak, Emak dia perangai macam binatang. Penuh satu bakul kau umpat keji dia. Semua cerita dia, kita gali, kita korek dalam - dalam. Kita sebarkan dekat umum. Kita kata, biar, jadikan tauladan, biar orang lain ambik pedoman, biar dijadikan peringatan. Itu aib orang tu yang kita buat main. Aib orang. Tuhan kata, kau jaga aib orang, Aku jaga aib kau. Habis kalau dah aib orang kita jadikan tontonan, engkau rasa aib engkau apa cerita? Tunggu masa nak keluar tunjuk muka.

Kita ni entah - entah perempuan yang tak taatkan suami?
Kita ni entah - entah anak yang derhakakan Emak Bapak?
Kita ni entah - entah pekerja gomen yang makan gaji buta, claim lebih - lebih, songlap duit yang bukan hak kita?
Kita ni entah - entah penzina, kaki botol.
Kita ni entah - entah tak adil dalam melayan anak - anak kita, bezakan sayang?
Kita ni entah - entah pinjam duit PTPTN tapi tak pernah bayar langsung?
Kita ni entah - entah selalu tengking suami / emak bapak?
Kita ni entah - entah selalu mengumpat orang, fitnah orang?
Habis nak panggil diri kita ni apa? Iye memang kita tak menzalimi anak kita, tapi benda - benda yang lain?

Memang si Emak tadi tu salah. Kita benci kelakuan dia sudahlah. Lepas itu kita muhasabah diri kita. Syukur sebab aib dosa kita Allah pelihara, orang lain tak tau, Allah bagi masa kita nak bertaubat. Allah belum cabut nyawa kita. Kita masih ada masa nak betulkan. Daripada kita kutuk kutuk si Emak ni tadi, ayuh kita sedekahkan gaji kita yang beribu ni tadi dekat si anak. Kata prihatin kan? Yang konon - konon macam Emak mithali tadi ni, apa kata tawar diri jaga si anak ni tadi? Bertindak. Bukan cuma duduk depan laptop, depan smartphone, cakap pung pang pung pang macam bagus padahal sama aje sudahnya. Panglima Papan Kekunci.

Keji mengeji ni dah jadi budaya masyarakat kita, especially yang beragama Islam. Engkau lupa ke, salah besar macamanapun manusia ni, selagi belum mati, belum kiamat, Tuhan bagi jalan kita bertaubat. Tuhan pimpin kita tuju jalan syurga. Kita datang berjalan, Tuhan datang berlari. Kita kutuk dia bagai nak rak hari ni, esok - esok kalau dia bertaubat, dia jadi Emak mithali, tebus kesalahan dia dengan si anak tadi, sedangkan kita duduk takuk ni jugak, apa kita rasa? Tak malu? Silap - silap haribulan, dia selamba masuk syurga sebab kantung pahala dia penuh sarat memboyot - boyot dengan pahala percuma yang kita dok sedekahkan untuk dia dek kerana umpat keji kita tadi. Yang kita ni? Memanglah kita ni belum confirm masuk syurga, tapi tak mustahil kita masuk neraka. Ye dak?

Sudah - sudahlah menghukum.

Kalau betul kita niat baik, kita doakan si anak ni tadi sihat walafiat, jalan hidupnya kembali cerah seindah suria, dan si Emak ni tadi diberikan hidayah oleh Allah, dan berubah menjadi ibu dan muslimah yang Allah cinta. Doa jugak supaya mudah - mudahan, Allah pelihara kita dari dosa yang sama. Dan semoga saat nyawa kita Allah tarik nanti, kita dah cukup bekalan nak meniti titian Sirat.

Sebab pucuk pangkalnya, kita manusia tak ada yang sempurna. Maksum itu bukan milik kita. Pusing sana pusing sini, kita jugak sama.
Kita pendosa.

Sudah - sudahlah.
Sudah - sudahlah.


Dah. Babai!

Read More»

Kalau Boleh Sebarkan Cinta, Apa Pasal Dok Kalut Nak Tanamkan Benci?

Dua minggu cuti sekolah ni, 90 peratus aku habiskan dengan demam.

Orang kata, kalau Tuhan kasi sakit ni, makna dia, adalah tu dosa-dosa kecik kita yang Tuhan nak kasi hapus. Jadi aku redo saja melayan demam dengan gigih menanda kertas exam budak - budak. Ada jawapan yang buat aku nak gelak sorang - sorang. Ada jugak jawapan yang buat aku terasa nak terajang batang pisang.

Cuti ni jugak kalau ikutkan jadual asalnya, banyak manusia - manusia yang aku plan nak jumpa. Nak jumpa itulah, nak jumpa inilah. Maklumlah, time cuti - cuti macam ini ajelah aku dapat luang masa jumpa peminat - peminat (Hikhik. Gelak sopan tutup mulut pakai tudung bawal) kalau nak jumpa time - time biasa memang busy memanjang. Bukan busy apapun. Buat - buat busy. Macam tak biasa. Minta maaf sebab tak dapat nak penuhi plan asal untuk habiskan masa bersama. Apa nak buat, aku demam. Nak angkat kepala memanglah masih larat lagi, habiskan nasik dua pinggan pun larat lagi, tapi nak keluar memandu tu yang sakit sikit. Minta maaf dua bakul.

Cuti sembilan belas hari ni memang barai sikit.

Mula cuti sekolah aje dah kalut dah emosi aku dengan macam - macam hal. Kalau nak diikutkan, kenyang betul aku makan perangai manusia yang suka main watak pura - pura. Depan aku baik, belakang aku mengata. Burp. Kenyang. Alhamdulillah. Belum lagi dengan manusia yang konon - konon nak nasihat aku sesama agama, tapi selar aku depan - depan mata manusia. Aku pun naik confuse, ni nak nasihat aku ke atau sengaja nak bagi aku makan aib ke mende. Gasaklah. Aku buat kerja aku, engkau, pergilah buat kerja engkau. Kalau aku salah, cakap depan mata aku. Jangan cakap belakang aku, sebab sampai bila pun aku takkan tahu.

Hari tu, ada sorang Hamba Allah ni kasi tau yang sebenar cerita dia, dekat tempat kerja aku tu semua orang tak sukakan aku. Aku diam ajelah walau dalam hati menanahlah jugak. Hamba Allah tu kasi tau attitude aku dekat tempat kerja teruk. Entah mende mende entah yang aku buat sampaikan orang lain naik meluat tengok perangai aku. Nak marah, aku nak marahkan siapa? Biasalah cerita Melayu. Dia tak akan ada dialog macam "Weh, Senah dengan Joyah benci kau sebab perangai kau yang suka korek idung calit bawah meja!". Senang nak point kan.

Siapa benci aku  = Senah dengan Joyah.
Apa pasal = Calit taik idung bawah meja.

Dia biasa cerita Melayu dialog dia macam ni,

"Weh, adalah orang tu tak suka dengan kau. Benci dengan perangai engkau!"

Bila kita tanya siapa, pasal apa benci kita, jawapan template dia,

"Alahh, semua lah. Adalahhhh. Alah, benci lah dengan perangai kau. Alah, aku pun tak tahu sangat. Karang aku cerita lebih - lebih karang orang kata aku bawak mulut."

Habis tu?

Apa salah yang aku kena betulkan ni? Boleh bagi pencerahan tak?

Aku kadang - kadang tak faham dengan manusia. Nak tegur aku buat salah silap, cakap terang - terang. Aku bukan samseng, suka pukul orang. Kalau orang cakap dengan aku baik - baik, takkan aku nak tempeleng kepala dia. Aku manusia moden yang bertamadun. Kita bawak bincang. Jadi bila orang anonymous tegur salah aku yang vague ni, susah sikitlah aku nak buat kerja, kan? P.Ramlee pun ada kata, cakap tu biar terangg. Haa.

Engkau orang patut bersyukur sebab aku ni manusia yang benci dia tak lama. Dua tiga hari aje baran, lepas itu cool kentang macam biasa. Aku tak suka bermusuhan. Walaupun aku pesen manusia yang tak cepat lupa apa orang buat dekat aku, bukanlah maksud dia aku pendendam. Tak. Aku cepat maafkan orang. Sebab iyelah, kita bukan tahu kita ni mati bila. Benda - benda remeh dunia macam ni, tak kan nak bawak masuk lubang kubur. Ye tak?

Suami selalu pesan, buatlah apa yang aku suka sekalipun orang lain pandang jaki.
Kita, kalau hidup cuma nak puaskan hati orang, silap - silap kita sendiri lupa nak bernafas.
Hidup jangan dok umpat keji orang sangat. Nanti tak sempat mintak maaf, tak sempat bertaubat. Kan susah?

Bertenang. Istighfar. Ingat Tuhan banyak - banyak.

Kalau boleh sebarkan cinta, apa pasal dok kalut nak tanamkan benci?

Senyum.

:)

Nah aku belanja gambar muka adorable aku sekeping. Amacam? Semakin bertambah sayang tak? Kehkeh!

Dah. Babai.

Read More»

Impian Sewaktu Kecil.

Assalamualaikum. 

Hari itu, masa awal cuti sekolah, Kadet Bomba Dan Penyelamat SEGA ada buat camping 2 hari 1 malam. Aku punya teruja mengalahkan budak empat tahun dapat lollipop besar. Selalunya aku bukan suka pun camping - camping ni. Baik aku tengok Boboiboy dekat rumah. Tapi ini kali lain sikit. Teruja.

Teruja sebab, yelah. Kalau dah namanya camping Kadet Bomba, mestilah nanti akan bawak datang brader - brader Bomba. Kalau dah kata ada brader Bomba, mestilah ada trak Bomba. Bila dah kata ada trak Bomba, takkan aku nak tengok semata - mata.

Ini kira kata, impian zaman kanak - kanak, telah berjaya aku realisasikan.

Nak naik trak Bomba.

Lihatlah Emak, Abah ! Anak Emak Abah dah berjaya!



Aku terasa macam Megan Fox. Yang belakang tu Optimus Prime yang gagah. Tapi bila aku tulis kapsyen macam tu dekat FB, semua komen - komen macam nak kata "Hekeleh tak sadar dirinya engkau ni weh!" Gitulah. Susah betul masyarakat Melayu ni nak terima benda - benda gini kan? Sabar ajelah. Susah betul diorang nak terima hakikat bahawa aku punya sukalah aku nak kata aku Megan Fox ke, Pamela Anderson ke, Joyah ke. Engkau kenapa? Haa gitu.

Ah gasak. Malas nak cerita pasal Melayu mudah lupa ni. Go back to the main topic.

Aa. Yep. Aku teruja naik trak Bomba.

Tahun ni tahun pertama aku secara rasminya jadi Guru Penasihat Kadet Bomba Dan Penyelamat. Tahun pertama, banyak benda yang aku belum tahu, kena belajar, kena ambil tahu. Dan selama beberapa bulan ni aku rasa Kadet Bomba ni memang sesuatu. Seronok sebenarnya. Camping hari tu pun banyak jugaklah aku belajar cara nak angkat mangsa kebakaran ke, mangsa kemalangan ke, mangsa lemas ke benda kan. Instead of kena nganjing kata Bomba ni kerja nak tangkap ular sawa, turunkan kucing dari pokok. Hekeleh. Melayu ni memang hekeleh betul.

Oh. Dan budak - budak Bomba hari tu memang awesome!



Itu aje sebenarnya nak cerita.

Dah. Babai.

Read More»