Saturday, June 14, 2014

Kalau Boleh Sebarkan Cinta, Apa Pasal Dok Kalut Nak Tanamkan Benci?

Dua minggu cuti sekolah ni, 90 peratus aku habiskan dengan demam.

Orang kata, kalau Tuhan kasi sakit ni, makna dia, adalah tu dosa-dosa kecik kita yang Tuhan nak kasi hapus. Jadi aku redo saja melayan demam dengan gigih menanda kertas exam budak - budak. Ada jawapan yang buat aku nak gelak sorang - sorang. Ada jugak jawapan yang buat aku terasa nak terajang batang pisang.

Cuti ni jugak kalau ikutkan jadual asalnya, banyak manusia - manusia yang aku plan nak jumpa. Nak jumpa itulah, nak jumpa inilah. Maklumlah, time cuti - cuti macam ini ajelah aku dapat luang masa jumpa peminat - peminat (Hikhik. Gelak sopan tutup mulut pakai tudung bawal) kalau nak jumpa time - time biasa memang busy memanjang. Bukan busy apapun. Buat - buat busy. Macam tak biasa. Minta maaf sebab tak dapat nak penuhi plan asal untuk habiskan masa bersama. Apa nak buat, aku demam. Nak angkat kepala memanglah masih larat lagi, habiskan nasik dua pinggan pun larat lagi, tapi nak keluar memandu tu yang sakit sikit. Minta maaf dua bakul.

Cuti sembilan belas hari ni memang barai sikit.

Mula cuti sekolah aje dah kalut dah emosi aku dengan macam - macam hal. Kalau nak diikutkan, kenyang betul aku makan perangai manusia yang suka main watak pura - pura. Depan aku baik, belakang aku mengata. Burp. Kenyang. Alhamdulillah. Belum lagi dengan manusia yang konon - konon nak nasihat aku sesama agama, tapi selar aku depan - depan mata manusia. Aku pun naik confuse, ni nak nasihat aku ke atau sengaja nak bagi aku makan aib ke mende. Gasaklah. Aku buat kerja aku, engkau, pergilah buat kerja engkau. Kalau aku salah, cakap depan mata aku. Jangan cakap belakang aku, sebab sampai bila pun aku takkan tahu.

Hari tu, ada sorang Hamba Allah ni kasi tau yang sebenar cerita dia, dekat tempat kerja aku tu semua orang tak sukakan aku. Aku diam ajelah walau dalam hati menanahlah jugak. Hamba Allah tu kasi tau attitude aku dekat tempat kerja teruk. Entah mende mende entah yang aku buat sampaikan orang lain naik meluat tengok perangai aku. Nak marah, aku nak marahkan siapa? Biasalah cerita Melayu. Dia tak akan ada dialog macam "Weh, Senah dengan Joyah benci kau sebab perangai kau yang suka korek idung calit bawah meja!". Senang nak point kan.

Siapa benci aku  = Senah dengan Joyah.
Apa pasal = Calit taik idung bawah meja.

Dia biasa cerita Melayu dialog dia macam ni,

"Weh, adalah orang tu tak suka dengan kau. Benci dengan perangai engkau!"

Bila kita tanya siapa, pasal apa benci kita, jawapan template dia,

"Alahh, semua lah. Adalahhhh. Alah, benci lah dengan perangai kau. Alah, aku pun tak tahu sangat. Karang aku cerita lebih - lebih karang orang kata aku bawak mulut."

Habis tu?

Apa salah yang aku kena betulkan ni? Boleh bagi pencerahan tak?

Aku kadang - kadang tak faham dengan manusia. Nak tegur aku buat salah silap, cakap terang - terang. Aku bukan samseng, suka pukul orang. Kalau orang cakap dengan aku baik - baik, takkan aku nak tempeleng kepala dia. Aku manusia moden yang bertamadun. Kita bawak bincang. Jadi bila orang anonymous tegur salah aku yang vague ni, susah sikitlah aku nak buat kerja, kan? P.Ramlee pun ada kata, cakap tu biar terangg. Haa.

Engkau orang patut bersyukur sebab aku ni manusia yang benci dia tak lama. Dua tiga hari aje baran, lepas itu cool kentang macam biasa. Aku tak suka bermusuhan. Walaupun aku pesen manusia yang tak cepat lupa apa orang buat dekat aku, bukanlah maksud dia aku pendendam. Tak. Aku cepat maafkan orang. Sebab iyelah, kita bukan tahu kita ni mati bila. Benda - benda remeh dunia macam ni, tak kan nak bawak masuk lubang kubur. Ye tak?

Suami selalu pesan, buatlah apa yang aku suka sekalipun orang lain pandang jaki.
Kita, kalau hidup cuma nak puaskan hati orang, silap - silap kita sendiri lupa nak bernafas.
Hidup jangan dok umpat keji orang sangat. Nanti tak sempat mintak maaf, tak sempat bertaubat. Kan susah?

Bertenang. Istighfar. Ingat Tuhan banyak - banyak.

Kalau boleh sebarkan cinta, apa pasal dok kalut nak tanamkan benci?

Senyum.

:)

Nah aku belanja gambar muka adorable aku sekeping. Amacam? Semakin bertambah sayang tak? Kehkeh!

Dah. Babai.

2 comments :

Encik Ket said...

Kalau boleh sebarkan cinta, apa pasal dok kalut nak tanamkan benci?
nice.. :)

mengikut pndangan sya, tak semua mampu menerima teguran dgn baik. yelah, bile ego dah dijulang tinggi, rase diri tu lebih bagus, riak, takbur dan segala penyakit setan yg seangkatan dengannye automatik akan menolak teguran tu.

tp sakit hati gak bile orang ckap blakang. bg sya, orang yg ckap blakang 'pengecut' tahap beruk liar. beruk pun tak cakap blakang. hehe..

btw, teruskan dgn sikap cool... :)

Cik Puan Bunga said...

@Encik KetThanks Ket :)