Beli Mahal Nak Mati. Sudahnya, Buat Sendiri!

Masa mula – mula Choco Bubble Rice (Ke lain nama ke, gasaklah!) ni mula – mula keluar, bapak iblis mahal harga dia. Aku pernah jumpa orang jual RM10 satu jar kecik besar macam balang isi jem nenas tu. Itu jam memang mengamuklah kalau beli sebalang bawak balik rumah, tengok – tengok tengah sedap dikokak Adam Irfan Xaharis, Emaknya belum merasa. Terbalik jugaklah esbok aku kerjakan. 

Paling murah aku jumpa, orang jual RM7 satu balang. Tak boleh jadi ni, aku berkira-kira dalam hati. Bayangkan, kalau aku beli 2 balang dah berapa. Kalau 3 balang dah berapa? Tak boleh jadi. Kata aku sambil membuat muka musykil. Setelah difikir – fikir, tak lain tak bukan, untuk menjimatkan kos, serta mengelakkan esbok rumah aku sekali lagi terbalik dikerjakan oleh aku, aku kena buat sesuatu. Nak taknak, aku kena menghasilkan Choco Bubble Rice aku sendiri.

Jenuh jugak mencari mana tempat ada jual Bubble Rice ni. Hilang sabar jugaklah mencari. Maklumlah aku bukan pattern manusia yang rajin baking bak kata hijabista zaman moden. Mana aku tau kedai mana ada jual benda – benda macam ni. Nasib baik Radin tolong bagi maklumat mana nak cari benda – benda ni semua. Ada satu kedai bahan – bahan kek dekat Batu Pahat jual segala mak nenek atuk moyang bahan – bahan yang kau nak guna untuk benda – benda macam ginilah. Maka aku pun tersenyum gembira.

Bubble Rice tu murah je. Satu bungkus besar baru RM8. Banyak. Kau boleh bagi satu kampung jugaklah merasa kalau kau beli yang sebungkus RM8 ni. Dia ada perisa asli dengan perisa cokelat. Aku kan tamak, jadi aku beli dua – dua perisa. Senang gila nak buat benda ni. Aku tak faham apa yang mahal sangat. Cairkan cokelat lepas tu bubuh Bubble Rice. Dah jadi. Aku eksen sikit, aku letak marshmallow dengan gula bentuk love love. Saja – saja je eksen. Nampak macam kaler – kaler sikit kan.

First time buat aku salah beli cokelat. Aku beli Beryl’s punya compound cokelat. Choco Bubble Rice aku keras macam setan. Nak makan, kena sodok pakai cangkul. Second time dah pandai sikit, aku pakai cokelat Cadbury. Beli yang Dairy Milk plain. Peh dia punya rasa, macam gini ha! (Cap jempol) suka hati kau nak bubuh cokelat dia banyak mana. Meleleh – leleh bila kau tuang masuk dalam bekas pehh subhanallah dia punya sedap, jangan kata mak mertua, mak ayam lalu depan mata pun tak nampaklah senang cakap dia punya sedap tu! Kali ketiga buat, aku bubuh mentega. Aku bubuh separuh untuk dua bungkus cokelat Cadbury besar. Sekali termasin lah pulak. Tahi. Setelah dimodified sana sini, jadi sedap balik seperti sediakala. Kali keempat buat aku letak susu sejat pulak. Dia tak masin, sedap aje pun. Tapi tak berapa nak meleleh. Jadi kesimpulan dia dekat sini yang berjaya aku buat, plain Dairy Milk jugak yang terbaik. Panaskan tak payah bubuh apa benda, lepas tu tuang dalam bekas dan taburkan bubble rice macam biasa. Sedap. Mudah. Jimat banyak weh! Kalau kau rasa nak bubuh dalam baldi lepas tu makan ramai – ramai pun lagi puas hati!

Aku suka je buat banyak – banyak, bubuh dalam bekas konon – konon cecomel, hias sana sini sikit lepas tu bagi dekat anak – anak murid. Aku ni kan pesen manusia yang mudah terhibur, jadi bila tengok anak – anak murid tersenyum simpul dapat something yang cute miut macam tu secara tak langsung hati aku kembang dua tiga taman. Suami pun suka bawak pergi kerja bagi dekat sorang staff, kira sedekah amal jariah jugaklah kan, nak belanja mahal – mahal belum lagi nak mampu, kita mulakan dengan yang kecil – kecilan. Tapi part yang tak boleh lupa bila first time buat tu dia punya keras mak aih, memang boleh berlubang jugaklah kepala kalau dibaling. Gitu. 

Takyah tanyalah resepi dia macamana. Senang nak mampus kot buat benda alah ni. Kau campak - campak, gaul cedok alih - alih, eh dah siap!





 100% handmade. Er kecuali mesin printer tolong print kan sticker cap ayam tu lahh.
Haa siap dah comel. Tinggal nak bagi - bagi je dekat awak, awak, awak, awak, dan awak, eh awak jugak. Eh awak pun nak? Haaa, awak, awak awak, dannnn awak! Kehkeh.

Babai!

Read More»

Tangan Kasar.

Siapa pernah kena pelempang dengan aku, mesti tahu macamana saktinya pelempang aku ni. Askar Jepun pun kalau diorang hidup lagi dekat Tanah Melayu ni, surrender agaknya bungkus kain baju terus balik Nippon semula. Tak wujudlah istilah pelempang Jepun yang digembar-gemburkan sebagai pelempang yang sangat berbisa.

Tapi yang bagusnya, aku jarang lempang orang. Seingat aku sepanjang aku jadi cikgu ni, sekali je aku pernah lempang anak orang. Itu pun masa zaman muda - mudalah. Darah panas katakan. Pantang dicabar. Penerajang singgah dekat pusat kalau silap sikit. Amacam, merbahaya tak kakak? Emak aku kata, tangan aku ni tangan panas. Kalau tanam pokok, haram nak hidup. Kalau bela binatang, mati tak sempat nak membiak. Dan kalau bagi pelempang dekat orang, mungkin boleh jadi terencat kalau orang yang sihat. Betul. Aku tak tipu.

Kawan - kawan mana yang tau sumber kuasa yang tanpa batasan ni, memang mempergunakan aku tanpa kompromi. Bukak botol mineral, cabut kerusi patah, patahkan dahan kayu, tumbuk pihak musuh. Banyaklah. Kadang - kadang kalau time gurau - gurau, tak sengaja tersauk kawan sebelah, meraung jugak kawan tu kena upper-cut tak pasal - pasal. Nak buat macamana. Tangan ni extra power pulak. Dulu masa bercinta, cadang nak gurau - gurau main tolak - tolak bahu dengan pakwe, ambik kau, ke longkang pakwe aku.

Tapi dikurniakan tangan macam gini, walaupun tak berapa nak kena dengan rupa paras aku yang ayu dan sopan, ditambah lagi dengan keindahan budi pekerti yang bukan calang - calang, yelah kan, orang cantik bukan main tapi tangan sado katang macam gitu, ish. Potong stim kata orang. Tapi tangan ni memang banyak bawak jasa untuk kami satu keluarga. Adik beradik aku empat orang. Empat - empat perempuan. Semua lemah - gemalai jenis yang bukan beradu kekuatan, jadinya bila tiba bab - bab yang memerlukan kekuatan fizikal ni diaaa (Tepuk dada) ini dia anak yang Emak aku boleh harapkan. Angkat tong gas, angkat kawah, tebas semak - samun, tangkap ayam, potong kayu api, Emak cakap apa jelah senang cakapnya, semua beres. Kira dalam keluarga, anak 'jantan' yang boleh diharapkan jugak aku ni sebenarnya.

Abah kalau nak geng untuk angkat - angkat benda berat, memang dia takkan menyusahkan menantu - menantu dia, ni dia ni dia, anak dia yang nombor tiga ni, setel semua masalah. Pendek kata, biar tanam pokok tak hidup, bela ayam mati semuanya, tapi bab - bab mobiliti dan logistik, aku ternyata tidak mengecewakan. Suami pun lama - kelamaan dah biasa dengan kekuatan tangan isteri dia yang tercinta ni. Takde nak merengek - rengek mintak tolong bukakan botol sos ke, bukakkan tin biskut ke, angkatkan kerusi meja ke apa. Bak datang benda berat macam iblis sekalipun, insyaALLAH aku akan tolong setelkan. Abang diam - diam, saya setelkan semuanya.

Itu pasallah, tangan aku kasar lain macam. Tak lembut macam tangan perempuan - perempuan yang lain. Tenyeh losyen berbaldi - baldi pun tak boleh nak buat tangan jadi lembut. Iyelah, baru 5saat tenyeh losyen Emak dah panggil angkatkan reban ayam. Baru tenyeh losyen, jiran sebelah dah panggil suruh kapakkan kayu api bikin masak lemang. Macamana nak lembut? Jadi bila masyarakat mempertikai tangan aku kasar, berbirat, urat lengan hijau siap berselirat serata lengan, siap ada yang cakap tangan pondan lagi lembut dari tangan aku, aku diam ajelah. Nak buat macamana kan. Ada bagus jugak tangan kasar macam gini, engkau cakap agak lebih - lebih aje dia punya kurang ajarnya, agak - agak tak boleh nak tahan sabar, aku backhand aje sekali. Kalau bernasib baik, mungkin tak arwah. Ye dak?

At least, kalau ada awek - awek ala ala hijabster merengek - rengek mintak boyfriend / suami tolong bukakan penutup botol air Ribena diorang, aku selamba aje mengajar sambil tangan sebelah weight - lifting pakai tong gas.

Kan? (Angkat - angkat kening)

Nampak. Tak perlukan parang pun. Sesah je pakai tangan.

Dah. Babai!

Read More»

Awak Umpama Musik Indah Dihati Saya.

Aku tak ingat macamana semua ni bermula.
Yang aku ingat cuma, aku tiba - tiba dah jatuh sayang dekat dia.

Orang tua macam aku ni, bila masuk kelas pertama kali, benda penting yang aku buat adalah cubaan nak mengingat nama pelajar. Gila kau kalau salah panggil. Bayangkan kalau tengah nak maki - maki,

"Engkau ni, belajar sudahlah tak berapa nak pandai, kerja rumah pulak tak siap. Buku teks tak bawak! Siapa yang baca buku awak dekat rumah, nenek awak? Apa nak jadi dengan awak ni Othman?"

"Tapi cikgu, Othman tu nama bapak saya.."

"Habis , apa pulak nama kau?"
 
"Nazim , cikgu.."

Bayangkan diri sendiri mengajar Nazim Othman. Alah pelakon yang handsome nak mampus tu. Lepas tu salah panggil nama. Terus berkubur harapan nak try anak murid handsome.

Jadinya, mengingat nama anak murid ni sangatlah penting. Anak murid paling takut kalau kita ingat nama dia orang. Lagi - lagi kalau time bagi soalan membabi buta. Nama main petik. Peh, menikus semua orang. Semua menyamar jadi kerusi lah, jadi setoking lah.

Tapi, nama engkau ni paling senang aku nak ingat. Kau sebut sekali nama engkau, terus lekat dalam kepala hotak aku. Time tu pulak tengah glamer satu sinetron dari Indon yang nama heroin dia sama dengan nama engkau. Senang kerja. Lantas nama itu pun bersinggahsana dalam hati.

Engkau boleh aku kategorikan sebagai anak murid paling menyejukkan hati. Kerja rumah semua beres tanpa banyak soal. Bagi hari ni esok siap , bagi esok lusa siap. Walaupun perangai kawan - kawan engkau yang lain dalam kelas serupa anak monyet mendapat bunga (Peribahasa Melayu) engkau punya perangai sungguh jauh berbeza. Sejuknya lahai hati. Sudahlah cantik, akhlak terpelihara, berdebar pulak rasa hati setiap kali kita bertentang mata. Ewahhh.

Ada satu hari tu tiba - tiba engkau tegur gambar - gambar aku dalam Facebook yang tak berapa nak menutup aurat. Lembut aje kau tegur. Ayat kau yang last tu betul - betul menusuk dalam hati, buat hati aku kembang berbunga bertaman - taman,

"Saya tegur sebab saya sayangkan Teacher."

Allah. Time tu jugak aku delete semua gambar - gambar tu. Start daripada situlah aku belajar banyak benda dari engkau. Benda - benda simple yang selama ni aku langsung buat tak endah macam, lengan ni jangan bagi orang nampak, kaki ni kalau boleh pakailah setoking, tudung labuhkan paras bawah dada, baju tu lagi longgar lagi cantik, cantik muka je tak guna kalau perangai macam iblis, solat jangan tinggal walau sibuk macamana sekalipun, kalau susah hati selalulah ingat Allah. Semua ni benda yang sangat basic dalam Islam, tapi entah kenapa bila ada dengan engkau, terasa nak jadi perempuan yang baik tak semena - mena. Sebab aku rasa sangat tak layak untuk aku yang serba hina ni, nak dapat kasih sayang suci tak ada tolok bandingnya daripada perempuan solehah macam engkau.

Kalau aku down tiba - tiba, terasa dunia ni sungguh musibat, penat dengan perangai anak murid yang menyetan tak tentu hala, selalu aku terbayang - bayangkan engkau. Teringatkan engkau yang hampir setiap petang habiskan masa konon - konon belajar English dengan aku tapi sebenarnya kita banyak borak aje pun kan? Kau sudi je dengar aku merapu membebel tak tentu hala, mengeluh pasal itu ini. Nak tahu tak, bila aku rasa semua orang macam tak sayang, tak perlukan aku, aku tau aku masih ada engkau. Aku tau yang engkau tak akan pernah jauh dari sini, dari hati ni. 

Aku selalu mohon Tuhan jagakan engkau baik - baik. Kurniakan engkau lelaki yang baik - baik untuk menjaga engkau sampai bila - bila. Pasal aku tak selama - lamanya akan ada. Suatu hari nanti, kau akan berjumpa dengan seorang guru yang jauh jauh jauh jauh jauh lagi awesome dari aku. Aku rasa kerdil pulak bila engkau semakin membesar dan menjadi wanita yang cantik dan solehah. Yang pastinya nanti akan membahagiakan ibubapa dan juga menjadi sinar untuk manusia yang lainnya.

Semoga Tuhan sentiasa lorongkan engkau ke jalan yang Dia redhai. Semoga engkau sentiasa dicintai seluruh penghuni langit. Suatu masa nanti bila sampai masa untuk kau pergi terbang tinggi tebarkan sayap kejar cita - cita, semoga engkau akan terbang penuh gah tetapi sentiasa tunduk merendah jiwa di bumi Tuhan penghulu segala kehebatan. Dan aku, tetap akan memasak kaki disini, menanti engkau pulang dengan kejayaan. Insyaallah.

Pernah aku bertanya sama diri sendiri,

apakah selamanya aku akan kau sayangi?
Andai satu hari nanti kau tahu yang buruk - buruk tentang aku, adakah kau akan pergi dan menjauh?
Andai satu hari nanti kau terpaksa pergi dan kau harus pergi, adakah kau akan tetap menyimpan satu ruang dalam hati untuk guru tua ini lagi?
Adakah harga untuk segala kasih dan cinta yang perlu aku bayar supaya dalam hidup aku, kau akan selalu ada?
Selama manakah kasih ini mampu bersemi?
Adakah aku penting untuk engkau sebagaimana engkau yang amat penting untuk aku?
Masih kah kau akan sudi berlagu dan mewarnai jiwa ini dengan nada - nada indah seindah keberadaan engkau di atas muka bumi ini?
Apakah kita ini, akan saling memerlu untuk selamanya?

Aku biarkan itu dijawab oleh taqdir dan masa.

Tapi untuk masa sekarang, aku tahu-

aku sayang engkau.

Dan engkau sayang aku.
 


.
Nada.

Read More»

Shh Diam - Diam Tau. Rahsia Ni Aku Kasi Tau Kau Sorang Aje!

So, cerita dia macam ni, kau ada satu rahsia besar dan kau bagitahu orang yang kau rasa kau boleh percaya.

Masalahnya sekarang, orang ni, yang kau bagitahu semua rahsia kau ni, langsung kau tak boleh nak percaya! Jadinya sekarang timbul masalah. Sekarang isu yang timbul adalah isu salah kau ke sebab mulut kau ringan sangat nak cerita semua rahsia kau dekat orang yang konon - konon kau boleh percaya ni tadi dan jugak isu kepercayaan. Iyalah, kau dah percaya separuh nak mampus dengan orang ni tadi, tiba - tiba dia boleh bukak pulak rahsia kau ni tadi dekat orang lain. Tak ke jahanam?

Hati - hati.

Sepanjang pengalaman hidup aku yang dah nak cecah 31 tahun ni, kau janganlah percaya sesiapa pun dalam hidup kau. Betul. Walaupun kawan baik kau tahap tidur sebantal makan sepinggan berak sejamban sekalipun. Jangan. Sebab esok - esok apa jadi kau tak pernah tahu. Hari ni kawan baik esok dah bercakar muka, tak ada siapa tahu.

Manusia ni salah satu makhluk yang memang tak boleh nak dipercayai. Depan kau muka murni lindungan Kaabah, belakang kau dia lah yang jirus tahi, kita tak tahu beb. Depan murni, belakang perangai macam bapak iblis, kita tak tahu beb.

Sekarang zaman manusia tikam sesama kawan. Dah tak main tikam belakang, dia tikam depan - depan. Orang dulu kalau buat benda bangsat sorok - sorok, orang sekarang dah tak beb. Orang sekarang bangsat tak bangsat, selagi boleh bagi kepentingan boleh buat kau jolok bintang, bangsat hina jelek suci tolak tepi.

Beringat - ingat.

Manusia ni ada banyak. Perangai pun ada macam - macam. Bila bab rahsia - rahsia ni orang - orang jujur rajin sembahyang pun kadang - kadang tergelincir jugak dia punya pegangan, lagi - lagi kalau jenis yang tak berapa nak kuat iman. Mengaku kenal Tuhan, setakat tengok Youtube ceramah Ustaz Kazim Elias, ceramah 30 Minit Ustaz Don dah mengaku kenal Tuhan. Sampah.

1) Manusia yang pesen bagitahu kita segala macam rahsia dia. Siap pesan kita "Weh rahsia ni aku kasi tau kau sorang aje tau. Kau jangan bagitahu orang lain!". Sekali tu, esok - esoknya semua orang tahu. Bila kita selidik, rupa - rupanya dia sendiri yang bagitahu orang lain rahsia dia sendiri siap dilengkapi dengan pesanan "Weh rahsia ni aku kasi tau kau sorang aje tau. Kau jangan bagitahu orang lain!".
Tahi. Memang tahi.

2) Manusia yang bagitahu kita rahsia dia, lepas tu kita ni pulak jenis yang tak boleh percaya, tak guna punya kawan, tikam depan belakang, bangsat memanjang, kita pun cerita rahsia kawan kita ni tadi pada orang ramai. Dan diakhir tu kita siap - siap pesan  "Weh rahsia ni aku kasi tau kau sorang aje tau. Kau jangan bagitahu orang lain!".
Tahi kuasa dua.

3) Kita ada kawan baik tahap till jannah bestfriend forever, so semua rahsia - rahsia dia, dia lambakkan dekat kita. Tiba - tiba entah macamana satu hari, konflik terjadi, dulu baik sekarang taik, dulu bersama sekarang pegi jahanam sana, dek dendam punya pasal semua rahsia - rahsia kawan ni tadi kita cerita dekat orang lain. Macam biasa, siap pesan  "Weh rahsia ni aku kasi tau kau sorang aje tau. Kau jangan bagitahu orang lain!".
Loji tahi.

Trauma betul aku bila kes rahsia yang sepatutnya hanya kita - kita aje yang tahu ni tiba - tiba hambik kau nahh satu dunia tahu. Trauma beb. Lagi - lagi bila orang yang kita percaya pulak tu yang pergi bocorkan rahsia. Memang celaka perasaan dia.

Jadi nasihat aku satu ajelah, sebab benda ni dia macam roda, Tuhan pun dah banyak kali ingatkan. Rahsia ni satu amanah. Rahsia besar ke kecil ke buruk ke baik ke, bila orang tu dah percaya dekat kita, kita jagalah rahsia ni tadi sebagai satu amanah. Ibadah jugak tu kan nama dia. Kalau boleh, kita dah tak geng macamana sekalipun, dah tak payahlah nak bukak - bukak aib orang. Tak baik. Tuhan dah janji, kau tak bukak aib orang, Tuhan takkan bukak aib kau. Jadi diam - diam ajelah. Musuh macamana sekalipun. Ini air muka orang ni jangan dibuat main - main.

Zaman sekarang ni susah dah nak cari orang yang amanah. Susah. Jadi engkau janganlah menambah - nambah bilangan manusia puaka dekat muka bumi ni. Kalau engkau dah susah nak tahan nafsu sekalipun, kau bagitahu ajelah rahsia tu tadi dekat babi. Sekurang - kurangnya time kau pandang muka babi tu tadi, mana tau kau datang insaf ke. Macam itulah rupa engkau kalau engkau buat perangai tak tentu hala mengadu - domba rahsia aib orang dekat sana sini.
Macam babi.

Dah.


Read More»

Penat. Aku Penat Nak Mampus.

Penat.
Sumpah. Aku sangat penat.
Aku tahu engkau orang bercakap belakang aku.
Aku tahu engkau orang panggil aku dengan nama panggilan apa.
Aku tahu.
Cuma aku buat - buat tak tahu. Aku malas nak ambil kisah.

Aku penat nak melayan keji - keji kau, macam kau suci sangat langsung tak ada dosa.
Aku penat nak sentiasa tundukkan kepala dekat engkau dan orang - orang macam kau, tadah apa ajelah umpat keji orang dekat aku. Aku dah penat.
Kau nak panggil aku dengan 1001 gelaran pun suka hati engkaulah. 
Sebab aku dah penat.
Aku penat nak melayan engkau dan emosi engkau yang entah hapa hapa tu.

Kau nak jaja cerita buruk aku. Silakan. Aku dah tak kisah. Sebab aku dah penat nak terangkan satu - satu dekat semua orang.
Kau nak malukan aku depan semua orang. Silakan. Aku dah tak kisah. Sebab aku dah tak ada rasa apa - apa dah dengan yang namanya penghargaan manusia.
Silakan.
Aku dah tak kisah.

Semakin aku terangkan, semakin celaka pulak rasanya dalam hati ni. Sebab engkau terlalu mahu menang. Jadi nah. Ambik ni semua 'menang' dan pergi sana main jauh - jauh. Kau terlalu nak sangat mencaci aku, jadi silakan. Teruskan. Aku tak akan buat apa - apa. Sebab aku dah penat. Aku dah penat nak melayan semua cakap - cakap engkau.

Semakin aku diam, semakin aku tak buat apa - apa, semakin 'sakit' pulak engkau jadinya. Jadi ya, sila teruskan dengan apa jugak yang kau rancang dalam kepala, apa jugak yang kau ada dalam hati perut engkau, silakan.
Aku ada Tuhan. Dan aku cuma perlu Tuhan.


Kau nak kata aku waktu susah aje ingat Tuhan? Memang. Waktu susah aku cuma butuhkan Tuhan untuk pimpin tangan aku, bantu aku kembali bangun dan terus berjalan. Bukan ke semua manusia itu secara majoritinya hanya ingatkan Tuhan sewaktu dalam kesusahan? Tipikal. Dan aku peduli apa?

Sebab aku dah penat.

Dan aku dah sampai ke satu tahap di mana aku sudah tak ada kuasa nak ambil tahu lagi tentang apa yang kau rasa pada aku.

Sebab aku dah penat.

Orang yang hidupnya bergelumang dosa macam aku ni dah terlalu 'penat' nak mengambil tahu dan mengambil hati manusia yang suci semaksum - maksumnya macam kau.

Jadi, ya.

Silakan.



Read More»

Konon - Konon Rumah Terbuka.

Emak selalu pesan, kalau ada rezeki lebih silalah kongsikan dengan orang - orang sekeliling. Jangan kedekut. Jangan suka fikir diri sendiri. Tapi nanti bila sudah memberi, jangan pulak suka mengungkit - ungkit. Nanti tak dapat pula pahala yang Tuhan janjikan. Jadi sempena Syawal yang penuh keberkatan itu hari, ditambah dengan duit lebih adalah sikit, aku buat makan - makan sikit untuk kawan - kawan seperjuangan.

Walaupun minggu itu bermula dengan agak busy, PT3 pun sudah mula mengintai dari tirai kamar, tapi tetap juga cari masa untuk konon - konon buat rumah terbuka. Iyelah, aku ni dahlah masih duduk menumpang dengan Emak Abah, kenalah cari masa yang Emak Abah tak busy, nak panggil kawan - kawan datang rumah. Sebenarnya segan jugak nak panggil kawan - kawan. Rumah sudahlah tidak banglo, tepi - tepi rumah pula penuh dengan ayam - ayam, itik angsa, tapir liar, tenuk angkasa yang datang mencari sesuap nasi lebih - lebih. Nanti orang ingat rumah aku tu kawasan peliharaan binatang liar pula. Kalau bernasib baik, nanti nampak khinzir jalan - jalan dengan anak - anak dia.

Menu biasa - biasa aje. Kan dah kata tadi, duit lebih sikit aje. Kalau duit lebih banyak, mungkin ada kambing panggang atau tenuk golek dan sebagainya. Tapi tak mengapalah. Yang penting ikhlas dan dimasak dengan penuh kasih sayang. Orang tua tua kata, masak kalau ikhlas, penuh kasih sayang, goreng telur mata pun rasa macam sorga. Memandangkan tekak kawan - kawan seperjuangan ini jenis yang mudah terhibur, maka tak susah nak fikir menu untuk dimasak. Aku mengambil keputusan untuk memasak rojak manis. Rojak manis ini bukan sahaja makanan kegemaran aku, malah ia juga sangat senang untuk disediakan selain berkhasiat boleh tahan.

Sayur - sayuran yang dicelur.
Sambal kacang untuk rojak dan sambal kicap berkacang yang dimodify juga untuk kuah rojak.
Jemput - jemput tepung dengan telur rebus. Aiseh terliur pula.
Mee kuning.
Rombongan kawan - kawan sampai lebih kurang pukul tiga. Penuhnya halaman rumah dengan kereta kawan - kawan yang menjalar - jalar. Minta maaflah, halaman rumah kecil. Maka engkau orang semua terpaksa pula memparking kereta jauh dihalaman rumah jiran - jiran. Sebelum makan, Amir start Marhaban diikuti oleh kawan - kawan yang lain. Ya Allah, seronoknya perasaan ketika ini. Terasa sungguh berbunga - bunga hati bila kawan - kawan sudi untuk bermarhaban dekat rumah ni.


Radin dan err gadget apa entah tu tak tahu nama.
Kakak - kakak dan adik - adik yang setiap hari menceriakan suasana bilik guru.
Lepas bermarhaban dan bacaan doa, apa lagi, serbuuuuuu makanan! Seronoknya bila tengok makanan yang kita masak, kakak - kakak dan adik - adik makan dengan penuh berselera. Sudahlah dia orang ni semua terer masak, terasa kecil dan rendah diri pula nak mempersembahkan hasil masakan kita kepada orang ramai. Tapi bila tengok diorang tambah tiga empat kali tanpa ada sebarang rasa terpaksa ataupun komen yang negatif, maka aku beranggapan yang masakan aku diterima baik oleh perut masing - masing. Amir pun makan dengan penuh berselera. Amir tu sudahlah mulut dia paling kubur diantara kawan - kawan aku yang lain. Jadi bila dia senyap, mungkin itu bermakna hati beliau gembira.

Khusyuknya semua orang!
Senyummmmmm! ^^,
Lepas makan, perut pun dah kenyang, masing - masing beransur balik. Terima kasihlah kawan - kawan sebab sudi datang rumah aku setiap tahun. Rasa puas hati dapat sediakan makanan untuk semua orang. Walaupun ketika ini tuan rumah belum menjamah sebarang makanan sebab terlampau nervous dengan kedatangan semua orang ini, tuan rumah tetap tersenyum penuh keriangan sebab tetamu - tetamu pulang dengan senyuman. Adam pun walaupun sedikit nakal dan membuat aksi buas dihadapan tetamu, keseluruhan sahsiah beliau pada hari ini sangatlah memuaskan. ^_______^




Orang kata sambal kacang yang aku buat, sedap. Orang katalah. Bukan aku yang kata. Teringin jugak nak kongsikan resepi dia dekat engkau orang semua. Manalah tahu ada yang teringin nak buat sendiri rojak manis ni dekat rumah. Rojak manis ni memang favourite aku dari kecik - kecik lagi. Makan banyak mana pun tak jemu. Jadi bila dah pandai masak ni, try lah masakkan untuk orang lain. Eh, dah diorang pun cakap sedap! Nampak berbakat juga aku ni dalam bidang masak memasak ye tak? Kehkeh. Nantilah, ada masa, aku share dekat sini resepi dia.

Tahun depan nak belajar masak Briyani pulak. Nanti kalau aku jemput lagi kawan - kawan datang rumah, boleh hidang Briyani. Kehkeh. Terima kasih kawan - kawan sudi datang rumah untuk raya tahun ini. Mana yang kurang yang tersilap haraplah dimaafi. Aku insan biasa, penuh kekurangan. Ceh ayat!

Okay. Nak pergi makan nasik lah. Lapar.

Babai.

Read More»

Beraya Ke Rumah Teacher Yatt.

Setiap kali tiba hari raya, mesti aku nervous. Sebab kebarangkalian untuk rumah diterjah oleh anak - anak murid tersangatlah tinggi. Aku paling takut sekali kalau dia orang terjah time aku belum mandi. Alhamdulillah tahun ini, perkara tersebut tidak terjadi. Paling tahi pun, dia orang akan inform setengah jam lebih awal. Jadinya kalau mereka sampai di halaman rumah, aku dah wangi tersenyum - senyum menyambut di muka pintu. Haa macam tu.

Tahun ini, hero - hero Abu Dhabi datang membuka gelanggang. Tak sempat nak masakkan sarapan yang power-power, aku gorengkan mee aje. Tahun ni tak sempat nak pakai baju raya macam tahun lepas. Capai mana yang sempat aje (╥_╥) T-shirt kepam pun jadi. Tudung lagilah. Sarung mana dapat aje. Kalau tahun lepas siap solek pakai bulu mata palsu. Tahun ni pakai bedak bayi aje. Nasib baik dah semulajadi cantik. Kan?

Nakalnya Adammmm!
Lepas itu kumpulan mantan anak - anak murid yang dikepalai oleh Achik yang kerja dia setiap tahun asyik nak membahan. Cubalah tahun depan, sesekali, datang beraya time gigi dia tengah sakit ke apa kan. Mungkin beliau akan senyap sedikit. Hewhew! Dulu semua paras - paras bahu aku, sekarang semua dah tinggi melampai - lampai. Sekejap lagi tu kalau dibiarkan tu, mintak Mak Bapak kahwinkan tuu.

Cehceh tengok Nuruddin. Menung jauh nampak! Haha.
Hamdan dengan kawan - kawan kalau datang memang tak sahlah kalau tak ketawa manjang sampailah balik. Tahun ni tema dia datang beraya adalah 'Monopod'. Kahkah. Gabungan alim alim dengan mulut longkang tak hingat memang tak boleh nak sorok ketawa pondan aku. Duduk bersimpuh macamanapun tetap kantoi bila gelak "HA HA HA!" Ceh.

Sopan.
Amin dengan kawan - kawan tahun ni datang bawa gossip. Gossip apa tu, tak bolehlah nak cerita open dekat sini. nanti ada pihak yang terluka. Eceh. Amin ni aku suka kalau dia datang beraya. Cakap santai - santai pun boleh selit nasihat berguna. Banyak benda aku belajar dengan Amin ni. Tabah budaknya. Banyak ajar aku tanggungjawab sebagai anak, sebagai isteri yang baik dan juga sebagai seorang guru yang mengikut landasan yang Allah redhai (╥_╥) Tapi itulah. Tetap tak boleh nak sorok perangai. Mesti terkantoi. Ah diorang memang dah sedia faham dah cikgu dia ni macamana. Kehkeh.

Maafkan Teacher kerana berperangai begini. Hehehh.
Gadis Melayu terakhir ni kalau datang beraya memang dengan aku aku sekali jadi sopan. Cakap bersusun, gelak tutup mulut Ya Allah sopannya lah budak ini. Memang jauh panggang betul kalau nak dibandingkan dengan ehem cikgu dia ni. Hehehh. Anip macam biasa, selaku sahabat sejati yang jadi Lyna punya driver sebab katanya adalah orang tu masih trauma lagi berlanggar masa dekat bazaar Ramadan. Ceh, tengok muka tak ada pulak ciri - ciri tengah trauma. Kehkeh.

Sopan 2.0
Okay. Ni group yang bergambar tidur ni tahun ni Alhamdulillah datang beraya selamat daripada sebarang bencana. Kalau tahun lepas, siap accidentlah apa semua sampai koyak - koyak seluar dibuatnya, tahun ni Alhamdulillah selamat sejahtera. Semua dah tinggi - tinggi dah. Bertambah - tambah kacak lah pulak. Belajar rajin - rajin ye masing - masing!

Sallehuddin dengan Mujahid kok ye pun penat, janganlah sampai tidur. Kehkeh.
Ini memang group budak rebel ni. Dah di pesan kalau nak datang beraya tu pakai senonoh sikit eh dia buat perangai pakai seluar pendek pulak ni. Kalau ikutkan hati nak je ikat dekat pokok bagi kerengga gigit tapi sebab muka masing - masing seposen dah macam orang Mynmar yang jauh daripada sanak saudara, suruh jugaklah diorang masuk. Lepas bagi minum, suruh diorang cepat - cepat balik rumah masing - masing. Kehkeh.

Ikmal control handsome.
Group ini paling rindu. Dah lama tak jumpa Taufik dan Harith, tahun ni Alhamdulillah ada rezeki untuk jumpa. Antara batch terawal yang aku didik masa mula - mula posting dulu. Rindunya lahai. Yang pakai spek tu nama dia Taufik. Dulu selalu tukar - tukar lagu My Chemical Romance. Kita orang buat konsert nyanyi lagu Teenager ramai - ramai dalam kelas. Lepas itu bantai nyanyi lagu Black Parade sampai sakit tekak walaupun lirik terabur lintang pukang. Ya Allah rindunya rindunya! (╥_╥) 

Rindu rindu rindu!
Geng anak - anak dara yang sopan - sopan , cantik - cantik, ayu - ayu ni tercemar bila Dayah terajang dulang isi cawan. Dah habis tumpah kena karpet. Malas dah nak cerita pasal group ni. Malas nak puji lebih - lebih. Nextttt!

Tak kawan Dayah!
Ini geng budak - budak pandai. Geng best students. Time SPM dulu beratus A. Dua - dua sopan. Lagi - lagi Dalila. Nyampah. Bila bergambar nak buat peace ke apa ke, dia marah. "Teacher ni, cubalah bergambar tu sopan - sopan sikit!" Errr baiklah Dalilaaaa!

Sopan 3.0
Group KAA. Selalu kena bebel dalam kelas. Kena marah. Kena leter. Habis suka buat perangai macam tapir laut. Malasnya nauzubillah. Kena marah pun buat muka tak ada perasaan (╥_╥)  Benci tau budak - budak ni baru Tingkatan 3 tapi masing - masing dah tinggi macam apa. Yang aku ni apasal tak tinggi - tinggi pun aku tak tau! (╥_╥) 

Terima kasih sudi datang ^^,
Budak - budak Damsyik. Budak - budak inilah yang paling banyak makan maki, makan bebel, makan leter. Smeualah. Tapi budak - budak ni jugaklah yang selalu buat aku senyum sorang - sorang, buat aku lempar buku dekat mulut yang tak reti nak diam. Kena maki pun senyum aje muka masing - masing. Tak pernah simpan dalam hati. Sayang engkau orang banyak - banyak! 

Sayang!
Budak - budak RK2. Pun selalu kena marah pasal pemalas nak mati. Kalau bagi kerja rumah berminggu nak disiapkan. Eh banyaklah budak - budak ni kena bebal. Tabah betul hati engkau orang kan? Siap nak datang beraya pulak rumah Teacher walaupun dalam satu hari tu tak sah kalau engkau orang tak kena marah dengan Teacher! (╥_╥) 

Eh Adam nak interframe! Haha.
Ini group terpaling kesayangan. Sebab ada Luqman. Hehehh. Nak cerita panjang sangat. Dipendekkan cerita paling sayang Luqman sebab Luqman baik gila nak mati. Dulu sangat suka tolong aku. Apa je lah. Cakap je. Lepas tu Luqman suka bagi aku makan cokelat banyak - banyak. Bila Luqman pindah sekolah, sedih gila. Sekarang dah sangat tinggi. Handsome pulak tu!! Hehehh! Yang lagi dua tu memang semakin membesar semakin sakit jiwa nak melayan. Dah pandai menjawab kalau kena menganjing dengan aku. Tapi budak - budak ni bagus, bila time minta maaf tu, antara group yang meminta maaf dengan proper sekali ^^,

Sayang kuasa sejuta.
Alhamdulillah. Boleh dikatakan Syawal kali ini kunjungan anak - anak murid yang paling meriah. Bahagia betul tengok diorang makan dengan penuh berselera, berborak , catching up benda - benda yang terlepas, mana yang dah pindah sekolah atau dah habis sekolah, inilah masa untuk diorang update cerita hidup mereka dengan aku. At leastnya aku tau, busy macamana pun diorang, ada masa - masa istimewanya diorang ingat kan aku. Itu paling mahal tahu? Tak ternilai dengan Ringgit Malaysia mahupun Ringgit Dunia. Terharu bila ada anak - anak murid yang aku marah - marah dalam kelas, dengan tanpa segan silu minta maaf dengan penuh rasa rendah hati. Rasa nak mengalir airmata, tahu? Setiap tahun mesti ada kisah yang menyentuh hati macam ni. Alhamdulillah, ingat lagi pesan lecturer dulu masa zaman belajar, kalau kita mampu bonding dengan anak murid dengan baik, kita marah macamana sekalipun, tak akan mampu mewujudkan perasaan dendam dan benci di hati anak - anak murid. Insyaallah :)
Terima kasih sudi datang rumah Teacher. Maaflah tak mampu nak sediakan kambing golek ke tenuk bakar ke apa, insyaALLAH rezeki lebih nanti jangan kata tenuk bakar, kepala gajah pun Teacher boleh hidangkan. Kehkeh. Maaf zahir batin untuk segala salah silap Teacher pada awak awak semua ya? Kalau Teacher marah, membebel, hukum awak semua lari padang, rotan, tarik telinga, tu semua bukan sebab Teacher benci, okay? Tak pernah terlintas langsung nak benci awak semua. Lillahi Taala, itu semua cuma sebahagian daripada proses untuk menjadikan awak manusia. Insyaallah.
Terima kasih Syawal 1435H, untuk kegembiraan, kebahagiaan, dan rasa kasih sayang yang tiada sempadan ini. Untuk seorang guru, apa lagi yang mampu membahagiakan jiwanya, selain anak - anak didik dan ingatan tulus ikhlas dari mereka? Sayang engkau orang semua secara membabi buta !
Tahun depan dan tahun tahun tahun tahun tahun depan jangan serik datang lagi ya?
Dah. Babai !

Read More»