Saturday, September 13, 2014

Awak Umpama Musik Indah Dihati Saya.

Aku tak ingat macamana semua ni bermula.
Yang aku ingat cuma, aku tiba - tiba dah jatuh sayang dekat dia.

Orang tua macam aku ni, bila masuk kelas pertama kali, benda penting yang aku buat adalah cubaan nak mengingat nama pelajar. Gila kau kalau salah panggil. Bayangkan kalau tengah nak maki - maki,

"Engkau ni, belajar sudahlah tak berapa nak pandai, kerja rumah pulak tak siap. Buku teks tak bawak! Siapa yang baca buku awak dekat rumah, nenek awak? Apa nak jadi dengan awak ni Othman?"

"Tapi cikgu, Othman tu nama bapak saya.."

"Habis , apa pulak nama kau?"
 
"Nazim , cikgu.."

Bayangkan diri sendiri mengajar Nazim Othman. Alah pelakon yang handsome nak mampus tu. Lepas tu salah panggil nama. Terus berkubur harapan nak try anak murid handsome.

Jadinya, mengingat nama anak murid ni sangatlah penting. Anak murid paling takut kalau kita ingat nama dia orang. Lagi - lagi kalau time bagi soalan membabi buta. Nama main petik. Peh, menikus semua orang. Semua menyamar jadi kerusi lah, jadi setoking lah.

Tapi, nama engkau ni paling senang aku nak ingat. Kau sebut sekali nama engkau, terus lekat dalam kepala hotak aku. Time tu pulak tengah glamer satu sinetron dari Indon yang nama heroin dia sama dengan nama engkau. Senang kerja. Lantas nama itu pun bersinggahsana dalam hati.

Engkau boleh aku kategorikan sebagai anak murid paling menyejukkan hati. Kerja rumah semua beres tanpa banyak soal. Bagi hari ni esok siap , bagi esok lusa siap. Walaupun perangai kawan - kawan engkau yang lain dalam kelas serupa anak monyet mendapat bunga (Peribahasa Melayu) engkau punya perangai sungguh jauh berbeza. Sejuknya lahai hati. Sudahlah cantik, akhlak terpelihara, berdebar pulak rasa hati setiap kali kita bertentang mata. Ewahhh.

Ada satu hari tu tiba - tiba engkau tegur gambar - gambar aku dalam Facebook yang tak berapa nak menutup aurat. Lembut aje kau tegur. Ayat kau yang last tu betul - betul menusuk dalam hati, buat hati aku kembang berbunga bertaman - taman,

"Saya tegur sebab saya sayangkan Teacher."

Allah. Time tu jugak aku delete semua gambar - gambar tu. Start daripada situlah aku belajar banyak benda dari engkau. Benda - benda simple yang selama ni aku langsung buat tak endah macam, lengan ni jangan bagi orang nampak, kaki ni kalau boleh pakailah setoking, tudung labuhkan paras bawah dada, baju tu lagi longgar lagi cantik, cantik muka je tak guna kalau perangai macam iblis, solat jangan tinggal walau sibuk macamana sekalipun, kalau susah hati selalulah ingat Allah. Semua ni benda yang sangat basic dalam Islam, tapi entah kenapa bila ada dengan engkau, terasa nak jadi perempuan yang baik tak semena - mena. Sebab aku rasa sangat tak layak untuk aku yang serba hina ni, nak dapat kasih sayang suci tak ada tolok bandingnya daripada perempuan solehah macam engkau.

Kalau aku down tiba - tiba, terasa dunia ni sungguh musibat, penat dengan perangai anak murid yang menyetan tak tentu hala, selalu aku terbayang - bayangkan engkau. Teringatkan engkau yang hampir setiap petang habiskan masa konon - konon belajar English dengan aku tapi sebenarnya kita banyak borak aje pun kan? Kau sudi je dengar aku merapu membebel tak tentu hala, mengeluh pasal itu ini. Nak tahu tak, bila aku rasa semua orang macam tak sayang, tak perlukan aku, aku tau aku masih ada engkau. Aku tau yang engkau tak akan pernah jauh dari sini, dari hati ni. 

Aku selalu mohon Tuhan jagakan engkau baik - baik. Kurniakan engkau lelaki yang baik - baik untuk menjaga engkau sampai bila - bila. Pasal aku tak selama - lamanya akan ada. Suatu hari nanti, kau akan berjumpa dengan seorang guru yang jauh jauh jauh jauh jauh lagi awesome dari aku. Aku rasa kerdil pulak bila engkau semakin membesar dan menjadi wanita yang cantik dan solehah. Yang pastinya nanti akan membahagiakan ibubapa dan juga menjadi sinar untuk manusia yang lainnya.

Semoga Tuhan sentiasa lorongkan engkau ke jalan yang Dia redhai. Semoga engkau sentiasa dicintai seluruh penghuni langit. Suatu masa nanti bila sampai masa untuk kau pergi terbang tinggi tebarkan sayap kejar cita - cita, semoga engkau akan terbang penuh gah tetapi sentiasa tunduk merendah jiwa di bumi Tuhan penghulu segala kehebatan. Dan aku, tetap akan memasak kaki disini, menanti engkau pulang dengan kejayaan. Insyaallah.

Pernah aku bertanya sama diri sendiri,

apakah selamanya aku akan kau sayangi?
Andai satu hari nanti kau tahu yang buruk - buruk tentang aku, adakah kau akan pergi dan menjauh?
Andai satu hari nanti kau terpaksa pergi dan kau harus pergi, adakah kau akan tetap menyimpan satu ruang dalam hati untuk guru tua ini lagi?
Adakah harga untuk segala kasih dan cinta yang perlu aku bayar supaya dalam hidup aku, kau akan selalu ada?
Selama manakah kasih ini mampu bersemi?
Adakah aku penting untuk engkau sebagaimana engkau yang amat penting untuk aku?
Masih kah kau akan sudi berlagu dan mewarnai jiwa ini dengan nada - nada indah seindah keberadaan engkau di atas muka bumi ini?
Apakah kita ini, akan saling memerlu untuk selamanya?

Aku biarkan itu dijawab oleh taqdir dan masa.

Tapi untuk masa sekarang, aku tahu-

aku sayang engkau.

Dan engkau sayang aku.
 


.
Nada.

22 comments :

Umie Artoqiemie said...

Bestnye ada anak murid cam dia ni... Hmm hmmm ... Goodluck anak murid cikgu!

Broken_jar said...

Your story and the love between you and her, May Allah preserve it all. You are lucky to have such student, and she is beyond lucky to actually has you as her guardian angel, May Allah bless :)

Happy walker said...

nice to meet you, this is my first visits~

Regards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)

Cik Puan Bunga said...

@Umie ArtoqiemieBetul. Bertuah! :)

Cik Puan Bunga said...

@Broken_jarThank you :)

Cik Puan Bunga said...

@Happy walkerHi Happy Walker! :)

Self-Hypnosis said...

Ni kisah jatuh cinta dengan student sendiri ke?

Cik Puan Bunga said...

@Self-HypnosisKalau definisi cinta pada diri awak begitu, maka begitulah.

Anonymous said...

Haiiiii.. saya baru je tengok blog awak... saya search untuk hilangkan jerawat keluar blog awak. Hihihihi...

Saya tengok masa awak pakai sabun susu kambing dengan bedak tu.. hehehe sekarang cantiknya kulit awak, awak masih lagi pakai tu ke or dah tukar??? Kongsi petua please hehehe tq :)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousHehe kulit muka saya taklah cantik. Sama je macam orang lain, ada jerawat ada pores. Tak sekata warna kulit. Cuma sabun susu kambing tu buat kulit saya sihat dan sembuh dari jerawat lahanat tu. Sekarang saya pakai Safi yang warna oren tu White Trilogy :)

gp said...

Femes anak murid kau. Mohon letak gambar aku lepas ni

Nur Inani said...

seronoknya ada anak murid macam ni.. student sekarang dah tak macam dulu2. yang melawan cikgu pun belambak

Cik Puan Bunga said...

@gpKau nak aku upload gambar IC ke mende? Kehkeh.

Cik Puan Bunga said...

@Nur InaniCikgu zaman sekarang pun dah tak macam dulu :)

Azwan GP said...

Gambar aku la. Save as le dari blog. Dengar cerita adik kau single lagi hahahahahahha

Cik Puan Bunga said...

@Azwan GPSingle babeee! Pandai masak lagik! Kahkah!

Haryani Mohd said...

Rasa kasih sayang seorang guru dan anak murid. Moga dia berjaya dunia akhirat Amin :)

Cik Puan Bunga said...

@Haryani MohdAmin! :D

Irsalina Isa said...

sangat menginspirasi cik puan bunga. moga lebih ramai anak murid dan jenis cikgu yang macam ni terus bertebaran atas muka bumi ni. hihi

Cik Puan Bunga said...

@Irsalina IsaAmin , insyaallah! :D

nini said...

hahaahha....zaman saya dlu cikgu suh letak nama atas meja masing2...
cikgu ingat nama saya sebab tulisan pada nama saya cantik...hahahha perasan

Cik Puan Bunga said...

@niniNi mesti tulisan kemas pastu bulat bulat ni kannnn. Hahaha.