Thursday, September 18, 2014

Beli Mahal Nak Mati. Sudahnya, Buat Sendiri!

Masa mula – mula Choco Bubble Rice (Ke lain nama ke, gasaklah!) ni mula – mula keluar, bapak iblis mahal harga dia. Aku pernah jumpa orang jual RM10 satu jar kecik besar macam balang isi jem nenas tu. Itu jam memang mengamuklah kalau beli sebalang bawak balik rumah, tengok – tengok tengah sedap dikokak Adam Irfan Xaharis, Emaknya belum merasa. Terbalik jugaklah esbok aku kerjakan. 

Paling murah aku jumpa, orang jual RM7 satu balang. Tak boleh jadi ni, aku berkira-kira dalam hati. Bayangkan, kalau aku beli 2 balang dah berapa. Kalau 3 balang dah berapa? Tak boleh jadi. Kata aku sambil membuat muka musykil. Setelah difikir – fikir, tak lain tak bukan, untuk menjimatkan kos, serta mengelakkan esbok rumah aku sekali lagi terbalik dikerjakan oleh aku, aku kena buat sesuatu. Nak taknak, aku kena menghasilkan Choco Bubble Rice aku sendiri.

Jenuh jugak mencari mana tempat ada jual Bubble Rice ni. Hilang sabar jugaklah mencari. Maklumlah aku bukan pattern manusia yang rajin baking bak kata hijabista zaman moden. Mana aku tau kedai mana ada jual benda – benda macam ni. Nasib baik Radin tolong bagi maklumat mana nak cari benda – benda ni semua. Ada satu kedai bahan – bahan kek dekat Batu Pahat jual segala mak nenek atuk moyang bahan – bahan yang kau nak guna untuk benda – benda macam ginilah. Maka aku pun tersenyum gembira.

Bubble Rice tu murah je. Satu bungkus besar baru RM8. Banyak. Kau boleh bagi satu kampung jugaklah merasa kalau kau beli yang sebungkus RM8 ni. Dia ada perisa asli dengan perisa cokelat. Aku kan tamak, jadi aku beli dua – dua perisa. Senang gila nak buat benda ni. Aku tak faham apa yang mahal sangat. Cairkan cokelat lepas tu bubuh Bubble Rice. Dah jadi. Aku eksen sikit, aku letak marshmallow dengan gula bentuk love love. Saja – saja je eksen. Nampak macam kaler – kaler sikit kan.

First time buat aku salah beli cokelat. Aku beli Beryl’s punya compound cokelat. Choco Bubble Rice aku keras macam setan. Nak makan, kena sodok pakai cangkul. Second time dah pandai sikit, aku pakai cokelat Cadbury. Beli yang Dairy Milk plain. Peh dia punya rasa, macam gini ha! (Cap jempol) suka hati kau nak bubuh cokelat dia banyak mana. Meleleh – leleh bila kau tuang masuk dalam bekas pehh subhanallah dia punya sedap, jangan kata mak mertua, mak ayam lalu depan mata pun tak nampaklah senang cakap dia punya sedap tu! Kali ketiga buat, aku bubuh mentega. Aku bubuh separuh untuk dua bungkus cokelat Cadbury besar. Sekali termasin lah pulak. Tahi. Setelah dimodified sana sini, jadi sedap balik seperti sediakala. Kali keempat buat aku letak susu sejat pulak. Dia tak masin, sedap aje pun. Tapi tak berapa nak meleleh. Jadi kesimpulan dia dekat sini yang berjaya aku buat, plain Dairy Milk jugak yang terbaik. Panaskan tak payah bubuh apa benda, lepas tu tuang dalam bekas dan taburkan bubble rice macam biasa. Sedap. Mudah. Jimat banyak weh! Kalau kau rasa nak bubuh dalam baldi lepas tu makan ramai – ramai pun lagi puas hati!

Aku suka je buat banyak – banyak, bubuh dalam bekas konon – konon cecomel, hias sana sini sikit lepas tu bagi dekat anak – anak murid. Aku ni kan pesen manusia yang mudah terhibur, jadi bila tengok anak – anak murid tersenyum simpul dapat something yang cute miut macam tu secara tak langsung hati aku kembang dua tiga taman. Suami pun suka bawak pergi kerja bagi dekat sorang staff, kira sedekah amal jariah jugaklah kan, nak belanja mahal – mahal belum lagi nak mampu, kita mulakan dengan yang kecil – kecilan. Tapi part yang tak boleh lupa bila first time buat tu dia punya keras mak aih, memang boleh berlubang jugaklah kepala kalau dibaling. Gitu. 

Takyah tanyalah resepi dia macamana. Senang nak mampus kot buat benda alah ni. Kau campak - campak, gaul cedok alih - alih, eh dah siap!





 100% handmade. Er kecuali mesin printer tolong print kan sticker cap ayam tu lahh.
Haa siap dah comel. Tinggal nak bagi - bagi je dekat awak, awak, awak, awak, dan awak, eh awak jugak. Eh awak pun nak? Haaa, awak, awak awak, dannnn awak! Kehkeh.

Babai!

44 comments :

Ym.Bundle said...

perghh..seriusly handmade..ni dah tahap kedai spare part punye pro dah ni..

Cik Puan Bunga said...

@Ym.BundleKehkeh. Saya bangga betul ni bero. Haha.

suezen said...

pergh siap ade label!!......bgs2 buat amal jariah....post mai sini 1!

Cik Puan Bunga said...

@suezenOrang ada label, nak jugak bubuh label walaupun lekat pakai selotep jek. Kahkah. Alamak tak berani lagi nak pos pos, picisan saja rasa buatan hamba ini. Huhu.

imantizz_truper said...

nak jugak kak CPB..:) anda sudah ditag
http://cintasampaisyurgaabadi.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blog-award-seven-random.html

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperHaha adoi kena tag! Thank you! Nanti senang-2 I buat hokayy! :D

mita parvin said...

I really liked your post about Beli Mahal Nak Mati. Sudahnya, Buat Sendiri!

Innanie Ariffin said...

bila agaknya dapat rasa ni?

ummi aqilah (LM) said...

Mak aii cikgu bagi mau2 murid tak senyum simpul. Betul laa.. Akk tgk mmg mahal dorang jual. Padahal bukan susah sgt nk buat pun

Cik Puan Bunga said...

@mita parvinThank you babe :)

Cik Puan Bunga said...

@Innanie AriffinAlah awak punya pasal. Balik sini nanti akak buatkan :)

Cik Puan Bunga said...

@ummi aqilah (LM)Kan? Nasib baik pandai buat sendiri. kakakaka

Farizah Hamid said...

wahhh nampak sedap!! nak sikit! hihi

jemput singgah www.bondasihat.com

cahaya nuranie said...

1. dah lama tak komen mengkomen page yatt.. selalu baca je..

2. macam sedap jer tuu..
akak x pernah makan langsung..
kalau ada buat lebih utk jual informlah eh..
kot2 boleh rasa.. mana tahu ada rezeki yatt boleh komersialkan..

2. sudi2kanlah jenguk blog akak:
www.sihatituamanah.blogspot.com untuk sebarang informasi kesihatan.. kesihatan itu amanah yg mesti dijaga sebaiknya.. :)

3. Yatt COMEL!!

Cik Puan Bunga said...

@Farizah HamidBoleh je, cuma masalah nya cemana nak kasi sikit tu. Hahaha !

Cik Puan Bunga said...

@cahaya nuranieInsyaallah, thanks kak! :D

VitaminSuci said...

Comelnya packaging! Five stars!!

vitamin sesi keluarga

Cik Puan Bunga said...

@VitaminSuciMakasih! :D

nini said...

yang dibuat tu lagi bernilai tau...hihi

Cik Puan Bunga said...

@niniBetul ! :D

nurul said...

Sy pernh buat tp dia x ranggup...liat...mcm mane nk suruh rnggup

Cik Puan Bunga said...

@nurulAlamak, cemana nak cakap eh. Saya tak buat papepun. Dia kekal rangup.

nurul said...

Lpas buat tu nk ltk dlm bks cemana...and simpan kat mane

Cik Puan Bunga said...

@nurulSimpan dalam bekas kedap udara. Banyak dijual dipasaran and letakkan dalam almari makan pun boleh, letak begitu sahaja pun boleh. Balang kaca lagi tahan lama kerangupan dia :)

nurul said...

Letak kat freezer boleh ark

nurul said...

X boleh ltk kat freezer an...ok
Terima kasih untk infrmsi

Anonymous said...

Kak...kdi jual bubble rice kt batu pahat tu kt mne ea???

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousDekat Happy Bake, Batu Pahat

Dunia86 said...

kat mn jual bubble rice area kl?? ssh nk cari

Anonymous said...

As Salam.. kak.. saya nak tanya.utk 50jar.. dalam bapa keping coklat tu digunakan?

nik khalida said...

salam sis..gugel terus nmpk sis pnya entry..nak tmya kedai bakery kt batu pahat tu kt mana eh? sy duk batu pahat ni...nak sgtt try buat sndiri

Cik Puan Bunga said...

@nik khalidaArea bus stand Batu Pahat :)

hanimramly said...

Salam cik puan bunga. 1st time komen kt blog nih. nak tnye sikit. Kalau guna compund coklat beryls ni memng akan keras ke? Saya banyak baca dlm blog2 ada jugak yg gunakan beryls comp coklat. Sebab saya baru nak ceburkan diri biz bubble rice nih. Tpia kalau akan keras takut pulak nak buat. Apa pendapat CPB?

CPB comel^^

Cik Puan Bunga said...

@hanimramlyYup. Betul, Beryl's memang buat bubble rice jadi keras gila T_T

Anonymous said...

Salam.klo gune coklat beryls compund mcmne nk bg sentiasa cair.sbb nk wat jual xkn nk pkai cadbury.mahal tu..

Anonymous said...

Sy ade try wat utk dijual gune coklat beryls.sbb tgk byk resepi guna compound..jd dlm 20 bekas dh diorder oleh kwn.sy test dulu hari pertama n kedua pas buat sblm pos.mmg agak keras.tp ok lg bile di godek2 n akan melt sket blk.hari ke3 sy pos kan.yg ade balance kat umh pas 5 hri die jd semakin keras.sy dh mule risau coklat yg dipos pon msh blm smpai..sy ade bca tips utk cairkan blk.mcm pnskan dlm microwave atau yg botol terbalikkan rendam dlm air panas.tp bg sy klo bile dh siap mcm tu mesti nk trus mkn..bagaimanakah nk bg trus cair gune compound??sbb ade bace blh tmbh susu cair or marjerin tp coklat xthn lama.mgkin juga bubble jd lemau.jd mohon bg penyelesaiannya...

sayyidah zeinab said...

cer try mix chocolate beryls(cairkan dulu) tu ngan cream

sayyidah zeinab said...

cer try mix coklat beryls(melt) ngan cream

Nurul Nuha said...

Kalau guna chocolate masakan dwi makmur boleh tak?

Nurul Nuha said...

Kalau guna chocolate masakan dwi makmur boleh?

Ieta Mat Saad said...

Wow. Terbaiklah. Ha ah mang mahal nak mati dah sekarang ni Coklat in Jar apa jenama sekalipun. Tapi sedapnya pulak... Ya Ampunnnnn... Meleleh ke jiwa mencair diraga... hihi. Cikgu kretif ni. Bagus cikgu terbaik entri. Duduk 1st pge tu...

fynaz said...

Salam...maaf jwapan sis slah...
Sbnrnya ada teknik dia...
Beryls x keras mcm sis ckp...
Cuma ada cara dia...nk bg lembut...

Anonymous said...

Macam mana cara nak kekal kan coklat tu cair ? Mohon perkongsian

Nurshahayu Zaidin said...

Cream yg msih cair tu ke...sbb adik sya jual ni,,coklat dia keras,n klu d pnskan pun x melting...