Monday, September 1, 2014

Beraya Ke Rumah Teacher Yatt.

Setiap kali tiba hari raya, mesti aku nervous. Sebab kebarangkalian untuk rumah diterjah oleh anak - anak murid tersangatlah tinggi. Aku paling takut sekali kalau dia orang terjah time aku belum mandi. Alhamdulillah tahun ini, perkara tersebut tidak terjadi. Paling tahi pun, dia orang akan inform setengah jam lebih awal. Jadinya kalau mereka sampai di halaman rumah, aku dah wangi tersenyum - senyum menyambut di muka pintu. Haa macam tu.

Tahun ini, hero - hero Abu Dhabi datang membuka gelanggang. Tak sempat nak masakkan sarapan yang power-power, aku gorengkan mee aje. Tahun ni tak sempat nak pakai baju raya macam tahun lepas. Capai mana yang sempat aje (╥_╥) T-shirt kepam pun jadi. Tudung lagilah. Sarung mana dapat aje. Kalau tahun lepas siap solek pakai bulu mata palsu. Tahun ni pakai bedak bayi aje. Nasib baik dah semulajadi cantik. Kan?

Nakalnya Adammmm!
Lepas itu kumpulan mantan anak - anak murid yang dikepalai oleh Achik yang kerja dia setiap tahun asyik nak membahan. Cubalah tahun depan, sesekali, datang beraya time gigi dia tengah sakit ke apa kan. Mungkin beliau akan senyap sedikit. Hewhew! Dulu semua paras - paras bahu aku, sekarang semua dah tinggi melampai - lampai. Sekejap lagi tu kalau dibiarkan tu, mintak Mak Bapak kahwinkan tuu.

Cehceh tengok Nuruddin. Menung jauh nampak! Haha.
Hamdan dengan kawan - kawan kalau datang memang tak sahlah kalau tak ketawa manjang sampailah balik. Tahun ni tema dia datang beraya adalah 'Monopod'. Kahkah. Gabungan alim alim dengan mulut longkang tak hingat memang tak boleh nak sorok ketawa pondan aku. Duduk bersimpuh macamanapun tetap kantoi bila gelak "HA HA HA!" Ceh.

Sopan.
Amin dengan kawan - kawan tahun ni datang bawa gossip. Gossip apa tu, tak bolehlah nak cerita open dekat sini. nanti ada pihak yang terluka. Eceh. Amin ni aku suka kalau dia datang beraya. Cakap santai - santai pun boleh selit nasihat berguna. Banyak benda aku belajar dengan Amin ni. Tabah budaknya. Banyak ajar aku tanggungjawab sebagai anak, sebagai isteri yang baik dan juga sebagai seorang guru yang mengikut landasan yang Allah redhai (╥_╥) Tapi itulah. Tetap tak boleh nak sorok perangai. Mesti terkantoi. Ah diorang memang dah sedia faham dah cikgu dia ni macamana. Kehkeh.

Maafkan Teacher kerana berperangai begini. Hehehh.
Gadis Melayu terakhir ni kalau datang beraya memang dengan aku aku sekali jadi sopan. Cakap bersusun, gelak tutup mulut Ya Allah sopannya lah budak ini. Memang jauh panggang betul kalau nak dibandingkan dengan ehem cikgu dia ni. Hehehh. Anip macam biasa, selaku sahabat sejati yang jadi Lyna punya driver sebab katanya adalah orang tu masih trauma lagi berlanggar masa dekat bazaar Ramadan. Ceh, tengok muka tak ada pulak ciri - ciri tengah trauma. Kehkeh.

Sopan 2.0
Okay. Ni group yang bergambar tidur ni tahun ni Alhamdulillah datang beraya selamat daripada sebarang bencana. Kalau tahun lepas, siap accidentlah apa semua sampai koyak - koyak seluar dibuatnya, tahun ni Alhamdulillah selamat sejahtera. Semua dah tinggi - tinggi dah. Bertambah - tambah kacak lah pulak. Belajar rajin - rajin ye masing - masing!

Sallehuddin dengan Mujahid kok ye pun penat, janganlah sampai tidur. Kehkeh.
Ini memang group budak rebel ni. Dah di pesan kalau nak datang beraya tu pakai senonoh sikit eh dia buat perangai pakai seluar pendek pulak ni. Kalau ikutkan hati nak je ikat dekat pokok bagi kerengga gigit tapi sebab muka masing - masing seposen dah macam orang Mynmar yang jauh daripada sanak saudara, suruh jugaklah diorang masuk. Lepas bagi minum, suruh diorang cepat - cepat balik rumah masing - masing. Kehkeh.

Ikmal control handsome.
Group ini paling rindu. Dah lama tak jumpa Taufik dan Harith, tahun ni Alhamdulillah ada rezeki untuk jumpa. Antara batch terawal yang aku didik masa mula - mula posting dulu. Rindunya lahai. Yang pakai spek tu nama dia Taufik. Dulu selalu tukar - tukar lagu My Chemical Romance. Kita orang buat konsert nyanyi lagu Teenager ramai - ramai dalam kelas. Lepas itu bantai nyanyi lagu Black Parade sampai sakit tekak walaupun lirik terabur lintang pukang. Ya Allah rindunya rindunya! (╥_╥) 

Rindu rindu rindu!
Geng anak - anak dara yang sopan - sopan , cantik - cantik, ayu - ayu ni tercemar bila Dayah terajang dulang isi cawan. Dah habis tumpah kena karpet. Malas dah nak cerita pasal group ni. Malas nak puji lebih - lebih. Nextttt!

Tak kawan Dayah!
Ini geng budak - budak pandai. Geng best students. Time SPM dulu beratus A. Dua - dua sopan. Lagi - lagi Dalila. Nyampah. Bila bergambar nak buat peace ke apa ke, dia marah. "Teacher ni, cubalah bergambar tu sopan - sopan sikit!" Errr baiklah Dalilaaaa!

Sopan 3.0
Group KAA. Selalu kena bebel dalam kelas. Kena marah. Kena leter. Habis suka buat perangai macam tapir laut. Malasnya nauzubillah. Kena marah pun buat muka tak ada perasaan (╥_╥)  Benci tau budak - budak ni baru Tingkatan 3 tapi masing - masing dah tinggi macam apa. Yang aku ni apasal tak tinggi - tinggi pun aku tak tau! (╥_╥) 

Terima kasih sudi datang ^^,
Budak - budak Damsyik. Budak - budak inilah yang paling banyak makan maki, makan bebel, makan leter. Smeualah. Tapi budak - budak ni jugaklah yang selalu buat aku senyum sorang - sorang, buat aku lempar buku dekat mulut yang tak reti nak diam. Kena maki pun senyum aje muka masing - masing. Tak pernah simpan dalam hati. Sayang engkau orang banyak - banyak! 

Sayang!
Budak - budak RK2. Pun selalu kena marah pasal pemalas nak mati. Kalau bagi kerja rumah berminggu nak disiapkan. Eh banyaklah budak - budak ni kena bebal. Tabah betul hati engkau orang kan? Siap nak datang beraya pulak rumah Teacher walaupun dalam satu hari tu tak sah kalau engkau orang tak kena marah dengan Teacher! (╥_╥) 

Eh Adam nak interframe! Haha.
Ini group terpaling kesayangan. Sebab ada Luqman. Hehehh. Nak cerita panjang sangat. Dipendekkan cerita paling sayang Luqman sebab Luqman baik gila nak mati. Dulu sangat suka tolong aku. Apa je lah. Cakap je. Lepas tu Luqman suka bagi aku makan cokelat banyak - banyak. Bila Luqman pindah sekolah, sedih gila. Sekarang dah sangat tinggi. Handsome pulak tu!! Hehehh! Yang lagi dua tu memang semakin membesar semakin sakit jiwa nak melayan. Dah pandai menjawab kalau kena menganjing dengan aku. Tapi budak - budak ni bagus, bila time minta maaf tu, antara group yang meminta maaf dengan proper sekali ^^,

Sayang kuasa sejuta.
Alhamdulillah. Boleh dikatakan Syawal kali ini kunjungan anak - anak murid yang paling meriah. Bahagia betul tengok diorang makan dengan penuh berselera, berborak , catching up benda - benda yang terlepas, mana yang dah pindah sekolah atau dah habis sekolah, inilah masa untuk diorang update cerita hidup mereka dengan aku. At leastnya aku tau, busy macamana pun diorang, ada masa - masa istimewanya diorang ingat kan aku. Itu paling mahal tahu? Tak ternilai dengan Ringgit Malaysia mahupun Ringgit Dunia. Terharu bila ada anak - anak murid yang aku marah - marah dalam kelas, dengan tanpa segan silu minta maaf dengan penuh rasa rendah hati. Rasa nak mengalir airmata, tahu? Setiap tahun mesti ada kisah yang menyentuh hati macam ni. Alhamdulillah, ingat lagi pesan lecturer dulu masa zaman belajar, kalau kita mampu bonding dengan anak murid dengan baik, kita marah macamana sekalipun, tak akan mampu mewujudkan perasaan dendam dan benci di hati anak - anak murid. Insyaallah :)
Terima kasih sudi datang rumah Teacher. Maaflah tak mampu nak sediakan kambing golek ke tenuk bakar ke apa, insyaALLAH rezeki lebih nanti jangan kata tenuk bakar, kepala gajah pun Teacher boleh hidangkan. Kehkeh. Maaf zahir batin untuk segala salah silap Teacher pada awak awak semua ya? Kalau Teacher marah, membebel, hukum awak semua lari padang, rotan, tarik telinga, tu semua bukan sebab Teacher benci, okay? Tak pernah terlintas langsung nak benci awak semua. Lillahi Taala, itu semua cuma sebahagian daripada proses untuk menjadikan awak manusia. Insyaallah.
Terima kasih Syawal 1435H, untuk kegembiraan, kebahagiaan, dan rasa kasih sayang yang tiada sempadan ini. Untuk seorang guru, apa lagi yang mampu membahagiakan jiwanya, selain anak - anak didik dan ingatan tulus ikhlas dari mereka? Sayang engkau orang semua secara membabi buta !
Tahun depan dan tahun tahun tahun tahun tahun depan jangan serik datang lagi ya?
Dah. Babai !

No comments :