Tuesday, September 2, 2014

Konon - Konon Rumah Terbuka.

Emak selalu pesan, kalau ada rezeki lebih silalah kongsikan dengan orang - orang sekeliling. Jangan kedekut. Jangan suka fikir diri sendiri. Tapi nanti bila sudah memberi, jangan pulak suka mengungkit - ungkit. Nanti tak dapat pula pahala yang Tuhan janjikan. Jadi sempena Syawal yang penuh keberkatan itu hari, ditambah dengan duit lebih adalah sikit, aku buat makan - makan sikit untuk kawan - kawan seperjuangan.

Walaupun minggu itu bermula dengan agak busy, PT3 pun sudah mula mengintai dari tirai kamar, tapi tetap juga cari masa untuk konon - konon buat rumah terbuka. Iyelah, aku ni dahlah masih duduk menumpang dengan Emak Abah, kenalah cari masa yang Emak Abah tak busy, nak panggil kawan - kawan datang rumah. Sebenarnya segan jugak nak panggil kawan - kawan. Rumah sudahlah tidak banglo, tepi - tepi rumah pula penuh dengan ayam - ayam, itik angsa, tapir liar, tenuk angkasa yang datang mencari sesuap nasi lebih - lebih. Nanti orang ingat rumah aku tu kawasan peliharaan binatang liar pula. Kalau bernasib baik, nanti nampak khinzir jalan - jalan dengan anak - anak dia.

Menu biasa - biasa aje. Kan dah kata tadi, duit lebih sikit aje. Kalau duit lebih banyak, mungkin ada kambing panggang atau tenuk golek dan sebagainya. Tapi tak mengapalah. Yang penting ikhlas dan dimasak dengan penuh kasih sayang. Orang tua tua kata, masak kalau ikhlas, penuh kasih sayang, goreng telur mata pun rasa macam sorga. Memandangkan tekak kawan - kawan seperjuangan ini jenis yang mudah terhibur, maka tak susah nak fikir menu untuk dimasak. Aku mengambil keputusan untuk memasak rojak manis. Rojak manis ini bukan sahaja makanan kegemaran aku, malah ia juga sangat senang untuk disediakan selain berkhasiat boleh tahan.

Sayur - sayuran yang dicelur.
Sambal kacang untuk rojak dan sambal kicap berkacang yang dimodify juga untuk kuah rojak.
Jemput - jemput tepung dengan telur rebus. Aiseh terliur pula.
Mee kuning.
Rombongan kawan - kawan sampai lebih kurang pukul tiga. Penuhnya halaman rumah dengan kereta kawan - kawan yang menjalar - jalar. Minta maaflah, halaman rumah kecil. Maka engkau orang semua terpaksa pula memparking kereta jauh dihalaman rumah jiran - jiran. Sebelum makan, Amir start Marhaban diikuti oleh kawan - kawan yang lain. Ya Allah, seronoknya perasaan ketika ini. Terasa sungguh berbunga - bunga hati bila kawan - kawan sudi untuk bermarhaban dekat rumah ni.


Radin dan err gadget apa entah tu tak tahu nama.
Kakak - kakak dan adik - adik yang setiap hari menceriakan suasana bilik guru.
Lepas bermarhaban dan bacaan doa, apa lagi, serbuuuuuu makanan! Seronoknya bila tengok makanan yang kita masak, kakak - kakak dan adik - adik makan dengan penuh berselera. Sudahlah dia orang ni semua terer masak, terasa kecil dan rendah diri pula nak mempersembahkan hasil masakan kita kepada orang ramai. Tapi bila tengok diorang tambah tiga empat kali tanpa ada sebarang rasa terpaksa ataupun komen yang negatif, maka aku beranggapan yang masakan aku diterima baik oleh perut masing - masing. Amir pun makan dengan penuh berselera. Amir tu sudahlah mulut dia paling kubur diantara kawan - kawan aku yang lain. Jadi bila dia senyap, mungkin itu bermakna hati beliau gembira.

Khusyuknya semua orang!
Senyummmmmm! ^^,
Lepas makan, perut pun dah kenyang, masing - masing beransur balik. Terima kasihlah kawan - kawan sebab sudi datang rumah aku setiap tahun. Rasa puas hati dapat sediakan makanan untuk semua orang. Walaupun ketika ini tuan rumah belum menjamah sebarang makanan sebab terlampau nervous dengan kedatangan semua orang ini, tuan rumah tetap tersenyum penuh keriangan sebab tetamu - tetamu pulang dengan senyuman. Adam pun walaupun sedikit nakal dan membuat aksi buas dihadapan tetamu, keseluruhan sahsiah beliau pada hari ini sangatlah memuaskan. ^_______^




Orang kata sambal kacang yang aku buat, sedap. Orang katalah. Bukan aku yang kata. Teringin jugak nak kongsikan resepi dia dekat engkau orang semua. Manalah tahu ada yang teringin nak buat sendiri rojak manis ni dekat rumah. Rojak manis ni memang favourite aku dari kecik - kecik lagi. Makan banyak mana pun tak jemu. Jadi bila dah pandai masak ni, try lah masakkan untuk orang lain. Eh, dah diorang pun cakap sedap! Nampak berbakat juga aku ni dalam bidang masak memasak ye tak? Kehkeh. Nantilah, ada masa, aku share dekat sini resepi dia.

Tahun depan nak belajar masak Briyani pulak. Nanti kalau aku jemput lagi kawan - kawan datang rumah, boleh hidang Briyani. Kehkeh. Terima kasih kawan - kawan sudi datang rumah untuk raya tahun ini. Mana yang kurang yang tersilap haraplah dimaafi. Aku insan biasa, penuh kekurangan. Ceh ayat!

Okay. Nak pergi makan nasik lah. Lapar.

Babai.

2 comments :

missteeha the babling girl said...

Dan entry ini sekaligus menampilkan wajah2 cikgu yg dirindui
Sobs :3

Cik Puan Bunga said...

@missteeha the babling girlKalau rindu, ayuhlah melawat kami disini ^^,