Wednesday, September 17, 2014

Tangan Kasar.

Siapa pernah kena pelempang dengan aku, mesti tahu macamana saktinya pelempang aku ni. Askar Jepun pun kalau diorang hidup lagi dekat Tanah Melayu ni, surrender agaknya bungkus kain baju terus balik Nippon semula. Tak wujudlah istilah pelempang Jepun yang digembar-gemburkan sebagai pelempang yang sangat berbisa.

Tapi yang bagusnya, aku jarang lempang orang. Seingat aku sepanjang aku jadi cikgu ni, sekali je aku pernah lempang anak orang. Itu pun masa zaman muda - mudalah. Darah panas katakan. Pantang dicabar. Penerajang singgah dekat pusat kalau silap sikit. Amacam, merbahaya tak kakak? Emak aku kata, tangan aku ni tangan panas. Kalau tanam pokok, haram nak hidup. Kalau bela binatang, mati tak sempat nak membiak. Dan kalau bagi pelempang dekat orang, mungkin boleh jadi terencat kalau orang yang sihat. Betul. Aku tak tipu.

Kawan - kawan mana yang tau sumber kuasa yang tanpa batasan ni, memang mempergunakan aku tanpa kompromi. Bukak botol mineral, cabut kerusi patah, patahkan dahan kayu, tumbuk pihak musuh. Banyaklah. Kadang - kadang kalau time gurau - gurau, tak sengaja tersauk kawan sebelah, meraung jugak kawan tu kena upper-cut tak pasal - pasal. Nak buat macamana. Tangan ni extra power pulak. Dulu masa bercinta, cadang nak gurau - gurau main tolak - tolak bahu dengan pakwe, ambik kau, ke longkang pakwe aku.

Tapi dikurniakan tangan macam gini, walaupun tak berapa nak kena dengan rupa paras aku yang ayu dan sopan, ditambah lagi dengan keindahan budi pekerti yang bukan calang - calang, yelah kan, orang cantik bukan main tapi tangan sado katang macam gitu, ish. Potong stim kata orang. Tapi tangan ni memang banyak bawak jasa untuk kami satu keluarga. Adik beradik aku empat orang. Empat - empat perempuan. Semua lemah - gemalai jenis yang bukan beradu kekuatan, jadinya bila tiba bab - bab yang memerlukan kekuatan fizikal ni diaaa (Tepuk dada) ini dia anak yang Emak aku boleh harapkan. Angkat tong gas, angkat kawah, tebas semak - samun, tangkap ayam, potong kayu api, Emak cakap apa jelah senang cakapnya, semua beres. Kira dalam keluarga, anak 'jantan' yang boleh diharapkan jugak aku ni sebenarnya.

Abah kalau nak geng untuk angkat - angkat benda berat, memang dia takkan menyusahkan menantu - menantu dia, ni dia ni dia, anak dia yang nombor tiga ni, setel semua masalah. Pendek kata, biar tanam pokok tak hidup, bela ayam mati semuanya, tapi bab - bab mobiliti dan logistik, aku ternyata tidak mengecewakan. Suami pun lama - kelamaan dah biasa dengan kekuatan tangan isteri dia yang tercinta ni. Takde nak merengek - rengek mintak tolong bukakan botol sos ke, bukakkan tin biskut ke, angkatkan kerusi meja ke apa. Bak datang benda berat macam iblis sekalipun, insyaALLAH aku akan tolong setelkan. Abang diam - diam, saya setelkan semuanya.

Itu pasallah, tangan aku kasar lain macam. Tak lembut macam tangan perempuan - perempuan yang lain. Tenyeh losyen berbaldi - baldi pun tak boleh nak buat tangan jadi lembut. Iyelah, baru 5saat tenyeh losyen Emak dah panggil angkatkan reban ayam. Baru tenyeh losyen, jiran sebelah dah panggil suruh kapakkan kayu api bikin masak lemang. Macamana nak lembut? Jadi bila masyarakat mempertikai tangan aku kasar, berbirat, urat lengan hijau siap berselirat serata lengan, siap ada yang cakap tangan pondan lagi lembut dari tangan aku, aku diam ajelah. Nak buat macamana kan. Ada bagus jugak tangan kasar macam gini, engkau cakap agak lebih - lebih aje dia punya kurang ajarnya, agak - agak tak boleh nak tahan sabar, aku backhand aje sekali. Kalau bernasib baik, mungkin tak arwah. Ye dak?

At least, kalau ada awek - awek ala ala hijabster merengek - rengek mintak boyfriend / suami tolong bukakan penutup botol air Ribena diorang, aku selamba aje mengajar sambil tangan sebelah weight - lifting pakai tong gas.

Kan? (Angkat - angkat kening)

Nampak. Tak perlukan parang pun. Sesah je pakai tangan.

Dah. Babai!

1 comment :

nini said...

ayoooo duriannnnn sedapppppp