Monday, November 17, 2014

Birthday Di Awan Biru Tiada Yang Menganggu.

Kalau boleh mencarut, aku memang nak mencarut semahunya.

Sebenarnya, aku dah selamat dah mencarut. Dia punya penat, serupa iblis ! Nak tanggal kaki aku, dengan ketiak lecak, nafas semput macam nak terputus nyawa, dengan kaki sakit kejang menggigil lagi satu hal, kalau tak difikir - fikirkan maruah dan harga diri serta kredibiliti seorang guru bakalan tercalar, memang aku tak hingin nak panjat Hutan Lipur Bukit Soga tu ! Memang takkan lah weh, tak akannn!

Tak pernah manusia sambut birthday aku atas bukit. Tak pernah. Ini pertama kali dalam hidup. Bertuah sungguh anak murid aku kan? Dideranya cikgu cantik macam aku. Panjat bukit tinggi - tinggi sampai setengah mati nak sambut birthday. Rare sangat - sangat ! Aku dah separuh nyawa termengah - mengah nak daki tangga, diorang boleh lari - lari riang gembira sambil tayang - tayangkan kek birthday depan bijik mata aku. Syaitonnnnn !

Tak mampu nak tersenyum. Tak mampu dah !

Berperang dengan perasaan nak patah balik dan nak teruskan perjalanan, aku teruskan jugak kaki melangkah walau mulut menyumpah seranah. Aku ni dahlah tak rajin nak bersenam, memang seumur hidup dua tiga kali ajelah hiking. Selalunya aku hiking dalam shopping complex aje. Jadi bila kena daki Bukit Soga yang tinggi dia 750m tanpa sebarang perancangan rapi, memang nazak jugaklah perasaan dia. Berapa kali aku berhenti , ambik nafas mintak nyawa. Dia punya penat, nauzubillah. Boleh buat engkau terajang pokok pisang! Penat tak penat, make up tetap maintain. Eyeliner tetap melentik mengalahkan Che Ta. Jadahnya perangai!

Setelah berhempas pulas, jatuh bangun tergolek terbongkang, maka menjejak jugaklah aku ke puncak Bukit Soga. Sedap aje anak murid aku yang lain dah lompat - lompat lari - lari sana sini, yang aku pulak dah termengah - mengah muntah hijau. Nasib baiklah disepanjang perjalan Tiqah sudi nak temankan aku yang sekejap-sekejap duduk, sekejap-sekejap mencarut kepenatan. Sayang Tiqah! Bila dah okay sikit, dah boleh bercakap- cakap sikit, kami pun duduk membulat dan tadaaaa potong kek birthday! Lepas tu yang lagi kelakar, tak bawak air ehh. Bijak bistari macam sang kancil betul!

Ini budak - budak nakal pembuli cikgu cantik.
Mengokak kek.
Bodyguard.
Bodyguard yang gembira.
Sayang sepah - sepah bertaburan di alam semesta.

Kalau nak dikatakan penat, aku memang penat. Penat nak mampos kott ! Sampaikan menggeletar satu badan kepenatan, dengan basah lencun dek peluh, tapi inilah birthday celebration yang paling rare pernah aku dapat. Sekaligus menjadi penutup Bulan Sambutan Harijadi Teacher Yatt Yang Cantik Dan Baik Hati. Eh panjang pulak kan nama sambutan. Kehkeh! Terima kasih yang tak terhingga untuk Mia, Chad, Tiqah sayang, Poyen dan Peng yang sanggup bersusah - payah meraikan hari tua aku. Kalau nak cakap sayang, memang macam cheesy sangat - sangat kan? Tapi dalam hati ni, memang sayang sepah - sepah tabur - tabur sesungguhnya untuk mereka - mereka ini. Meh meh korang, Teacher peluk ramai - ramai meh! SAYANG KORANG!

Maka dengan itu, tamatlah sambutan birthday aku untuk tahun ini. Bertemu kita lagi pada tahun hadapan dengan sambutan - sambutan yang lebih surprise lagi. Mana tau, ada yang nak celebrate dekat Kelab Malam ke, Kelab Bogel ke. Kehkeh! Tak senonoh kau, Yatt! Sebelum berpisah, kita akhiri pertemuan kita ini dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Malamnya, kaki sakit macam nak tanggal!

Dah babai!

6 comments :

Anonymous said...

Melbih mencarut dia ni ��
Smbong. Agk²nya pgi tdi lmbai nmpk tak.
GG

ezyra daniel said...

kenangan terindah untuk teacher kita nie.
hehehe tapi sekali sekala celebrate mcm ni best jugak kan..
btw klik 3 ads kat sini^^

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousNampak la ! :) Kan tcr tersenyum simpul dengan penuh kasih sayang huaa ! :D

Cik Puan Bunga said...

@ezyra danielBest ! :D

Azwan GP said...

Budak laki tu taw dak dia masuk blog

Cik Puan Bunga said...

@Azwan GPKompom ah tak tahu ! Hahahahh !