Thursday, November 13, 2014

Generasi Pertama The Kesayangans. Makan - Makan, Kegembiraan Dan Cinta Sejati.

Maaflah. Aku kalau buat entry, mesti tajuk dia syok sendiri.

Baiklah. Sambutan hari jadi aku yang ke 31 tahun nampaknya berlangsung entah untuk kali yang keberapa. Malas pulak saya nak kira (Riaknya nauzubillah). Kali ini, giliran generasi pertama The Kesayangans yang meraikan birthday aku dengan upacara yang sungguh gilang - gemilang.

Yang jadikan sambutan ini lain maciam adalah, diorang masak sendiri weh ! Lepas itu makan ramai - ramai. Kembang setaman hati beta. Ada nasi putih, ayam goreng, coleslaw, choc-dipping dan lepas itu makan ramai - ramai, kongsi - kongsi dengan penuh rasa kasih sayang dan juga muafakat membawa berkat. First time celebrate birthday macam gini. Feel dia memang mari! Bentang tikar dekat dalam bilik guru, masing - masing duduk bersila. Apa ada hal!

Untuk yang belum sedia maklum, generasi pertama The Kesayangans ini adalah insan - insan terpilih yang suatu ketika dahulu merupakan anak didik aku batch yang pertama aku mengajar Tingkatan 3. Mereka ini group yang pertama. Kelompok manusia yang selalu buat engkau rasa terbang bahagia diudara. Sumpah tak cari lain!

Yang acah - acah pakai topeng Ironman tu dia ada sakit mental sikit.
Sambil makan tu memang penipu lah namanya kalau tidak diisikan dengan sesi anjing menganjing dan membahan di antara satu sama lain. Saya sebagai guru juga tidak terkecuali. Peluang begini bukan datang selalu gua cakap lu. Bila lagi nak kenakan Aini dengan Muaaz. Inilah masanya! Kehkeh!

Siap aje makan, yang bagusnya apa tahu, yang kemas semua benda adalah kaum lelaki. Kaum perempuannya betulkan tudung, camwhore dan bergossip sesama sendiri. Yang lelakinya bagusnya lahai kemas tempat makan, basuh pinggan, buang sampah. Alahh memang calon pilihan menantu Emak awak lah!

The handsomes membasuh pinggan. Peace sikek Muaaz !
Lepas dah siap semua, sambil tunggu masuk waktu Zuhur, apa lagi masing - masing. Camwhore! Baik yang lelaki ke yang perempuan ke, anak murid ke, cikgunya ke semua dah sama aje. Pantang nampak kamera, masing - masing! Macam - macam gaya. Posing atas pokok aje yang belum.

Terasa miniature sungguh. Padahal dulu dia paras buku lali aku aje pun!
Spend masa dengan The Kesayangans tak pernah berakhir dengan kesedihan dan kedukaan. Kalau jumpa mereka - mereka ini, senyum aku mesti sampai ke telinga. Hati kembang berbunga - bunga. Dengar cerita masing - masing, gelak kutuk umpat keji bersama, moment - moment macam ginilah yang buat aku terus bertahan dan bertabah untuk menjadi seorang pendidik.

Banyak yang aku belajar daripada mereka. Salah satu daripanya, aku belajar yang hidup sebagai seorang guru ni tak bermakna kita sahaja yang mengajar sesuatu untuk mereka. Sebenarnya banyak yang kita belajar daripada mereka juga dalam masa yang sama. Thank you, Allah. Pengalaman hidup ni kadang - kadang Tuhan bagi melalui cara yang kita tak sangka - sangka. Tahun ini tahun terakhir mereka - mereka semua ni ada dekat sekolah. Lepas ini masing - masing dah bertebaran ke serata muka dunia. Tacingnya lahai rasa dia ! Kalau dulu masing - masing comot momot Ya Allah nakal pula tu, tapi sekarang masing - masing dah besar, dah kacak, dah cantik. Mentang - mentanglah bebudak espiyemmm.

Sayang sepah - sepah.
Naeem. Fathiin. Aini. Nada. Izzuan. Ameen. Jidin.
Mana nak sama kamu semua orang!
Rakan sebaya.
Entah kenapa kalau dengan diorang ni, aku rasa lain sangat - sangat. Macam satu keluarga pun ada. Dah rasa macam darah daging sendiri. Kalau sorang susah hati atau ada masalah, tak tenang pulak hati aku selagi tak dapat nak bantu mana yang dapat aku bantu. Setiap masa aku doakan diorang semua ni kan berjaya capai cita - cita masing - masing. Biar tinggi terbangnya. Biar panjang langkahnya. Biar diteroka satu dunia. Insyaallah.

Dan harapannya juga semoga ukhuwah ini terbina sampailah ke hujung waktu. Biar siapapun yang datang dan pergi dalam hidup kita, semoga The Kesayangans akan terus mekar mewangi di dalam hati. Haa gitu !

Terima kasih korang untuk usaha dan susah payah korang semua. Teacher hargai sangat - sangat. Teacher sayang engkau orang sepah - sepah dari sini sampailah ke Bulan pusing - pusing lapan belas kali.

Meh peluk berjemaah meh !

I love you guys !

Okay dah. Nak makan jeruk mangga. Babai!

2 comments :

kerusiburok said...

untung nau jadi cikgu. meriah sana sini sambut bufday :)

Cik Puan Bunga said...

@kerusiburokAlhamdulillah, rejekii ! Hahahh !