Friday, November 7, 2014

Perempuan 31 Tahun Yang Cantik Lagi Gembira.

Assalamualaikum.

8hb Oktober 2014.

Bangun pagi gosok gigi, mandi, siap shampoo bagai dengan perasaan yang teruja lagi berdebar - debar. Belek muka sendiri dekat cermin, peh dia punya handsome Tuhan aje yang tahu. Kedut - kedut banyak sepah - sepah atas muka. Ah tapi ini benda boleh setel, tenyeh fondesen, setel ! Cantik lagi perempuan umur 31 tahun ni. Aku berdialog didalam hati. Dialog begini hanya layak dituturkan didalam bilik mandi secara monolog. Tak boleh diucapkan dikhalayak ramai. Bukan apa, takut ada yang muntah darah lalu terkorban. Kan dah susah nanti? Selesai mandi, solat, siap - siap apa semua, maka melangkahlah aku ke sekolah (Tak jugak, aku drive!)

Sampai sekolah, terserempak dengan sesiapa disepanjang jalan dari parking ke tempat punch card, mana - mana students yang ingat, diorang memberi ucap selamat. Tersengih - sengih aku serupa orang baru lepas kena loteri. Sampai - sampai aje dekat meja aku, hah hambik kau jajan. Siapa pulak dah membuat huru - hara dekat meja aku ni? Dengan kertas warna - warni bertampal - tampal , siap ada monyet sekor warna merah besar duduk atas meja silang kaki bagai, dengan crown buat aku perasan macam diva - diva kertu. Ya Allah ni tak lain tak bukan memang kerja Oat lah ni. Ya Allah, terharunya aku.Tak sangka ada jugak yang masih sudi nak ingat birthday aku. Sudahlah tua, mengada - ngada pulak. Seperti mahu melempang muka sendiri.

Hari ni birthday aku. Dari sebulan yang lepas sebenarnya aku dah excited. Tak guna punya perangai kan? Sudahlah excited membabi buta, siap terbayang dalam kepala hotak, tahun ni bakal dapat hadiah apa agaknya. Tahi. Dari malam semalam konon - konon tak boleh tidur. Padahal tunggu siapa yang wish dulu. Kehkeh. Dan selalunya, masuk aje bulan Oktober setiap tahun, semua orang sudah sedia maklum, bulan ini adalah bulan menyambut birthday Teacher Yatt. Tak payah nak acah - acah terkejut lah kalau setiap hari atas meja sepah - sepah dengan hadiah. Celebrate birthday pulak dah macam celebrate birthday YB. Siap ada booking number. Menyampahnya Ya Allah !


Muka macam gini kalau disepak pun tiada siapa yang marah.
Nyet. Ehem.
Effort macam gini, kita kena bagi cap jempol !

Dekat sekolah aje tiga kali budak - budak ni nyanyikan aku lagu birthday. Malu jugak rasa dia bila budak berselisih dekat tangga sekelompok nyanyi lagi birthday kuat - kuat. Bila orang tanya berapa umur, jawab 23 dengan yakinnya. Kahkah.Janganlah mention umur kuat - kuat. Kalau ikut kan umur sebenar, memanglah dah boleh masuk kategori harga tiket wayang separuh harga. Ala, apadehal dengan umur. Yang penting dalam hati ni haa. Darjah tiga.

Birthday celebration yang pertama of course bermula dengan mengepow bff secara membabi - buta. Sebenarnya kalau nak diikutkan setiap hari pun dia redo aje kena pow dengan aku. Tapi time birthday ni lain sikit. Aku mintak makan apa pun dia bagi aje tanpa sebarang dolak - dalik. Ala ala macam ibu mengandung yang nak makan apa je sekalipun orang layankan. Kepala keretapi masak kari pun kalau diikutkan, takde masalah ! Tapi sebab tekak western lupa diri tak sadar anak Jawa, aku minta makan dekat Secret Recipe. Ambik kau jajan. Slim wallet !

Yang baju kuning tu dia punya annoying, Tuhan aje yang tahu !

Balik dari sekolah, sampai dekat rumah, dilayan pula seperti Puteri Gunung Ledang. Emak suruh mandi wangi - wangi. Dekat dapur, suami dah macam orang bersilat. Gigihnya suami saya ambil cuti semata - mata nak masakkan untuk birthday isteri dia yang selalu buat perangai mintak kaki ni. Terima kasih ! Wuuuuu !

Lepas solat Maghrib, dah pakai bedak Avon cantik - cantik, makanan pun dah siap masak dah apa semua, Abah buat doa selamat sikit. Doa selamat kesyukuran, anak dia yang terpaling nakal ni dah bertambah lagi setahun usia, sihat selamat dikurniakan Tuhan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. 

 Amacam ? Hebat tak suami saya? Kehkeh. Err sate tu taklah. Sate tu Pakcik belanja. Hehehh.


 Ambik kau jajan. Satu Malaysia tahu umur sebenar.
 Sedap nak mampus !
 Syurga.

Syukur tak terhingga kehadrat Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Cinta. Didatangkan untuk aku ujian tanpa batasan, diberikan juga aku kasih sayang yang tiada tepian. Dikurniakan malaikat - malaikat yang menjaga kanan kiri, yang akan sentiasa menghulur tangan memimpin bahu andai kata aku jatuh disepanjang perjalanan. Betullah Tuhan itu kurniakan kaya kepada hambaNya dengan cara yang beza - beza. Betul, aku miskin harta. Rumah pun tak ada. Menumpang teduh dekat rumah Mak Abah. Tapi Alhamdulillah syukur Ya Tuhan, Tuhan kurniakan aku dengan nikmat kasih sayang dan cinta yang subhanallah, buat hari - hari yang aku lalui penuh dengan bahagia dan rasa syukur segenap semesta.

Diingati dan didoakan disetiap bertemunya tautan dua telapak tangan, subhanallah, nikmat Mu yang mana yang aku dustakan? Terima kasih aku ucapkan untuk suami yang setiap masa setiap ketika mendukung segala hajat segala niat setiap apa yang isteri dia ni inginkan dan lakukan. Suami yang setiap masa dan ketika hanya menumpahkan cinta dan cinta semata. Terima kasih untuk Emak Abah tempat aku curahkan bakti dan cinta yang tiada banding beza, terima kasih untuk adik dan kakak - kakak satu darah satu rahim yang paling aku cinta, Embun, Maklong dan Makngah. Untuk sahabat - sahabat jauh dekat walau disegenap pelusuk mana engkau orang bertapa sekalipun, terima kasih untuk sahabat dunia akhirat Oat (Ayam) sebab sudi nak tahan dengan perangai aku selama ni, untuk Kak Sally, terima kasih banyak - banyak. Untuk otai - otai dunia sastera Zaimie Jamat, Axoneemy, Hades, untuk Encik Boss brader Duan, terima kasih Ya Allah untuk semuanya. Dan yang paling teristimewa, untuk anak - anak didik yang pernah bertaut kasih kita satu jiwa untuk ingatan, ucapan, hadiah dan segala titipan doa kalian untuk wanita tua ini. Terima kasih untuk kasih sayangnya, terima kasih untuk memori manisnya subhanallah Ya Allah, layakkah aku untuk bahagia begini? Terima kasih setinggi langit seindah syurga T_T

Banyak lagi entry birthday bakal menyusul selepas ini. Engkau orang diharap jangan bosan. Dah berhenti kejap. Aku nak tengok Ninja Hattori.

Babai!

10 comments :

Tipah said...

HB yat. Si abg tu dah rupa ayahnya bebenor.

Tipah said...

HB yat. aku dah type apetah td si google soh aku type balik. Lupe dah. HB!

Tipah said...

HB yat. aku dah type apetah td si google soh aku type balik. Lupe dah. HB!

kerusiburok said...

hai cikgu. cikgu followback saya ye. nnt saya terjah balik blog cikgu, baca entri2 cikgu. http://kerusiburok.blogspot.com/ hiks.

nini said...

hepi besday....tak kisah pon umor berspa yang penting maintain chantek...hahaah

Azney Shamsuddin said...

Happy Birthday Cekgu hehe

Cik Puan Bunga said...

@TipahSampai 3 kali kau komen entry yang sama. Hewhew! Thanks babe! :'D Semoga kau tabah dalam apa jua yang kau bakal ingin lakukan. Even kalau kau tengah rancang nak bunuh orang sekalipun.

Cik Puan Bunga said...

@kerusiburokYe Insyaallah.

Cik Puan Bunga said...

@niniTerima kasih! Hehehh. Dalam hati sentiasa muda.

Cik Puan Bunga said...

@Azney ShamsuddinTerima kasih! :D