Saturday, December 13, 2014

Budak - Budak Rempit Kata "Save Save Sikit!"

Aku tengok budak zaman sekarang, semua sibuk nak kahwin awal. Semua nak rasa manisnya kahwin muda, sibuk nak jadi yang halal macamlah selama ni kau ni najis Mughallazah . Semua impikan suami / pasangan yang manisnya mengalahkan gula - gula kapas. Setiap masa nak pijak bantal awan, bahagia sampai ke bulan. Kalau engkau orang perasan, orang zaman sekarang berlumba-lumba nak tunjuk siapa paling bahagia, siapa paling beruntung dapat suami/ pasangan yang romantiknya mengalahkan Rosyam Noor zaman muda-muda. Semua nak jadi couple terindah pernah Tuhan cipta. Semua benda, semua, kita nak bagi manusia lain tahu. Baik - baik benda tu sweet, bila terlalu melimpah sangat di sini sana, datang jugak meluatnya.

Kadang - kadang, aku pun buat juga benda tu (Hihi!)

Macamlah suami aku tak ada Whatsapp ke apa, boleh aje aku send mesej tu melalui Whatsapp, tapi nak jugak post dekat wall FB dia. Hey, nak bagi semua orang bacalah. Nak semua orang tahulah yang kami ni pasangan romantik lagi bahagia. Kalau senyap - senyap, mereput siapa yang tahu? Lagi - lagi kalau suami ada belikan presents sempena birthday ke, hari guru ke, sumpah wajiblah harus kasi tahu satu dunia. Post sweet - sweet mesti kena ada. Barulah orang tahu betapa beruntungnya aku kahwin dengan lelaki yang sanggup berhabis untuk aku. Gitu.

Jahiliyyah nya , Ya Tuhan.

Okay tu cerita lain. Yang aku nak cerita ni lain pulak.

Aku tertanya - tanya mana hilang manisnya bercinta dalam senyap. Macam orang dulu - dulu selalu buat. Bahagia sampai ke tua. Sampai ke kubur agaknya. Tak pernah kecoh - kecoh, tak pernah sibuk nak update sana sini untuk beritahu betapa bahagianya kita. Orang kata, itu dia punya pasallah nak update apapun, kalau tak suka, jangan baca. Amboi senangnya berkata - kata. Kita ni hidup memang asyik kerja nak pentingkan diri sendiri agaknya. Bayangkanlah perasaan kawan - kawan kita yang belum sampai seru jodoh nak berumah tangga, yang kita ni asyik sepanjang masa update betapa baiknya husband kita, holiday sana sini, mana yang dah dapat anak pulak 24-7 nak update pasal anak dia macam dia sorang ada anak dalam dunia. Si kawan yang Tuhan belum kurnia rezeki anak ni tadi tengok mereput sorang - sorang menangis tepi tangki ikan. Hey emak nenek kita dulu anak diorang 18 kot, takdenya kecoh nak masukkan dalam warta berita pun macam yang kita - kita buat sekarang.
Mana hilang bahagia dalam diam?

Hati manusia kan lain - lain.

Kita canang kita bahagia, mana tahu esok lusa Tuhan nak uji kita, Tuhan kasi goncang sikit rumahtangga kita tuptup bercerai, macamana?
Kita banggakan anak kita tu, tuptup esok - esok Tuhan bagi anak kita jadi penagih ke, drop out ke apa ke, macamana?
Kita banggakan suami / isteri kita sekali eh tiba - tiba kena sailang orang lain, macamana?
Kita bangga harta kita, duit banyak, melancong sini sana, mana tahu entah esok lusa Tuhan tarik balik nikmat harta kita, duduk mereput tepi pondok bas (Kat TV selalu tayang macam gini) mana kita nak letak muka kita?

Masa tu, orang cuma akan cakap - "Padan muka, kau membongkak lah lagi!"

Walaupun sebenarnya kita tak ada niat langsung nak membongkak ke apa. Tapi iyelah, riak ni benda paling halus paling pandai menyamar dalam jiwa kita, kadang - kadang kita tak perasan. Nauzubillah, mintak dijauhkan. Dia macam api dalam sekam. Lama - lama habis jahanam semua pahala amalan kita dek kerana riak ni saja.

Ini dugaan sebenarnya. Cabaran nak tengok berapa padunya iman kita. Benda - benda ni memang remeh, tapi inilah sebenarnya yang menghitamkan hati kita. Aku dok perati kawan - kawan yang, iyelah mungkin dia tak ada niat langsung, bercuti sana sini, suami belikan macam - macam, rumah besar, kereta gempak - gempak, aku ni dok tengok saja sambil adalah sikit dengki tu hinggap sana sini. Yelah, aku ni jenis manusia yang tak kuat iman. Sedikit sebanyak, jeles jugak dalam hati. Tengok kawan sedap bercuti pergi Korea lah pergi Namibia lah Trinidad & Tobago lah, aku pusing - pusing asyik pergi Melaka. Nangis tepi tong gas.

Yelah, aku salahkan diri sendiri jugak. Siapa suruh dengki sangat, siapa suruh jeles kuat. 

Dia macam ginilah, macam kau pakai seksi seksi, lepas tu kau kena raba ke kena rogol ke, lepas tu kau salahkan orang yang rogol / raba kau sebab tak kuat iman. Gitulah. Sama situasi dia. Kalau kau tak menayang sangat, mungkin aku pun tak jeles sangat. Haha. Faham tak?
Tak faham, pergi mereput sana.

Aku rasa bukan aku sorang yang ada rasa macam gini. Macam aku cakap tadi, kadang - kadang orang tu takde niat pun nak eksyen, bangga diri apa sangat. Tapi iyelah, penerimaan manusia tu kan lain - lain. Tak salah kalau kita pun sama - samalah bantu kawan - kawan yang tak berapa nak sampai rezeki (Rezeki jodoh / rezeki anak / rezeki yang lain - lain) , setiap kali kita nak tulis / post something, kita fikirlah dulu. Kalau biasa - biasa tu, takpelah. Orang pun boleh faham, gitu. 

Tak payahlah semua benda nak kasi satu dunia tahu.

Kita sama - sama jaga hati. Jangan busuk sangat. Jangan dengki sangat. Sama - sama main peranan. Dunia kita sekarang ni macam - macam benda jadi, yang buat kita kuat, cuma cinta.
Betul. Tak bohong.


Dah. Babai.

8 comments :

ajim (kerusiburok) said...

yup memang jeles cik puan! hahaha tapi nak buat camane. zaman skg ni zaman siber semua klik2 satu donia tahu! Jom tengok kartun saya!

Cik Puan Bunga said...

@ajim (kerusiburok)Kenalah bertabah. Haha menangis tepi tingkap.

^ C.e.n.g.k.i.h ^ said...

betul, sy pun jeles gak, iman tak kuat..mampu nangis tepi singki je haha

Cik Puan Bunga said...

@^ C.e.n.g.k.i.h ^Takpee yang penting kita tak kacau orang. Haha.

CikPuanMuda Sabariah Ali said...

Today's famous word is 'mereput'..hehe.

Cik Puan Bunga said...

@CikPuanMuda Sabariah AliKan? Terasa mengikuti perkembangan zaman gitu! Kehkeh!

Jini said...

Thank you! rasa nak share je post ni kat fb tp kang org ckp kite dengki..hahaha.. penah baca dlm buku la tahzan psl dengki2 ni, ayat dia lebih kurang mcm ni, "kita marah bila ada org dengki dgn apa yg kita ada tp kita tak sedar yg kita penyebabnya org berperasaan sebegitu".. suka ayat kak bunga, "riak tu benda paling halus dan paling pandai menyamar dalam jiwa kita" sbb kadang2 diri sendiri pun ada jgk perasaan ter-riak.. hahah..

Cik Puan Bunga said...

@JiniSamalah Jini. Kita kan tak sempurna, itulah manisnya saling mengingati :)) Eceh!