Thursday, December 11, 2014

Cepat Jatuh Sayang.

Satu masalah aku ni,

mudah sangat jatuh sayang dekat orang.

Betul ni, sumpah aku tak bohong. Tak kiralah siapa. Orang yang aku baru jumpa dekat tepi jalan, strangers entah mana - mana yang aku baru lepas borak masa tengah cuci tangan dekat tandas awam, kawan aku punya kawan punya sepupu, entah siapa - siapa entah yang aku jumpa masa beli cendol dekat pasar malam. Tak kiralah siapapun. Aku borak dengan dia sekejap, kami jadi kawan, dah entah macamana celaka aku terus bonding dengan stranger tersebut.

Lepas itu, buat macam dah kenal lama dah sehati sejiwa engkaulah segalanya. Manusia macam gini, orang putih kata 'Easily attached'.

Susah tahu tak. Susah. Orang kalau easily attached ni dia memang super annoying kedang - kadang. Pada dia, semua benda adalah penting dalam relationship. Semua. Dia akan caring dengan sepenuh hatinya, dia akan jadi super membahagiakan, tema hidup : Anything For You gitu. Jadi jangan cuba - cuba nak buat perangai sambil lewa dengan manusia yang macam gini. Sebab nanti dia akan rasa offended dan sentap dan menangis tepi pasu bunga.

Perangai macam gini, aku cuba jugak kawal. Kadang - kadang tu aku saja buat - buat sombong dengan semorang. Sebab aku taknak make the first move ke apa lepas tu terus jadi baik, terus jadi geng, kamceng bagai, buat group whatsapp sama - sama. Sebab kau tau kenapa? Sebab aku penat jadi manusia yang dah sayang gila - gila lepas tu selamba badak Abah kau, aku ditolak ketepi macam kain lap kaki yang tak ada harga diri. Hamboi ayat.

Penat tahu tak? Aku tak boleh nak berhenti jadi diri sendiri. Sebab ini memang perangai aku yang Tuhan bagi. Alah, aku tau, kadang - kadang orang soksek jugak belakang aku. Tahu sangat. Tapi nak buat macamana. Bukan aku saja - saja, bukan aku buat - buat. Contoh, macam bila dah rapat dengan kawan sekerja, tak kiralah lelaki ke perempuan, nanti karang aku caring sikit orang cakap aku lebih - lebih. Mulut aku ni pulak jenis yang laju je nak cakap sayang, ke apa ke. Contoh macam ada kawan tolong aku sikit, nanti aku cakap "Aaa thank you! Sayang kau banyak-banyak!" Dah sudah, esok jadi bahan umpatan.

Same goes dengan anak - anak murid. Lelaki ke perempuan ke kan. Bila dah rapat, dah jatuh sayang, kita buat benda yang kita rasa membahagiakan, menghargai dekat anak - anak murid yang kita sayang, nanti orang cakap dekat belakang. Tu takpe lagi, dapat dekat manusia yang hati busuk sikit, cucuk sana - sini, dah bergaduh pulak. Laki bini main sound - sound, emak bapak main surat layang. Alah, malaslah gini. Niat asalnya mudah aje, nak happykan orang, nak bahagiakan orang. Akhirnya, harga diri sendiri jatuh ke longkang.

Maaflah.

Aku tak dapat nak buang sifat ni jauh - jauh. Aku cuba, bukan tak cuba. Tapi tak boleh. Hati ni penuh dengan sayang yang melimpah ruah, yang setiap masa nak fikirkan orang, yang setiap masa nak concern pasal orang lain, setiap masa nak cakap benda yang indah - indah untuk orang dengar, hey aku cuma nak jadikan dunia ini tempat yang manis untuk semua manusia. Kasih sayang, cinta, boleh ubah dunia, tahu? Tahu tak, dah berapa ramai manusia yang berubah menjadi lebih baik hanya dengan aku limpahkan kasih sayang yang luas tiada bertepi? Kalau sebut pasal anak - anak murid, yang asalnya pecah rumah, gangstar abadi, perangai musibat serupa iblis, tapi sebab aku layan baik - baik, sayang sepah - sepah, sekarang semua dah jadi manusia. Asalnya malas belajar, sekarang kalau time English aje tertunggu - tunggu tepi pintu. Aku terharu, tahu? Tak terucap bahagia.

Tak apalah, kalau andai kata orang yang aku sayang tu nak lupakan aku ke apa, tak apalah kalau hari ni kita buat baik dekat orang, orang ambil kesempatan ke apa, tak apalah kalau hari ni engkau sayang hari esok nak benci ke, hari ini sayang esok lusa engkau lupa ke , tak apa tak apa. Sebab aku sayang orang bukan untuk dibalas - balas ke apa, bukan. Benda yang indah - indah, mana ada letak harga ye tak? Benda yang indah - indah tu, tak terungkap dengan kata - kata. Dia ada dekat situ, untuk buat perasaan yang celaka serupa neraka, jadi manis umpama syurga. Begitulah.

Yang penting, aku tak akan pernah serik sebarkan cinta.

Dah betul sangatlah Tuhan kasi aku perangai macam gini. Sesuai sangat dengan makna nama aku - Cahaya Kehidupanku.

Yelah, mungkin sahajalah aku menerangi kehidupan engkau orang semua umpama lampu yang bersinar di malam yang gelap gelita. Gitu.

Maaflah, kalau dalam tak sedar, aku dah buat orang menyampah, meluat, nak muntah dengan perangai aku yang macam gini. Maaflah kalau aku dah secara tak sengaja dah buat timbul perasaan yang tak berapa nak sedap dalam hati engkau orang semua, maaflah maaflah. Sumpah, kalau aku boleh ajar hati ni jadi kekwat, kejam, tak hiraukan orang lain pi mampus dengan engkau orang semua sana, aku buat. Aku buat.

Asalkan dunia kembali aman.

Tapi yang macam aku cakap, ini adalah aku. AKU.

Kalau kau tak suka, aku rasa -

itu bukan masalah aku kan?

(Senyum)

Ayuh, sebarkan cinta.

Manusia yang easily attached tu macamana? Macam gini.

Nah belanja sikek #CatatanLadyMuck

Dah. Babai!

10 comments :

Anonymous said...

Tak tau pulak mak cik cerewet ni carring orangnye.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousHuwarghh ni siapa nii siapa niii T_T

Anonymous said...

Budak yang tak kasi coklat dari langkawi. Takut teacher dia makin gemok.

sheAYANG said...

Saya pun sayang awak juga. Eh, tetiba!
Saya rasa kalau semua org dlm dunia ni cm awk, mesti seronok je hidup kan.
Peduli la apa org nk kata, janji kita jadi diri sendiri okay!

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousAlaaa, alasan je tu. Hmph hmph. Majuk nih majuk nih!

Cik Puan Bunga said...

@sheAYANGHey hey awak sayang saya, saya lagi sayang awak :))

Kan? Jadi diri sendiri. Even orang menyampah nak mati kan? Ahah!

missteeha the babling girl said...

Teacher .. saya dah beli dah catatan ladymuck tuuu . Heeeee next time buatlah buku sendiri kewww. Hehe

Cik Puan Bunga said...

@missteeha the babling girlAllah, terima kasih! :') Harapnya suka puisi-2 yang ada dalam tu. Insyaallah, kalau ada rezeki :)) Doakan.

yayath said...

hai cik puan bunga ;-) huaa..lama gila kot x jenjalan sini.hihi

btw, cahaya kehidupanku tu maksud nama sy jga.hehehe

sayaanggg CPB!!! ;-)

Cik Puan Bunga said...

@yayathYathhhhhhhhhhhhhhhhh!