Monday, December 1, 2014

Hadiah.

Assalamualaikum dan salam perpaduan (Gaya macam dak - dak pemidato Tingkatan Enam)

Sebenarnya dah lambat sangat - sangat dah nak update pasal birthday yang dah dua bulan berlalu tu. Tapi, nak jugak hapdet pasal aku kan attention whore yang mencari publisiti murahan eh sukahati akulah kau apahal! Gitu. Marah betul nampaknya ni.

Taklah.

Bila orang dah susah payah kasi kita hadiah takkan kita nak buat saja aje kan. Kenalah ambil masa dan hargai seadanya. Tuhan kata, kalau kita bersyukur, Dia akan kasi lagi lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Ni bukan nak riak ke apa, tidak. Jangan fitnah saya begitu. Walaupun saya sedia maklum, perempuan cantik lagi baik selalu saja jadi mangsa fitnah (Muntah) tapi tak mengapa eh eh apa kau merepek ni setan.

Okay dah dah. Serious.

Sejak jadi cikgu ni, dua benda yang paling aku suka. Hari Guru dengan birthday aku. Lahai, memang aku tunggu - tunggu setiap tahun kott . Sebab kan, time dua hari nilah nantikan meja aku penuh dengan hadiah sepanjang bulan. Kalau kata Hari Guru tu, sepanjang bulan 5 lah nanti students main cecampak hadiah atas meja, macam tu jugak bila tiba harijadi aku. Sepanjang bulan 10 tu memang redo jelah kawan kiri kanan meja tengok hadiah melambak atas meja. Kalau time balik tu, dah macam Santa Claus pun ada. Hadiah je dah dua guni. Cemana?

Thanks korang (Lambai - lambai!)

Tak kisahlah hadiah apa engkau orang bagi pun, aku sukaaaa semua!

Embun.
Kad terpaling besar yang aku pernah dapat.
Ita. Meja sebelah aje pun ni. Haha.
 Naa yang manis.
Joe dan cara beliau melahirkan rasa kasih dan sayang. Begitulah.
Contoh ucapan anak murid yang merepek - repek. Haha. Tabah!
Hamid.
Nada sayang.
Kakak Melanie Ganam.
Okay. Tak boleh kongsi nih.
Terima kasih BFF sepanjang hayat saya !Muah ciked!
Cacti.
Campur - campur. Daripada students. Thank you engkau orang!
Ini paling rare tahu! Suka betul aku + terharu yang melimpah ruah. Thank you so much Wonderpet!
Siapa bagi ini? Thank you!
Okay. Sangat suka !
Joe. Saja je kan nak bagi aku gemuk kan kan kan!
Saya confuse umur saya 31 ke atau 13. Haha. Thank you Ariff, Kak Sally and Arny !
Longgokkan.
Daripada Kak Yatie. Boleh pakai tahun depan. Jimat duit! Yayy!
Ini paling rare.
Kerepek pisang yang sedap dia boleh buat kau menangis tepi esbok sengsorang. Sedap woih! Thank you Kak Mimie Osmannn !
Eh eh. Hadiah Nada bagi dengan Hamid bagi boleh terletak sebelah - sebelah pulok.
Nada , ini sangat sedap !

Mari menggemukkan badan !

Kak Yatie lagi.
Fatiha and Shamina. Thank you engkau orang !
Ehem. Sharnaaz Ahmad kasi.
Menumpang kasih di sudut hati. Peh ayat!
Melanie. Punjabi suit yang sweetnya lahai rasa macam nak gigit - gigit.
Spek yang hipster kacak bergaya ni hadiah dari suami untuk tahun ini. Terima kasih wahai tuan hamba! Hamba sayang tuan hamba sehingga ke pintu syurga. Heceh!

Terima kasih engkau orang.

Mana yang hantar SMS, surat cinta, kad, chat, FB, Twitter pesemua tu terima kasih banyak - banyak. Yang belanja makan, yang bagi bunga tepi jalan, yang kasi cokelat dua tiga baldi tu terima kasih sangat - sangat. Tuhan saja yang mampu membalas budi baik kasih sayang engkau orang semua.
Dan, untuk engkau orang yang dah susah payah kasi aku hadiah time birthday hari tu, terima kasih ya. Kalau nak ikutkan, memang tak mampu aku nak balas sorang - sorang. Jadinya, aku kasi engkau orang kasih sayang beserta cinta yang tanpa batasan ajelah ya? :') Tahun depan kasi lagi! HAHA!

Meh meh hug meh!

Dah. Babai!

5 comments :

sheAYANG said...

Bestnya jadi cikgu. Banyak btol dapat hadiah. Jeles tau. Huhuhu...

Walaupun dah dua bulan, nak wish gak. Selamat hari jadi.!

Cik Puan Bunga said...

@sheAYANGHaha terima kasih! :D

Innanie Ariffin said...

ini hadiah hari guru ke hari jadi?

dear my beloved kakak,

mungkin kita sekarang rasa teramat jauh, tapi tak pernah sedetik pun melupakan akak. melupakan memori kita dulu bawah pokok pisang (read as pokok sawit) kejar sama-sama.

kita banyak bercerita dalam diam. dan akak kena tahu, sampai bila-bila pun saya sayang akak! :)

i always be your little adik yang kena buli. kakak please set date, kita dating :)

Cik Puan Bunga said...

@Innanie AriffinHey hey rindunya rindunyaaaaaa! Awak tu busy. Akak sekarang ni tengah cuti sekolah, banyakkk je masa free :) Miss you soooo much weh!

Tipah said...

banyak gile hadiah! x igt dah last bila dpt byk cmni