Tuesday, December 2, 2014

Izinkan Ku Panah Cinta Terus Ke Hati Mu.

Tajuk entry kalau tak celaka memang tak sah. 

Okay, bersempena dengan kemunculan movie The Hunger Games : Mockingjay, aku pun taknak kalah. Feeling - feeling Katniss Everdeen. Nak jugak try sukan memanah. Kalau memanah cinta tu tak payah diajar, aku memang handal. Ini memanah yang betul - betul punya. Ada bow and arrow. Tajam sungguh - sungguh ni. Ini kalau kena mata boleh buta. Kena rusuk kiri, boleh menjanda. Okay takde kena mengena.

Nak pergi sorang - sorang macam loser, so kita kumpul kawan - kawan dua tiga orang pergi ramai - ramai. At least kalau aku memanah tak power sekalipun, at least ada jugak kawan - kawan yang boleh tolong cover - cover malu sikit kan. Buatnya aku terpanah anak jiran rumah sebelah ke kan. Masak! Lepas roger sana sini kami pun pergi berenam ke Kem Memanah Ukail Batu Pahat yang kalau engkau orang nak cari, dia dekat -dekat dengan Tasik Y, Batu Pahat. Senang aje nak cari tempat ni. Sebelum datang, boleh roger coach memanah dia. Set time pebenda semua kan. Digalakkan pergi pagi. Hari masih fresh. Banyak masa nak praktis. Tak berapa panas. Takdelah lecak sana - sini ketiak tu. Kehkeh.

Sampai je dekat Kem Memanah Ukail ini, anda mesti terpesona dengan coaches memanah dia yang super friendly, handsome bukan main dan juga peramah gila. Sebelum kita memulakan sesi panah - memanah, coach dia akan ajar engkau orang serba sedikit tentang asas memanah, terangkan part - part bow and arrow yang engkau orang wajib tahu sebelum engkau orang memulakan aktiviti ini. Ha kan dah dapat ilmu baru. Takdelah korang poyo - poyo je kan tapi satu hape benda pun taktau. Gitu. Sukan memanah ni salah satu sunnah nabi beb kalau engkau orang nak tau. Ni confirm - confirm dapat pahala bonus ni kalau kita menghidupkan sunnah.

Encik Nizad.
Mentang - mentang cikgunya handsome, anak muridnya tersenyum riang.

Lepas briefing, bermulalah sesi memanah. Kitorang dapat arrow sorang 18 batang. Macam sikit kan? Cuba dulu baru tau apa rasa dia. Dia punya berdebar, kalah debar masa nak jumpa Emak mertua. Tengok orang buat macamlah senang, bila dah buat sendiri baru tau. Hambik kau jajan. String dia sudahlah super tegang, then kau memang kena fokus tahap polis angkasa gaban untuk aim dekat board dia tu. Bukan suka suka panah sana sini tahu? Aim dekat tengah tu haa.

Peh. Dia punya susah!

Dua tiga kali jugak anak panah sasar entah ke mana - mana. Ke dinding, ke bumbung. Merata. Lama - lama, bila dah dapat rentak, barulah anak panah tu nak kena dekat board. Phew! Tapi, lengan ni dia punya pedih perit segala bala kau boleh rasa weh. Sebab kalau kita tak berapa nak biasa memanah, string dia tu akan menghentam lengan dan buat lengan kau lebam melecet tak memasal. Memang oren betul rasa dia.

Orang kata, orang katalah, posture badan dah lawa, tangan dah tegak, kaki dah cukup cantik tu tapi arrow pulak asyik aimed dekat bumbung aje lahai!

Cukup 18 batang, aku rasa tangan aku macam baru lepas kena rotan dengan Cikgu Kassim. Dia punya sakit, Tuhan aje yang Maha Tahu. Bila selak lengan baju, hambik kau jajan. Birat macam kena dera dengan emak tiri. Tapi tu semua tak mematahkan semangat untuk main lagi seround. Dapat percuma 6 batang so ambil kesempatan ni untuk praktis focus dengan aiming. Dengan layanan yang super awesome, harga pulak berpatutan, dengan ilmu baru yang aku dapat, memang berbaloi - baloi kalau spend masa dekat Kem Memanah Ukail ni. Memang cap jempollah aku bagi. Terbaik!

Group selfie!

Terima kasih untuk Encik Nizad dan Rejab yang banyak betul membantu kami sepanjang sesi kami disini. Terima kasih banyak - banyak. Team Memanah Ukail ni pun ada menyediakan kursus asas memanah kalau engkau orang nak, dan juga ada buat roadtour ke sekolah - sekolah atau ke venue - venue yang engkau orang nak. Apa - apahal boleh kawtim dengan owner dia. Engkau orang boleh sekodeng FB Kem Memanah Ukail, Batu Pahat untuk maklumat lanjut. Boleh call nombor yang ada dekat situ. Layanan dia memang super awesome!

Berapa lama nak hilang lebam dia? Aku punya 2 minggu beb. Kahkah. Memang sadis. Tapi dia punya kepuasan, memang terbaik dari ladang!

Bolehlah, buat cari makan.

Dah. Babai!

6 comments :

kerusiburok said...

uwahhh best nyaaa. dari dulu teringin nak belajar memanah ni. cuma masa je tak ijinkan ittewww :( Jom lawat mall terbaru di Putrajaya!

Cik Puan Bunga said...

@kerusiburokCubalah! Best gila nak mati kot! HAHA

sheAYANG said...

Harus cuba ni. Kena masuk dalam list. Best best best...

Cik Puan Bunga said...

@sheAYANGMesti addicted lepas tu! :D

Innanie Ariffin said...

kak kita pernah main memanah ni. boleh tahan sakit gak tangan lah. ingat mcm senang je kan.. susah woi! siap tak kena tepat lagi. maluuuuu....

tapi selalunya kita ni tepat memanah cinta di hati awak je! hahahaha

Cik Puan Bunga said...

@Innanie AriffinDan panahan awak ke hati akak tak pernah miss tau!