Hari Dimana Seorang Guru Perasan Lebih Dan Syok Sendiri.

Assalamualaikum. 

Panjang pulak tajuk entry ini kali. Ah kau diamlah, kau apa tau.

Hai engkau orang. Lama sungguh aku tak update entry. Busy babe. Mana nak main game lagi, mana nak korek idung lagi. Memang tak sempat kadang - kadang. Punyalah busy sampai kadang - kadang lupa nak pakai deodorant pergi sekolah. Kehkeh. Hambar.

Dalam pada kengkonon busy tu, sempat jugak sambut hari guru bukan main eksyen lagi. Eksyen sebab meja penuh dengan hadiah. Hikhok. Tapi tahun ni tak dapat anugerah guru pulak. Penat aku praktis bagi ucapan. Kira impian tak kesampaian lah ni. Tak apa tak apa. Anugerah guru tak anugerah guru, asalkan meja aku lebat dengan hadiah itu semua apa ada hal. Kahkah. Materialistik betul.

Pagi sambutan tu hujan. Peh. Cemana pulaklah pesen nak menyambut hari guru kalau dah hujan manjang. Hambar sungguh perasaan ketika itu. Nasib baik dalam lebih kurang pukul 8.30 pagi, hujan berhenti. Bercahaya mata masing - masing. Tergambar ketika itu keseronokan yang bakal kami kecapi. Satu hari tak mengajar. Ah sorga !

Berarak sambil diiringi paluan kompang oleh Team Kompang SEGA sungguh win perasaan dia. Dulu masa kahwin tak ada kompang, so setiap kali dengar kompang, throwback pulak masa zaman kahwin dulu. Tersipu - sipu jadinya. Memang rasa nak bagi penumbuk dekat muka sendiri kalau terbayang muka time tu. Malu - malu. Jalan kepit - kepit. Alah bangangnya rasa. Lepas berarak, duduk ramai - ramai dekat kantin, mengadap anak - anak murid yang macam - macam. Nasib baik anak - anak murid kesayangan duduk depan - depan mata. Sejuk hati. Kehkeh.

Macam biasa. Ucapan. Perutusan. Blablabla. Nasib baik Oat bawak monopod. Kami bercamwhore macam apa. Time ni memang tak boleh blah. Perangai macam orang jakun tak pernah nampak kamera. Habis segala sisi posing. Kembang kuncup lubang hidung tahan nafas nak bagi perut nampak kempis sikit. Radin punya monopod up sikit. Ada shutter. Hekeleh sangat. Yang kita orang punya jenuh kena tekan timer. Jadah --"

Hambik kau.
Tema tahun ni kuning kelabu. Hambarudin betul. Kak Sal tak payah nak masam sangatlah Kak Sal.
Saya sedang membajet ayu.

Tahun ni Anugerah Guru dapat dekat Ustaz Kusnan dengan Kak Salasiah. Tahniah. Semoga berkerja dengan lebih gigih dahsyat punya cemerlang. Aku padahal time tu dah siap sedia nak ambik Anugerah Guru. Yakin lain macam, sekali tu tak dapat. Terasa diri sungguh picisan sekali. Tak layak lagi nak merangkul sebarang anugerah. Bagi menunjukkan rasa protes, aku pun bercamwhore dengan lebih gigih lagi. Langsung taknak endahkan perutusan menteri yang pengetua baca. Majuk ni majuk.

Tapi time nyanyi Kami Guru Malaysia, memang sebak tak boleh nak tahan. Kembang kempis lubang hidung tahan sebak. Lagu ini sungguh berhantu. Sedih tahu tak, sedih! 
 
Beriya.
 Lepas acara formal habis, cikgu - cikgu diberi rehat sekejap sebelum sambung acara sukaneka. Tahun ni sukaneka memang sangat happening. Syabas untuk budak - budak Pengawas dan PRS. Memang win acara - acara yang diorang sediakan. Walaupun berlaku sedikit kekecohan dan pertumpahan tepung disana - sini, overall memang best. Group kitorang berjaya menggondol hamper untuk acara bowling kelapa. Dua kali strike kau! Hebat tak hebatlah kan tangan ni. Fuh.

Ini Akif. Siapa nampak dia dekat mana - mana, engkau orang boleh tumbuk dia.

Lepas acara sukaneka, rehat sekejap sebelum sambung untuk acara makan - makan. Ketiak dah basah dah dengan bau dah macam ikan masin. Nasib baik eyeliner tak sememeh lagi. Masih lagi cun bukan calang - calang. Lepas makan - makan, balik bilik guru sebab nak tunggu kesayangan datang. Lama jugak tunggu. Ingatkan tak jadi datang. Tak lama lepas membebel sorang - sorang, Nada terpacak dekat muka pintu sambil tersengih - sengih buat muka nak mintak kena cium. Rindunya Nadaaaaaaa!

Dah lepas bebelkan Aini (Rujuk gambar dibawah. Beliau pakai spek) sebab beliau sungguh derhaka tak wish pun masa hari guru tu , kitorang adalah gossip-gossip sikit bab - bab nak carikan Nada jodoh apa semua. Kahkah. Rindunya masa zaman mengajar Nada and the gang dulu. Masa tu rela habiskan masa petang - petang buat kelas English. Belajar dulu, bila dah habis belajar open table gossip entah apa - apa. Cerita hantulah, cerita jodohlah. Rindddduuuuuuu!

Sweet tau Nada, dah dua tahun dia jenguk aku dekat SEGA masa hari guru. Sanggup dari STA ke SEGA demi untuk cikgu dia yang tercinta ni. Susah - susah datang bawa hadiah. Padahal dia datang tu je pun dah cukup nak buat aku rasa dicintai. Sobs. Suka tengok muka dia malu - malu kalau kena usik, sejuk hati tengok dia. Tengok dia membesar daripada seorang budak tingkatan 3 yang comot-comot menjadi seorang wanita yang cantik dan solehah. Alah. Touching tiba - tiba.
 
Nad, Aini, Kakak Cantik Form 5 and Nada.
 Sebenarnya, rasa bersalah juga dekat kakak - kakak meja sebelah menyebelah. Tengok meja masing - masing kemarau saja. Takde niat pun nak meriak sebenarnya, takkan aku nak halang budak - budak ni daripada lambakkan hadiah atas meja aku. Kek je entah berapa banyak entah aku dapat masa hari kejadian. Itu belum kira cokelat lagi haa. Kalau dikumpul- kumpulkan, adalah dalam dua baldi. Teedybear bagai. Mengalahkan budak kecik. Bunga sejambak. Sweet huwaaa. Terima kasih banyak - banyak. Terharu tahu tengok budak - budak kejar kita semata - mata nak bagi kita hadiah. Nangis.

 Terima kasih Atiqah. Sayang budak ini. Dalam kelas, suka suruh dia baca apa - apa. Sebab bila dia baca, memang bunyik Mat Salleh kauuu!
 Ini tiga orang ni kerjanya nak pedajal akuuuuuuu je.
 Ini Abqari. Hero Bomba. Comel! Engkau orang jangan ingat aku sandar dekat perut dia pulak. Tu teknik fotografi tu. Aku tak memanja dengan perut dia langsung, tahu?
 Ustajah Mariam menyelit.
Selfie keji.
Sayang sepah - sepah.
Nak ucapkan terima kasih banyak - banyak dekat bekas anak - anak murid, anak - anak murid, kawan - kawan, rakan sekerja, rakan guru, adik - beradik, sedara - mara, sepupu - sepapat dan rakyat Malaysia yang wish masa hari guru hari itu. Terima kasih untuk ucapan, SMS, Whatsapp, Wechat, surat, kad, hadiah - hadiah. Tuhan saja yang mampu balas budi baik engkau orang semua. Terima kasih untuk kiriman puisi, surat - surat peribadi yang menyentuh hati. Terima kasih. Terima kasih.

Untuk kawan baik dunia akhirat, Oat, terima kasih. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila - bila. Kongajo sungguh kau hantar surat macam tu kan. Berpinar mata aku nak baca. Terima kasih suami, untuk ucapan dan sangat memahami tugas aku sebagai seorang guru yang entah apa apa entah perangainya. Terima kasih anak - anak murid. Maaf, kerana sampai ke saat ini Teacher belum mampu nak menjadi seorang guru yang hebat untuk engkau orang semua. Maaf salah silap sepanjang Teacher  mengajar engkau orang. Maki, membebel, lari padang, ketuk ketampi, penderaan fizikal juga emosi, Teacher minta maaf. Cliche rasanya kalau cakap "Teacher buat tu semua untuk kebaikan korang!". Tapi, itulah hakikatnya. Dalam fikiran seorang guru, tak ada apa lagi yang dia fikir melainkan anak - anak didiknya saja. 

Dan Tuhan,
terima kasih kerana dalam banyak - banyak manusia,
aku yang Engkau taqdirkan untuk menjadi seorang guru.
Biar tak kaya,
biar tak hidup mewah,
biar kedana,
biar banyak cela.
Sebab aku yakin,
kalau kena cara,
kena gayanya,
tangan - tangan anak yang aku didik inilah-
yang akan pimpin aku,
masuk syurga.
Terima kasih Tuhan.

Terima kasih, anak - anak.

Selamat hari guru untuk kawan - kawan seperjuangan. Biarlah kita jadi pahlawan yang tidak didendang. Berjuang dengan cara kita sendiri. Biar sepahit manapun jalannya, perjuangan kita ini tak akan pernah selesai.

Hail to all teachers in the world.
WE ARE THE BEST!

Read More»

Dan Dari Rahimnya.

Dulu masa aku kecik - kecik, aku paling suka time Emak mandikan aku pagi - pagi sebelum pergi Tadika. Aku bukan suka sangat mandi. Sejuk. Menggeletar lutut. Berlaga gigi dek kerana air tadah yang dia punya sejuk boleh buat punggung kau kecut. Tapi aku suka part nanti Emak pakaikan aku baju Tadika. Baju warna pink putih ada lambang Tadika kemas bulat - bulat. Kain plain warna pink. Comel habis aku masa tu. Sambil pakaikan baju, Emak bagi aku nasihat sikit - sikit. Nanti Emak cakaplah apa hukum orang berbohong, apa hukum kelepet duit belanja sekolah kakak, apa hukum gaduh dengan kawan - kawan dekat sekolah, apa hukum korek duit tabung. Emak story satu - satu. Nanti mesti Emak pesan, "Petang ni tengok cerita Asuhan Budi ya, nanti Lina jadi budak baik!" Aku pun, selaku anak comel Emak yang beriya - iya nak jadi budak baik, mengangguk - angguk macam burung belatuk.

Nanti lepas pakai baju, sambil sarapan pagi, Emak akan sikatkan rambut aku. Tepekkan bedak. Kadang - kadang habis putih satu muka macam anak lotong. Kadang - kadang cantik je rata. Mana - mana pun aku tak kisah. Yang penting, aku suka dengar Emak cakap - cakap macam tu. Lepas itu Emak akan hantar aku ke sekolah Tadika, lebih kurang 3 kilometer dari rumah. Sepanjang perjalanan ke sekolah, aku duduk membonceng dekat belakang sambil peluk Emak erat - erat. Kalau hujan, Emak selubungkan aku pakai tuala. Gigih Emak mengayuh basikal untuk hantar aku pergi sekolah. Sampai dekat kawasan sekolah tadika, mesti ada empat lima ekor angsa gila kejar basikal Emak. Nanti Emak kayuh laju - laju dan aku akan tertawa kegembiraan bila rambut ditiup angin dan Emak terhuyung - hayang kayuh basikal laju - laju.

Zaman kanak - kanak aku, walaupun harta serba kurang tapi penuh dengan kasih sayang. Emak sentiasa ada dengan aku. Setiap kali balik sekolah, Emak tunggu di muka pintu. Emak sambut beg, Emak hidangkan makan, Emak sediakan tuala untuk mandi, Emak kemaskan beg sekolah agama. Tak pernah aku merasa kurang. Terus - terang, aku tak tahu sama ada aku mampu untuk ulang apa yang Emak buat , masa aku kecik dulu, untuk Adam. Sebagai perempuan yang berkerja, tiga per empat masa, aku gunakan untuk didik anak orang. Sedangkan anak sendiri ?

Emak, wanita hebat sepanjang zaman. Pengorbanan Emak memang tak akan tergambar dengan kata - kata. Tak ada sebarang perkataan yang layak untuk aku gambarkan betapa hebatnya Emak. Betapa tabahnya Emak meneruskan kelangsungan hidup. Betapa Emak sebelum mengecap bahagia hidupnya meniriskan keringat - keringat kecekalan hati. Emak tak pernah menangis depan anak - anak. Jiwa Emak sangat kental. Aku rasa aku mewarisi ketabahan Emak yang tiada tolok bandingnya. Emak sangat - sangat super woman.
Bila aku semakin membesar, semakin dewasa, Emak menjadi kawan tempat aku meluahkan rasa. Aku tak segan - segan nak bercerita dengan Emak siapa skandal dekat sekolah, skandal sekampung, skandal masa zaman Form Six, skandal sehidup semati, semua aku cerita dekat Emak. Emak ibarat penyimpan mohor besar rahsia - rahsia aku. Emaklah tempat aku meluah rasa cinta aku pada suami (Masa itu boyfriendlah kan! HAHA) Emak tempat aku bercerita semua moment - moment manis aku dengan suami. Emak, tempat aku berkongsi bahagia dan rasa. Emak tempat aku mendapatkan satu tiupan ketenangan dan kebahagiaan yang takkan ada orang lain mampu berikan. Setiap kali ada masalah, bila aku jauh dari Emak, aku call Emak. Hanya dengan mendengar suara Emak, aku rasa yakin dan kuat.


Aku suka berbaring dekat peha Emak. Sambil dengar Emak bercerita macamana outstandingnya aku masa zaman baby - baby dulu. Macamana nakalnya aku, macamana susahnya Emak nak jaga aku dalam pantang dulu. Macamana perangai aku masa kecik dahulu memang menduga kesabaran Emak. Peha Emak tempat berbaring yang terpaling selesa sedunia. Tak ada tolok bandingnya. Satu perasaan yang tenang mengalir dalam jiwa. Emak, umpama bidadari syurga yang Allah kurniakan untuk setiap anak - anak merasa bahagia. Terima kasih Ya Rabb untuk anugerahMu ini yang tidak ternilai. 
Emak, Lina tahu Lina banyak kecewakan Emak dalam banyak perkara. Lina kecewakan Emak setiap kali Emak menggantung harapan. Lina ambil masa yang lama, jalan yang panjang untuk membahagiakan Emak. Emak banyak membantu Lina menjadi manusia yang lebih baik. Kasih sayang Emak tiada tandingannya.

Selamat Hari Ibu Emak. Semoga Allah merahmati Emak dengan kasih sayang yang tiada batasan. Semoga Emak dilimpahi dengan rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, hidup yang penuh dengan keberkatan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Lina sayang Emak. Tak terucap dengan kata - kata. Tak layak rasanya untuk Lina membalas jasa - jasa Emak pada kami adik - beradik.

Emak, Lina akan jaga Emak sepanjang umur Lina. Lina akan jaga Emak sepertimana Emak menjaga Lina dan adik - beradik semasa kami kecil dulu. Emak jangan risau, Lina tak akan sia - siakan Emak. Lina sayang Emak, Lillahi Ta'ala.

Ya Allah, seandainya dalam hidup ini aku pernah membuat kebaikan Ya Allah, maka kau pindahkanlah pahala kebajikan ku itu kepada Emak. Amin Ya Rabb.
Selamah Hari Ibu, Emak.
Yang Benar,
Anak Emak Yang Terpaling Nakal.



Read More»

Yang Akan Berjuang Untuk Kau.

Assalamualaikum.

Dalam hidup ni, banyak kali jugak aku berdepan dengan moment - moment dimana diri ni terasa diperbodohsampahkan oleh banyak manusia - manusia yang tak reti nak menghargai keberadaan aku di atas muka bumi Tuhan ini.

Dalam erti kata lain, atau dalam bahasa deep tepi longkangnya,

ada manusia yang memang tak akan fight (Baca : Berjuang) untuk kau. Na - a. Tak. Tak akan. Not in a million years.

Pejam mata sejenak, hembus nafas. Dan buka mata semula.

Kau, ada seseorang yang sedar atau tidak, jadi tunjang kelangsungan nafas engkau atas muka bumi, bukan? Dan sedar atau tidak, dalam keadaan fakir atau kaya, dalam keadaan bodoh atau pandai, engkau akan berjuang sesungguhnya untuk dia, betul?

Apa kau sanggup buat untuk dia, engkau rasa dia akan sanggup buat benda yang sama jugak untuk engkau?
Kau sanggup luka untuk dia, engkau rasa dia akan sanggup luka untuk engkau?
Kau sanggup membangang untuk dia, engkau rasa dia akan sanggup membangang untuk engkau?
Kau sanggup melawan dunia untuk dia, engkau rasa dia akan sanggup melawan dunia untuk engkau?

Perjuangan itu kena datangnya dari dua jiwa. Engkau dan dia.
Kalau juang itu datangnya dari engkau sorang, percayalah. Sampai ke kiamat pun engkau tak akan menang.
Segala asa kau kumpul, segala daya kau kerah, kalau kau berjuang seorang, kau tak akan terbang.
Biar berdarah sekalipun titis airmata engkau, kalau engkau berjuang seorang, darah itu tak akan ada harga.
Tak akan ada makna.

Hati manusia ini kuat sebenarnya.
Dilukakan,
ditabrakkan,
dihancurkan,
dijerakan,
masih lagi ia mampu menjadi tempat bercambahnya sayang dan cinta,
masih lagi ia mampu menjadi tempat tunasnya kasih membawa ke syurga,
masih lagi ia mampu menjadi tempat jatuhnya rawan tertambat jiwa.
Selagi ia disimbah cahaya cinta dari Yang Maha Memberi Cinta.


Tak usahlah bersedih melampau dengan bolak - baliknya perasaan manusia. Hati kita ini, yang pegang, yang tadbir, yang punya hak mutlak, punyanya Tuhan. Bila manusia menyakitkan engkau dengan sakit yang engkau terasa tak daya, kekal ingatlah bahawa Tuhan itu menguji engkau kerana engkau mampu. Engkau mampu.

Mintalah pada Tuhan.
Mintalah pada yang memegang perasaan.
Katakan langsung pada Tuhan.
Engkau berjalan menuju Tuhan,
Dia berlari pada engkau bersama seribu satu kerahmatan.

Ya Tuhan. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Tahu.
Siapapun yang seikhlasnya, berjuang demi aku.


Wallahualam.

Read More»

Luka.

Assalamualaikum.



Hari ni hati aku rabak habis. Punyalah rabak, sampaikan aku rasa otak aku macam kebas - kebas bebal sikit. Rabak tahap yang buat kau termenung duduk tepi tingkap dan secara tiba - tiba kau macam tengah buat video klip lagu New Boyz. Eh memang bangang abadi perasaan dia.

Pagi tadi dekat sekolah, aku kenyang makan maki.

Sedap rasa dia. Rasa oren. Perasaan dia time itu memang engkau rasa sangat tahi ayam sekali. Kau nak stand up for yourself pun rasa sangat tak guna .Kau try nak maintain tone suara supaya kekal down to earth pun rasa bahang jugak dekat sana sini. Ended up, kau cuma diam membatu. Kau minta maaf berkali - kali. Kau membodohkan diri engkau ke tahap yang paling bangsat sekali. Dan kau angkat kaki, cuba berjalan dengan yakin, walaupun bahu engkau penuh nista caci. Babe, kau tahu rasa dia apa? Rasa hina babe, rasa hina.

Apa silap dia?
Mana silap dia?
Kalaulah aku tahu jawapan dia. Kalaulah.

Rabak babe hati aku, rabak.

Dan kau, kau rabakkan lagi?



Read More»