Thursday, February 19, 2015

Berhenti Berharap.

Hari tu kawan aku cerita, dia nangis masa tengah drive kereta pasal dia lapar sangat. Dia expect sebelum dia gerak balik kampung, dia boleh makan nasi. Tapi sebab tak ada siapa nak masak untuk dia, dia tak dapat nak makan nasi. Jadi, dia nangis tengah jalan. Sayu betul cerita dia. Iktibar dekat sini ada dua. Satu, jangan main - main sama orang lapar. Apa dia bakal buat, kau takkan dapat jangka. Nombor dua, expectation ni main dia serupa celaka. Kalau money tu root to all evils, expectation ni pulak root to all heartaches.

Betul.

Kawan aku pesan, hati - hati bila dah start attached dengan somebody. Somebody dekat sini boleh jadi sesiapa jelah. Kawan ke, suami ke, isteri ke, boss ke, jiran ke, makcik kantin ke, ketua kampung ke, siapa - siapa jelah. Kenapa nak kena hati - hati? Sebab, bila kau dah start attached, kau akan expect lebih, dan bila kau expect lebih, tapi somebody tadi tu tak boleh nak penuhi expectation kau, kau tak boleh nak terima kekecewaan. Dan bila kau tak boleh nak terima kekecewaan, itu yang kau end up meroyan tak tentu hala.

Sadis , kan?

Expectation ni, macam kau daki tempat tinggi. Makin kau daki, semakin besar harapan yang kau lambungkan. Tempat tinggi ni memang seronok (Tapi tak lah pada aku kan, pasal aku gayat!) seronok dia apa tau, sebab kau boleh nampak view segenap semesta dari atas tu. Buat kau rasa gah, buat kau rasa superior. Tapi manusia ni, satu benda dia lupa. Semakin tinggi kau daki, semakin jahanam rasa dia kalau kau jatuh nanti. Bayangkan, jatuh dari atas kerusi banding dengan jatuh dari bangunan lapan belas ratus tingkat. Mana lagi sakit? Silap - silap terus mati. Kalau mati tak apa jugak, tapi kalau tak mati? Dengan patah riuk, lebam luka parah sana sini.

Sama macam hati kau.

Kau expect macam - macam dari orang, especially orang yang kau sayang. Orang yang kau attached tadi ni. Dan dah namanya manusia, mana ada yang sempurna. Bila tak sempurna, kadang - kadang dia tak dapat nak penuhi expectation kita tadi tu. Semakin tinggi expectation kau pada dia, semakin padu rasa dia kalau dia kecewakan kau. Rabak hati weh. Sakit dia tak tertanggung. Dia punya sakit memang tak terucap dengan kata - kata.

Kadang - kadang, ada manusia yang berhenti berharap dan tak expect apa - apa lagi dalam hidup dia daripada orang lain. Mungkin itu yang terbaik. Kita expect nothing daripada orang lain, jadi kita tak akan rasa kecewa. Bila kita tak rasa kecewa, hati kita pun tak rabak.

Mungkin jugak dah sampai masa untuk aku berhenti letak apa - apa expectation daripada orang lain. Sebab kita tak boleh nak anggap semua orang ni akan balas balik apa jugak pengorbanan yang kita pernah buat untuk mereka. Kan?

Kita petik bintang untuk orang.
Lautan api pun sanggup kita renang.

Tapi orang tak mungkin sama dengan kita.

Petik buah untuk kita pun orang tak sanggup.
Suakan kopi panas pun orang tiup.

Sudah - sudahlah, kan?

Sudah - sudahlah.

(Senyum)

Sudahlah.

Berhenti Berharap : Sheila On 7.

Dah. Babai.

6 comments :

Anonymous said...

Sejak akhir2 ni saya dihantui dgn kekecewaan, sampai mulut yg kecoh tahap 14 ni jadi layu dan jarang tersenyum :'( mungkin saya terlalu berfikiran positif terhadap sesuatu.
Ok itu je nk komen
To: comel

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousKecewa perlu diubat, tak boleh dibiarkan. Takut nanti got carried away :')

Semoga awak tabah menghadapi kekecewaan. Amin ya rabb!

Anonymous said...

Cerita tentang kekecewaan ini based on cerita sendiri atau orang yang cerita kat you tentang masalah dia?

Anonymous said...

cerita pasal kekecewaan ni based on pengalaman sendiri or daripada cerita kawan you?

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousIt could be both. Which one suits your imagination, you think? :)

Anonymous said...

amboi main teka teki plak hahah