Wednesday, February 18, 2015

Dibenci Wanita.

Aku rasa entry ini akan menjadi sangat kontra dengan entry aku yang ini.

Kalau aku ni dimasukkan dalam satu bilik yang ada lelaki dengan perempuan sama banyak, aku rasa kurang dari sepuluh minit aku akan bonding dengan team lelaki lebih cepat daripada team perempuan. Dan yang team perempuan tadi, instead of bonding dengan aku, diorang akan menubuhkan satu kumpulan khas untuk membenci aku.

Betul.

Perkara ini sangat misteri pada aku sampailah ke saat aku menulis entry ni. Dari zaman aku kecik sampailah ke zaman aku yang tak berapa nak kecik ni, aku tak tau kenapa aku sangat mudah dibenci wanita.

Masa kecik, aku ada satu geng budak - budak kampung yang terdiri daripada enam orang budak. Guess what? Aku sorang je perempuan, yang lain semua lelaki. Mana budak - budak perempuan yang lain? Diorang taknak geng dengan aku.

Bila zaman aku sekolah rendah, sekolah menengah, sampailah ke universiti geng aku mesti dengan budak - budak lelaki. Kawan perempuan aku mesti ada cuma sorang dua. Itupun yang betul - betul boleh masuk satu kepala dengan aku, yang lain mesti menjauh. Aku taktau kenapa.

Hakikatnya, kalau aku duduk sebelah perempuan, lima minit kemudian mesti perempuan tadi tu buat tak layan dengan aku. Kalau aku duduk sebelah lelaki, lima minit kemudian mesti kita orang dah boleh bonding dengan awesome sekali. Aku rasa aku memang mudah dibenci wanita.

Hari tu aku pernah cakap pasal benda ni dengan kawan aku dekat tempat kerja, dengan muka beriya aku menyuarakan keluh kesah kenapalah aku ni mudah sangat dibenci oleh kaum sejenis.

"Yang kau kisah sangat perempuan suka engkau ke tak ni kenapa? Kau lesbian ke?"

Bukan aku lesbian. Cuma iyelah, kadang - kadang kau jalan dekat shopping kompleks, tak pasal - pasal nanti ada sekumpulan perempuan pandang kau macam nak ajak gaduh. Aku pernah kot makan McD dengan kawan baik perempuan aku, lepas tu ada sekumpulan makcik dok pandang ushar - ushar sambil buat muka menyampah. Apa salah aku? Aku duduk diam - diam makan ayam goreng aje kot!

Aku bukan tak suka berkawan dengan perempuan, aku suka. Aku berkawan dengan sesiapa je yang buat aku rasa selesa. Tapi biasanya, perempuan yang tak berapa selesa nak berkawan dengan aku. Aku rasa mungkin sebab aku kasar, tak macam perempuan - perempuan lain yang lemah gemalai, berjalan ibarat puteri dilindung bulan, tutur kata penuh tertib sesuci lebaran. Aku kalau berjalan je dah macam askar berkawad. Tu belum lagi kalau buka mulut, suara serupa pondan. Dengan badan ketul - ketul, biceps terkeluar kiri kanan, aku rasa memang tak layak nak masuk geng - geng perempuan Melayu Terakhir. Sedih kan?

Tapi memang misteri kenapa perempuan tak suka nak mingle dengan aku. Aku best kot? Aku punya kelakar memang tiada tandingan. Lepas tu aku boleh tahan bijak jugak. Tak adalah bodoh sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Satu lagi, sebab aku badan ketul - ketul, korang tak payah risau pasal keselamatan, sebelah tangan je kot aku boleh buat badan orang bengkok jadi nombor lapan. Cehcehceh lebih pulak. Tapi itulah, tak ada jugak nak berhajat nak jadikan aku kawan karib dunia akhirat. Menangis tepi perigi.

Tapi bila aku baik sangat dengan lelaki, yang tak bestnya adalah nanti orang mengata itu ini. Yelah, dengan status aku dah berkahwin, dah ada anak sorang, masih jugak nak berkawan dengan lelaki sana sini, orang mengata. Kalau tak mengata depan - depan, confirmlah orang mengata belakang - belakang. Susah kan nak puaskan hati semua orang? Aku berkawan aje kot, apa engkau orang ingat aku buat gang bang ke apa?

Mentaliti. Lagi - lagi kalau dah masuk bab- bab agama. Ustaz Ustazah segera macam keropok lekor losong. Tepung aje banyak, ikannya tak ada. Gitulah. Ilmu menghentam aje padu. Lelaki dengan perempuan mana boleh jadi kawan, mana boleh jadi bestfriend. Mana boleh jadi buddies. Harommm. Yelah, aku jelah yang harom. Korang buat perangai macam nokharom tu tak harom pulak.

Pucuk pangkal hati. Buat apa nak puaskan hati semua orang. Bukan diorang yang kasi aku makan. Kalau aku keluar dengan kawan - kawan lelaki aku, semua tu dalam pengetahuan suami aku. Kalau aku ke gym ke, lepak mamak ke, hiking ke, keluar makan ke dengan kawan - kawan lelaki aku, semua tu aku dah bagitahu siap - siap dekat suami. Dari A sampai Z. Tapi itulah kan orang Melayu, ada je benda yang diorang nak sibukkan , nak mengata sana sini. Aku bersyukur dapat suami yang memahami. Bukan jenis yang cemburu tak bertempat. Aku kenal dia 15 tahun kot sebelum kami bernikah. Sepanjang kami kenal tu memang dia sedia maklum kawan lelaki aku lebih majoriti daripada kawan perempuan. Dia chill je, korang je yang menggelibas lebih. Tampar nak?

Kalau orang nak label aku dengan nama - nama yang kurang baik, sebab aku berkawan dengan lelaki, aku takde kuasa nak menghalang. Aku bukannya Thor, ada tukul ajaib yang boleh ketuk je kepala engkorang yang suka sangat judge aku. Aku manusia biasa , perempuan yang lemah gitu. Paling - paling pun aku nangis sambil tekup muka pakai bantal. Yelah, aku ni muka je gangstar, muscle sepah - sepah sini sana, hakikatnya aku macam perempuan yang lain jugak. Hati aku tisu jugak, engkau orang ni pun.

Minta maaflah kalau ada yang tak suka.

Engkau orang nilah suka sangat judge aku, benci aku tanpa usul periksa. Nak kata aku lawa, tak de lawa mana pun. Engkau orang janganlah benci aku sangat - sangat. Mehlah kenal - kenal. Kan ke orang kata, tak kenal maka tak cinta?

 Harta.

Minta maaflah kalau ada yang meluat.
Jangan muntah dalam mulut eh?

21 comments :

Anonymous said...

Ayat boleh buat orang bunuh diri. Nah A+ untuk tatabahasa. Dah pergi tidor sana, nanti eye bagnya bertambah besar.

Anonymous said...

Eh,jgn ckp mcm tu teacher..
Saya sayang teacher.
Teacher Yat kan comel,cantik,kelakar,mesti ramai orang sayang.
Perfect!

Anonymous said...

Eh,teacher jgn cakap macam tu.
saya sayang teacher.
Teacher Yat comel,baik,kelakar,mesti ramai orang yang sayang.
Perfect!

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousHuaa ni ayat kecam ni ayat kecam! Mana ada eyebag! Huaaaa! (Nangis tepi esbok)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousSiapa ni siapa ni? Sampai hati letak nama Anonymous!

Anonymous said...

Ni lagi satu nak bagitau, kalau berjerawat tu janganlah sampai keluar perkataan vavehh 😑

Anonymous said...

Saya silent reader.
Saya selalu perhati teacher kat sekolah.
Kagum!

Anonymous said...

Saya silent reader.
Saya selalu perhatikan teacher kat sekolah.
Bila time teacher nak berucap kat perhimpunan,terus jadi semangat.
Kagum!

Cik Puan Bunga said...

@Anonymous(Sambung nangis tepi tong gas)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousHuaa siapakah anda! Haha semoga anda tak terserempak sewaktu tcr sedang mengorek idung ya ! Haha.

Anonymous said...

Haha.
Tapi,saya tau teacher yg gojes lagi ayu ni x kan wat gitu secara terang2an.....
Anyway,teacher mmg terbaiiiiik! ;)

Anonymous said...

Oh, ya!
Ni ada topup maxis untuk teacher.rm 5 jer yg dapat saya bagi.sori klau x suka.

8709202515596691

k.bai! :)

Anonymous said...

Oh, ya!
Ni ada topup maxis untuk teacher.rm 5 jer yg dapat saya bagi.sori klau x suka.

8709202515596691

k.bai! :)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousYa Allah, ni siapa yang baik hati sangat ni ya ALLAH ! T_T (Nangis tepi tembok)

Anonymous said...

Jgn nangis!baru nk wat teacher hepi.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousTerima kasih, terima kasih!
Minta halal ya RM5 nya T_T

Siapa yang baik hati sangat ni?
Ahmad ya? Kan? Sobssss Ahmaaaddd!

Anonymous said...

Kihkih !
Jauh panggang dari api.rasanya x payah kot teacher tau pasal saya.biarlah ianya menjadi misteri pada teacher..kahkah....

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousSiapapun awak, semoga Tuhan merahmati awak dunia akhirat :)

Anonymous said...

Thanks teacher.
Saya pon doakan org yg sebaik teacher ni,akan mendapat kebahagiaan dunia akhirat.kiranya teacher ni merupakan antara org speacial dalam hidup saya.
Satu lagi,sorry sbb dh menyemak dalam blog teacher yg awesome ni!
Salam sayang,ceh. *ikhlas :)

Cik Puan Bunga said...

@Anonymous(Nangis)

Anonymous said...

Eh,jgn nngis !
Nnti bebila ada rezeki saya bagi topup lagi k.
Tak mau nngis lagi dh,nnti encik Hafizal Elias nmpk, susah nnti.
Bhai,teacher Lina !