Saturday, February 21, 2015

Menumpang Kasih.

Aku rasa semua orang tahu, yang aku tak ada Emak Mertua. Emak Mertua aku jauh kot, duduk Atlanta. Aku pulak jenis menantu yang tak berduit, nak jenguk Emak Mertua memang tak mampu. Aku cuba jugak menabung, ada niat dalam hati nak balik Atlanta jenguk keluarga mertua, tapi iyelah, baru tabung nak penuh, dah kena pecahkan nak bayar roadtax lah hape lah. Bilalah nak penuh.

Seumur kahwin, namanya bermanja dengan Emak Mertua memang tak pernah. Kesian kan aku? Sudahlah cantik, baik, boleh tahan pandai pulak tu. Tapi nak buat macamana, dah nasib dapat Emak Mertua duduk oversea. Kalau time raya tu memang menangis tepi jamban lah jugak, punyalah sedih tak dapat beraya sama dengan Emak Mertua.

Jadi cerita dia, aku ni kekurangan kasih sayang Emak Mertua. Gitu. Tak pernah merasa shopping sama, tengok wayang sama ke dengan Emak Mertua, tolong ketipkan kuku ke, cari uban ke apa, tak pernah. Dalam hati, teringin nak buat semua - semua tu sama - sama dengan dia. Tapi nak buat macamana. Dah jauh kan? Jadi bila ada sorang manusia ni, dia punya baik mengalahkan Emak Mertua aku sendiri, tiba - tiba aku rasa macam eh Tuhan tengah kasi aku merasa kasih sayang Emak Mertua ke apa ni. Sumpah terharu.

Mula - mula whatsapp macam biasa, ayat pun nak skema. Aku ingat lagi mula - mula whatsapp, aku panggil dia Puan. Yelah, dah dia ni emak student aku, aku ni pulak jenis manusia yang budi bahasa dia tinggi melangit (Muntah) panggil pun yang bagus - bagus je. Lama - lama mungkin dia rasa menyampah ke agaknya asyik aku panggil Puan manjang, dia suruh panggil akak je. Nampak lagi mesra , dari hati terus ke hati gitu.

Akak ni suka kasi aku makan. Makanan pertama yang dia kasi aku, aku ingat lagi, sambal hitam. Bapak sedap. Aku makan dengan nasi putih campur ayam goreng je time tu. Memang tak tengok kiri kanan. Orang lain pun aku tak pelawa. Masa dapat ni, rasa nak nangis tepi tempayan je. Dia punya terharu. Aku jarang kot orang buat baik dengan aku. Selalu orang kasi aku makan, makan maki jelah. Jadi bila ada insan yang layan aku baik - baik gini, kasi aku makan, aku rasa macam terbang melayang - layang. Sambil makan tu aku sambil nangis kot. Terharu kuasa lapan.

Sambal hitam. First time makan. Sedap nak mati.
Sebelum mengokak nasi, kita kena bersopan sedikit.
Semasa mengokak nasi, sopan tolak tepi sikit.

Akak ni selalu sangat kasi aku makan. Kasi cookies lah, cheesekut lah, pengat jagunglah. Hari tu masa aku nak hantar team merentas desa, singgah rumah dia kejap ambil anak dia, dia bekalkan sekali kuih dengan nasi lemak. Nasib baik aku tak nangis guling - guling depan halaman rumah dia. Dia punya baik, aku rasa macam tak layak pulak nak menerimanya. Dah dua kali jemput datang rumah dia untuk makan. Sampai naik segan aku. Asal datang je datang tangan kosong, sekali pakej dengan datang bawak perut kosong. Tak guna betul, kan? Masa pertama kali datang, sumpah aku rasa macam pertama kali datang rumah mertua. Sopan santun aku sepanjang dekat rumah dia, jaga kelakuan sebaik - baiknya, sehabis tenaga. Dalam hati, terdetik, oh macam ni agaknya rasa dia bila ada orang sayang. Macam ni rasanya bila ada Emak Mertua. Gitu.

Akak ni selalu whatsapp tanya khabar, nasihat aku macam - macam. Aku ni nama je cikgu anak dia, tapi perangai aku dengan anak dia sama aje ke longkangnya pun. Kalau aku silap sana sini, dia tolong tegurkan. Kalau aku tengah sedih ke, tengah rasa palat dengan hidup ke apa, tengah bergaduh dengan kawan ke apa, laju je dia whatsapp hulur bahu. Ya Tuhan. Aku rasa macam bertuahnya hidup aku ada orang sudi nak kasi ruang untuk aku tumpang kasih sayang. Kadang - kadang aku memang dah tak rasa dia ni emak student aku pun, aku dah rasa macam darah daging sendiri pulak. Dia punya caring, concern dengan aku, memang buat dada ni sebak tahan sayu lah.

Tuhan tu Maha Adil kan? Dia uji sikit aku dekat sana sini, dia bagi aku bahagia dekat satu sudut yang lain. 7 tahun kot aku tak pernah merasa macamana sayangnya Emak Mertua dekat aku. Kan aku cakap tadi, Emak Mertua aku duduk Atlanta. Entah kenapa aku rasa akak ni tadi macam substitute Emak Mertua aku. Cara dia layan aku, cara dia tumpahkan kasih sayang dekat aku, Ya Tuhan, sumpah aku rasa tak layak langsung nak terima kebaikan yang melampau - lampau macam tu. Yang paling aku rasa macam nak peluk akak ni kuat - kuat, setiap kali aku merajuk entah hapa hapa, Ya Tuhan dia yang datang pujuk sampailah aku okay. Mengada kan? Tak tahulah kalau dalam hati akak tu terasa nak baling aku pakai selipar ke apa ke kan. Kehkeh.

Aku rasa, setakat nak ucap terima kasih memang tak memadai. Picisan je. Kan? Budi baik akak tu, sampai ke liang lahad akan aku kenang. Aku akan jaga dan tunaikan amanat akak tu sedaya - upaya aku, aku akan didik dan pastikan anak dia tak buat macam - macam, berjaya dalam pelajaran dalam hidup dan membanggakan keluarga dia dunia akhirat. Insyaallah. Terima kasih sedunia aku ucapkan untuk akak tu sekeluarga. Mungkin pada akak benda ni kecik je kak, tapi pada aku, akak tu dah bagi aku satu perasaan yang aku tak pernah nak dapat sebelum ni. Akak tu dah bagi aku rasa indahnya merasa kasih sayang daripada orang yang aku panggil Emak Mertua. Kasih sayang yang aku tak pernah dapat, tak pernah mimpikan untuk merasa. Malah, aku tak berani nak bermimpi, sebab aku tahu, aku memang takkan pernah dapat merasa, Terima kasih kak, untuk serpihan hatinya, tempat saya menumpang kasih, tumpang berteduh, tumpang bermanja.

Semoga Allah satukan hati - hati kita, seerat - eratnya dalam doa - doa kecil kita yang Tuhan angkat nun jauh ke langit tujuh-Nya. Semoga ukhuwah kita ni terjalin sampai bila - bila kak, insyaALLAH.

Saya sayang akak. Lillahi taala.

Okay dah, Aku dah sedih ni. Nak nangis kejap.

Dah. Babai.

16 comments :

cahaya nuranie said...

Alhamdulillah... Kebahagiaan sangat subjektif.. Allah sangat baik kan!! Dia Maha Mengetahui apa yang kita perlu.. bukan apa yg kita nak.. Kita hanya mampu berdoa. dan terus berdoa.. untuk perkenanka doa itu.. terpulang kepada Allahurabbi... Bila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah.. Allah pasti kurniakan yg terbaik untuk kita.. :)

Cik Puan Bunga said...

@cahaya nuranieKan , kak? Insyaallah :)

Anonymous said...

Laa..bunga...ingatkan dah ok lepas entry balik haji tu rupanya sama saja yek...takpa bunga insyaAllah esok esok ok la tu ye...akak doakan masa ru akan sampai jua..kakmasyp

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousTerima kasih , kak! :)

mieyza said...

lama xmngkomen ni.. iolls pun ingat CPB dah ok dengan in laws lepas entry blk haji tu..huhu..xpe2, yang penting dah usaha. CPB dah 7 tahun tak merasa, iolls pulak dah nak masuk 4 tahun, pun sama tak pernah merasa jugeeee.. xada rezeki kot..huhuhu. senasib.

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaKita sama - sama tabah ye :)

Azwan GP said...

WOI SAMBAL HITAMMMMMMMMMM!!!!

Cik Puan Bunga said...

@Azwan GPSedap baq hang ah kau apa tau!

Anonymous said...

Asalam..
Teacher lama betol teacher Yatt tak updates blog.ghindu ni..
Macam yg dh dijanjikan,kalau ada rezeki saya bagi topup.
Nah.
8250376420272692
:)

Anonymous said...

Asalam,teacher...
Ni ada topup untuk teacher Yatt macam yg dh saya janji mestu klau ada rezeki saya bagi topup..
8250376420272692
nanti bebila saya bagi lagi...
Biasanya sebulan sekali,klau ada rezeki lebih baru kasai lebih...ngeee~
to:teacher paling awesome
:)

Anonymous said...

Asalam,teacher...
Ni ada topup RM5 untuk teacher Yatt macam yg dh saya janji mestu klau ada rezeki saya bagi topup..
8250376420272692
nanti bebila saya bagi lagi...
Biasanya sebulan sekali,klau ada rezeki lebih baru kasi lebih...ngeee~
to:teacher paling awesome
:)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousYa Allah Ya Tuhan ku. Siapakah awak ni agaknya Ya Tuhan T_T

Terima kasihhhh!

Anonymous said...

Sama-sama...
Kan saya dah cakap,saya ni silent reader,saya juga pemerhati teacher.. :)
selamat hari ngurat suami yg ke 16, ye teacher..hihi

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousYa Tuhan ! Terima kasih!

Anonymous said...

:)
teacher pkai maxis kan?

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousIya. :)