Seorang Bunga Yang Stress.

Aku adalah seorang manusia yang sangat senang untuk stress. Kalau botol sos tak boleh nak bukak pun aku dah stress. Kau bayangkan. Lepas tu bila dah stress, mulalah perangai mintak kaki aku keluar. Dan yang lagi tak best, bila stress je, mesti migraine. Kadang-kadang sampai dua minggu migraine, apa kejadah. Sakit bahu,sakit tengkuk. Tu belum lagi stress tahap sampai rasa nak duduk dalam peti sejuk. Kerja nak makan memanjang. Nanti last sekali, bila dah stress tahap dewa -dewa, mesti demam. Mesti punyalah. Harap muka aje samseng.

Jadinya, bila stress - aku akan buat benda - benda yang boleh bagi ringan sikit stress. Aku suka mengemas. Semua benda aku nak kemas. Bila aku dah start punggah barang, kembur semua kain baju ni, haa ni memang dah stress tahap siamang lautlah ni. Jaga - jaga Cik Salmah!

First sekali, aku akan susun semua baju - baju. Tak kiralah, baju aku ke, baju Adam ke, baju suami ke. Semua aku akan kemas dan lipat cantik - cantik. Lipat pulak bukan main sembarangan ye Cik Ramli. Ada spesifikasi dia. Besar mana, bentuk apa. Sebab tu aku tak kasi suami ke siapa - siapa tolong aku lipat baju. Sebab nanti bentuk dan kebesaran dia tak sama. Lepas tu ended up aku lipat semula. Kan dah buang masa. Jadi, biar aku lipat sendiri. Senang. Lepas dah lipat cantik - cantik, aku susun ikut kod warna. Tak kiralah baju plain ke baju bercorak ke, semua aku color codedkan. Rasa macam awesome gitu bila dah tergantung, cantik, kemas, rapi je nampak. Feeling - feeling dekat shopping kompleks pulak. Kehkeh.


Lepas tu susun ikut material dia, kalau cotton tu mesti kena duduk dalam group cotton jugak. Lepas tu geng-geng baju batik mesti kena duduk sama - sama dengan geng- geng batik. Bukan gangster je ada kumpulan masing - masing. Baju aku dalam almari pun nak jugak ada kumpulan masing - masing. Acah - acah samseng kan?


Selalunya, untuk kemas baju macam gini je, dari melipat sampailah menyusun, paling koman pun aku akan habiskan dua - tiga jam. Maka duduklah aku dengan sungguh fokus nauzubillah tak tengok kiri kanan dok susun baju tanpa menghiraukan lapar ataupun dahaga. Hebatkan kakak? Bila dah nampak baju tergantung dan tersusun kemas tiada tandingan, dia punya bangga, memang boleh buat lubang hidung kempas - kempis walaupun sejak azalinya hidung aku memang dah kembang.

Bila dah siap susun baju, aku susun pulak buku - buku cerita dan segala bahan bacaan yang aku ada. Kalau buku, aku tak color codedkan. Tapi aku susun ikut publisher dan jugak ikut ketinggian. Sambil - sambil lap habuk - habuk yang melekat, karang tengah susun - susun macam tu pun aku boleh capai buku sebuah, duduk meleset tepi katil layan baca buku sampai ke Maghrib. Sampaikan lupa anak bini. Perangai macam gini jangan diikut.


Lepas habis susun buku, giliran kasut - kasut pulak. Kasut - kasut yang aku ada, semua aku keluarkan. Lap bersih - bersih, cuci sikit mana yang dah kotor sangat, dan kemudian aku susun ikut warna. Bubuh dalam kotak dia, susun cantik - cantik. Puas sungguh rasa dalam hati. Bangga tak pasal - pasal. Nasib baiklah kasut aku tak banyak, dulu masa zaman aksut aku ikut warna baju, memang cilakak jugak nak mengemas setiap warna kasut yang aku ada. Sejak - sejak dah bertaubat dan kembali ke jalan yang sebenar, aku ada beberapa pasang kasut je. Hitam, merah, pink, hijau, oren, cokelat, sport shoes pun cuma ada dua. Sneakers ada tiga. Selipar Jepun tak ada, rembat Abah punya.

Entah kenapa aku suka color codedkan semua barang aku. Tudung pun sama. Beratus tudung bawal yang aku ada, semua aku susun ikut warna. Tu yang kadang - kadang baru perasan yang tudung pink cair je aku dah ada sembilan belas. Aku rasa color coded things ni sangat praktikal dan menjimatkan masa. Kau tak perlu punggah semua benda untuk dapatkan warna yang kau nak. Kan? Bila dah terbiasa, semua benda aku nak color codedkan. Tshirt, jam, blouse, stok anak ikan. Eh. Semualah.

Bila dah habis susun semua benda ni, terus capai penyapu dengan mop. Kemas satu rumah. Bersihkan sawang, buang taik cicak ke taik tenuk ke yang melekat, lap tingkap, sapu daun dekat halaman rumah. Lepas dah sapu, mop pulak. Lepas dah mop, sembur pulak dengan perfume kasi wangi semerbak dalam rumah macam dalam taman syurga. Gitu.

Bila dah habis mengemas, tengok semua barang kemas dan teratur, dalam hati rasa lega sangat - sangat. Beban pun terasa ringan sikit. Kepala pun dah tak sakit sangat. Walaupun tak hilang semuanya, at leastnya benda - benda ni semua macam terapi yang membantu aku lupakan masalah aku sekejap. Aku ni walaupun tak pandai memasak(Bukan tak pandai, malas sebenarnya) tapi bab - bab mengemas haa (Tepuk dada) ini dia orangnya. Aku suka gila mengemas sampaikan kalau balik dari sekolah tu, tak kiralah pukul berapa sekalipun lambat macamana sekalipun, benda pertama yang aku capai adalah penyapu. Bukan anak aku. Penyapu.

Dan bila tiba malam hari, aku akan duduk diam - diam dalam bilik, duduk atas tilam kepam aku tu, and menulis. Bila aku stress, aku suka tulis puisi. Keluarkan pen warna - warni, stickers cecomel, ribbon colorful aku tu, notepad kartun - kartun and mulalah menulis puisi. Ikut tema lah, kalau time tu hati tengah cilakak sikit, maka puisi sendu lah yang keluar. It depends. Kalau tak tulis puisi pun, aku suka tulis notes, atau surat comel-comel dan beri pada anak - anak murid. Siapa yang pernah dapat surat dari Teacher angkat ketiak sikekkk! Seronok kot buat semua ni. Terapi sungguh pada diri aku. Dan selalunya, setiap kali lepas menulis, aku rasa syok yang tak terhingga. Puas hati. Beban pun macam tak terasa lagi.

Bila dah siap menulis, sambil nak tunggu mata mengantuk, aku capai buku - buku puisi yang aku ada, dan ulang baca. Hayati setiap patah perkataan yang ada dekat mukasurat - mukasurat tu. Hadam baca. Sebab selalunya, dalam sepuluh puisi yang aku baca, mesti ada satu dua yang bersangkut paut dengan aku. Manusia ni kan saling berkaitan. Bukan kita sorang je kan yang ada masalah dalam dunia ni. Chill lah. Hadapi dengan senyuman.


Lately ni aku memang stress tahap tapir laut. Kerja banyak, dengan masalah itu ini lagi. Kadang - kadang terasa nak jerit kuat - kuat jugak. Tapi bila difikir - fikir balik, hek eleh betul aku ni kan. Relaks boleh? Dah nama pun manusia, memanglah hidup sentiasa diuji Tuhan. Kalau tak, baik aku jadi tikus mondok je. Dan alhamdulillah, stress macamana sekalipun aku, Tuhan sentiasa kelilingkan aku dengan manusia - manusia yang sentiasa menyokong aku. Team kesayangan yang tak pernah lekang beri aku semangat, hiburkan hati aku, dan sayang aku sepenuh jiwa raga diorang, kan? Haters gonna hate. Dah memang itu pun kerja diorang. Gasaklah sana. 

Tak apalah.

Teruslah berikan senyum dan sebarkan cinta. Manusia ni kalah dan kuat hanya kerana satu benda.

Cinta.

:)


Okay dah. Nak color codedkan spender pulak.

Babai!

Read More»

Percaturan Taqdir.

Kalau engkau orang perasan,aku dah delete entry 'Jodoh' aku tu. Sebab bertubi - tubi orang tanya aku, kawan - kawan terdekat mula buat teka - teki itu ini, masing - masing curious mana satu kawan lelaki aku yang buat perangai. Itu tuduh ini, ini tuduh itu. Sikit sebanyak, aku rasa terpalit sama. Jadinya aku delete. Habis cerita.

Disebabkan entry itu jugak, ada seorang hamba Allah whatsapp aku pagi - pagi tadi. Concern sungguh nada beliau. Aku tahu dia risau. Mana tak risau. Entry aku tu bikin orang berteka - teki sana sini. Dan whatsapp kami akhirnya terus lead kepada terkupasnya satu isu yang selama ini aku rahsiakan jauh dalam hati perut aku.

Kadang - kadang kita ni setegar mana pun menipu, akhirnya kita tak mampu juga nak menipu diri sendiri. Kan? Selama mana kita nak acah - acah kental tapi sebenarnya dalam hati ni dia punya rapuh dah macam keropok udang yang ada banyak jual dekat gerai tepi jalan. Acah - acah sado macamana sekalipun, hakikatnya hati kita ni tak boleh nak membohong.

"Banyakkan berdoa." pesan dia.

Doa, senjata orang Islam. Aku pernah berhenti berdoa untuk sesuatu yang aku tahu memang tak akan berlaku pada diri aku. Ala ala putus asa. Dalam Islam, mana kita boleh putus asa. Rasa kebergantungan kepada Yang Maha Esa,kita tak boleh nak buang dalam diri kita sebagai orang Islam. Tapi, wajarkah kita berdoa untuk sesuatu yang tak baik untuk terjadi?

Kalau kawan aku tu tak percayakan jodoh, aku pulak kadang - kadang meragukan taqdir. Aku tahu, setiap apa yang berlaku dekat kita ni semuanya dah siap - siap Tuhan tulis. Sejauh mana pun kita merancang, akhirnya berbalik juga pada Tuhan. Aku tahu. Tapi kadang - kadang aku terfikir, tak boleh ke untuk sekali dalam hidup aku ni, aku ditaqdirkan dengan sesuatu yang baik - baik? Tak boleh ke sekali dalam hidup aku ni, aku dapat sesuatu yang memang aku hajatkan. Dekat sini, konsep bersyukur pula main peranan. Orang akan cakap, aku tak tahu bersyukur. Ya, mungkin.

Aku selalu bagitahu dekat orang, kalau kita tengok betapa bahagianya seseorang itu, betapa beruntungnya dia, there's always a glitch behind everything. Contoh, kau kaya, kau duit banyak, kerja kau bagus, tapi muka kau hodoh, kau belum dapat jodoh. Atau suami kau handsome, hidup kau bahagia, travel dalam dan luar negara, perkahwinan kau bahagia, tapi kau belum dikurniakan anak. Atau, apa - apa sahaja. Things like that. Sempurna tetapi datang dengan sedikit flaws. Sedikit cacat. Tuhan tu adil , kan? Cuma iyalah, kadang - kadang kita yang salah tafsir hikmah yang Dia mahu sampaikan pada kita. Okay, dekat sini pun, konsep bersyukur main peranan. Terimalah apa sahaja Tuhan bagi dengan hati penuh terbuka. Tuhan Maha Tahu. Tuhan Maha Tahu.

Kadang - kadang, terduduk jugak aku jadinya diperkotak - katikkan taqdir. Kita mahu yang itu, tapi Tuhan kasi yang ini. Kita fikir itu yang terbaik, tapi Tuhan kata itu yang kita perlu. Jadi bagaimana? Ustaz sekolah agama aku kata, redho. Jangan buruk sangka dengan Tuhan. Habis, macamana pulak dengan manusia yang Tuhan tunjukkan ke jalan yang bengkang - bengkok? Manusia yang salah buat pilihan dalam hidup. Manusia yang tersasar dari laluan. Manusia pendosa. Bagaimana dengan mereka? Apa, Tuhan tak sayang? Ustaz aku kata lagi, dekat situlah fungsinya iman. Iman kuat, insyallah kita selamat. Kalau iman tak ampuh, itu yang mereput rapuh. Kita lalu salahkan taqdir itu yang kejam, kan?

Aku selalu pegang kata - kata ni, "Tuhan uji sebab Tuhan sayang. Tuhan tahu kita kuat dan mampu." Tapi, bila selalu sangat dipalatkan taqdir hidup sendiri, kadang - kadang terbit juga rasa dalam hati,

"Tuhan, sayang aku ke?"

Kau rasa?



Read More»