Saturday, March 21, 2015

Seorang Bunga Yang Stress.

Aku adalah seorang manusia yang sangat senang untuk stress. Kalau botol sos tak boleh nak bukak pun aku dah stress. Kau bayangkan. Lepas tu bila dah stress, mulalah perangai mintak kaki aku keluar. Dan yang lagi tak best, bila stress je, mesti migraine. Kadang-kadang sampai dua minggu migraine, apa kejadah. Sakit bahu,sakit tengkuk. Tu belum lagi stress tahap sampai rasa nak duduk dalam peti sejuk. Kerja nak makan memanjang. Nanti last sekali, bila dah stress tahap dewa -dewa, mesti demam. Mesti punyalah. Harap muka aje samseng.

Jadinya, bila stress - aku akan buat benda - benda yang boleh bagi ringan sikit stress. Aku suka mengemas. Semua benda aku nak kemas. Bila aku dah start punggah barang, kembur semua kain baju ni, haa ni memang dah stress tahap siamang lautlah ni. Jaga - jaga Cik Salmah!

First sekali, aku akan susun semua baju - baju. Tak kiralah, baju aku ke, baju Adam ke, baju suami ke. Semua aku akan kemas dan lipat cantik - cantik. Lipat pulak bukan main sembarangan ye Cik Ramli. Ada spesifikasi dia. Besar mana, bentuk apa. Sebab tu aku tak kasi suami ke siapa - siapa tolong aku lipat baju. Sebab nanti bentuk dan kebesaran dia tak sama. Lepas tu ended up aku lipat semula. Kan dah buang masa. Jadi, biar aku lipat sendiri. Senang. Lepas dah lipat cantik - cantik, aku susun ikut kod warna. Tak kiralah baju plain ke baju bercorak ke, semua aku color codedkan. Rasa macam awesome gitu bila dah tergantung, cantik, kemas, rapi je nampak. Feeling - feeling dekat shopping kompleks pulak. Kehkeh.


Lepas tu susun ikut material dia, kalau cotton tu mesti kena duduk dalam group cotton jugak. Lepas tu geng-geng baju batik mesti kena duduk sama - sama dengan geng- geng batik. Bukan gangster je ada kumpulan masing - masing. Baju aku dalam almari pun nak jugak ada kumpulan masing - masing. Acah - acah samseng kan?


Selalunya, untuk kemas baju macam gini je, dari melipat sampailah menyusun, paling koman pun aku akan habiskan dua - tiga jam. Maka duduklah aku dengan sungguh fokus nauzubillah tak tengok kiri kanan dok susun baju tanpa menghiraukan lapar ataupun dahaga. Hebatkan kakak? Bila dah nampak baju tergantung dan tersusun kemas tiada tandingan, dia punya bangga, memang boleh buat lubang hidung kempas - kempis walaupun sejak azalinya hidung aku memang dah kembang.

Bila dah siap susun baju, aku susun pulak buku - buku cerita dan segala bahan bacaan yang aku ada. Kalau buku, aku tak color codedkan. Tapi aku susun ikut publisher dan jugak ikut ketinggian. Sambil - sambil lap habuk - habuk yang melekat, karang tengah susun - susun macam tu pun aku boleh capai buku sebuah, duduk meleset tepi katil layan baca buku sampai ke Maghrib. Sampaikan lupa anak bini. Perangai macam gini jangan diikut.


Lepas habis susun buku, giliran kasut - kasut pulak. Kasut - kasut yang aku ada, semua aku keluarkan. Lap bersih - bersih, cuci sikit mana yang dah kotor sangat, dan kemudian aku susun ikut warna. Bubuh dalam kotak dia, susun cantik - cantik. Puas sungguh rasa dalam hati. Bangga tak pasal - pasal. Nasib baiklah kasut aku tak banyak, dulu masa zaman aksut aku ikut warna baju, memang cilakak jugak nak mengemas setiap warna kasut yang aku ada. Sejak - sejak dah bertaubat dan kembali ke jalan yang sebenar, aku ada beberapa pasang kasut je. Hitam, merah, pink, hijau, oren, cokelat, sport shoes pun cuma ada dua. Sneakers ada tiga. Selipar Jepun tak ada, rembat Abah punya.

Entah kenapa aku suka color codedkan semua barang aku. Tudung pun sama. Beratus tudung bawal yang aku ada, semua aku susun ikut warna. Tu yang kadang - kadang baru perasan yang tudung pink cair je aku dah ada sembilan belas. Aku rasa color coded things ni sangat praktikal dan menjimatkan masa. Kau tak perlu punggah semua benda untuk dapatkan warna yang kau nak. Kan? Bila dah terbiasa, semua benda aku nak color codedkan. Tshirt, jam, blouse, stok anak ikan. Eh. Semualah.

Bila dah habis susun semua benda ni, terus capai penyapu dengan mop. Kemas satu rumah. Bersihkan sawang, buang taik cicak ke taik tenuk ke yang melekat, lap tingkap, sapu daun dekat halaman rumah. Lepas dah sapu, mop pulak. Lepas dah mop, sembur pulak dengan perfume kasi wangi semerbak dalam rumah macam dalam taman syurga. Gitu.

Bila dah habis mengemas, tengok semua barang kemas dan teratur, dalam hati rasa lega sangat - sangat. Beban pun terasa ringan sikit. Kepala pun dah tak sakit sangat. Walaupun tak hilang semuanya, at leastnya benda - benda ni semua macam terapi yang membantu aku lupakan masalah aku sekejap. Aku ni walaupun tak pandai memasak(Bukan tak pandai, malas sebenarnya) tapi bab - bab mengemas haa (Tepuk dada) ini dia orangnya. Aku suka gila mengemas sampaikan kalau balik dari sekolah tu, tak kiralah pukul berapa sekalipun lambat macamana sekalipun, benda pertama yang aku capai adalah penyapu. Bukan anak aku. Penyapu.

Dan bila tiba malam hari, aku akan duduk diam - diam dalam bilik, duduk atas tilam kepam aku tu, and menulis. Bila aku stress, aku suka tulis puisi. Keluarkan pen warna - warni, stickers cecomel, ribbon colorful aku tu, notepad kartun - kartun and mulalah menulis puisi. Ikut tema lah, kalau time tu hati tengah cilakak sikit, maka puisi sendu lah yang keluar. It depends. Kalau tak tulis puisi pun, aku suka tulis notes, atau surat comel-comel dan beri pada anak - anak murid. Siapa yang pernah dapat surat dari Teacher angkat ketiak sikekkk! Seronok kot buat semua ni. Terapi sungguh pada diri aku. Dan selalunya, setiap kali lepas menulis, aku rasa syok yang tak terhingga. Puas hati. Beban pun macam tak terasa lagi.

Bila dah siap menulis, sambil nak tunggu mata mengantuk, aku capai buku - buku puisi yang aku ada, dan ulang baca. Hayati setiap patah perkataan yang ada dekat mukasurat - mukasurat tu. Hadam baca. Sebab selalunya, dalam sepuluh puisi yang aku baca, mesti ada satu dua yang bersangkut paut dengan aku. Manusia ni kan saling berkaitan. Bukan kita sorang je kan yang ada masalah dalam dunia ni. Chill lah. Hadapi dengan senyuman.


Lately ni aku memang stress tahap tapir laut. Kerja banyak, dengan masalah itu ini lagi. Kadang - kadang terasa nak jerit kuat - kuat jugak. Tapi bila difikir - fikir balik, hek eleh betul aku ni kan. Relaks boleh? Dah nama pun manusia, memanglah hidup sentiasa diuji Tuhan. Kalau tak, baik aku jadi tikus mondok je. Dan alhamdulillah, stress macamana sekalipun aku, Tuhan sentiasa kelilingkan aku dengan manusia - manusia yang sentiasa menyokong aku. Team kesayangan yang tak pernah lekang beri aku semangat, hiburkan hati aku, dan sayang aku sepenuh jiwa raga diorang, kan? Haters gonna hate. Dah memang itu pun kerja diorang. Gasaklah sana. 

Tak apalah.

Teruslah berikan senyum dan sebarkan cinta. Manusia ni kalah dan kuat hanya kerana satu benda.

Cinta.

:)


Okay dah. Nak color codedkan spender pulak.

Babai!

14 comments :

aiman mania said...

wkwkwkwkwkw..kenapa stress sgt tuhhh?hohohoohohohohh....take r time....nafas dalam dalam ...

Cik Puan Bunga said...

@aiman mania:)

Cik Aish said...

waaa siap buat puisi di kala stress.. kalau sy, stress buat puisi.

Nurmujahidah Ismail said...

kalaulah muja ada hobi mcm tcer... hahahaa

BudakVanilla said...

biasa la tu kan. bagus part kalau stress rajin mengemas nie. kalau BV stress tengok benda lawak n nyanyi kuat2 je. haha :D

Innanie Ariffin said...

kakak comelnya perangai!

Cik Puan Bunga said...

@Cik AishItu kalau stress tahap.. kehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailEceh Muja nak stress kan apa je. Kan happy ada abiang saiang. Hikhik!

Cik Puan Bunga said...

@BudakVanillaSamalah jugak. Kengkadang kalau stress lawyan benda lawak-2 boleh pecah perut jugak. Hahahh.

Cik Puan Bunga said...

@Innanie AriffinAwak lagi comel kot. Kehkeh!

Nabila Syifa said...

hmm..singgah

GP said...

Pergh complete set ke buku Novo kau

Cik Puan Bunga said...

@Nabila SyifaMakasih yaa.

Cik Puan Bunga said...

@GPTak. Baru ada 3. Kakakaka!