Manusia Yang Sayang Engkau.

Kalau kau tanya, harta apa yang aku ada dalam dunia - jawapan aku sangat senang. Aku tak punya apa - apa. Aku tak ada rumah banglo bertingkat, atau kereta mahal buatan luar negara. Duit berkepuk dalam bank. Tak. Aku tak ada apa - apa. Aku hidup cuma punya orang - orang yang sayangkan aku. Biarpun tak ramai. Tapi cukuplah untuk buat aku rasa keberadaan aku atas dunia bukan sesuatu yang sia - sia.

Ramai orang boleh mengaku sayangkan engkau. Ramai orang boleh kata sanggup berkorban dan berjuang apa sahaja untuk engkau. Tapi berapa ramai yang ikhlas dan mengotakan apa yang mereka sembangkan tadi? Berapa ramai yang angkat tangan dan tadah doa untuk kau secara senyap - senyap disetiap usai solat? Berapa ramai yang tulus polos mendoakan kebahagiaan engkau setiap kali ingatannya dilawat polah memori bersama engkau? Berapa ramai? Mungkin orang - orang sebegini dalam hidup aku tak ramai. Agaknya, boleh dihitung dengan jari. Kan?

Aku bersyukur , ditaqdirkan Tuhan menjadi seorang guru, walaupun cuma guru picisan yang tak hebat dalam melakar warna kejayaan dalam dunia pendidikan. Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan guru - guru hebat lagi cemerlang yang ada diluar sana. Siapalah aku, guru biasa yang cuma berteman 8 tahun pengalaman mengajar. Itupun baru mula nak merangkak perlahan - lahan. Ilmu didada tak seberapa. Setiap hari masuk kelas hanya berbekalkan azam dan kesungguhan yang pasang surut ikut emosi dan perasaan. Biasalah. Aku manusia. Ada hari - hari, yang aku rasa memang aku lahir hanya untuk menjadi seorang gagalis. Itu realiti sebenar seorang aku.

Tapi Tuhan selalu dampingkan aku dengan manusia - manusia yang ikhlas sayangkan aku. Walaupun tak semua, tapi tak apalah. Tuhan hadirkan manusia - manusia macam ni untuk sentiasa bantu dan sedarkan aku yang aku sentiasa disayangi, diingati dan didoakan. Jadi untuk apa aku terus - terus meratap manusia - manusia yang hadir dalam hidup semata - mata singgah hanya untuk memperjuangkan sebuah lakonan? Kisah hidup masih panjang. Teruskanlah berjalan.

Aku tahu aku bukan manusia sempurna. Setiap hari tak lepas buat silap, buat dosa. Rasa tak layak nak menerima kasih sayang Tuhan. Rasa tak layak untuk aku dikelilingi manusia - manusia baik budi yang tak jemu - jemu ada dengan aku diwaktu susah dan senang. Sebab aku rasa aku tak cukup baik untuk menerima kebaikan manusia. Terima kasih Tuhan, kerana selalu memberikan aku kekuatan dan kesabaran yang paling tertinggi untuk aku teruskan kehidupan. Disetiap simpang - simpang dosa tempat aku termanggu dan tak tahu arah mana untuk dituju, Engkau selalu berikan ilham dan pertolongan. Engkau juga berikan aku sebuah hati yang walaupun tak sesuci lebaran, tapi masih mampu untuk sentiasa bermuhasabah diri dalam menginsafi khilaf dan setiap kesilapan. Engkau berikan aku hati yang masih terus - terusan mencintai dan memberikan yang terbaik tanpa meminta sedikitpun balasan. Engkau berikan aku hati yang terus - terusan memaafkan walaupun entah berapa kali diluka tabrakan. Terima kasih Tuhan.

Jauhkan aku dari sikap angkuh, Ya Tuhan. Ingatkan aku yang aku ini sedang berjalan dengan penuh dosa diatas bumi Mu. Sadarkan aku setiap kali aku sombong dan kufur dengan nikmat yang Engkau berikan. Aku ini manusia. Hamba kepada Tuhan ku dan siapalah aku untuk mendabik dada dibumi Tuhan. Ingatkan aku Ya Tuhan  bahawa aku ini manusia hina yang tak punya apa, hanya mengharap belas ikhsan dari Tuhan Maha Penyayang yang menyebar rahmat kesekelian alam.

Aku ini sedang diuji Tuhan.

Terima kasih untuk manusia - manusia yang tak pernah - pernah jemu untuk sentiasa ada disisi aku. Jatuh bangun. Susah senang. Suka duka. Terima kasih kerana sentiasa ada sama - sama.

Dunia ini tempat persinggahan sementara.

Kekalkanlah rasa kehambaanku Ya Tuhan.







Sewaktu kita dipuja puji - ingatlah bahawa satu masa nanti mulut yang sama akan mengeji.
Sewaktu kita disayang sepenuh jiwa - ingatlah bahawa satu masa nanti jiwa yang sama akan membenci.
Sewaktu kita sering diletak sebagai keutamaan - ingatlah bahawa satu masa nanti kita inilah dianggap beban.
Sewaktu kita merasa bahawa kita ini sedang bahagia - ingatlah bahawa satu masa nanti itu cuma mainan taqdir yang menguji keimanan kita.

p/s : Teacher rindu korang semua!

Dah. Babai!

Read More»

Mengenang Zaman Kegemilangan Sewaktu Bergelar Pelajar Yang Pailang.

Kalau nak bercerita pasal zaman sekolah dulu, peh. Malu pulak. Masa sekolah dulu dahlah tak pandai, nakal pulak tu. Kerja asyik nak buat cikgu sakit jantung. Dahlah suka buat loyar buruk, muka pulak set set muka mintak penampar alah boleh bayangkan betapa menyampahnya cikgu - cikgu dengan aku dulu. Kalau suruh bising,tonggang terbalikkan kelas, aku lah orangnya. Orang lain duduk dekat meja masing-masing belajar,aku boleh tawaf satu kelas , ah jangan kata satu kelas, satu sekolah aku selamba tawaf. Maklumlah , pengawas. Tapi perangai dia nauzubillah. Lagi - lagi masa Tingkatan 6. Mak datuk perangai aku , kalah Lan Todak.

Jadi,bila sambutan hari guru SEGA tahun ni adalah 'Back To School' , aku dah macam hakalahhh amendeeeee. Yelah, zaman sekolah aku bukanlah zaman yang membanggakan. Nak bangga apa kalau Addmath setakat dapat 7/100. Tu belum subjek - subjek lain yang ala ala kadar je tu. Ada takdepun English jelah yang aku boleh nak eksen sikit. Kahkah. Subjek lain memang babai laahai. Dahlah baju sekolah pun tak muat. Stress pulak nak cari baju sekolah, dengan tudung pesemua tu. Muat tak muat tu satu hal, masalahnya comel ke aku pakai baju sekolah nanti? Insecure nya lah tiba-tiba kan.


Pagi tu aku bangun awal gila. Duduk depan cermin lepas solat Subuh, dengan gigihnya pakai tudung sekolah. Ya Allah tabahkanlah jiwaku! Dengan kelepet sini sana. Tarik sini, sana senget. Tarik sana,sini senget. Sumpah aku rasa macam nak bakar kebun jiran tetangga je rasa! Sudahnya aku kelepetkan aje kanan kiri gasak kaulah sana nak jadi apa. Masa nak ke dapur untuk breakfast tu, aku melintas depan cermin tetiba eh eh siapa yang comel sangat tu, tengok-tengok lahhh muka sendiri rupanya. Kehkehkohkoh!

Sampai sekolah, tengok - tengok semua cecikgu dah feeling - feeling budak sekolah dah dengan uniform sekolah masing - masing. Cecikgu perempuan paling kelakar, dengan tudung senget benget sumpah selekeh, dengan baju renyuk sebab duduk tak angkat, main gasak je. Memang dah macam budak kelas belakang. Nasib baik aku punya tudung mendengar kata sikit. Dengan cuaca panas buat banjir ketiak. Peh kesabaran memang senipis kulit bawang. Pakai uniform sekolah ni dia punya panas nauzubillah, rasa nak bogel!


Pailang detected.
BFFTJ (Best friend forever till jannah) Kahkah kau ada?
Benda pertama yang wajib kita lakukan secara berjemaah adalah berposing dengan penuh rasa semangat yang membara ye kawan - kawan. Aku dekat sekolah kan macam perasaan artis sikit, tak payah susah - susah bawak kamera. Jalan dua tiga langkah je ada orang berebut - rebut berbunuhan nak ambil gambar sama. Eh eh dia punya riak. So kerja aku sepanjang hari tu cuma senyum, tunjuk peace, senyum, tunjuk peace sampai lebam. Macam tu sekali pentingnya aku dihati dorang - diorang ni.

Cecikgu Pendidikan Khas yang awesome dia ditahap tertinggi.
Skandal. Ni baru tujuh orang. Dekat belakang tu ada lagi empat bakul tengah tunggu turn nak posing sama - sama.
Mencuba market dengan bergambar dengan abang form 5. Nampak gaya macam boleh teruskan ni. Kehkeh.
Sorang budak form 2, sorang lagi perempuan beranak satu umur 32 tahun yang cuba menyamar jadi budak form 2 jugak.
Muka begini mohon ditampar kalau terjumpa dimana - mana.
Budak bola ni. Lagi lapan belas tahun mungkin beliau sudah bermain dengan pasukan Chelsea. Amin.
Gefren nombor satu.
Kesayangan 3KAA1 yang sumpah sayang dari Bumi sampai ke bulan.
Kami dapat kek sorang satu. Terima kasih students 5ST. Kek sedap walaupun menggemukkan. Terima kasih! Oh ini adalah ahli - ahli Kelab Awesome dekat sekolah. Kehkohkehkoh!
Budak - budak choral yang comel - comel saling tak tumpah macam cecikgunya.
Tahun ni sambutan hari guru memang antara yang terpaling awesome. Yang paling tak sangka, boleh pulak Tuan Pengetua dengan awesomenya belanja lagu dangdut seround sampai aku confuse, ni sekolah ke Kelab Dangdut. Kehkeh. Memang swag gila. And tak sangka pulak lah yang cecikgu sekolah aku ni ada bakat berlakon, ada bakat buat kelakar, ada bakat macam - macamlah. Memang awesome gila sambutan untuk tahun ni. Puas hati gila walaupun cuaca panas gila nak mati, ketiak memang banjir habis dah, dengan bau kubur, make up entah kemana - mana. Yang penting, memang terbaik!

Dahlah aku ni setiap tahun kalau tiba hari guru mesti nervous tak pasal - pasal. Takut kalau takde siapa nak kasi aku hadiah. Kehkeh. Aku ni dahlah garang, kerja asyik nak merotan manjang. Macam takde siapa pulak nak kasi hadiah. Kot - kot kalau tengok meja kosong krik krik je kan, boleh tahan sedih jugak cerita dia ni. Nasib baik alhamdulillah, datang - datang je tengok meja macam eh eh eh terima kasih awakkkk! Senyum sampai telinga. Terima kasih, buat susah - susah. Taknaklah kan korang sampai pecah tabung ayam, jual getah sekerap, tolong jiran jual air tebu pesemua semata - mata nak kasi Teacher hadiah, Allah terima kasih sangat - sangat.

Berdarah hidung.
Dalam dunia ni, sorang manusia je boleh panggil aku 'Bitch' secara outloud. Eleh, dekat mulut je panggil Bitch bitch bagai, dalam hati tuuu sayang sepah - sepah, kan kan kan? Kehkeh.
Manisnya awak ni, Fauzan. Walaupun potret lagi lawa dari rupa sebenar aku, tapi aku redo. Terima kasih, Fauzannn!

Sebagai seorang guru, jujur aku katakan, aku belum lagi menjadi seorang guru yang terbaik. Masih dalam proses belajar. Belum mampu nak mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Belum mampu nak menjadi seorang guru yang menyerahkan seluruh jiwa dan raga dalam memastikan kejayaan anak-anak didik aku. Aku masih belajar. Untuk menjadi yang terbaik, dan memberi yang terbaik. Aku belajar mencari tawakal dalam redo, tidak mengharapkan aprisiasi manusia, dan berkerja penuh ikhlas semata - mata kerana Allah. Perangai aku sendiri pun belum mampu untuk menjadi contoh tauladan yang baik untuk anak - anak didik. Tak apa. Tak ada manusia yang sempurna. Yang penting, jangan angkuh untuk mengaku kelemahan sendiri.

Terima kasih kepada suami, keluarga, kakak - kakak, adik, saudara mara, kawan - kawan, anak - anak murid, bekas anak - anak murid, kawan - kawan di FB, blog dan Twitter untuk ucapan, wishes dan kata - kata semangat untuk aku. Ingatan korang pada aku tu yang memang tak ada tolok bandingnya. Terima kasih sangat - sangat. Terharu bila anak murid yang dah 5-6 tahun tinggalkan sekolah tapi masih ingat lagi dekat cikgu dia sorang ni. Terima kasih sangat - sangat. Doakanlah supaya aku sentiasa tabah, sentiasa sihat dan sentiasa bersemangat untuk mendidik anak - anak bangsa yang lain macam pesen sungguh sekarang ini. Doakan supaya aku tetap menjadi seorang guru yang penuh dengan keazaman dan kasih sayang. Amin ya rabb!

SEGARIANS

Selamat hari guru untuk semua. Majulah guru untuk negara!

Dah. Babai!

Read More»