Thursday, July 16, 2015

Cerita Pasal Raya.

Masa aku kecik, aku selalu jealous dengan kawan - kawan yang celebrate raya dengan penuh gilang gemilang macam ada anak raja dari kayangan nak turun mencemar duli ke bumi. Baju raya dua tiga pasang. Kuih raya pulak dulu glamer yang bentuk bintang la, bulan la, buah gajus la, dengan segala warna-warni umpama jalur gemilang berkibaran megah, meriah gila sambutan hari raya. Jealous level 999 aku rasa. Lagi jealous bila kita beraya rumah kawan-kawan dan parents diorang kasi kita duit raya. Dulu kalau dapat duit seringgit bulat yang warna kuning tu peh dia punya win perasaan Tuhan saja yang tahu. Jealous sebab mak bapak kawan kita mampu kasi duit raya, tapi bila diorang pergi beraya rumah aku, mak bapak aku tak mampu nak kasi duit raya. Makan ajelah kuih raya sana. Kuih raya pulak bukan macam rumah orang lain, rumah aku paling kuat pun ada tumpi, rempeyek, baulu gulung, kerepek ubi, kerepek pisang. Semua Emak buat sendiri. Biskut bentuk bintang bulan buah gajus segala? Tak ada.

Baju raya? Ada sepasang. Kasut raya? Kalau mak abah ada bajet lebih, merasalah kasut raya. Sepatu ada tali belakang, warna pink terang. Kalau tahun depannya kasut tu masih elok, pakai lagi. Sebab dah nama kasut raya, pakai time raya. Bila dah habis raya, simpan letak dalam kotak. Tak mampu nak beli setiap tahun. Duit tu simpan. Buat beli beras. Nak cat rumah pun memang sepuluh tahun sekali agaknya. Sampai berbelak - belak cat rumah, Abah steady je taknak cat baru. Duit simpan. Makan nasi lagi penting dari sambut raya beriya - iya macam tu. Maka berhari - rayalah kami empat beradik dengan penuh kesederhanaan tapi kami punya excited nak raya memang tiada tandingan.

Dulu mak abah ada dua motor. Satu motor buruk nak mampus, satu motor lagi baru sikit. Beli second hand. Yamaha warna hitam. Time nak beraya rumah sanak saudara, kami empat beradik campur mak abah akan naik motor. Satu motor ada 3 orang naik. Biasanya aku naik dengan Abah and Makngah. Aku duduk tengah. Steady landing dekat Makngah sampai tertidur-tidur. Emak pulak dengan Embun and Maklong. Maka berhari- rayalah kami sampai ke Parit Raja sana ha. Lalu jalan kebun, jalan hutan yang penuh dengan binatang liar and binatang berbisa. Kadang - kadang tengah - tengah jalan tu rileks je ular sawa melintang. Kalau time hujan, berhenti berteduh sekejap dekat masjid ke, dekat rumah kosong ke apa. Time tu langsung tak fikir jembalang tanah ke setan merasuk ke apa. Fikir nak raya je. Dan kadang - kadang, lepas hujan tu, ada pulak kereta - kereta mana perangai macam celaka, langgar lopak, maka habis kuyuplah kami anak beranak. Sedih gila.

Masa aku kecik, hari - raya memang kami sambut dengan penuh kesederhanaan. Dalam hati meronta-ronta nak kasut baru, baju baru, semua nak baru. Tapi bila tengok mak abah kerja macam nak gila cari duit, lepas tu kami pulak bukannya jenis keluarga senang, pendam jelah harapan tu jauh-jauh dalam hati. Tahan jelah airmata setiap kali terpaksa tabah tunggu baju kering tak dapat nak keluar beraya dengan kawan-kawan. Baju ada satu. Baju tahun lepas dah tak muat. Sedih. Masa tu simpan tekad dan azam dalam hati, nak belajar pandai - pandai, nak kerja bagus - bagus. Bila dah besar nanti, tiap kali time raya, nak tukar semua yang baru untuk mak abah. Tikar getah ke, cat rumah ke, kuih raya ke hape ke semua nak bagi dekat mak abah. Supaya mak abah boleh raya sakan, dengan aku aku sekali boleh beraya sakan, semata - mata sebab masa kecik dulu aku pendam jelah keinginan nak raya sakan.

Bila dah besar ni, dah kerja, dah macam jadi satu kemestian dan tanggungjawab untuk aku bila tiba time raya, tak payah mak abah mintak, aku tukar baru semua benda yang aku rasa dah tak baru lagi dah. Tukar warna cat rumah. Ikut warna apa yang aku suka. Pink ke, purple ke hijau ke hape ke gasak. Langsir mesti selang dua tahun, ganti baru. Kadang-kadang setiap tahun ganti baru. Tak payah cari yang mahal - mahal, cari yang murah - murah je sudah. Asalkan cantik. Kuih raya pulak selagi duit gaji tak habis selagi tulah aku beli sampai penuh dekat dalam almari. segala macam jenis biskut , segala macam jenis kerepek, selagi ada jual, selagi tulah aku beli. Kasang-kadang sampai emak suruh istighfar, takut-takut anak dia kena sampuk setan sebab buas sangat beli kuih raya. Baju raya mesti beli sedondon satu family. Pagi raya tu bila dapat tengok emak abah senyum simpul, rasa puas dia memang lain macam. Kalau dulu, juadah pagi raya, cuma dapat makan ayam goreng sorang seketul, sekarang nak makan ayam goreng macam musang pun lantaklah sana. Standby duit raya siap - siap bubuh dalam sampul raya cantik-cantik untuk mak abah distribute pada budak - budak yang datang beraya. Banyak ke sikit tu tak penting. Yang penting ikhlas dan  hari raya dapat disambut dengan meriah dan penuh keriangan.

Umur aku dah 32 tahun. Tapi tetap excited setiap kali nak tibanya hari raya. Aku pun tak tahu kenapa. Sengkek tak sengkek tu lain cerita, tapi aku tetap beriya-iya dan over excited setiap kali hari raya. Orang kata, bila dah tua tua ni, tak payah nak beriya sangat sambut raya eh tapi aku pedulik apa. Walaupun bukan untuk aku, tapi menyediakan yang terbaik untuk family aku setiap kali datangnya bulan Syawal macam dah jadi satu kemestian. Biar hidup tak semewah orang - orang yang lain, aku pun hidup masih menumpang rumah mak abah, gaji pun bukannya beribu - riban macam orang lain, but still, kemeriahan Syawal dalam hidup aku tiada tolok bandingnya. Rugi besar pada aku untuk orang yang dikelilingi keluarga dan orang tercinta, masih mampu untuk menyediakan seadanya untuk tibanya hari raya, tapi masih mengeluh dok kata hambarnya raya. Berbelanjalah semampunya dan yang penting janganlah membazir. Sibuk sangat nak jadi sedara setan ni dah kenapa?

Aidilfitri tahun ni, tak banyak beza dari tahun - tahun sebelumnya. Sebagai seorang guru, hari raya sentiasa meriah dengan kunjungan anak - anak murid dan bekas anak - anak murid yang sudi berziarah ke rumah. Setiap kunjungan membawak rezeki yang melimpah ruah dari Allah Taala. Ingatan diorang tu yang sentiasa buat aku rasa nak menangis tepi mesin basuh malam - malam buta. Rumah aku dahlah jauh, tapi sudi jugak diorang sampai ke rumah aku. Persiapan raya so far Alhamdulillah lengkap dan berjalan dengan sempurna. Kuih raya dah beli dah walaupun agak last minute. Baju raya dah siap - siap tempah lama dah. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, dapatlah aku dan keluarga sama - sama menyambut Aidilfitri untuk tahun ini. Dia punya excited nak beraya ni mengalahkan Adam. Kehkeh.

Hari last sekolah sebelum cuti raya. Dengan anak - anak dara dan beberapa orang yang bukan dara terselit.
12 orang hero - hero KAA1 aku. Perangai memasing macam asdfghjkl!
Kerepek raya. Buat sendiri + beli. Dia punya banyak, macam nak bukak kedai. Astaghfirullah.
Biskut raya. Ada yang students bagi, ada yang beli sendiri. Eh tak sabar pulak nak raya lah ni woih!
Tahun ni rumah warna kelabu + biru. Cat sendiri woih. Patah pinggang.
Untuk korang semua, selamat hari raya maaf zahir dan batin aku ucapkan. Halalkan makan minum dan segala kesilapan yang aku dah buat sepanjang tahun ni. Terkasar bahasa, tergurau kasar, terpukul secara sengaja ataupun tidak, terembat bekal ke apa ke, harap dimaafkan. Orang kata tak boleh ego acah - acah taknak maafkan dosa orang ni, takut - takut esok - esok makan diri pulak. Heceh heceh. Kehkeh. Salah silap korang semua pada aku, dengan rendah hatinya aku dah maafkan dengan ikhlas, insyaallah. Walaupun ikhlas tu hanya Tuhan sahaja yang tahu, tapi takpelah, aku cuba sedaya - upaya untuk ikhlas. Insyaallah.

p/s : Raya ni jemputlah datang ke rumah!

Dah. Babai!

8 comments :

Khalid Kyle said...

Selamat Hari Raya saya ucapkan buat tuan blog sekeluarga, moga terus sukses & ceria2 selalu :)


Cikk Mimin said...

teringin nak raya uma Ms yatt !

Cik Puan Bunga said...

@Khalid KyleTerima kasih! :)

Cik Puan Bunga said...

@Cikk MiminAlaaa meh laaaaaa. Hihi!

Mashitah Mamat said...

selamat hari raya..walaupun syawal dah habis..

semoga kita jumpa lg ramadan n syawal thn dpn... inshaAllah..

Anonymous said...

cik puan bunga, saya rindukan entri baru kamu. entah kenapa, baca blog kamu, saya rasa terpujuk jiwa.

cik puan bunga, tolong ajarkan saya, bagaimana caranya berdepan dengan kebencian manusia yang entah apa puncanya. dan pinjamkan saya secebis ketabahan kamu itu. langkah saya dah goyah menanti rebah dengan manusia punya karenah. T_T

DW

Cik Puan Bunga said...

@Mashitah MamatInsyaallah ^^,

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousSorry. Tuan tanah kengkonon busy tak sempat nak buat entry. Hihi. Nanti saya akan kongsikan cara macamana saya berdepan dengan masalah ye? Sabar dan kuatkan semangat awak, jangan mengalah! Amin!