Sunday, July 5, 2015

Seorang Joehari Sukiman.

Selalunya, aku tengok orang mulut lahar mengalahkan puaka kubur ni dekat TV je, dekat sinetron-sinetron Indonesia, atau dekat drama-drama ke filem - filem ke, watak - watak antagonis yang bukan sahaja jahat nauzubillah tetapi juga kewujudan mereka dimuka bumi semata-mata untuk buat orang sakit jantung dan mati keras. Tapi bila orang macam ni wujud depan mata, eh sendu jugak kehidupan dibuatnya.

Ini Joe.

Bulan tujuh 2015 ni genap setahun aku menjalinkan hubungan dengan beliau. Gitu. Statement kalau masuk Melodi ni tunggang terbalik rumahtangga ni. Okay silap silap. Betulkan balik. Bulan tujuh ni genap setahun aku menjalinkan persahabatan dengan beliau. Sekejap je masa berlalu. Friendship kitorang started dengan agak merepek jugak sebenarnya. Dia asyik tanya aku ni dah kahwin ke belum berkali - kali dekat Abang Sahlan. Joe ni bukan sahaja muka dia kekwat, attitude dia yang mengalahkan perempuan neraka tu jugak buat orang seramshit nak beramah - tamah dengan dia. Tapi entah macamana somehow aku rasa kami share wavelength yang sama. Nak explain tu susah. Tapi aku memang selesa bila ada sama - sama dengan dia.

Joe bukan penjual gula - gula.

Kalau kau nak kawan dengan dia, kau kena tabah dengan perangai dia yang ya Allah subhanallah nauzubillahi minzalik. Urut dada banyak-banyak kali. Kalau kau mintak nasihat daripada dia, kau jangan nak expect dia tabur kau dengan nasihat-nasihat yang kau nak dengar. Dia akan bagitahu kau things straight to your face. No sugarcoating. Kalau kau bersedih dan berduka nestapa, kau jangan expect dia nak bagi bahu dia yang acah acah bidang tu, usap - usap kepala kau dan cakap semua benda - benda manis yang kau nak dengar. Tak langsung. Joe akan selalu hidangkan engkau dengan realiti. Dia ni macam reality check yang akan selalu buat kau berpijak dibumi yang nyata. Toksah mimpilah nak dengar Joe buat pep talk dengan kau. Memang tak. Dah toksah pasang harapan tinggi sangat.

But having him around, kau akan selalu sedar dengan kebolehan diri sendiri. Joe knows you. Joe knows what to say to you. Kau tinggal nak kena tabahkan sikit hati lah kalau nak dengar dia bercakap, sebab Joe, he has this rationale mind yang kalau dia bercakap, dia akan buat kau rasa macam kena tampar dekat muka pakai batu - bata. Joe is difficult. Dia ni macam a pain in the ass yang akan stick around dengan kau for a very long time, makes you feel sore and uneasy, tapi at the end of the day, kau akan rasa thankful gila dengan Joe sebab as I said before, dia akan buat kau sedar dekat mana kau berpijak. He serves you with reality. That's him. A pain in the ass, that is worth having.

Banyak aku terhutang budi dengan Joe. Banyak sangat. Joe ajar aku banyak benda. And tanpa sedar, Joe buat aku realize banyak perkara. Yang kita ni sebagai manusia, kalau kita bersungguh, kita akan capai banyak benda - benda hebat. Joe ayat- ayat dia memang celaka, tapi his words burn you inside out. Kau akan rasa terinspired. Joe manusia yang kotakan apa yang dia kata. Dia adalah reason aku mengamalkan gaya hidup yang sihat. Aku sendiri tak sangka yang aku boleh stay atas treadmill untuk 1 jam lamanya. Joe jugak yang tak jemu - jemu tunjuk ajar aku untuk amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. Bila dia kata dia akan guide aku, dia buat betul. Bukan setakat cakap - cakap sembang. Bukan.

Kau boleh sembang banyak perkara dengan Joe. Daripada yang sebodoh - bodoh topik, sampailah ke topik yang heavy - heavy tak tercapai dek akalmu. Joe manusia yang confident level dia ditingkat yang tertinggi. Level 999. Kau akan jarang nampak dia sedih atau down atau cacamarba jiwa rabak sini sana, tapi once dia down, kau akan nampak jelas dari air muka dia. But still, he refuses to admit, dan dia akan acting cool and macho and think like he owns the world. Itulah Joe.

7hb Jun hari tu birthday dia. Kitorang ada gym date pagi tu sebenarnya. Tiba - tiba macam dah ditaqdirkan Tuhan je yang gym tutup and kitorang ended up pergi celebrate birthday dia dekat Kluang Mall. Aku cuba untuk buat hari tu sebagai hari yang terpaling gembira dalam hidup dia. Started dengan surprise present dia yang dia suka gila nak mati senyum sampai ke telinga. Memang dia suka gila dengan Nike Running Shoes tu, dia punya wishlist number satu. Tengok dia gembira macam tu eh eh aku pulak yang sebak. Tak guna kau Joe. Macam budak kecik yang dapat lollipop, ha macam tulah Joe. Terus dia sarung kasut tu dekat kaki and pakai. Terharu aku!

Suka gila. Tampar satgi.
Cepat cakap kau sayang aku!
A recap on things we did together. He seemed touched. Sobs.

Then terus pergi makan dekat Subway. Like always, masa makan dengan Joe adalah antara masa yang aku tunggu - tunggu. Sebab biasanya masa makan macam nilah nanti dia akan selit - selit dengan nasihat sikit. Pedas sikit dekat telinga nak mendengar, hati pun ada sikit rabak and calar - balar, tapi tahankan jelah. Because his words are good. You will find comfort dengan perkataan dia, walaupun nak mengahadap muka dia tu hazabedah sangat! Lepas makan , pergi tengok Insidious 3 yang .. eh menyesal pulak aku bawak dia tengok cerita hantu. Tak tenang betul jiwa dan raga aku nak menengok cerita seram dengan penuh keseraman. Dia menjerit dekat sebelah aku, lagi seram. Terkujat - kujat aku dibuatnya.


Makan pun handsome. Nyampah!

Keluar dari tengok Insidious 3 tu, husband kebetulan called and bagitahu dia dah sampai dekat Kluang Mall, so kitorang pun sambung sambut lagi birthday Joe dekat Sakae Sushi. Happy dapat makan sama - sama duduk satu meja macam tu. Tak adalah karang timbul pulak gossip - gossip murahan kata yang aku dengan Joe berskandal ke apa pulak kannn. Ehem. Husband sangat pendiam orangnya, super duper pendiam, tapi dengan Joe boleh pulak get along very well. Nampak sangat Joe ni sosial orangnya. Beliau boleh bercampur gaul dengan manusia dari segenap lapisan masyarakat. Kehkeh.

To conclude everything, aku rasa Joe was having quite a good day on his birthday. Alhamdulillah. As a friend, kalau kawan kita happy and bahagia, kita pun akan merasa tempiasnya. To be honest, aku memang sangat happy dapat buat kawan yang kita sayang, happy. Ala, Joe tu nampak je macam pailang kuburan macam tu tapi hati dia baik. Aku tau dia care and sayang aku cuma ego je tu nak mengaku. Kehkehkeh. Sudahlah kau Joe!

To Joehari Sukiman,
I hope you will finally find your happiness in your life. And I really hope you will be my friend forever. I do expect you to not bailing out from this circle and ditch me and do horrible things to our brotherhood. I always pray for your own happiness here and hereafter. You are the most insane human being I have ever met. You are crazy in your own league, you are so stupid beyond comparison, you are difficult, you are impossible, you are just a sore in the arse. But having you around, it's like a blessing from God. Thank you , babe, For this friendship. I love you to my deepest core, bro. Stay healthy. Don't die too soon!

Kau selalu cakap, nanti bila kau dah tua, kau nak duduk dengan aku and suruh Adam jaga kita semua. Kahkah.

Babe, please don't!

Wakakaka.

Dah. Babai!

No comments :