Sunday, September 20, 2015

Ajari Aku.

"Ajari aku tuk jadi pria terhebat 
Mungkin terlalu lama
Aku tlah bersembunyi
Menatap matahari pun aku tak mampu
Udara malam pun terlalu menusuk langkahku."

Aku memang suka SO7. Siapa - siapa yang kenal aku mungkin tahu yang aku membesar dengan menggilai Duta. Penyanyi dia. Menggilai Duta bukanlah bermaksud aku curang dengan Beto. Well, kalau Duta dan Beto sama - sama mengorat aku, provided yang aku masih single dan belum berkahwin, of course aku akan pilih Beto. Susah kot nak kawin dengan Duta. Isu kerakyatan la nanti pulak kang, warganegara anak kami yang bakal aku lahirkan lagi pulak, heceh. Lagipun aku ada masalah travel by air ni. Takkan aku nak balik Indon naik kapal laut pulak. Aku fobia dengan laut pulak masalah dia. Kan dah susah. Beto lah senang. Warganegara. Kan? Okay. Melalut. Kenapa aku suka SO7? Well, sebab aku rasa SO7 ada setiap lagu untuk setiap emosi yang aku alami. Serious. Lagu - lagu dia santai. Cepat kau nak ingat. Aku ni dahlah susah nak ingat lirik lagu. So. Okay. Habis cerita pasal SO7. Now, back to bussiness.

Ada reader request aku satu entry. How to deal with human hatred. Susah. Sebab sampai sekarang pun aku masih tak faham dengan yang namanya manusia. Dan sampai sekarang aku masih cuba sedaya upaya nak berhadapan dengan kebencian manusia yang tiada tepinya. Lek. Seorang Norhayati tak boleh patah semangat. Okay. Itu keyword dia. Tak boleh patah semangat. Untuk berhadapan dengan kebencian manusia, kita tak boleh patah semangat. Mengambil aku sebagai contoh, dalam hidup seorang Norhayati yang bakal mencecah 32 tahun tak lama lagi, tak semua orang suka Norhayati. Kalau dalam 100 orang tu, mungkin cuma 10 orang yang sayangkan Norhayati. Yang lagi 90 orang tu akan membenci Norhayati dengan sepenuh tenaga. Jadi, adakah kau nak patah semangat hidup hanya kerana 90 orang tadi bencikan kau? Ya? Tidak? Pilihan ada ditangan kau. Kalau aku, langkah pertama yang aku buat, adalah muhasabah diri.

Muhasabah diri ni penting, pada aku la. Untuk setiap malapetaka yang aku terima dalam hidup, mula - mula sekali aku akan muhasabah diri. Fikir, ini salah aku atau bukan salah aku. Kalau salah kita sendiri, kita kena terima. Jangan ego. Jangan sesekali ego especially dengan Tuhan. Kalau dengan Tuhan pun kau sombong , well..aku tak tahu nak cakap apa lagi. Jangan ego. Kalau memang salah kita, terimalah dengan hati terbuka. Dan bila dah tau silap sendiri tu apa, ubah. Bukan berubah sebab nak puaskan hati semua orang. Tak. Berubah sebab , it is the right thing to do. Sampai bila nak hidup dengan sesuatu yang memang ternyata salah? Sampai kau mati? So life goal kau nak mati dalam sendu ke apa ni cerita dia? Tuhan takkan ubah nasib seseorang melainkan orang tu sendiri yang mengubah nasib diri dia. As simple as that. Kan?

Tapi, kalau benda tu bukan salah kau, now kat sinilah dugaan sebenar kehidupan akan mencabar segala - gala aspek hidup yang kau ada. Kesabaran, ketabahan, keimanan kau ada Tuhan. Whatever it is, jangan sesekali lupakan dua benda ni :

Pertama : Tuhan tak akan uji seseorang diluar kemampuan hambaNya.
Kedua : Jangan buruk sangka dengan Tuhan. Tuhan tak pernah suka - suka turunkan bala kepada hambaNya.

Dua benda ni kau pegang. Sematkan dalam jiwa. Palat apapun yang datang, insyaallah kau takkan goyang sikit pun. Aku tak pandai nak sembang masjid sangat, nak bubuh hadis banyak - banyak atau nak recite mana - mana ayat Quran untuk mendukung hujah (Heceh!) tapi aku tau satu benda ni, kalau kita ingat Dia, Dia lagi ingat kita. Kan?

Dalam hidup ni, aku dah berdepan dengan macam - macam perangai manusia yang bencikan aku. Kadang - kadang, tanpa sebab yang nyata. Kalau dulu, masa zaman muda remaja, hati cepat panas, cepat melenting, aku selalu dok fikir, apasal lah orang suka benci aku tak pasal - pasal. Setiap apa yang aku buat, ada je yang tak suka yang menyampah yang keji yang caci. Lama - lama, semakin usia berganjak, semakin banyak garam kehidupan yang aku makan, semakin banyak hal - hal yang berlaku dalam hidup, aku mula faham satu benda.Sebab perangai aku sendiri. Suka marah - marah. Buat perangai mintak maki. Memanglah orang benci. So, aku berubah. Lama - lama, aku faham. Semakin kita jadi hebat, semakin Tuhan akan menguji kita. Buat apa hebat di mata manusia, tapi nista dimata yang Maha Mencipta. Bila orang benci kau, satu benda yang kau kena cepat - cepat rujuk, hubungan kau dengan Tuhan. Kau solat tak? Kau buat maksiat tak? Ada kau buat benda - benda yang Tuhan larang? Ada kau ingkar cakap Tuhan? Macamana gaya hidup kau? Lupakan Tuhan? Agungkan setan? Checklist benda - benda ni semua penting. Kalau semua ni kau tanda (right) maka dah takde apa yang patut kau risaukan lagi. Chill. Tenang. Senyum.


Aku pernah dicaci depan - depan muka. Aku pernah dihambur dengan maki nista sampaikan aku sendiri lupa, siapa aku sebenarnya. Maruah aku pernah dipijak- pijak sampaikan aku malu nak angkat muka berhadapan dengan masyarakat. Aku pernah melalui zaman gelap dimana semua manusia tak percayakan aku. Semua manusia mengeji aku. Malah sampai ke sekarang masih ada manusia yang memandang aku dengan 1001 pandangan menghukum dan mengeji. Lillahi taala, atas nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, siapalah aku untuk membenci insan lain. Aku bukan Tuhan. Nasib aku sendiri di akhirat nanti pun masih samar - samar. Untuk setiap kejian dan hinaan manusia yang entah apa martabatnya di sisi Allah Taala, aku persetankan. Pegi mampus, kalau bahasa kasarnya. Kita, urusannya sama Tuhan, bukan sama manusia.

Jangan pernah patah semangat. Jangan pernah merasa diri ni dipersia - siakan Tuhan. Jangan. Tuhan itu besar kasih sayangnya. Setiap nafas yang kita hela ini adalah atas ehsan dan cintanya.Setiap kali kita dibenci manusia, fikirkan betapa besar agung cinta yang kita peroleh dari Allah Taala. Jangan pernah rapuh hanya kerana martabat disisi mata seorang manusia. Bangkit. Kalau diri kita belum cukup bagus, ayuhlah bangkit dan menjadi yang terpaling bagus. Kalau kita rasa diri kita ini belum cukup tabah, ayuh bangkit dan pohonlah sejuta ketabahan daripada yang maha memegang hati - hati manusia. Jangan cepat jatuh dengan yang namanya nista manusia. Ayuh. Bangkit. Bangun. Gembira. Nikmatilah hari dengan penuh bahagia. Kita sama. Kau, aku sama. Yang berbeza cuma iman kita disisi yang Maha Mencipta.

Aku bukan kaki masjid. Bukan juga manusia yang rajin membelek tafsir Al - Quran, tapi aku tahu satu benda. Benda asas yang menjadi asas untuk rukun iman kita yang enam. Percayalah sama Tuhan. Yakin, bahawa setiap apa yang berlaku adalah atas kehendaknya. Kun Fayakun. Dia yang memberi izin untuk semua yang berlaku. Jangan sombong dengan Tuhan. Ada hikmah. Kita sebagai manusia jangan pernah patah semangat dalam mencari hikmah Nya. Ya?

Aku tak pandai untuk mengajar manusia menjadi tabah. Tak pandai. Aku cuma boleh kongsikan apa yang aku buat setiapkali aku diuji Tuhan. Dengan kebencian manusia, aku mencari cintaNya. Dari situ akan kita temui ketenangan, hikmah atas segala - gala yang berlaku. Ruang untuk kita muhasabah diri, bertaubat dan kembali pada jalan Nya. Daripada situ kita akan temui kekuatan untuk berkata "Ah Fuck. Pegi mampuslah kau nak benci sama aku sekalipun. Aku ada Tuhan. Tuhan aku ada. Asal Tuhan cinta."

Dan untuk kamu, ya untuk kamu, mohon, jangan sesekali membenci taqdir dan membenci diri sendiri.
Kadang - kadang orang benci kita sebab we are simply the best. They can't be us. They hate themselves just because they can't be us. Kesian kan? So, chill.

Aku akhiri siri ceramah motivasi ala ala ustazah Bahiyah aku pada hari ini dengan satu ungkapan yang ala ala ahli masjid sok sok suci (Kehkeh) ;

Kita tak pernah sendiri.
Dalam keadaan apapun kita tak pernah sendiri.
Tepuk dada, semat dalam jiwa,
Tuhan ada.
Tuhan ada.

Dah. Babai!

6 comments :

My Name is YAYA said...

terkesan di hati dgn setiap penulisan cikpuanbunga.rasa dekat di jiwa.salam kenal salam persahabatan dari jauh. semoga sama2 kita temui hikmah atas setiap ke"celakaan' yg muncul...Hugs.Love

Cik Puan Bunga said...

@My Name is YAYATerima kasih :) Mana yang baik, bolehlah diambil. Salam perkenalan juga! (Hugs)

Yayath Hafiz said...

Seorang Norhayati tak boleh patah semangat.

Hihi..give me 5 gitu. Suka dgn ayat ni. 😂

Anonymous said...

Allahu. Terima kasih kak bunga. Saya terharuuuu akak sudi buatkan entri yg saya mintak ni. Bergenang air mata bila baca. Saya hadam satu2 ayat akak dan semat kemas2 dalam otak dan hati.

Saya rasa berdosa dengan Allah. Derhakanya saya sebagai hambaNya. Saya selalu menangis sambil dalam hati kata "kenapa aku Ya Allah? Kenapa aku?". Sungguh kak sy rasa tersungkur bila tengok satu2nya adik lelaki sy koma, saya ulang alik ICU dengan harapan dia sedar tapi Allah lebih sayangkan dia. 3 minggu lepas tu abah saya pulak meninggal. Saya redha kak. Tapi hati saya meraung bila org ambik kesempatan. Mentang2 sy ni anak yatim, xde suami, xde waris lelaki, orang memperkotak katikkan saya sesuka hati.

Betul kak, Allah tak uji kalau kita tak mampu. Kita je yg selalu buruk sangka padahal DIA lebih tahu apa yg terbaik.

Terima kasih kak. Teringin rasanya nak jumpa akak, peluk cium akak. Walaupun kita tak pernah jumpa, tak kenal satu sama lain, tapi saya rasa dekat sangat dengan diri akak. Bila baca entri akak, banyak ayat yang akak tulis untuk umum tapi saya perasan sorang2 kononnya itu nasihat penuh kasih sayang dari akak khas utk saya.

Sungguh sy sayangkan akak. Saya doakan supaya Allah pandang kita dengan pandangan rahmah. Mungkin xde rezeki kita nak jumpa di dunia. Tapi saya berharap dan berdoa Allah mudahkan jalan kita ke syurga supaya kita dapat jumpa dekat sana.

*Peluk sikit*

Cik Puan Bunga said...

@Yayath HafizJangan kata gimme five, gimme ten akak bagi! Kehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousDalam dunia ni ada billion manusia yang hidup mengharap ehsan Allah, mana tahu, awaklah antara tangan - tangan yang memimpin akak ke syurga.

Akak tak rasa apa yang akak kongsikan ni berguna untuk tatapan awak (Sebab mostly merepek je kehkeh) Mana yang baik, jadikan tauladan, yang jahat yang buruk, sama - sama kita elakkan. Akak pun baaaaaanyak kurang. Cakap je pandai :)

Walaupun akak tak kenal awak, sekali awak sayang, sepuluh kali akak cinta. Jangan kata peluk sikit, peluk banyak akak kasi! :)