Tuesday, September 22, 2015

Whatsapp. Lakonan. Pindah. Satu Entry Random.

Semalam aku dapat satu whatsapp. Dari seorang kawan. Panjang berjela whatsapp terbabit. Aku baca dengan degupan jantung paling laju, nafas yang tersekat-sekat. Emosi aku pada waktu kejadian memang sangat kacau bilau. Marah, terhina, sayu, sedih. Ah macam – macamlah. Aku rasa kalau nak difikir – fikir, itulah antara whatsapp paling celaka pernah aku dapat sepanjang berkecimpung dalam dunia whatsapp. (Gitu!) Masa tu aku betul – betul sampai rumah dari kelas tambahan dekat sekolah baru. Perut masa tu tengah lapar, dapat pulak whatsapp asdfghjkl macam gitu. Kalau tak kuat iman, aku rasa memang ada yang bukak puasa siang hari time di bulan Ramadan. Eh apasal macam takde kaitan?

Aku duduk sekejap.

Flashback semua benda yang berlaku dalam hidup. Satu ayat dia yang sampai mati pun aku takkan lupa “Berhentilah berlakon.” Ayat – ayat yang dia hantar semalam, aku tak pernah sangka datangnya dari seorang manusia yang aku anggap kawan selama ni. Sama ada aku ni memang manusia yang baik, atau manusia yang bodoh. Aku selalu fikir bila kita buat baik dekat orang, orang akan buat baik dekat kita balik. Salah rupanya. Aku terbayang time kitorang gelak – gelak, borak benda – benda bodoh. Aku suka kacau dia buat kerja. Kadang – kadang aku makan makanan dia. Time orang kecam dia, aku rasa aku salah seorang manusia yang akan selalu rasionalkan dia. Aku tak pernah judge dia. Tak pernah hukum dia untuk situasi yang aku sendiri tak tahu dan tak pernah lalui. Dia ada jugak nasihat aku satu dua benda yang sampai sekarang aku amalkan. Yang paling aku ingat, dia kata, kalau ada waktu lapang, selalulah sebut Astaghfirullah. Mohon dosa kita diampunkan Allah. Insyaallah. Rezeki Allah akan datang dari jalan yang tak disangka – sangka. Dan semalam, kawan ini, kawan aku yang ini, hamburkan aku dengan macam – macam ayat yang tak akan aku lupa sampailah aku mati.

Aku mencari mana hikmahnya.

Dia bukan nasihatkan aku dalam whatsapp – whatsapp dia. Tak. Dia kecam aku. Dia sindir aku. Macam aku ni buat dosa yang tak akan mungkin diampunkan Tuhan. Macam aku ni sesat lagi menyesatkan. Macam aku ni satu manusia yang kalau boleh mintak dijauhkan daripada manusia yang lain. Rosak lagi merosakkan. Aku cuba cari mana hikmahnya. Tapi aku tak jumpa. Aku tinggalkan sekolah lama hampir sebulan. Dalam tempoh tu aku cuba jalani setiap hari yang aku lalui tanpa ada sedikit pun perasaan dendam. Apa yang berlaku dalam hidup aku, aku anggap itu semua ujian Allah. Sama ada nak jadikan aku manusia hebat atau nak bagi aku balasan atas kifarah dosa – dosa aku yang lepas. Tak kiralah yang mana satu pun, aku tahu semua ni Tuhan dah tentukan.

Tapi aku ni manusia biasa. Bukan wali Tuhan, bukan ahli agama. Sabar aku ni entah manalah tebalnya. Rasanya kulit bawang tu pun lagi tebal daripada iman aku yang rapuh lagi ni. Setabah – tabah aku pun, ada masanya syaitan tu menguasai lagi akal fikiran hati jiwa aku. Kadang – kadang tu dia dok bisik – bisik, dok belai – belai jiwa aku suruh aku buat macam – macam. Time tulah aku rasa nak mengamuk, nak mencarut , nak maki hamun, nak sagat muka orang atas jalan raya , nak tampar lutut orang eh macam – macamlah aku nak buat. Tapi waktu tu jugaklah aku sedar yang kita ni hidup tak lama. Bila – bila masa je kita boleh dipanggil ‘balik’. Sejak – sejak pemikiran dah matang sikit ni (Cewah!) aku kalau dengan manusia yang kerja dia asyik nak cari pasal dengan aku, aku pegi mampuskan ajelah. Lantak kaulah. Aku ni pahala memanglah tak banyak. Mungkin ni cara Tuhan nak penuhkan sikit deposit pahala aku yang suam suam kuku kambing je tu. Mungkinlah.

Aku sungguh – sungguh berdoa semoga Tuhan akhirnya nanti akan tunjukkan jalan. Jangan risau, aku takkan doakan yang bukan – bukan. Daripada aku doakan orang tu mati terkena pagar karen ke, mati tercekik popcorn ke mati tersangkut dekat pokok rambutan ke baik aku doakan aku sentiasa cantik, kurus, awesome sedunia, tabah, kuat, hebat dan lain – lain lagi. Aku belajar satu benda baru semalam, kuat mana pun kita kata kita beriman kepada Tuhan, kita berpegang pada ajaran Tuhan dan rasul, semua tu takkan bagi apa – apa makna. Cara kita mati nanti juga yang akan menentukan mana akhir tuju kita. Syurga? Atau neraka. (Fuh lately ni aku asyik sembang masjid je ni cemana ni? Kehkeh!)

Aku yakin, satu hari nanti, ada satu moment dalam hidup kau yang akan buat kau rasa macam apa yang aku rasa sekarang. Insyaallah. Mungkin tak kena dekat kau, mungkin kena dekat orang – orang yang kau sayang. Aku takkan lupa kawan. Aku takkan lupa setiap apa yang kau cakap dekat aku. Tanpa pembelaan, tanpa peluang menjelaskan apa – apa. Dan nanti satu masa aku yakin kau akan rasa sendiri sedap tak sedap ayat yang kau bagi aku, bila waktu kau tiba.
Okay babai.

Nak tengok Ninja Hattori. Hieeeyaaaaaahhh! 


p/s : Oh dan untuk statement kau "Berhentilah berlakon." This is my answer : Aku tak berlakon. Aku cuma jadi diri aku sendiri. And if that fears you, that is none of my effing bussiness.

22 comments :

Anonymous said...

hahaha..post lah ayat full dia..nak baca nak baca..

Anonymous said...

letak lah screen shot

-[DeeYA]- said...

Salam
Hi babe!
Wondering siapalah gerangan manusia tersebut.
#akutghmoodkepochi

Cikk Mimin said...

Stay strong stay pretty Ms Yatt ! Abaikan je org mcm tu..

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousKahkah. Ini adalah satu hasutan! Haha.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousMatlamat tak menghalalkan cara :)

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Salam. Hi babe. Keep on guessing! Kehkeh!

sheAYANG said...

Agak2nya insan tu baca tak entry ni? Dan adakah dia sedar diri dia sedang diperkatakan? kui kui kui...
Harap anda tabah hadapi segala. ;)

Anonymous said...

i know you are too strong to face it teacher. Let's think..hmmm.. it just a poop you need to flush. :)

Macam mana teacher kuatkan saya taim saya pernah jatuh dulu, saya harap teacher lebih kuat daripada tu. Rasa nak nagis bila baca entri ni.

Keep fighting teacher! I know you. And, I really miss you ..

Cik Puan Bunga said...

@Cikk MiminThank youuu! And happy belated birthday too! :)

Cik Puan Bunga said...

@sheAYANGJangan risau. Kalau dia tak baca pon, troopers dia ada untuk tolong bacakan. Hahah.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousI will always be strong. Strong is my middle name. Gituh! Kehkeh! I miss you so much too. Send me your prayer wahai mujahidah yang sedang berjuang di jalan Allah! (Hugs)

cik nur said...

ya allah sis lama betol rasa tak landing kat blog nih tau haih..bila baca mcm tgk diri sendiri and perbaiki diri tak semua sempurna dan kadang2 kita sendiri boleh jadi perangai syaitonnn sangat sbb kita manusia biasa berlajar dari kesilapan tuh yg penting :)

Yayath Hafiz said...

Hai CPB. Wahhh..lame Gile x bw sini.hihi..semoga terus stay strong. 😘

Anonymous said...

Kak, agaknya kita ni best sangat kot itu pasal ramai yg benci dan tak puas hati pasal kita kan? Hehe. Saya pun kak kadang2 rasa nak maki je bila orang baling tahi dekat saya. Tapi hati saya sejuk tiap kali saya ingatkan diri sendiri, mungkin esok dia mati atau saya mati. Jadi sy xkan hidup atau mati dengan meninggalkan benda yg xbest utk org ingat.

Kadang2 rasa nak doa bagi Allah balas setimpal dekat dia. Tapi bukan ke doa orang yg dianiaya ni mustajab. Jadi, disebabkan saya belum kahwin, adalah lebih bagus saya gunakan doa itu supaya dapat jodoh yg baik. Muahaha.

Wlupun akak xkenal sy, doa dan kasih syg saya tetap untuk akak. *hugs*

Cik Puan Bunga said...

@cik nurBetul. Belajar dari kesilapan memang penting. Bila kita buat silap, baru kita tahu apa yang betul! :)

Cik Puan Bunga said...

@Yayath HafizSombong ah Yath sekarang. Mementang ah dah hidup bahagia dan gembira. Haha!

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousKadang-kadang kalau datang angin tak sedar diri akak, selalu akak rasa akak ni best tu pasal orang menyampah. Kahkah!

Daripada kita doa tak best untuk orang, baik kita doakan yang awesome - awesome untuk kita. Apadehal. Hihi.

Kalau dah nak kahwin jangan lupa jemput tau!

Sayang awak jugaaaakkkkk! (Hugs)

DoubleF said...

Saya pernah berada dalam situasi yg sama. malah "dia" menjangkitkan virus dia kepada org2 disekeliling saya sehingga hampir2 saya jatuh. sakit hati yang hanya Allah jer boleh sabarkan. Tapi i am always aware that Allah knows best. dia nak tunjuk kat kita. Siapa kawan kita dan siapa lawan. istighfar adalah jalan yg paling best saya buat.

Cik Puan Bunga said...

@DoubleFIstighfar. Muhasabah diri dan dosa-dosa yang pernah kita buat. Mesti hati akan terpujuk sikit ><,

Anonymous said...

salam kak. saya selalu petik mana2 perenggan dalam entri akak yang best, yang bermanfaat, pastu sy share dengan kawan, di fb, di group. Tapi sy tulis kat bawah ayat tu kredit : www.cikpuanbunga.com. Boleh kan?

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousHihi! Malunyaaa! ><, Boleh boleh! Silakan. Mana yang bermanfaat, silakanlah!