Sampai Umur Saya 200 Sekalipun!



Tahun 2000 adalah tahun pertama aku sambut birthday dengan suami. Masa itu bukan suamilah. Masa itu, panggil boyfriend. Hikhik! (Gelak tutup mulut) Tingkatan 5 masa tu. Itu jugaklah first time keluar dengan lelaki. Nak keluar bulan sepuluh, rancangnya dari bulan dua. Sebab masa itu  bukan macam zaman budak – budak sekarang. Ada motor, ada kereta. Masa itu, yang ada Cuma bas Lian Hoe warna kuning,biru,merah belang-belang. Satu jam sekali lalu dekat pekan. Nak datingnya pukul 12. Pukul 8 pagi dah terpacak tunggu bas. Banjir ketiak.

15 tahun yang lepas.

Aku ingat lagi apa yang aku pakai time tu. Seluar khakis warna beige, baju kotak-kotak warna hitam putih (Sekarang orang panggil boyfriend shirt. Aku 16 tahun lepas dah pakai dah!) , tudung bawal warna hijau muda. Kasut loafer rembat Makngah punya. Pun masih jelas diingatan baju boyfriend di waktu itu. Jeans warna hitam, baju tshirt berkolar warna krim. Kacaknya! First time ni keluar sama. Rasa macam nak pengsan pulak. Masa itu kami bawak kawan untuk temankan. Maklumlah masing-masing malu-malu. Tak banyak borak. Memandangkan time tu kami masing-masing nak exam, aku nak SPM, boyfriend pulak nak STPM, so tempat pertama kami adalah ke kedai buku. Beli stationary.  Sambil – sambil belek pen tu tanya-tanyalah sikit, macam hobi apa, makanan kegemaran, warna kegemaran, rancangan TV paling fevret, cita-cita. Bila difikir-fikir macam bodoh pulak tanya macam gitu. Cubalah tanya benda-benda yang ilmiah dan berdaya saing sikit macam isu pembalakan haram ke, kebanjiran warga asing ke, wawasan 2020 ke.

Lepas beli stationary, kitorang pergi food court. Nak mencekik. Steady je makan kuew teow goreng dengan air blackcurrant. Baru berapa sen sangat. Time tu takdenyalah nak acah-acah hipster, makan dekat café kucing ke, café biawak ke apa ke. Takde. Duduk makan dekat food court sambil berhadapan, bertukar jelingan dan senyuman. Halamak, memang win sungguh perasaan dia. Itu yang kuew teow sepinggan membawak ke dua jam jugak nak mengabiskan. Sambil makan tu sambunglah borak-borak yang terbengkalai masa tengah beli pen tadi. Time tu jugaklah pandai-pandailah ambik kesempatan nak tengok dekat-dekat muka bakal suami. Kacaknya lahai. Kulit dahlah putih. Kulit dia lagi putih, lagi flawless dari kulit aku. Dengan bau wangi lagi. Kemas. Haih, duduk macam gitu aje dah berapa kali agaknya aku jatuh cinta. Rasa macam mimpi pun iye jugak. Macam tak percaya pulak aku yang muka macam bangunan tak siap ni boleh keluar sama – sama dengan lelaki paling handsome (Ketika itu) dalam Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar.


Boyfriend pulak jenis yang cool kentang. Steady je. Cakap pun lembut, tersusun, satu – satu. Time tu terus – terang dia cakap dengan aku yang dalam hidup dia ada 3 orang perempuan tengah menunggu. Nak tercekik air liur rasa. Sorang tu sebaya dia, budak kelas dia. Lagi sorang tu junior dia. Dan perempuan yang lagi sorang tu, akulah. Dia kata dalam tiga – tiga ni, dia tengah menimbang – nimbang mana satu yang dia nak pilih untuk dijadikan manusia paling special dalam hidup dia. Boyfriend kata dia tak suka main – main. Takde masa nak try try lepas tu tinggal ni. Dia jenis manusia yang kalau sekali dah sayang, sampai ke liang lahad dia bawak sayang tu. Dalam erti kata lain, dia nak perhubungan yang serious. Umur baru 17 tahun, dengan SPM tak lepas lagi, apalah yang aku tahu pasal perhubungan serious. Boyfriend pun aku tak pernah ada. Masa tu yang aku terfikir, aku nak habiskan seluruh hidup aku dengan dia sorang ajelah. Tapi bila dia cakap, dia tengah mempertimbangkan beberapa orang calon lagi, aku rasa macam diri sendiri sedang mengecut dan mengecut dan mengecut lalu menjadi sebesar biji sawi. Sedih level 999.

Hadiah pertama boyfriend kepada aku untuk birthday aku adalah sebuah mug Donald Duck. Tak romantic betul. Apalah agaknya yang dia fikir masa dok pilih – pilih hadiah untuk aku tu agaknya eh. Takdenya nak bagi teddybear ke, kotak muzik ke , apa – apa ajelah yang romantik sikit. Mug Donald Duck dia kasi. Mug itulah yang aku guna siang malam pagi petang setiap masa dan ketika sampailah satu hari tu mug tu retak sebab aku tuang air panas sangat. Lama jugak jangka hayat mug tu, adalah dalam 3-4 tahun. Dan setiap tahun, hadiah birthday boyfriend untuk aku berubah mengikut keadaan poket beliau yang semakin lama semakin steady. Daripada sebuah mug Donald Duck, ia berevolusi menjadi teddy bear, bantal cecomel, rantai, cincin, jam, handbag, handphone, eh macam – macam lagilah!

Dan sedar tak sedar, dah 15 kali birthday aku kami sambut sama – sama. Dan obviously jugaklah antara 3 orang perempuan tu, beliau memilih aku untuk menjadi teman sehidup semati beliau. Hikhik! (Gelak malu tutup mulut). Syukur Alhamdulillah. Setiap pagi 8 Oktober aku bangun dan menyedari bahawa aku masih bernafas berselakan cinta daripada lelaki yang aku cinta mati ni merupakan hadiah paling indah dari Tuhan. Kalau Tuhan izinkan, sampai tua ganyut besok pun aku tetap nak sambut birthday sama – sama dengan boyfriend. Potong kek sama – sama, tiup lilin, tiup belon, dapat bunga. Semualah! Insyaallah!

Yang bestnya, sejak dah bernikah ni, setiap kali birthday mesti ada suami akan masakkan makanan yang sedap - sedap. Dilayan macam princess. Kehkeh. Ha muntahlah muntah. Semua yang aku nak mesti suami akan cuba penuhi. Nak bunga, nak cokelat, nak hadiah, nak teddybear, nak pelempang. Insyaallah suami tunaikan. Yang aku pulak, memang dasar perempuan mengada-ngada, mulalah buat perangai mintak kaki. Halah, bukan selalu. Lagipun bukannya aku mengada-ngada dengan laki orang. Eh eh. Dengan laki sendiri kok. Kan berpahala. Dalam setahun, inilah satu - satunya hari untuk aku rasa macam orang penting sikit. Kehkeh.

So malam birthday tu ada tahlil ringkas sikit, panggil makcik pakcik datang makan. Lepas Abah buat bacaan tahlil, lepas makan - makan tenuk panggang sikit, maka upacara memotong kek pun berlangsung. Nak potong kek ni mencabar sikit sebab Adam ni pantang tengok kek. Semua dia bantai dia punya. Jadi kena berebut sikitlah dengan Adam. Sendu betul. 

 Sebelum potong kek, kita ada sesi tazkirah anak beranak dulu ye kawan - kawan.


Dah sibuk dah diaaa! Macam dia punya birthday!
Cepat betul masa beredar. Macam baru semalam je tahun 1983. Dah 32 tahun dah umur aku. Perangai masih macam celaka jugak. Entah bila nak matang dan berkembang menjadi wanita Melayu terakhir. Anak dah sorang, semakin besar pulak tu. Yang aku ni masih lagi terkial - kial nak belajar hidup. Bila dah besar ni, atau senang kata, bila dah tua ni, sedikit sebanyak, setiap kali birthday, mesti akan terkenang pasal mati , kan? Amal tak cukup lagi, dosa pulak setiap hari buat. Dah bersedia ke aku nanti bila dah sampai masa Tuhan panggil balik. Semoga kita semua nanti akan diberikan Tuhan, mati dalam keadaan yang baik - baik.

Dan kalau Tuhan izinkan, setiap kali 8hb Oktober setiap tahun, aku nak sambut dengan lelaki yang pertama sambut birthday aku sejak 15 tahun yang lepas. Biarlah umur aku 200 tahun sekalipun, aku nak dia sentiasa ada dengan aku. Sentiasa akan pegang tangan aku waktu kita sama - sama potong kek nanti.

Hakalah, sweet ah bapak dia!

Dah dah. Tepi sikit. Aku nak makan keropok ikan. Babai!

Read More»

Joehari Dan Rohidawati Membahagiakan Seorang Norhayati

Sambungan dari entry ini ,

Apa eh perasaan engkau orang bila bukak pintu balik dari sekolah, tengok - tengok dalam rumah ada dua makhluk seperti dibawah, sedang melakukan kegiatan seperti berikut :

1) Sorang tengah meniup belon dengan penuh kesungguhan. Macam separuh nak mati dah rupa bentuk dia.
2) Yang lagi sorang tengah menggantung segala mak nenek entah apakejadah dekat dinding rumah aku yang aku cat separuh nak mati eh datang engkau sedap pulak kau tepek gam dekat situ.

Dan dua - dua makhluk tu bila nampak kau terpacak dekat pintu rumah, masing - masing buat muka macam baru nampak orang mati bangun balik dari kubur,sambil masing - masing tengok jam lepas tu buat muka tak puas hati.

"Oi, kau bukan sepatutnya balik lambat keeeeeee!!"
"Alaaaaa, dah tak surpriseeeeeeee!!"

-
-
-

dan lepas tu kitorang gelak sama - sama macam nak pecah perut mengenangkan nasib sebuah birthday surprise yang tak berapa nak menjadi dan akhirnya dengan aku aku sekali tolong diorang hiaskan dinding rumah aku untuk menjadi something yang boleh dipanggil "Birthday Decoration.". Memang sepatutnya kalau nak diikutkan aku balik lambat sikit hari tu, tapi entah kenapa boleh tercepat pulak. Kahkah.

Sambil aku tengok sorang tiup belon, sorang gantung hiasan tu, rasa berhabuk pulak mata ni. Rindu dalam hati ni tinggi dia dah macam gunung dah. Nak je aku peluk sorang sorang. Lama sangat tak jumpa. Sumpah bertakung airmata tengok muka masing - masing yang tulus ikhlas cuba nak menghappykan aku pada hari tu. Aku rindu gila kot dekat manusia dua orang ni. Bila dah bertukar sekolah, dah jauh dari diorang, peluang nak jumpa tu memang terhad gila babi. Masing - masing busy dengan tugas masing - masing. Kalau dulu, satu sekolah, nak makan ke, nak tanda kertas ke, nak memondan ke, boleh buat sama - sama. Sekarang. Sob sob. Dan bila sekarang, dua manusia ni ada depan mata, aku tak dapat bayangkan apa yang aku rasa. Bercampur - baur. Aku rasa sangat sangat sangat sangat sangat sangat bahagia.

Kipidap! Dongibab!
Usaha tangga kejayaan, Oat!
Effort diorang tu yang mahal. Oat tu bukannya pandai sangat pun hias - menghias ni. Meja dia pun, aku yang kemaskan setiap tahun. Aku yang sampulkan. Aku yang kemaskan buku - buku dia kadang - kadang. Kalau nak harapkan dia, semua benda dia nak lambak atas meja. Tapi hari tu tengok dia bersunguh - sungguh buat decoration untuk aku, aku rasa macam nak nangis tepi meja makan lah pulak. Dengan origami lagi. Aku memang suka origami. Tapi aku tak pandai buat origami. Tangan kaku. Pui betul. Joe pulak aku tak taulah memang dia bongok semulajadi ke apa, tiup belon asyik pecah je. Daripada 15 biji, entah berapa biji entah yang pecah begitu sahaja. Tapi hati aku ni kembang kuncup tahan bahagia, Tuhan saja yang tahu agaknya. Sumpah!

Diorang datang mengejut macam tu, aku memang tak dapat nak sediakan apa - apa. Cuma mampu hidang pisang goreng dengan air oren jelah nampaknya. Nak masak nasi briyani gam ke , tenuk bakar ke memang dah tak sempat dah. 

"Where's the cake?" tanya Joe.
"Manalah aku sempat nak beli kek!"
"I knew it! Nak harapkan akuuuu jugakkkk!"

Sambil keluar jalan berlenggang pergi dekat kereta dia, Joe membebel entah hapehape, masuk dalam balik bawak kek sekotak. Okay, mata dah masuk habuk lagi dah ni! And bila dia bukak kek tu , memang terasa macam dejavu. Durian cheese cake! Durian cheese cake ni macam kek ritual kami. Kalau tengah tension, atau tengah banyak duit sikit, atau saja - saja rasa bosan and nak makan something yang hipster sikit, kami lepak Secret Recipe and last dessert dia adalah Durian cheese cake. Kitorang tak beli sorang sepotong. Kitorang beli sepotong je, kongsi tiga orang. Kira macam ala ala bonding session lah. Tengok Joe pegang SEBIJI Durian cheese cake ni perasaan dia macam baru lepas kena loteri lah pulak. Surga!

Yep. I'm a bitch. And I'm loving it!
Jangan peliklah tengok ucapan atas kek tu. Itu memang Joe. Bila Joe dah start cursing kau, panggil kau dengan nama nama celaka macam tu, janganlah rasa offended. Joe tu memang macam gitu. Nak tunjuk sayang, ego dia tinggi melangit tingkat ke tujuh gitu. Sebenarnya kalau lagi jalang bahasa yang dia guna dengan kau, lagi dalam sebenarnya sayang dia dekat kau. Heceh! Makin lama makin tak boleh nak tahan pulak airmata ni. Aku rindu sangat - sangat dengan diorang. Aku kawan memang tak ramai. Sebelum Joe datang, aku berdua je kesana kemari dengan Oat. Bukan taknak berkawan ramai - ramai. Tak semua orang boleh faham dengan cara aku berkawan. Tak ramai jugak yang boleh tahan sabar dengan perangai aku yang macam hm hm tu. Dan bila Joe datang, he fits the circle. Dia boleh terima segala - gala bangsat tentang aku. Dan lengkaplah hidup aku selepas itu. Macam pelangi. Terima kasih Tuhan.

Time ni memang tak boleh nak sorok muka sendu. Terharu kita!
Muka perempuan 32 tahun yang bersyukur lagi bahagia.
Sambil makan kek, kitorang borak sama - sama. Borak benda - benda yang tak ada hujung pangkal. Kadang - kadang rasa macam ilmiah sangat topik tu. Lepas tu borak pulak benda - benda bangang sikit. Lepas tu gelak. Dah lama aku tak gelak macam ni. Sejak aku bertukar sekolah, ini first time kitorang berkumpul bertiga macam ni. Dan sejak bertukar sekolah, ini first time aku gelak dengan penuh ikhlas macam ni. Aku cakap dengan Joe, aku kata, sebenarnya dalam dunia ni, takde istilah move on. Move on tu overrated. Bullshit sangat. Mana ada orang boleh move on. Aku secara jujurnya sampai ke mati aku tak kan move on. Aku tak kan move on dari friendship aku ni, aku takkan move on dari apa yang pernah membahagiakan aku. Buat apa nak move on? Sebab nak teruskan hidup? Teruskanlah. We are not moving on, we are just continuing without. Takde sehari pun yang berlalu , sejak aku pindah, yang tak mengingatkan aku kepada betapa rindunya aku dekat manusia berdua ni. In every second, in every way.

Aku bersyukur sangat sebab dalam hidup aku, aku ada Joe dengan Oat. Tak semua orang faham persahabatan yang kami ada ni. Orang tak boleh tengok lelaki dan perempuan jadi kawan baik. Skandal. Skandal. Skandal. Sepanjang aku bersahabat dengan Joe, tak pernah sekali pun Joe buat benda - benda bodoh dekat aku. Orang dengan mata kasar nampak macam Joe tu inilah, itulah. Pada aku, dialah manusia yang banyak bukak mata aku untuk menghadapi realiti yang memang kejam ni. Joe tak hipokrit. Dia kejam, tapi dia jujur. Joe selalu stand up for me. He always vouch me in any way he could. He's a man of his words. Joe bukan lelaki sembang yang depan cakap lain belakang cakap lain. Lelaki macam gitu boleh pergi mati sana. Dan Joe ikhlas dalam bersahabat.

Tak semua orang suka Oat. Aku rasa dalam sepuluh orang, 9 orang setengah akan benci Oat. Manusia mana yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Tapi Oat selalu ada dalam setiap perkara yang berlaku pada aku sejak kami bersahabat 8 tahun yang lepas. Oat kenal aku luar dan dalam. Oat tahu aku macamana. Semua benda pasal aku Oat tahu. Rahsia ke, insiden memalukan ke apa ke semua Oat tahu. Kalau engkau orang semua nak tahu something pasal aku, tak payah susah - susah korek sana korek sini, rasuah Oat cokelat dua baldi. Tanya dia.

Aku, Oat, Joe - kita nangis sama - sama. Kita ketawa sama - sama. Brotherhood tu bukan time kau senang je diorang ada. Cuba tengok time kau susah. Time kau dekat bawah. Time kau tersungkur menyembah tanah. Time semua orang dok pakat pakat baling kau pakai tahi, kau tengok kanan kiri, tengok. Siapa yang masih setia dekat sisi. Terima kasih Tuhan. Kerana Kau kurniakan aku dua manusia ini. Dua manusia yang aku sayang sampai mati (Insyaallah)

Aku selalu doakan kau bahagia, kawan.

Aku selalu berdoa, berharap. Setinggi - tinggi pengharapan. Semoga satu hari nanti, kalau Tuhan izin, kita boleh sama - sama bertiga lagi.




8 Oktober 2015-
walaupun bermula dengan agak sendu dan penuh airmata, rupanya Tuhan siap - siap simpankan aku bahagianya di pertengahan hari. Di ujinya aku dengan seribu satu rasa yang menjera jiwa, rupa-rupanya Dia nak beri aku sinar di hujung harinya. Cantiknya aturan Tuhan.

Terima kasih Oat.
Thanks Joe.

When the whole WORLD is walking out,
you guys are walking in.

Sedih ah!

 Joe's birthday (7th June)
Oat's birthday (9th July)

I LOVE YOU GUYS!

Birthday tahun ini, memang birthday yang terpaling bermakna. Sangat sangat bermakna. Agaknya ini yang Shahir kata "Kebahagiaan dalam Perpisahan".


Tepi sana sikit. Aku nak nangis tepi pokok kaktus.

Read More»

8 Oktober 2015



Tak macam tahun – tahun lepas, tahun ini sangat sendu dan menyedihkan.

Kalau tahun – tahun lepas, malam 8 Oktober tu aku selalu tunggu tepat jam 12 tengah malam. Nak tengok, siapa orang pertama yang wish pastu tidur lewat 2,3 pagi reply mesej and chats daripada students ke, kawan – kawan ke, jiran kampung ke,geng – geng whatsapp dan sebagainya. Tapi malam kejadian tu, pukul 10.30 malam aku dah bersiap – siap untuk tidur. Dengan migraine, sakit – sakit badan, dengan emosi yang terumbang – ambing like a small boat, on the ocean, sending big waves, into motion lagi pulak eh ni apasal Rachel Platten masuk dalam cerita ni? Jadinya, aku tidur awal. Handset campak jauh – jauh. Kunci jam pukul 5.30 pagi (Menipu je. Bangunnya pukul 6 jugak. Habis jam loceng diterajang sampai ke dinding) Maka seorang perempuan yang sedang berduka nestapa tetapi kekal jelita pun tidur dengan hatinya yang walang.

Bangun pagi, sikit pun aku tak endahkan whatsapp yang melambak masuk dalam phone. Lepas mandi, lepas solat, lepas bersiap – siap nak pergi sekolah barulah aku tengok phone satu – satu. Mesej – mesej ucapan yang masuk, aku pandang sepi je. Takde langsung rasa suka ke, terharu sambil menangis ke, apa ke. Takde. Kosong. Kosong. Kosong. Depress level 999.

Kemudian baru tersedar perangai sendiri yang macam kacang lupakan kulit. Dasar manusia tak tahu bersyukur. Asyik nak fikir sedih je sampai bila aku nak maju. Langsung tak tahu bersyukur! Bangun pagi 8 Oktober 2015 tu je Tuhan dah beri aku satu hadiah birthday yang kalau orang dalam kubur tu pun, kalau boleh bangun balik, dia nak mintak hadiah yang sama sebijik macam aku dapat dari Tuhan. Tuhan beri aku hadiah nikmat kehidupan. Bernafas di usia 32 tahun. Sihat tubuh badan. Cantik. Kurus. Bijak bestari ibarat sang kancil, apa lagi yang aku sibuk nak rengekkan? Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Aku tempeleng sikit muka sendiri. Kufur nikmat. Tak tahu bersyukur. Barulah aku capai handset dan baca satu – satu mesej yang orang hantar pada aku. Terdengar bunyi hati yang retak.

Kalau tahun – tahun lepas, perjalanan dari rumah ke sekolah akan menjadi satu perjalanan yang mendebarkan. Memikirkan apa pulak hadiah dari students yang aku akan dapat tahun ni, memikirkan apa pulak surprise yang Oat akan buat untuk aku tahun ni. Berapa banyak kek boleh aku kumpul tahun ni, siapa pulak yang bagi teddybear tahun ni, semua tu akan bermain – main di fikiran. Sengih kerang lah sepanjang perjalanan. Kerang tu pun kalau nampak aku sengih, dia pun mohon berhenti jadi kerang agaknya. Tetapi, ya tetapi tuan puan sekalian, tahun ini perjalanan dari rumah ke sekolah menjadi satu perjalanan yang maha panjang dihiasi dengan airmata dan kesenduan. Hakikat bahawa sampai je aku dekat sekolah nanti tak akan ada siapa yang peduli pun 8hb Oktober tu hapa kejadahnya yang berlaku. Sama macam hari – hari yang lain. Hari Khamis. The fuck? Bukan diorang kisah pun. Maka semakin lebatlah aku menangis di dalam hati. Sumpah ni aku nangis dalam hati. Takkan nak nangis betul-betul, nanti make up aku sememeh siapa nak tanggung? Pentingkan diri sendiri bukan? Sudahlah bersedih, eksyen pula.

Sampai sekolah, lambat je aku tarik kaki ni untuk berjalan. Ala, macam yang korang selalu tengok dalam cerita Melayu tu. Heroin dia sedih, lepas tu jalan lambat-lambat sambil airmata berguguran. Dekat background dia, ada lagu sedih dari artis Indonesia. Bayangkan macam tu sekarang. Ha, macam gitulah aku konon-kononnya. Jalan lambat – lambat. Beg seret dekat tanah. Background music dia lagu Berhenti Berharap – Sheila On 7. Memang win. Jalan macam gitu dekat sekolah baru rupanya tak mampu nak menarik simpati mata yang memandang. Semua buat tak faham. Semua buat tak tahu. Lantak kaulah sana perempuan. Mungkin begitulah ayat mereka di dalam hati masing – masing.

Hampir nak masuk ke pintu bilik guru, ada seorang pengawas Form 2 tahan aku. Nama dia Mastura. Cantik je budaknya. “Teacher! Ni Cikgu Oat kirim! Happy birthday!” ucap Mastura dengan penuh keriangan. Dia tak tahu dalam hati aku ni rasa nak jerit – jerit tarik rambut je rasanya. Ada jugak yang bagi aku hadiah. Macam nak peluk Mastura, tapi segan pulak. Hadiah bersambut. Aku tahan airmata dari jatuh. Nanti tak macho. Sebab depan bilik guru tu ada sekumpulan budak cina lelaki tengah melepak. Agak kacak – kacak mereka itu. Muka macam artis Korea. Jatuh saham karang. Ke aku tengah sedih sangat sampai berhalusinasi teruk begitu. Tak mampu nak bukak hadiah yang Oat bagi. Jadinya aku sumbat je hadiah tu masuk dalam beg. Sunyi je suasana. Kalau dulu, pagi birthday aku dekat sekolah disambut macam ala ala YB nak masuk kampung. Orang ucap “Happy Birthday” sana sini dah macam orang besar-besar. Ada la sekali dua aku perasan macam Neelofa sikit. Ala, sikit je. Konon-konon artis. Ala, bagi can lah. Tapi hari tu, bunyi cengkerik sayup – sayup kedengaran je yang aku dengar. Mastura adalah satu – satunya manusia yang ucap birthday untuk aku pada hari itu.

Aku lalui kelas pada hari itu dengan perasaan yang sukar untuk diluahkan. Kejap karang rasa macam nak nangis, kejap karang rasa macam nak pengsan. Kejap karang rasa macam nak terjun bangunan. Sudahnya, aku demam. Seboleh-bolehnya taknak tengok handphone. Taknak baca chat-chat yang akan membuatkan aku super sedih. Nanti aku nangis karang cemana? Masa aku nak tinggalkan kelas 1B, tiba – tiba ada sorang pelajar datang dekat. Nama dia Adam. “Happy birthday, Teacher!” ucap Adam. Terkesima beberapa saat aku dibuatnya. Rupa-rupanya Adam ni adik kepada Mastura. Maknanya, dah dua orang wish birthday dekat aku pada hari itu. Sekali lagi aku diserang perasaan yang pelbagai. Nak je rasanya aku panjat tiang bendera sambil jerit kuat-kuat. Aku nak bagitahu satu dunia yang celaka palat macamana pun orang buat aku, aku takkan patah semangat! Takkan! Tapi biasalah, aku kan penuh dengan drama. Tak jadi panjat tiang bendera, aku duduk sopan-sopan dekat meja guru sambil otak ligat ulang tayang semua kenangan manis waktu sambutan birthday aku pada tahun – tahun yang lepas. Untuk kali yang entah keberapa, aku terdengar lagi bunyi hati pecah.

Lama aku termenung. Sambil mencari hikmah yang Tuhan cuba sampaikan kepada aku. Dalam pada aku termenung tu, aku tengok balik nikmat – nikmat yang Tuhan dah berikan kepada aku. Satu, nikmat kehidupan. Aku dapat sambut birthday sampai ke umur yang ke tuga puluh dua tahun. Alhamdulillah. Ada orang tak sempat cecah umur aku, dah meninggal. Dua, nikmat kebahagiaan cinta. Tuhan kurniakan aku suami yang terbias surga. Kacak, penyayang, penyabar, beriman, pandai memasak. Alhamdulillah. Ada orang umur dah lanjut, masih lagi mencari – cari teman hidup. Tiga, nikmat zuriat. Tuhan beri aku anak lelaki yang bukan sahaja handsome dan menawan, tetapi sihat tubuh badan. Petah berkata – kata, pandai boleh tahan, malah comel pula. Saling tak tumpah macam Emaknya. Alhamdulillah. Ada orang dah berpuluh tahun kahwin, belum lagi dikurniakan Tuhan dengan zuriat. Itu baru tiga. Banyak lagi nikmat yang Tuhan bagi pada aku yang aku sengaja terlepas pandang. Nikmat pekerjaan, nikmat tumpang kasih sayang Emak Abah, bukan setakat tumpang kasih, tumpang rumah pulak tu. Banyak. Banyak yang Tuhan kasi. Dan Tuhan baru tarik balik sikit nikmat kegembiraan picisan dalam hidup aku, aku dah menggelupur macam cicak jatuh atas dodol. Astaghfirullah. Mengingatkan ini semua, hati aku tenang sikit. Sedih masih ada, tapi mula terkawal. Hati yang pecah tadi tu, aku tampal pakai selotep. Aku istighfar banyak-banyak. Mohon Tuhan ampunkan dosa.

8 Oktober 2015.

Aku tinggalkan sekolah dengan kereta kosong tanpa hadiah. Tak seperti kebiasaan macam tahun – tahun yang lepas. Kalau dulu, setiap kali birthday, balik dari sekolah memang mengangkut hadiah. Kali ini, kosong. Tapi aku perasan, ada sesuatu yang penuh. Jiwa aku. Entah kenapa aku rasa jiwa aku sedikit terisi dengan ‘sesuatu’ yang susah aku nak ceritakan. ‘Sesuatu’ yang sedikit sebanyak buat aku tenang. ‘Sesuatu’ yang entah kenapa buat aku dekat sangat dengan Tuhan. Disebalik kesedihan yang Tuhan kirimkan ini, ‘sesuatu’ berlagu dalam jiwa aku. ‘Sesuatu’ yang seolah – olah berbisik tanpa suara. Sabar Yatt. Katanya. Sabar. Hang in there. Tinggal sikit lagi Yatt. Tinggal sikit. Habis saja taufan ini, kau akan dakap pelangi.

Tanpa sedar, sambil memandu –
aku menyunging senyum, sambil harapan aku gantung setinggi – tingginya pada yang Satu. 


Sabar Yatt eh. Sikittt lagi. Insyaallah.

Read More»

Sudah Tujuh Tahun Hafizal Elias Bernikah.

Kalau tak ada dia. Aku mati.

Betul. Aku tak bohong. Kalau tak ada yang namanya Hafizal Elias dalam hidup aku, aku tak tau apa yang terjadi dekat hari - hari aku yang mendatang. Hafizal Elias, sumber kekuatan aku. Sumber cahaya aku. Sumber kebahagiaan aku. Manusia yang sentiasa akan cakap aku cantik walau apapun keadaan aku. Agaknya kalau aku baru keluar daripada longkang dengan ikan mati atas kepala pun dia akan cakap aku cantik. Sebab tu kalau fikir pasal mati, biarlah aku yang mati dulu. Sebab aku tau Hafizal Elias akan sentiasa boleh hidup tanpa aku. He's a fighter. The toughest one. Aku lain. Aku biskut sikit. Rapuh. Cepat mengalah. Aku sangat yakin aku tak boleh hidup tanpa seorang Hafizal Elias. Hafizal Elias, jiwanya - tempat aku curahkan segala kasih segala cinta.

Hari ini, 10 Oktober 2015, adalah usia pernikahan kami yang ke tujuh tahun. Kalau nak cerita tujuh tahun ni apa yang ada, apa yang kami dah lalui sama - sama, memang sampai subuh besok tak habis lagi. Tujuh tahun bukanlah satu jangkamasa yang lama. Orang lain pun nikah jugak. Ada yang sampai berpuluh - puluh tahun. Takde pun bising - bising macam kau lahai. Ah gasaklah. Pada aku, tujuh tahun yang kami lalui bersama daripada tarikh hari pertama kami dinikahkan akan menjadi satu ingatan, kenangan manis level 999 sampai aku tua kerepot renyuk besok.

Hafizal Elias adalah manusia yang akan aku tabik sepanjang hidup aku. Lelaki paling penyabar pernah aku jumpa sepanjang hidup aku. Setiap kali aku ada masalah (Atau lebih tepatnya setiap kali aku mencari masalah) dialah manusia pertama yang akan aku cari. Tak kiralah dia redo ataupun tidak. Kehkeh. Sekecil - kecil masalah (Contohnya penutup sos tak boleh bukak ke apa) sampailah sebesar - besar masalah aku akan lambakkan segala - galanya dengan dia. Dia dengan sabarnya akan mendengar setiap apa yang aku sampaikan. Tanpa jemu.

Dalam keadaan hidup yang seringkali diuji Tuhan, Hafizal Elias lah tempat aku menagih sedikit kekuatan. Setiap kali aku lemah, aku rasa tak berdaya, aku rasa sangat rapuh dan hampir - hampir tewas dikalahkan taqdir hidup, kekuatan cinta dialah yang akan buat aku bangkit semula. Aku bangun demi dia. Aku terus berjuang demi dia. Hafizal Elias selalu cakap yang aku kuat. Aku tabah. Dia yakin pada aku. Dan aku takkan kecewakan setiap harapan dia. Sebab aku tahu aku memang kuat. Dan aku ditaqdirkan Tuhan untuk membuktikan betapa kuat dan tabah sebenarnya kita boleh jadi, kalau kita percaya dan yakin dengan Tuhan yang satu.

Hafizal Elias ajar aku masak. Aku ni masak pun tak tau. Bodoh sangat. Masak daging burger pun boleh hangus. Aku ingatkan daging burger tu kalau warna dia hitam lagi sedap. Rupanya hitam tu sebab dah hangus. Pongkesnya lahai perangai. Hari tu dia suruh aku jagakan sekejap ayam goreng, dia nak pergi solat, menggelibas aku kejut abah suruh teman aku tengokkan ayam goreng dalam kuali. Pasal aku tak tau dah masak ke belum. Kan bengap namanya. Rata - rata suami zaman sekarang mesti nak cari isteri yang pandai masak, yang tahu bezakan sawi dengan kobis, yang tahu bezakan ikan kembung dengan ikan selar. Aku? Aku dengan yakinnya panggil petola tu rebung. Masyarakat memang kecam aku bila diorang tau aku tak pandai masak. Tapi bila aku cakap dengan Hafizal Elias, steady je dia jawab, apa nak kisah, aku tak pandai masak, kan ke dia pandai masak. Takkan ada siapa yang kebulur punyalah. Begitulah jawapan beliau.

Hafizal Elias punya tahap kesabaran memang Jedi Master punya level. Seumur hidup aku, tak pernah aku jumpa lelaki yang dia punya sabar sampai tahap macam gitu. Bukan senang nak bela aku. Inikan lagi nak memperisterikan aku. Dengan degilnya, dengan perangai macam - macamnya, ini pulak dengan kehadiran Adam Irfan Xaharis menyerikan lagi perkahwinan kami, yang perangainya memang 300% fotostat perangai aku, aku tak pernah nampak Hafizal Elias mengamuk atau tinggikan suara. Semua orang dalam rumah ni sayang Hafizal Elias. Aku syak emak abah pun lebih sayangkan dia berbanding aku. Sendunya hidup.

Bukan mudah hidup dengan aku. Setiap kali aku dikecam manusia, Hafizal Elias tak pernah meragui aku. Dia sentiasa ada dengan aku. Dia manusia yang kenal aku luar dan dalam. Aku tak suka menangis depan dia. Sebab dia paling tak suka tengok orang menangis. Tapi, kalau dah tak tahan, tumpah juga. Dia takkan cakap banyak. Takkan keluarkan ayat - ayat drama untuk memujuk. Takkan. Hafizal Elias manusia yang setahun bercakap cuma beberapa perkataan je. Dia takkan pujuk aku dengan cakap - cakap manis penyedap telinga. Dia cuma akan tarik kepala aku rapat ke dadanya. dan disitulah aku menangis semahu - mahunya. Dekat dengan hati manusia yang aku cinta.

Aku selalu doakan supaya hidupnya sentiasa diberkati dan dilimpahi cinta Yang Maha Esa. Supaya jalan rezekinya dibentangkan seluas - luasnya. Supaya urusan hidupnya sentiasa dimudahkan Tuhan. Aku rasa, kalau aku selak kamus pun, perkataan yang paling sesuai untuk aku nyatakan betapa aku cintakan dia sepenuh jiwa dan raga aku ni, belum lagi dicipta. Terlalu. Teramat. Terlampau. Infiniti. Sangat - sangat. Hafizal Elias adalah satu kurniaan Tuhan pada aku. Anugerah terindah. Tak ada lelaki lain dalam dunia ni yang menjadi tempat aku tumpahkan segala rasa yang ada , yang boleh menggantikan tempat dia. Kalau nak diikutkan, aku ni tak layak rasanya untuk menjadi isteri dia. Hafizal Elias terlalu sempurna untuk manusia yang serba kurang macam aku. Terima kasih Tuhan. Terima kasih.

Hafizal Elias, selamat usia pernikahan kita yang ke tujuh. Terima kasih kerana terus menjadi pelindung aku jiwa dan raga. Pimpinlah tangan aku, Hafizal Elias. Bawalah aku bertemu pencipta kita dengan satu ikatan maha suci yang kita bina bersama. Jadilah peneman aku di syurga Allah nanti. Jemputlah aku menjadi ketua bidadarimu disana kelak. Semoga Tuhan sentiasa cinta kepada kau, suami ku. Semoga setiap satu doa - doa kecil kita bisa bersatu di Arasy Tuhan nanti. Terima kasih Hafizal Elias, kerana memilih aku sebagai isteri.

 Sampai syurga. Insyaallah.

Alah. Mata masuk habuk pulak. Dahlah. Babai lah!

Read More»