Wednesday, November 4, 2015

Adam Naik Pentas Emaknya Yang Teruja Lebih.


Hari tu aku balik sekolah, Adam sambut dekat pintu dengan excited yang lain macam. Aku tanya la apa pasal, sebab selalunya bila Adam buat perangai teruja melampau macam gitu, adalah tu benda entah apa yang dia pedajalkan aku. Rupanya dia nak tunjukkan report card. Dekat atas report card tu.cikgu dia tulis besar-besar “Nombor 1” Haik. Terkujat kehairanan aku.


“Adam dapat nombor satu ke?” aku tanya dia. Masih lagi tak percaya. Memang aku tak percaya. Aku ingat lagi macamana Adam tak kenal huruf. Aku sebut P, dia tunjuk huruf G lah Q lah. Aku suruh baca ABC, lancar je dia baca. Tapi bila aku suruh tunjuk satu – satu, huruf A sampai C aje yang dia kenal. Tu belum bab buat homework. Sampai lunyai buku tu basah dengan airmata dia. Adam ni perangai sebijik macam aku. Kalau bab buat kerja rumah memang drama.

“Mestilah!” Jawab Adam.

“Adam kan rajin belajar!” sambung dia lagi sambil jalan terloncat – loncat menuju ke dapur. Tak lama lepas tu aku dengar dia mengekek ketawa tengok kartun. Aku belek – belek report card dia. Majoriti pencapaian dia semua cemerlang. Kalau nak dibandingkan dengan masa penilaian setengah tahun, Adam punya pencapaian ni bolehlah aku kategorikan sebagai anjakan paradigma polis angkasa gaban. Sungguh tak percaya!


Macam tak percaya pulak bila Adam boleh dapat nombor satu. Aku teringat pulak zaman aku sekolah tadika dulu. Aku rasa aku antara manusia yang dapat nombor last. Dahlah dapat nombor last, semua mata pelajaran pun aku tak performed. Masa hari penyampaian hadiah, aku tengok je kawan-kawan aku naik pentas ambik hadiah kecemerlangan. Aku tengok diorang dapat kotak pensel lah, dapat pensel warna lah, ada yang lagi best dapat hadiah kasut sekolah pulak tu. Aku duduk je bawah stage sambil telan air liur. Masa tu menyesal jugak sebab tak belajar rajin-rajin. Tapi perasaan menyesal tu bertahan 5-6 saat je. Lepas tu aku main lompat-lompat balik dengan kawan-kawan yang lain. Jadi bila anak sendiri dapat nombor satu,walaupun tadika je pun, tapi aku punya bangga memang bukan calang-calang. Emak mana yang tak bangga bila anak sendiri kenal ABC, boleh mengira, boleh mengeja. Alangkan dulu masa Adam pandai sebut “Mama” pun aku nak pengsan kebanggaan. Inikan pulak dapat nombor satu? Bangga tau! (Nangis tepi tempayan)


Masa majlis graduasi Adam 1hb November hari tu, akulah yang terpaling excited. Pagi-pagi lagi dah bangun. Nasib baik Johor memang cuti hari tu, tak payah nak ambik CRK. Menang bolalah katakan. Aku berdebar gila, terfikir apalah yang Adam nak buat atas stage tu. Sebab dia asyik kata nak buat peace atas stage nanti. Majlis katanya start pukul 8. Pukul 7.45 pagi aku dah gerak dari rumah. Nasib baik majlis tu dia buat dekat Dewan Orang Ramai Parit Yaani, taklah jauh dari rumah aku. Sampai sana, orang dah mula ramai dah. Sana – sini budak – budak kecik comel – comel main lari – larilah, kejar-kejarlah. Aku tengok Adam dah tak mampu senyum dah. Aku syak, Adam nervous.

 Halah halah comel teruk anak Mama ni!
 Adam dah start nervous ni. Senyum pun nak tak nak je.
Kitorang tinggalkan Adam dengan cikgu Tadika dia. Parents kena duduk dalam dewan. Risau jugak, asyik fikir Adam okay ke, Adam panas ke tak, Adam nak terkencing ke, Adam lapar ke tak. Dahlah nak tunggu start majlis tu lambat gila babi. Nak tunggu YB datang lagi. Aku dah kepanasan dah. Dengan lapar lagi, tak sempat nak breakfast tadi. Suami dah terlelap dah. Kesian dia. Penat kerja, Cuma dapat rehat berapa jam je. Aku biarkan je dia tidur. Asalkan dia tak mengigau sudahlah. Karang kalau dia mengigau, aku duduk jauh – jauh sikitlah. Tak mengaku sedara.

Orang tengah tidur,aku kacau.
Dekat pukul 10 pagi, baru majlis start.Aku memang dah bosan tahap tak boleh nak berkompromi lagi. Yang paling menyampah, bila time ucapan. Mintak maaflah banyak-banyak, aku paling jaki manusia yang asyik kata ”Saya takkan berucap panjang..” tapi 45 minit kemudian, masih mececeh merapu – rapu lagi. Hilang separuh kesabaran yang aku pertahankan selama ini. Nasib baiklah Adam punya Tadika dapat giliran nombor satu, jadi tak payahlah kami berjanggut mereput tunggu giliran dia naik stage. Habis je ucapan – ucapan yang sungguh menyebalkan itu, maka sampailah ke acara yang ditunggu – tunggu. Acara mendebarkan Adam naik ke atas stage untuk menerima hadiah kecemerlangan. Masa pengacara sebut nama Adam (Dahlah salah sebut nama anak aku. Xaharis, dia sebut Yaharis. Nak terbalikkan kerusi je rasanya) sebagai penerima hadiah cemerlang tempat pertama, aku nampak anak aku jalan sopan – sopan dengan muka polos suci murni bebas dosa, dengan mortar board comel atas kepala. Alalala rasa nak terkam je dia atas stage tu sambil peluk cium dia dengan penuh kebanggaan. Tepukan yang bergemuruh satu dewan buat emak dia ni rasa nak nangis pulak. Terharu, bangga, gembira, semua ada. Aku pandang suami, dia steady je muka takde perasaan. Menyampah tau.

Kembang kuncup lubang hidung tahan bangga. Emaknyalah.
Adam turun dari stage je cepat – cepat aku lari dapatkan dia. Benda pertama dia tanya aku bila dia nampak aku adalah,
“Mama nampak tak Adam tadi?” dengan muka yang penuh dengan pengharapan.
“Mestilah Mama nampak!” Aku cubit sikit pipi mulus dia, terus aku peluk Adam kuat – kuat. Bangganya Mama sayang! Aku tahu, perjalanan Adam masih jauh. Umur dia baru 5 tahun. Masih terlalu awal nak rasa bangga tak pasal – pasal dengan pencapaian Adam yang tak seberapa tu kalau nak dibandingkan dengan anak – anak orang lain. Ah gasak. Anak orang lain, tu orang lain punya cerita. Aku nak jadi macam emak abah aku yang selalu support aku tak kira betapa bangsat pun aku dalam pelajaran. Aku nak jadi macam emak yang tak pernah putus harapan pada anak dia yang nombor tiga ni. Dahlah tak pandai, tak ada apa – apa yang dapat dibanggakan pada aku ni. Zaman sekolah aku, aku cuma budak biasa yang tak ada apa – apa keistimewaan di mata cikgu – cikgu. Aku nak jadi macam emak yang selalu bangga dengan kejayaan anak – anak dia tak kiralah sekecil mana sekalipun. Aku nak Adam sentiasa tahu yang walaupun dia ditaqdirkan Tuhan nanti tak secemerlang anak orang lain dalam pelajaran, asalkan Adam membesar jadi manusia yang bahagia, lelaki yang soleh dan taatkan Tuhannya, aku dah cukup bangga, lebih dari segala isi dunia.

 Anak manja Papa.
Steady, Adam!
Aku taknak Adam jadi macam aku. Sia – siakan kehidupan. Aku nak Adam jadi apa yang Adam nak. Nikmati kehidupan. Tak takutkan cabaran. Kental hati dan sentiasa berani berhadapan dengan dunia yang kadang – kadang kejam dan tak berperikemanusiaan. Aku nak Adam sentiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri. Dan yang paling penting, jauh mana pun Adam pergi, semoga Tuhan sentiasa ada dalam hati. Aku nak Adam bawa nama Adam Irfan Xaharis tu sejauh mana yang Adam mampu pergi. Aku nak Adam corakkan kejayaan, dan capai setinggi – tinggi kegemilangan dalam hidup dia. Aku nak Adam buat apa yang emak dia tak mampu nak buat.


Tak kiralah apapun yang Adam bakal jadi, aku akan sentiasa berbangga untuk dia nanti.

 Adam Irfan Xaharis Bin Hafizal

10 comments :

Nurisah Azhar said...

Ouchhh baca terus rasa nak kahwin cepat. Aikkkk hahahahhahahaa tahniah Adam Irfan Xaharis

Cik Puan Bunga said...

@Nurisah AzharHaa sila sila! Kehkeh!

Anonymous said...

Akak umur 32, anak dah 5 tahun. Saya umur 28 masih krik krik krik sensorang. Tak mau la esok2 pergi hari graduasi tadika anak ketor2 pegang tongkat. Tak mahu! Tak mahu!

Anonymous said...

Adam ikut muka bapaknya. Tapi versi kulit putih macam cik puan bunga.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousSooo, apa lagi segeralah mencari calonnya. Ke dah ada? Hihi. Cepat cepattt! ><,

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousSebenarnya di alam nyata, bapak dia lagi putih gilos dari emaknya. Huaaaaa!

Anonymous said...

Wah hebatnya kecik kecik cili padi

SHa said...

Tahniah kat Adam. Untung ler CPB dpt anak yg bijak mcm dia. nanti bila dh besar jd macam ayah dia. wow! Wow!!

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousHuuu tadika je. Semoga dia sentiasa cemerlang. Amin.

Cik Puan Bunga said...

@SHaAmin! Hihi! Terima kasih! ><,