Saturday, December 19, 2015

Gym 101 : Gym For Dummies

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada gym secara official nya tak lain tak bukan adalah Joehari Sukiman. Masa tu memang nafsu beliau untuk kurus sangat membabi - buta. Ditambah pulak dengan kerajinan yang bukan dibuat - buat untuk mengunjungi gym secara kerap, maka kami berdua dengan secara sukarela telah mendaftar sebagai ahli dekat Wellfitness Gym di Taman U, Parit Raja. Kami ini bolehlah dikategorikan sebagai noob terbilang sebab kami berdua memang takde ilmu langsung dalam bab - bab gym ni. Tapi sebab kami rajin untuk mencari maklumat di internet selain melayari video - video lucah workout di youtube,  maka sedikit sebanyak, melimpah - ruah jugaklah maklumat yang kami dapat berkenaan workout, diet seimbang dan juga pantang - larang sewaktu mengunjungi gym. Time ni macam kecoh jugaklah dekat sekolah bila tiba - tiba ada cikgu yang main gym. Sana - sini budak - budak sibuk nak sadokan lenganlah, nak buat six packs lah, tiba - tiba jugak selfie didalam gym melanda mana - mana timeline media sosial yang ada dalam dunia. Heceh. Macam trendsetter pulak kami ni. Mana - mana kami pergi mesti ada yang menganjing , perli - perli. Pergi gym je kot. Bukannya pergi rumah pelacuran pun. Semak betul lah orang Melayu ni!

Masuk bulan 4 je, aku dah mula tinggalkan gym. Masa tu sibuk dengan urusan sekolah, nak latih pasukan choral speaking sekolah, nak menghancurkan rumahtangga orang, nak mengadu domba, nak menyebar gossip, eh? maka aktiviti di gym pun terpaksa ditinggalkan. Tapi kalau ada kesempatan, macam cuti sekolah ke gitu, aku jejak jugak gym. Lari - lari ala kadar, selfie dua tiga round, lepas tu balik. Gym buddies pun bertukar - tukar. Mula - mula bertiga, tapi lepas sorang ahli bail out, tinggallah aku dengan Joe yang konsisten pergi gym. Arwah baik orangnya. Lepas tu Joe terus komited pergi gym setiap hari, aku pulak, dengan drama - drama yang melanda kehidupan aku, terpaksalah meninggalkan gym secara total dan terpaksa mengabaikan dulu plan untuk menguruskan badan atas sebab - sebab yang tak dapat dielakkan.

Tapi bila semakin lama semakin gemuk pulak aku tengok badan ni, ditambah - tambah lagi dengan keadaan muka bumi perut sendiri yang serupa perempuan mengandung, secara tiba - tiba keinsafan mula menunjukkan sinar dia. Start masa cuti raya haji 2015, aku pelan - pelan start balik datang gym walaupun tak berapa nak istiqomah. Masa tu lari atas treadmill memang takde gaya langsung. Lari sikit dah pancit. Termengah - mengah macam tak cukup nafas. So masa cuti sekolah ni, aku dah bertekad untuk mengunjungi gym dengan lebih konsisten dan berpanjangan. Walaupun bangun pagi merupakan cabaran terbesar dan terhebat bagi aku, itu semua aku persetankan. Setiap hari, pukul 9.30 pagi mesti aku dengan Oat dan terpacak dekat gym. Gigih kan kakak?

Untuk yang baru nak berjinak - jinak dengan gym, gym ni bukan tempat untuk kita mensadokan segala macam otot yang ada dekat badan sahaja. Sebenarnya, macam - macam aktiviti yang kita boleh buat dekat gym. Kalau korang nak main congkak pun boleh. Okay tak lawak. Untuk orang gemuk macam aku, yang misinya adalah untuk menurunkan berat badan, kita boleh buat aktiviti cardio di gym tanpa perlu memikirkan hujan panas ribut segala ataupun takut disambar petir. Yelah sekarang ni kan musim hujan, kang kau gym dekat taman kang kena petir pulak. Dekat gym insyaallah semua kelengkapan ada. Antara korang reti tak reti saja nak guna. Korang yang baru nak start, boleh jugak ikut langkah - langkah yang aku buat sebelum memulakan misi menguruskan badan di gym.

1) Kenal pasti misi diri sendiri. Nak kurus? Nak sado? Nak mencari jodoh?
2) Seterusnya bila dah tau sama ada nak kurus / sado atau lain - lain, korang kena buat research sikitlah tentang apa yang korang kena buat bila ada di gym. Contohnya macam aku, aku nak kurus. So kena lebihkan aktiviti cardio untuk membakar lemak, dan boleh jugak selitkan dengan aktiviti weight - lifting tapi yang ringan - ringan je okay. Ingat sikit, kita bukan nak jadi macam Malek Noor. Kalau macam aku , aku buat cardio lari atas treadmill untuk 5km, then berbasikal 20 minit (kadang - kadang) , weight lifting workout untuk tone kan lengan dan peha. Kalau rajin, boleh buat HIIT workout. Cepat sikit burning fat.
3) Makan kena jaga. Workout tu menyumbang 30% je keatas kejayaan kita menurunkan berat badan. Selebihnya tetap jugak kena jaga makan. Konsep dia senang je kalau aku, kalau kau makan banyak macam kena sampuk setan, kau kena workout macam orang takde arah pedoman untuk cover balik lemak yang dah disumbat dalam perut tu tadi. Senang. tak payah nak kira kalori sangat. Kalau aku lah.
4) Jadikanlah air masak tu teman sejati. Tahukan anda, manusia yang rajin workout dan kuantiti pengambilan air masak adalah ditahap yang thorrrbaik, maka bukan sahaja beliau akan membakar lemak tapi jugak bonus untuk kulit korang. Kulit orang yang sihat ni dia akan bebas cela, lembab, dan glowing bersinar umpama disinari sinar keimanan. Air masak jugak merupakan ejen pembakar lemak yang sungguh gemilang. Sepp sikit!
5) Rajin - rajinlah menimba ilmu dimana - mana. Kalau macam aku, aku suka tengok channel Kevin Zahari, belajar tips - tips yang dia bagi dan praktikkan setiap kali aku workout. Contohnya, aku suka buat squat and plank untuk melatih otot - otot perut yang degil macam iblis ni. Kalau kita buat dengan cara yang salah, bukan sahaja perut kita takkan flat, tapi kita boleh mencederakan otot - otot kita secara sementara ataupun kekal. Tak pasal - pasal dah cacat. Lepas tu belajarlah sikit - sikit cara nak menggunakan peralatan gym dengan berhemah dan berpengetahuan. So datang gym takdelah kau main hempas - hempas semua equipment gym tu. Kena tahu beban yang berapa kg yang kita boleh angkat. Jangan main taram je. Kang kalau buasir aku tak tau!
6) Cari gym buddies yang berkongsi mission yang sama dengan kita. Kalau dulu gym buddy aku adalah Joe, tapi sejak Joe dah kurus dan riak serta taknak bergaul dengan rakyat jelata yang marhaen ni, aku kenalah cari gym buddy yang lain. Nasib baik ada Oat. Gym buddy ni pada aku penting sebab kita ada kawan yang sama - sama nak workout. Kita tak akan bosan. And kita jugak akan compete antara satu sama lain, siapa dulu boleh habiskan 5km punya running dengan catatan masa yang terpaling awesome. Selalunya kitorang cuba habiskan 5km dibawah 50 minit. Gym buddy ni jugak fungsinya untuk kita sambil - sambil lari atas treadmill tu smabil nak bergosip isu semasa yang melanda negara kita. Jadi tak adalah kita mereput kebosanan.

Ini masa minggu pertama. Time ni berat aku 69.7kg.
Biasalah perempuan. Selfie itu wajin hukumnya!
Bila kita dah biasakan diri untuk ke gym secara istiqomah setiap hari dan setkan dalam kepala yang setiap hari kena habiskan 5km dibawah 50 minit, lama - kelamaan benda tu jadi satu tanggungjawab dan kemestian untuk kita yang kita kena penuhi setiap hari. Itu yang kalau tak pergi gym sehari rasa macam tak lengkap pulak hidup ini. Heceh. Kalau dulu aku start running dengan speed 5, buat 8 pun termengah - mengah mintak nyawa, tapi bila kita train hari - hari, sekarang ni pakai speed 9 atau 10 pun selamba je sambil makan kuaci. Walaupun tak kurus - kurus lagi, tapi bila stamina kita bertambah dari sehari ke sehari, ferghhhh! Nak cakap banyak pun malaslah! Kita rasa sendirilah yang badan kita lagi sihat, bertenaga, otak pun macam adalah bertambah pintar sikit. Yang paling penting, kita selangkah menghampiri gaya hidup sihat. Barulah nak beribadat takde alasan - alasan lagi. Kalau sakit, nak solat pun dah payah kan? (Time sihat pun malas solat kan kan kan?)

Muka nak serious. Stress sebab tak kurus - kurus.


Selain aktiviti cardio yang merupakan aktiviti wajib aku buat dekat gym, kadang - kadang aku layan jugak weight lifting ni. Dikurniakan Tuhan lengan yang sado dan sungguh mempesonakan, aku cuma nak tone up kan lengan biar cantik dan padu. Banyak gunanya. Kalau - kalau suami nak bersandar dibahu dan menjadikan lengan ni tempat beliau mencurahkan segala kepayahan dan kedukaan hidup, maka nahhh ambiklah lengan isteri beliau yang sado ni. Gitu. Tapi takdelah aku buat clean and jerk macam nak terputus urat leher tu , aku buat yang biasa - biasa je. Buat geli - geli ketiak orang kata. Bukan nak bulky sangat pun, asalkan otot - otot lengan jadi pejal, kira setellah tu.

Dah hebat. Sebelah tangan je layan. Sila kagum sekarang. Kihkih!
Ini minggu ke dua. Masa ni berat dah turun sikit 67kg.
Adalah penting sebelum kita memulakan aktiviti di gym, kita mesti buat diri kita rasa seselesa dan sepresentable mungkin. Itu pada aku lah. Sebab aku kalau keluar rumah memang jarang - jaranglah selekeh. Kehkeh. Jadi sebelum ke gym tu aku akan pastikan aku mandi dengan sebersih - bersihnya, pakai attire ke gym yang bersesuaian. Selalunya aku akan pakai baju yang serap peluh sebab aktiviti dekat gym ni akan buat kau orang berpeluh like hell.  Aku ke gym gosok baju dengan seluar track tu kalau korang nak tahu. Memang macam poyo sikit kan? Tapi pada aku, aku nak sentiasa nampak kemas dan cantik dan wangi bila - bila masa je. Oh dan yup, aku ke gym tetap pakai make up. Bukan make up tebal - tebal tulah kan, tapi still pakai bedak, still pakai mascara, still pakai eyeliner melentik - lentik. Benda tu buat aku rasa selesa dan berkeyakinan. So why not? Ada jugak yang kata kalau ke gym bermake up, muka akan jadi teruk and full of breakouts, tapi tak jugak aku tengok. Jerawat sebiji dua tu standard lah. Yang penting, aku suka. Dah diam.

Minum air sampai kembung.

Macam yang aku cakap tadi, bila kita workout, kita kena pastikan yang pengambilan air masak kita sehari - hari adalah mencukupi untuk elakkan kita daripada dehydrated. Aku ni pulak pesen manusia yang susah gila nak munum air masak. So apa aku buat untuk memotivasikan diri sendiri untuk minum air masak adalah, aku doodle dekat botol air masak tu bagi dia nampak comel dan menarik untuk aku selalu minum. Lepas tu letaklah apa apa quote yang menarik yang boleh buat kau rasa insaf dan terus rajin nak minum air masak. Kalau kau nak jimat, kau guna je botol minuman recycle yang BPA free tu. Kan senang.

Sebelum workout (Lari) aku akan sapukan losyen Mustajab Pati Halia extra hot dekat bahagian perut dan bahagian kaki, especially dekat betis. Panas tu memanglah panas, tapi untuk aku, losyen ni memang membantu gila untuk mengatasi masalah kekejangan dekat bahagian betis ataupun pinggang. Kadang - kadang kan kita sebelum workout tu buat stretching pun ala ala kadar je, tu yang kadang - kadang lari pancit, kejang. So apa aku buat, aku sapu je losyen ni. Automatik bahagian yang kejang tu akan perlahan - lahan jadi elok, dan kau akan rasa macam blood circulation dekat area tu dah bertambah elok dah. Memang betul - betul membantu losyen ni.


Sambil lari, aku suka kemam gula - gula minty brand Woods. Tak kiralah perisa apa sekalipun. Aku ni bukan manusia yang bersarapan pagi, so sugar intake untuk memulakan aktiviti di pagi hari tu memang kurang. Kalau workout dengan perut kosong ni aku takut kang aku terpengsan ke, terbelahak ke apa kan, dah buat scene pulak. Malu i olls. Sebab tu aku suka kemam gula - gula sambil berlari. Somehow dia macam jadi source of sugar yang menstabilkan keadaan diri aku sewaktu wokout. Takdelah rasa nak pengsan ke nak muntah ke ape kan. Kiranya sebelum memulakan larian, aku akan pastikan satu pek gula - gula ni ada dalam poket aku. Nasihat aku, jangan workout dengan perut kosong, memang tak bagus. Silap - silap korang boleh terbongkang pengsan. Tapi jangan terlalu full pulak, kang muntah pulak. Chill chill je, makan sikit pastikan food intake tu bersesuaian dengan aktiviti yang korang nak buat. Dan kalau nak buat workout yang endurance macam marathon ke apa ke tu jangan lupa buat carbo loading. Okay?

Tak kiralah apapun, yang paling penting adalah konsistensi dan istiqomah yang sangat - sangat padu. Hangat - hangat tahi ayam ni selaluya berakhir dengan episod kedukaan yang memilukan. Dan jangan expect yang kalau korang main gym seminggu terus kurus. Tak. Benda ni berkain rapat dengan banyak perkara. Makan kena jaga, kesihatan emosi dan fizikal pun penting. Yang paling penting sekali selalu jaga diri dan elakkan kecederaan yang serious semasa workout. Muscle soreness tu steadylah, jangan sampai patah sana sini pulak, sudahlah. Sebab tu ilmu tu penting. Jangan main taram main redah je. Belajar dulu apa yang patut kita tahu, then mulakanlah kehidupan bergym dengan bismillah, keyakinan pada Allah, niat yang betul dan usahalah semampu yang kita boleh. Yeah.

As for now, aku belum lah lagi kurus macam masa zaman anak dara dulu, tapi adalah nampak perubahan positif tu sikit. Makan pun walaupun belum insaf sepenuhnya, tapi dah start dah mula nak makan benda - benda yang sihat. Istiqomah ni yang susah nak buat ni. Man jadda wajada!!


Babai korang!

5 comments :

gp said...

KAu jangan pakai losyen mustajab tu untuk kurus sudah. Satu lori pun takkan kurus2

Cik Puan Bunga said...

@gpTak ah brader. Aku sedar akan hakikat kewujudan losyen tu! Kahkah!

Innanie Ariffin said...

kakak!!! u already have a bikini body wat! hahahaha

Cik Puan Bunga said...

@Innanie AriffinTIPUUUUUUUUU hahaha!

nurul izzati said...

Yat..dh brp kg turun?? Bestnye..
Akhir kata, mu comey sokmo yatt hehe