Menumpang Kasih.

Aku rasa semua orang tahu, yang aku tak ada Emak Mertua. Emak Mertua aku jauh kot, duduk Atlanta. Aku pulak jenis menantu yang tak berduit, nak jenguk Emak Mertua memang tak mampu. Aku cuba jugak menabung, ada niat dalam hati nak balik Atlanta jenguk keluarga mertua, tapi iyelah, baru tabung nak penuh, dah kena pecahkan nak bayar roadtax lah hape lah. Bilalah nak penuh.

Seumur kahwin, namanya bermanja dengan Emak Mertua memang tak pernah. Kesian kan aku? Sudahlah cantik, baik, boleh tahan pandai pulak tu. Tapi nak buat macamana, dah nasib dapat Emak Mertua duduk oversea. Kalau time raya tu memang menangis tepi jamban lah jugak, punyalah sedih tak dapat beraya sama dengan Emak Mertua.

Jadi cerita dia, aku ni kekurangan kasih sayang Emak Mertua. Gitu. Tak pernah merasa shopping sama, tengok wayang sama ke dengan Emak Mertua, tolong ketipkan kuku ke, cari uban ke apa, tak pernah. Dalam hati, teringin nak buat semua - semua tu sama - sama dengan dia. Tapi nak buat macamana. Dah jauh kan? Jadi bila ada sorang manusia ni, dia punya baik mengalahkan Emak Mertua aku sendiri, tiba - tiba aku rasa macam eh Tuhan tengah kasi aku merasa kasih sayang Emak Mertua ke apa ni. Sumpah terharu.

Mula - mula whatsapp macam biasa, ayat pun nak skema. Aku ingat lagi mula - mula whatsapp, aku panggil dia Puan. Yelah, dah dia ni emak student aku, aku ni pulak jenis manusia yang budi bahasa dia tinggi melangit (Muntah) panggil pun yang bagus - bagus je. Lama - lama mungkin dia rasa menyampah ke agaknya asyik aku panggil Puan manjang, dia suruh panggil akak je. Nampak lagi mesra , dari hati terus ke hati gitu.

Akak ni suka kasi aku makan. Makanan pertama yang dia kasi aku, aku ingat lagi, sambal hitam. Bapak sedap. Aku makan dengan nasi putih campur ayam goreng je time tu. Memang tak tengok kiri kanan. Orang lain pun aku tak pelawa. Masa dapat ni, rasa nak nangis tepi tempayan je. Dia punya terharu. Aku jarang kot orang buat baik dengan aku. Selalu orang kasi aku makan, makan maki jelah. Jadi bila ada insan yang layan aku baik - baik gini, kasi aku makan, aku rasa macam terbang melayang - layang. Sambil makan tu aku sambil nangis kot. Terharu kuasa lapan.

Sambal hitam. First time makan. Sedap nak mati.
Sebelum mengokak nasi, kita kena bersopan sedikit.
Semasa mengokak nasi, sopan tolak tepi sikit.

Akak ni selalu sangat kasi aku makan. Kasi cookies lah, cheesekut lah, pengat jagunglah. Hari tu masa aku nak hantar team merentas desa, singgah rumah dia kejap ambil anak dia, dia bekalkan sekali kuih dengan nasi lemak. Nasib baik aku tak nangis guling - guling depan halaman rumah dia. Dia punya baik, aku rasa macam tak layak pulak nak menerimanya. Dah dua kali jemput datang rumah dia untuk makan. Sampai naik segan aku. Asal datang je datang tangan kosong, sekali pakej dengan datang bawak perut kosong. Tak guna betul, kan? Masa pertama kali datang, sumpah aku rasa macam pertama kali datang rumah mertua. Sopan santun aku sepanjang dekat rumah dia, jaga kelakuan sebaik - baiknya, sehabis tenaga. Dalam hati, terdetik, oh macam ni agaknya rasa dia bila ada orang sayang. Macam ni rasanya bila ada Emak Mertua. Gitu.

Akak ni selalu whatsapp tanya khabar, nasihat aku macam - macam. Aku ni nama je cikgu anak dia, tapi perangai aku dengan anak dia sama aje ke longkangnya pun. Kalau aku silap sana sini, dia tolong tegurkan. Kalau aku tengah sedih ke, tengah rasa palat dengan hidup ke apa, tengah bergaduh dengan kawan ke apa, laju je dia whatsapp hulur bahu. Ya Tuhan. Aku rasa macam bertuahnya hidup aku ada orang sudi nak kasi ruang untuk aku tumpang kasih sayang. Kadang - kadang aku memang dah tak rasa dia ni emak student aku pun, aku dah rasa macam darah daging sendiri pulak. Dia punya caring, concern dengan aku, memang buat dada ni sebak tahan sayu lah.

Tuhan tu Maha Adil kan? Dia uji sikit aku dekat sana sini, dia bagi aku bahagia dekat satu sudut yang lain. 7 tahun kot aku tak pernah merasa macamana sayangnya Emak Mertua dekat aku. Kan aku cakap tadi, Emak Mertua aku duduk Atlanta. Entah kenapa aku rasa akak ni tadi macam substitute Emak Mertua aku. Cara dia layan aku, cara dia tumpahkan kasih sayang dekat aku, Ya Tuhan, sumpah aku rasa tak layak langsung nak terima kebaikan yang melampau - lampau macam tu. Yang paling aku rasa macam nak peluk akak ni kuat - kuat, setiap kali aku merajuk entah hapa hapa, Ya Tuhan dia yang datang pujuk sampailah aku okay. Mengada kan? Tak tahulah kalau dalam hati akak tu terasa nak baling aku pakai selipar ke apa ke kan. Kehkeh.

Aku rasa, setakat nak ucap terima kasih memang tak memadai. Picisan je. Kan? Budi baik akak tu, sampai ke liang lahad akan aku kenang. Aku akan jaga dan tunaikan amanat akak tu sedaya - upaya aku, aku akan didik dan pastikan anak dia tak buat macam - macam, berjaya dalam pelajaran dalam hidup dan membanggakan keluarga dia dunia akhirat. Insyaallah. Terima kasih sedunia aku ucapkan untuk akak tu sekeluarga. Mungkin pada akak benda ni kecik je kak, tapi pada aku, akak tu dah bagi aku satu perasaan yang aku tak pernah nak dapat sebelum ni. Akak tu dah bagi aku rasa indahnya merasa kasih sayang daripada orang yang aku panggil Emak Mertua. Kasih sayang yang aku tak pernah dapat, tak pernah mimpikan untuk merasa. Malah, aku tak berani nak bermimpi, sebab aku tahu, aku memang takkan pernah dapat merasa, Terima kasih kak, untuk serpihan hatinya, tempat saya menumpang kasih, tumpang berteduh, tumpang bermanja.

Semoga Allah satukan hati - hati kita, seerat - eratnya dalam doa - doa kecil kita yang Tuhan angkat nun jauh ke langit tujuh-Nya. Semoga ukhuwah kita ni terjalin sampai bila - bila kak, insyaALLAH.

Saya sayang akak. Lillahi taala.

Okay dah, Aku dah sedih ni. Nak nangis kejap.

Dah. Babai.

Read More»

Berhenti Berharap.

Hari tu kawan aku cerita, dia nangis masa tengah drive kereta pasal dia lapar sangat. Dia expect sebelum dia gerak balik kampung, dia boleh makan nasi. Tapi sebab tak ada siapa nak masak untuk dia, dia tak dapat nak makan nasi. Jadi, dia nangis tengah jalan. Sayu betul cerita dia. Iktibar dekat sini ada dua. Satu, jangan main - main sama orang lapar. Apa dia bakal buat, kau takkan dapat jangka. Nombor dua, expectation ni main dia serupa celaka. Kalau money tu root to all evils, expectation ni pulak root to all heartaches.

Betul.

Kawan aku pesan, hati - hati bila dah start attached dengan somebody. Somebody dekat sini boleh jadi sesiapa jelah. Kawan ke, suami ke, isteri ke, boss ke, jiran ke, makcik kantin ke, ketua kampung ke, siapa - siapa jelah. Kenapa nak kena hati - hati? Sebab, bila kau dah start attached, kau akan expect lebih, dan bila kau expect lebih, tapi somebody tadi tu tak boleh nak penuhi expectation kau, kau tak boleh nak terima kekecewaan. Dan bila kau tak boleh nak terima kekecewaan, itu yang kau end up meroyan tak tentu hala.

Sadis , kan?

Expectation ni, macam kau daki tempat tinggi. Makin kau daki, semakin besar harapan yang kau lambungkan. Tempat tinggi ni memang seronok (Tapi tak lah pada aku kan, pasal aku gayat!) seronok dia apa tau, sebab kau boleh nampak view segenap semesta dari atas tu. Buat kau rasa gah, buat kau rasa superior. Tapi manusia ni, satu benda dia lupa. Semakin tinggi kau daki, semakin jahanam rasa dia kalau kau jatuh nanti. Bayangkan, jatuh dari atas kerusi banding dengan jatuh dari bangunan lapan belas ratus tingkat. Mana lagi sakit? Silap - silap terus mati. Kalau mati tak apa jugak, tapi kalau tak mati? Dengan patah riuk, lebam luka parah sana sini.

Sama macam hati kau.

Kau expect macam - macam dari orang, especially orang yang kau sayang. Orang yang kau attached tadi ni. Dan dah namanya manusia, mana ada yang sempurna. Bila tak sempurna, kadang - kadang dia tak dapat nak penuhi expectation kita tadi tu. Semakin tinggi expectation kau pada dia, semakin padu rasa dia kalau dia kecewakan kau. Rabak hati weh. Sakit dia tak tertanggung. Dia punya sakit memang tak terucap dengan kata - kata.

Kadang - kadang, ada manusia yang berhenti berharap dan tak expect apa - apa lagi dalam hidup dia daripada orang lain. Mungkin itu yang terbaik. Kita expect nothing daripada orang lain, jadi kita tak akan rasa kecewa. Bila kita tak rasa kecewa, hati kita pun tak rabak.

Mungkin jugak dah sampai masa untuk aku berhenti letak apa - apa expectation daripada orang lain. Sebab kita tak boleh nak anggap semua orang ni akan balas balik apa jugak pengorbanan yang kita pernah buat untuk mereka. Kan?

Kita petik bintang untuk orang.
Lautan api pun sanggup kita renang.

Tapi orang tak mungkin sama dengan kita.

Petik buah untuk kita pun orang tak sanggup.
Suakan kopi panas pun orang tiup.

Sudah - sudahlah, kan?

Sudah - sudahlah.

(Senyum)

Sudahlah.

Berhenti Berharap : Sheila On 7.

Dah. Babai.

Read More»

Dibenci Wanita.

Aku rasa entry ini akan menjadi sangat kontra dengan entry aku yang ini.

Kalau aku ni dimasukkan dalam satu bilik yang ada lelaki dengan perempuan sama banyak, aku rasa kurang dari sepuluh minit aku akan bonding dengan team lelaki lebih cepat daripada team perempuan. Dan yang team perempuan tadi, instead of bonding dengan aku, diorang akan menubuhkan satu kumpulan khas untuk membenci aku.

Betul.

Perkara ini sangat misteri pada aku sampailah ke saat aku menulis entry ni. Dari zaman aku kecik sampailah ke zaman aku yang tak berapa nak kecik ni, aku tak tau kenapa aku sangat mudah dibenci wanita.

Masa kecik, aku ada satu geng budak - budak kampung yang terdiri daripada enam orang budak. Guess what? Aku sorang je perempuan, yang lain semua lelaki. Mana budak - budak perempuan yang lain? Diorang taknak geng dengan aku.

Bila zaman aku sekolah rendah, sekolah menengah, sampailah ke universiti geng aku mesti dengan budak - budak lelaki. Kawan perempuan aku mesti ada cuma sorang dua. Itupun yang betul - betul boleh masuk satu kepala dengan aku, yang lain mesti menjauh. Aku taktau kenapa.

Hakikatnya, kalau aku duduk sebelah perempuan, lima minit kemudian mesti perempuan tadi tu buat tak layan dengan aku. Kalau aku duduk sebelah lelaki, lima minit kemudian mesti kita orang dah boleh bonding dengan awesome sekali. Aku rasa aku memang mudah dibenci wanita.

Hari tu aku pernah cakap pasal benda ni dengan kawan aku dekat tempat kerja, dengan muka beriya aku menyuarakan keluh kesah kenapalah aku ni mudah sangat dibenci oleh kaum sejenis.

"Yang kau kisah sangat perempuan suka engkau ke tak ni kenapa? Kau lesbian ke?"

Bukan aku lesbian. Cuma iyelah, kadang - kadang kau jalan dekat shopping kompleks, tak pasal - pasal nanti ada sekumpulan perempuan pandang kau macam nak ajak gaduh. Aku pernah kot makan McD dengan kawan baik perempuan aku, lepas tu ada sekumpulan makcik dok pandang ushar - ushar sambil buat muka menyampah. Apa salah aku? Aku duduk diam - diam makan ayam goreng aje kot!

Aku bukan tak suka berkawan dengan perempuan, aku suka. Aku berkawan dengan sesiapa je yang buat aku rasa selesa. Tapi biasanya, perempuan yang tak berapa selesa nak berkawan dengan aku. Aku rasa mungkin sebab aku kasar, tak macam perempuan - perempuan lain yang lemah gemalai, berjalan ibarat puteri dilindung bulan, tutur kata penuh tertib sesuci lebaran. Aku kalau berjalan je dah macam askar berkawad. Tu belum lagi kalau buka mulut, suara serupa pondan. Dengan badan ketul - ketul, biceps terkeluar kiri kanan, aku rasa memang tak layak nak masuk geng - geng perempuan Melayu Terakhir. Sedih kan?

Tapi memang misteri kenapa perempuan tak suka nak mingle dengan aku. Aku best kot? Aku punya kelakar memang tiada tandingan. Lepas tu aku boleh tahan bijak jugak. Tak adalah bodoh sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Satu lagi, sebab aku badan ketul - ketul, korang tak payah risau pasal keselamatan, sebelah tangan je kot aku boleh buat badan orang bengkok jadi nombor lapan. Cehcehceh lebih pulak. Tapi itulah, tak ada jugak nak berhajat nak jadikan aku kawan karib dunia akhirat. Menangis tepi perigi.

Tapi bila aku baik sangat dengan lelaki, yang tak bestnya adalah nanti orang mengata itu ini. Yelah, dengan status aku dah berkahwin, dah ada anak sorang, masih jugak nak berkawan dengan lelaki sana sini, orang mengata. Kalau tak mengata depan - depan, confirmlah orang mengata belakang - belakang. Susah kan nak puaskan hati semua orang? Aku berkawan aje kot, apa engkau orang ingat aku buat gang bang ke apa?

Mentaliti. Lagi - lagi kalau dah masuk bab- bab agama. Ustaz Ustazah segera macam keropok lekor losong. Tepung aje banyak, ikannya tak ada. Gitulah. Ilmu menghentam aje padu. Lelaki dengan perempuan mana boleh jadi kawan, mana boleh jadi bestfriend. Mana boleh jadi buddies. Harommm. Yelah, aku jelah yang harom. Korang buat perangai macam nokharom tu tak harom pulak.

Pucuk pangkal hati. Buat apa nak puaskan hati semua orang. Bukan diorang yang kasi aku makan. Kalau aku keluar dengan kawan - kawan lelaki aku, semua tu dalam pengetahuan suami aku. Kalau aku ke gym ke, lepak mamak ke, hiking ke, keluar makan ke dengan kawan - kawan lelaki aku, semua tu aku dah bagitahu siap - siap dekat suami. Dari A sampai Z. Tapi itulah kan orang Melayu, ada je benda yang diorang nak sibukkan , nak mengata sana sini. Aku bersyukur dapat suami yang memahami. Bukan jenis yang cemburu tak bertempat. Aku kenal dia 15 tahun kot sebelum kami bernikah. Sepanjang kami kenal tu memang dia sedia maklum kawan lelaki aku lebih majoriti daripada kawan perempuan. Dia chill je, korang je yang menggelibas lebih. Tampar nak?

Kalau orang nak label aku dengan nama - nama yang kurang baik, sebab aku berkawan dengan lelaki, aku takde kuasa nak menghalang. Aku bukannya Thor, ada tukul ajaib yang boleh ketuk je kepala engkorang yang suka sangat judge aku. Aku manusia biasa , perempuan yang lemah gitu. Paling - paling pun aku nangis sambil tekup muka pakai bantal. Yelah, aku ni muka je gangstar, muscle sepah - sepah sini sana, hakikatnya aku macam perempuan yang lain jugak. Hati aku tisu jugak, engkau orang ni pun.

Minta maaflah kalau ada yang tak suka.

Engkau orang nilah suka sangat judge aku, benci aku tanpa usul periksa. Nak kata aku lawa, tak de lawa mana pun. Engkau orang janganlah benci aku sangat - sangat. Mehlah kenal - kenal. Kan ke orang kata, tak kenal maka tak cinta?

 Harta.

Minta maaflah kalau ada yang meluat.
Jangan muntah dalam mulut eh?

Read More»

Selamat Hari Lahir , Hafizal Elias !

Aku harap, disepanjang aku tidak menulis di dalam blog yang picisan ini, adalah satu dua jiwa yang merindu. Cehceh. Gitu.

Aku busy gila kot. Kau apa tau?

Tak sempat nak fikir azam tahun baru, tiba - tiba je dah masuk bulan Febuari, what the .. ? Tapi sumpah, tahun 2015 ni aku memang busy mengalahkan Makcik Kantin. Macam banyak sangat kerja yang aku nak buat. Last - last aku tak buat semua kerja. Duduk depan TV makan keropok ikan. Kahkah.

Sampaikan birthday suami pun, aku tak sempat nak update. Teruk betul. Dah berbulan dah berlalu, hanya bunyi cengkerik sahaja yang menghiasi blog aku ni. Memang teruk kuasa dua.

29hb Disember 2014 yang lepas, kami anak - beranak sambut hari lahir suami yang ke 33 tahun. Bertambah umur manusia yang paling aku cinta dunia akhirat ni. Takde sambut birthday dekat Kelab Malam atau hotel grand - grand. Macam biasa, kalau ada sesiapa sambut birthday dalam rumah ni, sambut dengan tahlil ringkas yang dikepalai oleh Abah aku yang handsome lagi macho.

Nak senang, beli aje satey dengan roti nan. Kami ni keturunan perut yang mudah terhibur, Sogoklah apa sahaja, nescaya kami akan makan dengan penuh gembira. Lepas Maghrib masing - masing dah duduk comel - comel depan makanan sambil tunggu Abah bacakan doa untuk tahlil.

Jemput tengok!
Bila part potong kek, ada seorang manusia yang teruja dia lain macam. Macam birthday dia pulak, siap pakai songkok standby nak potong kek. Penat aku pujuk macam - macam untuk mengelakkan beliau daripada terus bersifat liar. Eh tak jugak makan saman. Bapak dia saja yang tahu nak handle macamana. Sudahnya nak tak nak terpaksalah potong kek sama - sama. Suka betul Adam dapat potong kek dengan bapak dia. Gasaklah engkau orang anak - beranak.



Tahun ini, sama macam tahun - tahun yang lepas, masih belum mampu nak belikan suami hadiah yang mahal - mahal. Sorry, sayang. Korek duit tabung ayam, mampulah aku nak hadiahkan suami dengan jam tangan. Lain tahun , kalau rezeki ada, aku belikan hadiah yang padu sikit eh. Tengok suami tersenyum simpul dapat hadiah jam tangan, Ya Tuhan sejuk betul rasa hati ni. Rasa cinta melimpah ruah bertabur - tabur tumpah - tumpah ke tanah gitu.


Selamat hari lahir aku ucapkan untuk satu - satunya lelaki yang duduk diam - diam dalam hati aku ni sejak 15 tahun yang lepas. Tetap mengungguli carta hati dan tak pernah diganggu - gugat oleh mana - mana lelaki selepas itu. Insyaallah , membawak ke syurga. Amin. Terima kasih , kerana sentiasa ada dengan aku tak kira apa sahaja situasinya, Terima kasih kerana menerima aku seadanya , menerima baik buruk aku, perangai aku yang tak semenggah, sentiasa bersabar dengan aku dari mula sehinggalah ke akhirnya.

Dialah satu - satunya suami terbaik yang aku ada, Yang sanggup bangun pukul 3 bagi semata - mata nak kasi aku makan, yang sanggup menadah telinga dengar segala kesuh kesah masalah entah hapa hapa isteri dia yang seorang ini, yang sentiasa cakap akulah perempuan yang terpaling cantik dan terpaling menakjubkan dimuka bumi Tuhan ini. Terima kasih Hafizal Elias. Semoga rahmat dan cinta Allah sentiasa untuk kamu.

Lina sayang abang, sampai bila - bila!

Amin.

Nah. Belanja gambar pengantin seketul.

Dah. Babai!

Read More»