Friday, August 21, 2015

Entry Raya Lemau : SELAMAT HARI RAYA DUNIA!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku type entry ni sambil kunyah saki - baki biskut mesjid yang Oat kasi. Sedapnya subhanallah! Oat, nak lagi sembilan bungkus!

Tahun ni lambat gila nak mati update entry raya (╥_╥)  maaflah. Bukan sengaja. Busy gila. Dahlah balik sekolah lambat, asal balik sekolah je, rumah kena terjah dengan students. Bila malam pulak, penat dah satu hal. Jangan kan nak type entry, nak bukak mata pun dah malas. Nak pergi dapur ambik air pun guling - guling aje. Malas nak jalan punya pasal. Eh tu macam dah tipu sangat pulak eh.

Raya ini tahun, tema warna hijau. Nampak lebih nyaman, segar dan tenang sedunia. Yang sedihnya, baju raya aku tahun ni sepasang aje. Sibuk buat persiapan raya yang lain, sekali tu baru perasan baju raya cuma ada satu. Padan muka aku. Tapi takpe, tak payah nak baling - baling pinggan mangkuk, walaupun cuma ada sepasang baju raya, raya tetap disambut dengan meriah dan gilang - gemilang.

Bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi lalalala eh ternyanyi pulak. Semua memang dah sedia maklum, bangun pagi mestilah gosok gigi. Jarang - jarang pulak orang bangun mandi tapi gosok kuali atau gosok ubi. Lepas dah siap - siap, perut ni macam tak berapa nak kuat untuk tunggu jemaah masjid pulang dari masjid. Lalu, tanpa berselindung lagi, aku adik beradik mengokak ketupat di bawah tudung saji. Tahun ni tahun pertama Adam ikut solat sunat hari raya dengan papa dia. Emaknya duduk dekat rumah siapkan segala benda. Tipu lagi. Semua benda mak aku yang siapkan, aku kemas sana sini sikit - sikit je.

Tahun ni raya meriah di kediaman En Isnin Bin Bardi, sebab semua anak - anak dia beraya dekat Banyumas tahun ini. 4 anak, 3 menantu dan 7 orang cucu. Hambik kau jajan. Dengan riuh rendah, hingar - bingar, masing - masing berebut bilik mandi, sekejap sana nangis, sekejap sini nangis, kang belum masuk yang emak emak menjerit sampai nampak anak tekak tu lagi. Nampaknya En Isnin dan Puan Latifah tabah sahaja menyambut Syawal dengan hati yang tenang.

Kuih raya.
Kuih raya lagi.
Kuih raya lagi dan lagi.
Juadah pagi raya macam biasa, ketupat mesti tak boleh missed punya. Rendang, ayam goreng, lodeh, kuah kacang. Tak payah cakap banyak lah, dia punya sedap memang boleh buat kau lupa nombor IC sendiri. Makan banyak kali tanpa ada sekelumit perasaan bersalah. Gemuk tak gemuk, dah sedap, makan ajelah. Lepas makan - makan, bersiap pulak pakai baju cantik - cantik sementara menunggu jemaah masjid balik untuk sesi bergambar dan bermaaf - maafan. Sendu sikit tahun ni sebab suami kena kerja pada hari raya pertama. Sedih. Sebab nanti masa kitorang keliling kampung ziarah rumah sedara mara. suami tak boleh nak join (╥_╥) 
Tahun ni kelabu. Tadaaaa !
Lelaki - lelaki yang saya cinta.
Isnin's clan.

Sebelum apa - apa, sebelum anak masing - masing membuas, kita ambik gambar family dulu. Sebab nanti bila yang satu panas, yang satu rimas, yang satu muntah, yang satu ngantuk jangan kata gambar family, gambar tapak kaki sendiri pun tak mampu nak ambik. Jadi sebelum kejadian - kejadian macam tu menyerang keluarga kita, kita relaks - relaks, tenang - tenang, ambik gambar dulu ye?

Lepas dah ambik gambar sebanyak beberapa ratus keping untuk kepuasan diri sendiri, barulah keluarga Isnin bermaaf - maafan sesama ahli keluarga. Inilah masanya nak clearkan semua - semua dosa dan salah silap dimasa yang lepas. Family aku ni jiwa kental masing - masing, time mintak maaf takdelah adegan sendu mengalir airmata darah apa bagai, semua chill je. Budak - budak paling sukalah time ni, sebab semua nanti dapat duit raya. Yang dewasa jelah yang mereput sendiri - sendiri, duit tak dapat. Duit terbang ada lagi  (╥_╥) 

Mintak maaf ye!
Kami empat beradik.
Selfie sekejap.

Kebahagiaan kitorang berselfie sesama sendiri ni sekejap je, tak lama pun. Sebab lepas tu rumah mak abah kena serbu dengan saudara mara dari segenap pelusuk dunia. Habis satu trip, datang lagi satu trip. Dia yang mendatangkan amarah apa tau, time kita santai - santai takde nak pegi mana, takde sorang pun nak datang rumah. Eh tapi nanti bila kita dah siap - siap nak beraya, ha tu dia, ambik kau jajan. Lapan lori tanker datang sekali harung. Mana tak mata juling - juling naik atas. Tu yang berlekit ketiak tunggu tetamu balik baru boleh start enjin beraya ke rumah sedara mara (╥_╥) 

Tahun ni macam tahun - tahun sebelumnya, seminggu hari raya tu memang penat sedunia. Penat isi balang kuih dengan kuih raya, penat basuh pinggan, basuh gelas. Penat sapu ruang tamu, kutip serdak - serdak kuih raya ats karpet, kutip serpihan gelas pecah, kutip sampul duit raya tetamu buang merata, phew macam nak nangis pun ada. Tapi tulah bak kata orang, tetamu yang datang ni membawak rezeki, bawak barokah. Jadi sabar dan tabah ajelah sambil senyum - senyum simpul duduk bersimpuh kuis rempeyek dari bawah kerusi.

Untuk kami adik beradik berempat ni, raya nilah masa yang seboleh - bolehnya kami akan luangkan masa bersama. Walaupun perangai masing - masing memang jauh beza, macam langit dengan bumi, tapi bila dah duduk sama - sama, memang tahulah yang kami ni adik beradik keluar dari rahim yang sama. Buruk baik, kami ada sesama kami ajelah. Doanya, supaya kami takkan berpecah bertelagah sampai bila - bila. Boleh hidup berkasih sayang sampai ke tua walaupun tak sepanjang masa hidup bersama. Insyaallah. Memanglah kadang - kadang kami masing - masing ada jugak buat perangai tahi, tapi bak kata orang, carik - carik bulu tenuk lambat laun bercantum kembali.
 
Alhamdulillah, Syawal tahun ni dapat kami sambut dengan penuh kebahagiaan dan penuh kebarokahan insyaallah. Walaupun cuti raya cuma seminggu, sempat kami berziarah rumah saudara mara jauh dekat mana yang sempat. Insyaallah ada umur panjang, kita jumpa lagi. Ye dak? Terima kasih untuk saudara mara yang sudi berkunjung ke rumah Emak Abah, kawan - kawan, dan yang paling teristimewa, anak - anak murid yang tak jemu-jemu datang bertandang ke rumah. Mana yang terkurang terlebih tu harapnya dapat dimaafkan ya.
 
Okaylah, nak sambung korek serdak kuih raya. Cerita marhaban, rumah terbuka apa jadah semua kita sambung lain entry, okay? Gimme five sikit. Dah babai.