Friday, January 22, 2016

Hafizal Elias Dan 34 Tahun Umur Beliau.

Aku ingat lagi satu malam ni, aku bangun untuk tahajjud. Time tu hati aku susah sangat - sangat. Hidup waktu tu sangat tersepit. Setiap masa berperang dengan airmata. Aku lupa macamana rasanya untuk hidup bahagia. Setiap saat asyik bersedih, tertekan, murung. Aku lupa macamana untuk senyum macam biasa. Hidup waktu itu memang tersangat diduga Tuhan. Jadi satu malam tu aku bangun untuk tahajjud. Dasar manusia yang seringkali kufur nikmat. Time susah baru nak kenal tikar sejadah. Usai solat, sewaktu tangan menadah mahu meminta - minta dari yang Maha Esa, aku terpandang muka suami yang ketika itu sedang asyik tidur. Wallahi, itulah raut wajah manusia yang paling tenang pernah aku tatap sepanjang hidup aku. Walaupun pada masa itu aku tahu macamana porak perandanya hati dan perasaan suami dengan segala yang berlaku dalam kehidupan dia. Dengan aku yang sepanjang masa bersedih, dengan cakap - cakap manusia kiri kanan yang sangat - sangat mencabar kewarasan, suami temui ketenangan dalam tidurnya. Airmata yang tadinya mulai surut, kini jatuh lagi macam hujan. Tersengguk - sengguk bahu menahan tangis, kawal suara daripada meraung. Dahi suami aku kucup sekali.

Aku raungkan pada diri sendiri, what am I without you. What am I without you.

Lalu kepada yang Memegang Arasy, aku pohonkan doa, agar suami, kekasih halalku ini dianugerah Tuhan syurga yang abadi. Diberikan segala kebaikan , segala kerahmatan, segala kemuliaan disisi Tuhan. Aku pohon agar segala - gala bangsat yang membelenggu kebahagiaan aku sekarang ini dihilangkan. Aku pohon agar jiwa suami aku sentiasa dibahagiakan. Dunia dan akhirat.

Aku selalu temui kekuatan di bahu suami. Sentiasa. Tak kira apa musibat yang berlaku dalam hidup sekalipun, suami tempat aku meminjam sedikit kekuatan untuk bangun dan melangkah meneruskan kehidupan. Allahu. Tak terucap syukur kerana ditemukan jodoh dengan seorang lelaki yang sifat sabarnya tinggi ke langit tujuh. Suami ibarat pelengkap segala cinta segala bahagia. Untuknya, aku tumpahkan segala kasih segala cinta, segala - gala rasa untuk dia. Hafizal Elias.

Setiap kali tarikh 29hb Disember memunculkan diri, aku pulak yang excited membabi - buta. Terbayang segala macam benda yang aku nak buat pada tarikh yang sungguh istimewa tu. Hari lahir suami. Dah lima belas tahun kami raikan bersama. Alhamdulillah. Semoga untuk beratus - ratus tahun yang akan datang, aku diizinkan Tuhan untuk sama - sama sambut hari lahir lelaki yang paling aku cinta. Amin ya rabb.

Hari lahir suami yang ke 34 tahun ini , macam biasa, kami raikan dengan suasana yang simple tetapi penuh rasa kekeluargaan. Dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh Abah, aktiviti seterusnya macam biasa, apa lagi. Makan!! Menu kali ni datangnya dari Embun. Dah berbulan - bulan dia sibuk ajak kitorang untuk ber-shell out. And dah berbulan - bulan jugaklah kitorang terpaksa tunda plan nak ber-shell out sama - sama sebab masing - masing busy dengan urusan dunia yang tak habis - habis. Alhamdulillah. Sampai jugak hajat nak ber-shell out dengan family. Emak yang masak semua ni. Aku cuma beli bahan mentah dengan membebel - bebel dekat dapur je. Yang lain, semua Emak dengan Embun yang setel.

Kitorang hamparkan kertas mahjong panjang - panjang, alaskan dengan plastik putih jernih, lepas tu terus lambakkan segala makanan atas tu. Nasi putih pulak aku dah siap kepal - kepalkan, sorang satu kepal, letak brokoli sebatang atas dia. Comel betul. Aku tengok suami makan dengan penuh berselera. Kembang kuncup hati aku menengoknya. Walaupun bukan air tangan aku, tapi aku kot yang pilih ketam-ketam udang kupang pesemua tu. Okay tipu. Ketam segala bagai tu suami yang pilih. Aku tak tahan dengan bau pasar. Okay korang dah boleh dah kalau nak baling aku pakai selipar. Emak punya masakan memang cap jempol lah! Memang tak tengok kiri kanan aku makan. Tau - tau je, eh dah habis! Gitu.

Suami awal -awal dah pesan taknak kek besar - besar. Nanti tak habis. So, aku pun beli kek pelbagai perisa. Satu perisa beli sepotong. So macam - macam perisa ada. Boleh pilih mana yang berkenan. Suami ni bab kek memang cerewet. Dia suka kek buah - buahan segar, kek kelapa ke, kek rambutan ke macam tu. Kek - kek hipster cokelat lapan lapis lah apa ni semua dia memang tak layan.

Ya Allah! Sedapnya sedapnya sedapnya!


Tahun ni, suami sendiri yang pilih hadiah apa yang dia nak untuk birthday dia. Selalu aku je yang request kan, so kali ni saja nak bagi dia pilih untuk hadiah birthday dia. Dia pilih 3 barang. Rasanya ini memang wishlist dia tahap dewa-dewa sebab bila aku presentkan tiga benda ni dekat dia, bukan main bersinar lagi mata. Dia mintak Black & Decker punya drilling set, spek baru dengan sandal baru. Bila tengok muka dia berseri lain macam , bahagia pulak aku rasa. Suami memang suka drill sana sini, buat kerja - kerja rencam macam tu. Dia dah ada satu drill set sebenarnya. Dengan satu tool box yang penuh dengan segala benda skru, spanar pejadah semua. Tak kisahlah. Asalkan dia suka, dia bahagia. 

Untuk suami.
Terima kasih suami kerana memilih aku sebagai isteri. Dulu masa bercinta, suami selalu cakap suruh kahwin dengan dia. Nanti dia layan macam princess. Aku ingat tu semua cakap - cakap sembang lelaki nak test market je. Tapi bila aku bernikah dengan dia, memang dia layan sesungguhnya aku macam seorang puteri raja yang mengada - ngada nauzubillah. Walaupun aku tak lagi macam dulu, macam masa zaman muda - muda dulu, yang flawless, yang kurus, yang cantik, tapi suami tetap layan aku macamlah aku ni perempuan yang terpaling cantik dalam dunia. Kesabaran suami dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan papa yang sangat - sangat sempurna untuk aku dan Adam , hanya Tuhan saja yang mampu membalasnya.

Bukan harta benda dan kemewahan yang aku mahukan. Cukuplah dengan segala yang kita ada pada hari ini. Biar tak mewah, kita masih bahagia hidup dibawah bumbung serba sederhana. Cinta kita masih segala maha. Aku cuma mahu kita abadi dan bertemu di syurga Tuhan nanti. Menjadi ketua segala bidadari yang diizin Tuhan untuk mendampingi engkau. Aku mahu yang itu. Yang itu. Insyaallah. Pimpin aku ke sana, wahai suami kurniaan Yang Maha Esa. Aku tak akan mampu mencintai lelaki lain, sama atau lebih hebat daripada cinta aku pada dia. Kemuncak segala rasa. Segala - galanya. Terima kasih suami. Syurga Tuhan semoga menjadi milikmu. Amin ya rabb.


Dah. Babai.

2 comments :

Zayani Zulkiffli said...

Ya Allah. Touching nya saya baca post awak.

Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

Cik Puan Bunga said...

@Zayani ZulkiffliTerima kasih ><,