Friday, January 15, 2016

Kun Fayakun.


Pertama kali dalam hidup aku sebagai seorang guru. Itulah kali pertama sejak 8 tahun menjadi seorang cikgu, aku terkebil - kebil pandang markah prestasi dekat komputer meja Pembantu Tadbir tempat aku mengajar. Aku pandang dia, dia pandang aku. Lepas tu aku pandang dia balik. Eh dia pandang aku lagi. Makan jugak berbelas saat pandang memandang macam gitu. Mulut aku memang betul-betul kaku tak boleh nak cakap apa.

"Tinggi jugak markah prestasi awak ikut tahun - tahun sudah. Pernah dapat APC?" tanya Pembantu Tadbir sekolah aku lagi. Aku geleng perlahan - lahan. Bukan apa, kalau aku geleng laju - laju, aku takut kepala aku pening.

Mata aku masih pandang markah prestasi daripada tahun 2012 - 2014 yang berturut - turut Ketua Jabatan aku pada  ketika itu bagi selamba - selamba 90++. Tapi tak ada sekelumit perasaan bangga pun bersarang dekat hati aku yang penuh tanda tanya sebab dekat tangan aku pada ketika itu adalah markah prestasi aku tahun 2015 yang cuma mencatat 77. Aku pandang sekali lagi borang prestasi tahun 2015 dengan satu tanda tick dalam area kotak 'Tidak Diperaku'. Masa tu aku rasa macam aku tengah naik roller coaster. Segala  macam perasaan aku rasa. Sekejap aku rasa macam nak nangis, sekejap aku rasa macam nak marah, sekejap aku rasa macam nak guling-guling atas lantai, sekejap rasa macam nak terajang batu - bata. Semua perasaan tu berlumba - lumba menyerang hati aku yang aku yakin dan confirm sekali pada ketika itu sedang dikuasai syaitan. Dibisik - bisiknya benda bukan - bukan dekat telinga aku. Diapi - apikannya hati dengan perasaan aku. Semua yang buruk - buruk.

Aku beristighfar beberapa kali. Sambil urut - urut dada sendiri, yelah, takkanlah aku nak urut dada Pembantu Tadbir aku tadi, aku berulang kali ingatkan diri sendiri bahawa ini semua kehendak Allah. Ini semua susun atur rancangan Dia. Ini semua Dia yang berkehendak. Ini semua Dia punya kerja. Ini semua ujian untuk aku. Bukan rezeki aku kali ini untuk mendapat kenaikan pangkat berasaskan Time-Based DG44. Bukan. Belum masanya lagi untuk aku. Bukan. Walaupun dalam hati aku rasa macam sia - sia aku beriya - iya mengajar selama 8 tahun ni, memacaikan diri untuk mendidik anak - anak orang yang perangainya macam - macam, tapi Tuhan kata belum. Ini belum masanya lagi.

Aku tinggalkan office sekolah dengan markah prestasi 2015 di tangan. Aku atur langkah lambat - lambat masuk ke bilik guru. Sesekali aku beristighfar lagi. Aku taknak syaitan terus - terusan membisik itu ini. Aku taknak kalah. Aku taknak kalah dengan yang namanya musuh abadi. Aku duduk dekat meja aku dalam bilik guru. Aku pejam mata. Terbayang - bayang markah aku yang 77 tu tadi. Bersama dengan komen Ketua Jabatan di bahagian ulasan "Perlukan bimbingan lagi untuk menjadi guru yang baik dari segi hubungan dengan rakan sekerja." Dan macam fast mode, kepala hotak aku dok memflash back segala benda yang berlaku sepanjang 8 tahun aku berkerja menjadi seorang guru. Semuanya. Semuanya. Bukan aku nak mengungkit, sumpah wallahi. Aku ikhlas dengan apa yang aku kerjakan dan usahakan selama 8 tahun ini. Aku bukan semata - mata menjadi seorang guru. Tapi lebih dari itu. Apa je yang aku tak buat?

Tahun demi tahun aku majukan diri sendiri daripada segi pengalaman mengajar dan juga pengetahuan sampingan berkaitan pengurusan dalam bidang pendidikan. Tahun demi tahun aku mencabar diri sendiri untuk mengambil ruang dan peluang untuk memantapkan karier yang aku cintai ini. Aku buat segala - gala yang aku terdaya. Segala - gala. Aku bukan jenis cikgu yang datang sekolah jahit manik baju raya bawah meja, masuk kelas main dota, isi borang CRK, MC memanjang. Aku pernah tinggalkan Adam yang demam panas, batuk muntah terbelahak sebab aku taknak ambik MC atau cuti dan nantinya akan tinggalkan anak - anak murid aku yang pada waktu itu nak exam PMR. Aku pernah balik Maghrib tinggalkan suami yang masa tu demam keracunan makanan tak larat nak drive pergi klinik sendiri, sudahnya malam baru aku boleh hantar dia ke klinik sebab busykan diri menghantar anak orang buat persembahan koir dekat UTHM. Aku demam - demam rasa macam nak pengsan - pengsan, join jugak pasukan sekolah ke Ulu Tiram untuk pertandingan koir peringkat negeri. Walaupun tugas aku takde sangat pun, macai aje pun, tapi aku ada. Aku ada dekat sana.

Aku komited dengan tugasan yang sekolah bagi aku. Suruh berkursus ke Muar, aku pergi. Suruh berkursus Pro-ELT setahun, aku pergi. Aku latih anak orang choral speaking sampai 7 malam, last - last aku jugak yang kena tuduh berskandal dengan laki orang. Aku ni kaki bangku terbilang, tapi aku join jugak kontinjen olahraga sekolah, pasukan bowling sekolah, hantar pasukan sekolah pergi bertanding. Aku datang sekolah malam - malam untuk join camping Bomba sekolah. Aku join Kadet Bomba sekolah daki bukit sana - sini walaupun rasa nak tercabut kepala lutut, aku pergi. Aku buat semua kerja. Aku masuk kelas, mengajar macam biasa. Aku buat rekod mengajar ikut masa, walaupun aku jarang punch balik, tapi aku bukan manusia yang kirim - kirim dengan orang untuk punchkan card time datang dan balik. Kalau aku salah pun, aku tak libatkan orang lain. Aku sikit pun takde menyusahkan orang lain. Dan markah yang aku dapat untuk tahun 2015 seolah - olah aku datang sekolah, goyang kaki takde buat apa - apa.

Dan komen yang aku dapat, "Perlukan bimbingan lagi untuk menjadi guru yang baik dari segi hubungan dengan rakan sekerja." 

Demi Allah, demi Tuhan yang memberikan aku nafas untuk aku hela setiap saat setiap masa, andai membuka aib manusia itu dapat menjanjikan aku syurga, aku akan ceritakan semuanya. Semuanya. SEMUA yang aku tahu, SEMUA yang sebenar berlaku, SEMUA yang dikisahkan kepada aku. SEMUA. Aku akan jawab, aku akan cerita semua yang orang ingin tahu dan tanya. Aku akan ceritakan betapa sebenarnya kisah yang manusia anggap dusta itulah yang sebenar berlaku di hadapan mata. Demi Allah. Andai mengkhabar aib itu menjanjikan aku pahala yang tidak terhingga, akan aku ceritakan semuanya.

Wallahi. Dari caci keji manusia itu aku temui diri sendiri. Aku temui Illahi. Dari segala bangsat yang berlaku ke atas diri aku ini, aku temui bahagia, aku temui sahabat sejati, aku temui cinta Yang Esa. Dan segala manis - manis manusia yang bersabar itu nikmatnya memang tiada terhingga. Tak mengapalah kalau seantero manusia melabel aku sebagai manusia hipokrit, memfitnah manusia yang tak bersalah, aku jahat. Aku kejam. Wallahi. Kalau masih mampu untuk mengeji, teruskan. Aku tak mampu nak buat apa - apa. Aku tak mampu nak marah. Aku bukan siapa - siapa. Aku cuma hamba yang sentiasa bergantung kepada Tuhannya. Asalkan Dia tahu apa yang sebenar berlaku. Tak apalah kalau aku diuji dengan hina hidup yang begini. Tuhan tahu aku kuat. Tuhan tahu aku mampu. Aku dipindahkan sekolah, aku akur. Aku diberikan markah prestasi begini, aku syukur. Aku serahkan segala perhitungan hidupku di tangan Tuhanku. Dia Yang Maha Tahu.

Rezeki itu ditanganNya. Dan ini bukan rezeki aku. Ini bukan jalan hidup yang Allah tentukan untuk aku. Aku ini diuji kerana aku mampu. Kalau dengan hidup penuh payah penuh liku begini mampu mendekatkan aku dengan Tuhanku maka aku redha. Kalau hidup yang begini mampu memberikan aku nikmat syurga yang abadi maka aku takkan mengeluh sekali - kali. Aku serahkan segala kebergantungaku hanya pada taliMu.

Bila aku tanyakan kepada pentadbir, kenapa markah begini yang aku dapat, jawapannya ;

"Saya tidak mahu memanjangkan lagi hal ini."

Terus aku terkesima kuasa doblas. Pasghah. Bak kata Lisa Surihani.

Aku serahkan segala - galanya pada Tuhan. Segala - galanya. Kerana semua ini berlaku juga atas izinnya.

Aku teringat betapa sejurus selepas dipindahkan, siang malam aku menangis dan berdoa, malah di dalam tahajjud juga aku memohon Tuhan temukan sekali lagi jodoh aku dengan sekolah lama. Setiap saat ketika berzikir, aku bermohon agar Tuhan bukakan jalan untuk aku pulang ke sekolah lama. Dan iya, Tuhan tidak perkenankan. Dan sekarang baru aku tahu mengapa.

Semerta aku teringat doaku setiap kali usai solat -

"Ya rabb, masukkanlah aku dalam golongan orang - orang yang sedikit."


Tak apalah Yatt, tak apa.

Tuhan tahu.

Okay dah. Sambung makan keropok ikan.

13 comments :

Idaura said...
This comment has been removed by a blog administrator.
idaura said...

Apa yg berlaku kt ko ni yat, memang ko tabah.. Kuatkan semangat ko

gp said...

Kau naik pangkat lain kali. Rilek. HAHA

nurul izzati said...

Innalillaahi wa inna ilaihi roojiuun... nok nangis wase. Nak kopok ikan lg? Meh tepek alamat kat fb akak. I teman u mkn kopok ikan khas dr tganu.

Cik Puan Bunga said...

@idauraThanks babe :)

Cik Puan Bunga said...

@gpGua steady lagi ni brader. Hihi.

Cik Puan Bunga said...

@nurul izzatiKakkk nak kakk nakkkkkk!

Eimma said...

insyaAllah yang lebih baik bakal menanti :)

Cik Puan Bunga said...

@EimmaInsyaallah ><, Amin ya rabb!

Anonymous said...

Akk pernah rasa apa yg ko rasa...bertahun2 mmberi komitmen pd tugas dan x pernah mendapat markah kurang 90% tetiba di satu tahun tragis itu akk dpt mrkah 70% !! Bunyi mcm akk x wat kije sepjg tahun tu...Xper.. ni sume kije tgn2 yg ikut rasa dan x profesional ( wpon ada titlr prof ) ketika bg markah...Xper..bio laa..Ngan komen yg menyakitkan dan mengoyak2 ati...Eh! mcm ni ke seorg prof punya komen...REdho..Biarkan....Dan Akhirnya masa mgubati luka...Prof tu pon da lama berenti..dan meninggalkan perbuatan2 menjengkelkan kat org len...
Lepas tu bab anugerah...penerima tahun tersebut markahnya lebih rendah dr akk dan ada MC 20 ari setahun..Bohonglah x kecewa... sedih pon ada...tp rupanya Allah Nk bg rezeki kat Adib ..dia dpt 5A upsr..Disitu akk rs lebih cemerlang dan gemilang...
Biarkanlah Yatt..biarlah meka jwap kat Allah nnt...adil @ tidak penilaian meka..Allah itu lebih mengetahui...Sabar ok!
Klo stress makn kepeks tanduk garlic akk jer...hahahahahah..

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousAkak (T__T) Terima kasih eh atas kata - kata akak! Bersyukur sangat ada orang - orang yang sentiasa beri saya semangat!

nazmi iskandar said...

Semoga tabah cg.. :)

Cik Puan Bunga said...

@nazmi iskandarInsyaallah! ><,