Siri Bercakap Dengan Tuhan.

Aku nak share satu benda ni. Tapi jangan cakap aku riak pulak. Aku nak share, kot - kotlah dekat luar sana ada yang sedang mengalami keadaan hidup yang sama macam aku, atau tengah sendu, atau tengah kusut, atau tengah hati tertabrak, ah tak kisahlah apapun. Kadang - kadang kita rasa macam hidup ni sendiri, takde orang yang faham kita. Buntu, tak tahu nak selesaikan macamana. Dan kita mencari jawapan untuk menjawab segala persoalan yang melanda kepala hotak kita. Korang jangan risau. Aku pun macam korang. Aku lagi dahsyat kot. Siang malam nak menangis, stress, tertekan. Sampai migrain - migrain. Kalau kita asyik dok mengadu dengan orang pun, orang bukannya faham. Orang tak rasa apa yang kita lalui jadi jangan sesekali expect orang untuk faham apa yang kita tanggung.

Aku ingat lagi, lepas aku pindah sekolah, hidup aku dekat sekolah baru bukannya indah macam yang korang bayangkan. Time tu memang hidup aku sangat - sangat bertabrakan. Dekat sekolah lama masih hebat lagi bercerita pasal kisah aku. Dekat sekolah baru pulak orang sana sini mengorek kisah kenapa aku dipindahkan. Sampaikan bergosip pasal aku dekat dalam Bilik Operasi Peperiksaan. Diorang bukan nak tanya aku depan mata, macam biasalah orang Melayu memang akan kutuk belakang. Dengan aku yang time tu kena ajar Matematik dan Bahasa Melayu, korang boleh bayangkanlah betapa tertekannya aku waktu tu. Masa tu aku memang aku mencari jalan sungguh - sungguh macamana cara aku boleh mohon untuk masuk balik ke sekolah asal. Macam - macam cara aku buat. Antaranya aku mintak sokongan banyak pihak untuk recommend aku balik ke sekolah asal. Aku turun naik PPD untuk mohon ke sekolah asal. Masa ni aku tak syak lagi yang sebenarnya aku dipindahkan sebab sekolah lama memang dah taknak aku (Kehkeh. Bongok betul. Mati - mati aku ingat diorang nak dan menerima aku semula) Aku mintak tolong ramai orang untuk mintak sokongan pengetua untuk panggil aku ke sekolah lama semula. Bila difikir - fikirkan rasa macam bodoh jugak. Orang dah tak nak, aku pulak yang terhegeh - hegeh.

Bangun pagi mesti berat hati, rasa tak best sungguh pergi sekolah. On the way nak pergi sekolah, mesti nangis sambil drive. Punyalah malas nak pergi sekolah. Tapi gagahkan jugak hati untuk ke sekolah. Masuk kelas macam biasa. Mengajar bersungguh - sungguh. Sebelum masuk kelas, aku study dulu topik Math yang kena ajar, bagi terer. Dulu masa sekolah Math bodoh kemain. Tapi boleh dikatakan setiap hari mesti berendam airmata especially lepas solat. Sampai bengkak - bengkak mata. Rindu sekolah lama. Rindu anak - anak murid. Rindu semua. Dan pada satu hari, aku betul - betul buntu tak tahu nak buat apa. Aku sakit hati bila orang tuduh aku buat benda yang aku tak buat, aku rasa marah bila orang salahkan aku, orang kata aku bermasalah, orang kata aku jahat sebab fitnah orang sana sini. Aku betul - betul depress. Kemuncaknya bila salah sorang kawan baik aku dekat sekolah lama pulak whatsapp aku selar aku dengan kata - kata yang macam - macam. Allahu , Tuhan saja yang tahu betapa hancur berkecainya hati ni. Jadi pada satu hari, aku tersangatlah buntu. Aku tak tahu apa nak buat. Aku tak tahu aku ni salah ataupun tidak. Aku tak tahu nak buat apa. Lalu tiba - tiba, dalam keadaan yang , masih bertelekung, aku capai Al - Quran. Aku pejam mata. Dalam hati, aku bercakap ;

"Ya Allah, aku buntu. Aku tak tahu apa yang aku perlu buat. Bantulah aku Ya Allah. Berikanlah aku petunjuk."

Terus tangan aku selak Al-Quran dan jari aku mendarat dekat Ayat pertama Surah Maryam. Page tu pulak merupakan surah Maryam Ayat 1 hingga Ayat 10. Spontan aku terus baca surah tu sampai habis ke ayat yang ke sepuluh. Masa ni aku tak faham sepatah haram pun. Aku cuma tahu ni surah Maryam dan maybe surah ni ada kaitan dengan kewanitaan or something. Habis je aku baca surah tu sampai ayat 10, aku terus baca tafsiran ayat dia. Ha time nilah aku menangis semahu - mahunya. Aku rasa jiwa aku bergetar dengan satu perasaan yang aku tak tahu nak ungkapkan macamana. Aku rasa macam aku sedang berdepan dengan satu kehebatan yang tak terungkap dengan kata - kata. Antara lain Surah Maryam Ayat 1 - 10 ni menceritakan tentang Nabi Zakaria yang dah tua dan tak dapat zuriat lagi. Dalam tu menceritakan tentang kehebatan orang yang berdoa, tertib dan tatacara berdoa, yang Allah akan memperkenankan doa hamba-hambanya terutama doa manusia yang teraniaya. Mintalah dengan bersungguh nescaya Allah akan kabulkan lambat ataupun cepat. Tiada yang mustahil dengan yang namanya kuasa Allah. Terus aku sujud mohon keampunan Allah, aku solat sunat taubat mintak dihapuskan segala dosa. Secara tak langsung, aku mendapat kekuatan yang tak ada tolok bandingnya. Terasa macam Allah tengah bercakap dengan aku secara langsung melalui firman - firmanNya dalam Al-Quran.

Al-Quran ni hadiah hantaran daripada suami masa nak nikah dulu. Lengkap dengan tafsiran dan hukum tajwid. Senang gila nak faham and nak ikut segala hukum - hakam tajwid dia.
 Maka bermula dari hari itulah aku semakin giat dan semakin gigih bercakap dengan Tuhan. Time aku nak mengadu , nak bercerita tentang kepayahan hidup, nak kisahkan semua masalah - masalah dan keji maki manusia pada aku, semua aku ceritakan pada Tuhan melalui doa aku selepas solat. Kalau sebelum ni, dengar je azan, aku buat taktahu je. Lambat - lambatkan waktu solat, kadang tu siap tidur dulu lagi baru bangun and pergi solat, tapi kali ni, aku macam tak sabar - sabar nak tunggu time solat. Habis je azan terus aku solat. Tak sabar nak tunggu time doa, nak ceritakan semua benda dengan Tuhan. Dan nantinya bila aku randomly bukak mukasurat Al-Quran dan baca apa pesanan - pesanan Tuhan untuk aku, time tu aku tak dapat nak bayangkan betapa indahnya perasaan aku melagukan pesan - pesan Tuhan untuk aku. Masa tu persoalan aku yang paling utama adalah aku minta Tuhan tunjukkan kebenaran, kalau aku betul bersalah aku berdoa agar Tuhan berikan aku pembalasan di dunia, aku mintak hati aku diberikan ketenangan dan adakah usaha aku untuk kembali ke sekolah lama merupakan jalan yang terbaik. Dan korang nak tahu, apa yang Tuhan kata? Mostly semua ayat - ayat Al-Quran yang aku baca secara random bercerita tentang kebaikan berhijrah. Betapa hijrah ini adalah sesuatu yang dituntut. Betapa hijrah ini memberikan kebaikan dan kehebatan secara total. Dekat sini, aku dapat rasakan yang Tuhan mahu aku keluar dari sekolah lama. Dia mahu aku bersabar dengan dugaan yang dia berikan. Dia mahu aku keluar dan pergi ke tempat baru. Aku menjadi manusia yang lebih bertawakal kepadaNya. Hanya Dialah tempat aku meletakkan segala pengharapan.

Bila aku buntu tak tahu siapa yang aku nak percaya, atau aku mula ragu - ragu dengan kewarasan diri sendiri, Tuhan berikan aku ayat - ayat ketenangan yang antara lain berkisar tentang kekuasaan Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, pembalasan Allah terhadap manusia - manusia yang membuat kerosakan di muka Bumi dan jugak bantuan - bantuan yang Allah berikan kepada orang - orang yang bertaqwa. Semua ni buat aku semakin kuat dan semakin tabah dengan segala ujian yang Allah berikan kepada diri aku. Sedikit demi sedikit perasaan aku mula terpujuk. Aku menjadi lebih tenang, aku menjadi lebih penyabar dan mula redha dengan segala ketentuan Allah. Aku dapat rasakan yang Tuhan memberikan aku petunjuk yang aku minta. Alhamdulillah.

Semua stick on notes yang colorful ni aku guna untuk tanda ayat mana yang aku randomly baca.
Surah Maryam. Ayat 1 - 10.
Semakin hari, aku menjadi semakin 'akrab' dengan Tuhan melalui solat, doa dan sesi membaca Al-Quran yang aku lakukan secara istiqomah (Insyaallah) setiap hari. Dunia bukan lagi menjadi keutamaan aku. Aku mula melihat dunia melalui satu perspektif yang berbeza. Aku mula melihat yang segala apa yang berlaku ke atas diri aku ni bukan semata - mata kebetulan. Semuanya digerakkan oleh Tuhan. Semuanya Tuhan yang tentukan. Bila aku start berfikir macam tu, aku mula rasa tenang setenang - tenangnya. Setiap benda baik atau kurang baik yang berlaku kepada diri aku, semua adalah dengan izin Allah. Aku mula meletakkan segala pengharapan dan kebergantungan hanya pada Allah. Dan kemuncaknya bila aku diberikan tawaran oleh pegawai PPD untuk bertukar sekolah buat kali yang kedua. Tawaran yang diberikan adalah SMK Suria Perdana ataupun SMK Dato Seth. Masa ni aku memang tak tahu nak buat keputusan yang mana satu. Sebab dua - dua pun bukan sekolah yang aku nak. Aku kalau boleh nak balik ke sekolah lama. Tapi pegawai tu kata sekolah lama dah lebih sangat cikgu Bahasa Inggeris (Which was not true at all,sebab tak lama lepas tu PPD gerakkan sorang cikgu Bahasa Inggeris dari sekolah lain ke sekolah lama aku. Duhh!) so aku diberi dua pilihan tu. Aku solat hajat, aku bangun solat malam dan aku serahkan kepada Tuhan untuk memberikan aku pilihan yang terbaik. Aku serahkan segala - galanya pada Tuhan. Pilihkan mana yang paling baik untuk aku. Dan akhirnya, aku bukan ke SMK Suria Perdana atau ke SMK Dato Seth. Tapi aku ke SMK Yong Peng. Dan aku yakin itulah yang terbaik untuk aku yang Tuhan pilihkan. Hebatkan pilihan Allah untuk aku. Aku happy sekarang dekat sekolah baru.

Dan kalau korang masih ingat lagi, aku ada kongsikan pasal kenaikan DG aku yang tak diperakui oleh Ketua Jabatan aku di sekolah lama. Kawan - kawan aku semua dah naik DG, tapi aku masih lagi DG 41. Masa tu aku memang betul - betul down.Aku rasa macam rezeki aku disekat sangat - sangat. Aku asyik terus - terusan salahkan diri sendiri. Aku susah nak terima hakikat sampailah satu hari tu sedang aku bersedih dalam bilik, mata aku asyik dok pandang satu buku agama yang Kak Zana hadiahkan masa aku nak pindah dulu. Aku spontan selak mukasurat dia and guess what, terasa macam Allah sedang bercakap dengan aku secara direct.

Rindu Kak Zana !
This is the exact page. Kebergantungan tahap super kepada hanya Yang Maha Esa.
Harapan, kebergantungan, doa, impian , semuanya hanya digantungkan setinggi-tingginya pada Yang Maha Esa. Kompom kita tak akan pernah merasa kecewa. Sebab Allah dah janji. Mintalah dengan Dia. Nescaya dia akan beri. Sama ada cepat atau lambat. Kalau Allah bagi lambat, bukan sebab kita tak layak, bukan sebab Allah  tak sayang, tapi sebab Allah tengah prepare kan kita something yang lagi baik dari apa yang kita mintak tu. Ataupun Tuhan nak bagi bila masanya sesuai. Jadi jangan buruk sangka dengan Tuhan. Tuhan bukan saja - saja uji kita, Tuhan bukan saja - saja tak bagi apa yang kita nak. Semuanya Tuhan dah tentukan. Ingat tu. Okay? Tuhan sayang kita melebihi sayang seorang ibu kepada anaknya. Biar besar manapun dosa kita pada Tuhan , Dia tetap akan ampunkan asalkan kita mintak pengampunan dan taubat nasuha dari dia. Dan satu benda kita kena ingat, kena selalu yakin, yang ada hikmah di atas semua kesusahan kepayahan setiap ujian dugaan yang Tuhan berikan. Yakin! Okay?

Jangan pernah rasa sendiri. Jangan sesekali penat untuk mengharungi kehidupan ini. Kalau putus cinta ke, kena khianat kawan baik ke, kena buang keluarga ke, kena dengki dengan manusia ke, atau apa saja masalah yang melanda kita, jangan pernah segan - segan untuk mintak dengan Tuhan. Jangan ego untuk merendahkan diri kita dan berteleku dihadapan Tuhan. Sebab Dialah Yang Maha Tahu , Dialah yang mendengar segala keluh kesah kita dan Dialah yang memakbulkan doa - doa kita. Yakinlah dengan kebesaran dia. Dan selepas tu, kau rasalah ketenagan, kebahagiaan yang tak ada tolok bandingnya. Biar ada masalah apapun, tawakallah dengan Allah. Allah yang akan bukakan jalan untuk kita berikan pertolongan yang kita tak sangka - sangka. Jangan pernah rasa takut, gusar dengan keadaan hidup yang mencengkam. Sebab Allah akan SENTIASA tolong kita. Jaga hubungan dengan Allah, kemudian jagalah hubungan dengan manusia. Insyaallah.

Alhamdulillah, aku dah merasa manisnya ketenangan, manisnya akhir perjuangan orang - orang yang bersabar. Dunia ni cuma tempat sementara, akhirat yang abadi. Apalah sangat dicerca dihina manusia, semua tu tak akan membantu kita di alam kubur nanti. Jangan berdendam, jangan mendengki. Mudahkan urusan orang, dan Allah akan membantu kita untuk urusan hidup kita setiap masa. Aku maafkan setiap manusia yang menjahati aku, aku dah ampunkan segala - galanya. Semua dah bebas dosa. Yang mengumpat, yang memfitnah, yang mengkeji aku, semua aku dah maafkan. Aku nak hidup bahagia dan tenang dibawah kasih sayang Allah. Aku taknak memutuskan silaturrahim. Hidup aku bukan untuk dunia. Apalah sangat pengiktirafan dunia, berbanding kebahagiaan abadi di akhirat sana.

Korang yang sekarang sedang dilanda ribut kehidupan, jangan putus asa ya? Tuhan ada.

Dah. Babai!

Read More»

Teacher Yatt Pindah Sekolah.

Aku warning.

Post ini mungkin akan menjadi post yang sangat panjang serta banyak gambar. Dan mungkin post ini akan berbaur dengan emosi yang macam perempuan kena PMS. Okay aku perempuan dan aku selalu kena PMS. Dan mungkin ramai yang tak tenang bontot baca post ni. Tapi aku tak peduli. It took me 5 months to come up with this post dan kalau kau tak suka baca, dah boleh slow slow dah klik button pangkah tu. Tapi aku rasa kau takkan klik button tu pun sebab mengaku ajelah kau memang suka baca post - post dalam blog aku ni kan. Kan? Kan? Eleh malu - malu konon. Kahkah.

Untuk yang malas nak baca sampai habis, aku sum up kan isi entry ni. Ini entry kronologi perpindahan aku. Sumpah, entry ni memang panjang. Aku malas nak buat episod. Jadi aku buat sekali harung je. Semoga entry ni akan menjawab pertanyaan orang sekeliling yang aku tahu, masih confused lagi sebab sebenar aku pindah/dipindahkan ah lantaklah apapun. So, aku jawab. Dekat sini. Sebab sekolah aku, eh silap, bekas sekolah aku, memang tak akan keluarkan cikgu melainkan cikgu tu sendiri mintak (Ikut suami ke apa ke) dan sebab yang satu lagi, ada benda tak kena pasal cikgu tu sendiri. Ini pendapat aku. Kalau kau rasa pendapat aku tak betul, kau boleh duduk diam-diam dekat situ. Dan baca disclaimer aku dekat tepi blog ni ye? Faham eh?

Okay. So here it goes.

Isnin 10 Ogos 2015 - Aku dapat panggilan daripada kerani sekolah. Dia passed message daripada PPD Batu Pahat yang esok aku kena ke PPD untuk berjumpa dengan Tuan Haji Azman Bin Shahadan. Mula - mula aku kurang pasti hal ni hal apa. Sebab aku pun tak sure Tn Haji Azman ni jaga post apa. So aku chillax jelah. 

Selasa 11 Ogos 2015 - Aku beritahu Oat dan Kak Zana yang aku kena pergi PPD dan berjumpa dengan Tn Haji Azman. Kak Zana kata Tn Haji Azman handle bahagian penempatan guru sekolah menengah. Aku dah rasa tak berapa nak sedap hati. Dalam kepala aku macam - macam benda yang aku fikir. Satu hari aku tak lalu makan. Aku fikir apa kaitan aku dengan Tuan Haji Azman. Kak Zana berseloroh, dia kata mungkin aku nak naik pangkat. Tapi aku tak rasa kelakar langsung dan aku tengok muka Kak Zana pun takde riak-riak gelihati. Kak Zana serious sepanjang masa. Oat dah mula risau. Aku jangan cakaplah. Tepat pukul 12.30 tengahari, Joe datang lepak tempat duduk aku dekat bilik guru. Aku cakap dengan dia aku risau. Dia kata takde apalah. He calmed me down and demanding to be updated about my whereabouts. Tuhan aje yang tahu apa yang aku rasa waktu ni. Aku called suami dan beritahu yang aku akan ke PPD for this meeting. Suami macam biasa, suruh drive hati-hati and keep him updated. Same goes dengan Kak Zana. She also reminded me to update her.

2.30 petang hari yang sama. Aku sampai PPD Batu Pahat. Aku tengok ada beberapa orang cikgu yang sama - sama terpinga - pinga macam aku. Semua tak tahu kenapa kami dipanggil. Sampailah aku terdengar ada sorang cikgu ni sebut perkataan 'Redeployment' . Time ni aku dah redha - seredha - redhanya. Entah kenapa tapi dalam hati aku, aku tahu something was about to happen to me. Kitorang tunggu sama - sama dalam satu bilik sampailah Tuan Haji Azman sampai dengan beberapa orang pegawai dan yes. Dia kata kami semua ni adalah cikgu - cikgu bertuah yang akan direlocatekan ke beberapa buah sekolah disekitar Batu Pahat. Reasons nya adalah antara lain, berlaku lebihan body di sekolah tempat kami berkhidmat, dan sekolah yang diberikan adalah lebih hampir dengan tempat tinggal kami. Time ni hati aku menjadi sangat - sangat numb. Tak rasa apa - apa. Tak fikir apa - apa. Aku kata, kalau nak pindahkan, pindahkanlah. Tuan Haji Azman kata, nama kami diberikan straight daripada pihak sekolah, di bawah persetujuan Tuan Pengetua dan Guru Penolong Kanan. So aku fikir, yep. I was appointed. My name came up. So takpelah. Masa ni aku tak rasa apa - apa lagi. Aku tak fikir langsung. Dalam kepala cuma fikir ujian oral Bahasa Inggeris Rabu ni untuk paper listening dan speaking yang akan start pada hari Khamis. Time ni aku Ketua Panitia Bahasa Inggeris dekat sekolah tu and adalah few things aku kena uruskan. Tarikh lapor diri adalah 16 Ogos 2015. Maknanya aku cuma ada dua hari untuk setelkan segala - galanya. Which was merepek tak menahan la kan. Beberapa orang guru yang memang buat rayuan pindah nampak lega. Tapi ada few yang terpinga - pinga selain aku, ada yang menangis taknak pindah, ada yang tak puas hati. Macam - macam reaksi. Aku chill jelah. Sebab honestly time ni memang fikiran aku kosong. Aku dapat SMK Tunku Putra, Batu Pahat. Jarak lebih kurang sama dengan sekolah tempat aku mengajar sekarang.

4.00 petang - On the way balik tu aku singgah hotel, maklumkan dekat suami yang aku kena berpindah minggu depannya. Suami terkejut beruk. Kalau suami terkejut beruk,korang mesti dapat bayang, terkejut jenis binatang apakah yang aku alami time tu kan? Tak terkata. Aku peluk suami kuat - kuat. Aku langsung tak sedih. Tak menangis. Aku memang susah nak nangis. Ego tinggi langit ke tujuh. Aku cuma peluk suami lama - lama. Lepas tu aku terus beritahu Oat, Joe dan Kak Zana. Joe terus called aku. Time ni aku tengah drive balik rumah. Pesanan aku jangan jawab call time drive. Bahaya. Tapi aku jawab jugak. Joe sounded really devastated. Most of the time aku diam. Aku taktau nak responded apa. Aku syak aku dalam keadaan sedih yang tak terkata sampai tak boleh nak feel sedih tu macam mana. Sebelum hung up, Joe congratulated me. Dia kata "New is always good." F**k you, Joe.

Malam tu lepas solat Isya', aku checked phone. Ada mesej dari Joe and Oat. Time tu aku masih bertelekung lagi, tak bukak lagi telekung dah capai phone. Celaka punya perangai. Aku scrolled baca mesej dari diorang. Dan time tulah baru airmata aku jatuh macam hujan. Barulah aku sedar realitinya yang tak lama lagi aku bakal tinggalkan kawan - kawan aku, kakak - kakak aku dekat sana, anak - anak murid yang aku sayang. Ini bukannya pergi kursus 2-3 hari baru balik bukan. Ini pergi for good. Pergi buat selama - lamanya. Joe kata, baik aku mati je. Itu lagi senang untuk dia. Yelah bila kita mati, that's the end. Mati. Dah tak payah fikir. Tapi the fact that knowing you are somewhere on earth and not being able to be together anymore, really killed him. Bukan dia jelah, aku pun tersiat sama. Oat, kawan aku sejak sama - sama posting, dah 8 tahun. Dan tiba - tiba aku akan tinggalkan dia. Tak lama lepas tu mesej dari Kak Zana bertalu - talu masuk. Kak Zana ni macam mentor aku dekat sekolah tu. Dialah eagle eye aku untuk perhatikan tindak - tanduk aku. Salah silap aku dekat sekolah. Kerja - kerja aku dia yang monitor kesempurnaannya. Bila dia approved, means yang kerja aku memang cap jempol. Kak Zana bagi nasihat - nasihat yang tenangkan aku, motivasi yang macam - macam, which was to be honest, langsung tak masuk dalam kepala aku. Aku tak tahu macamana nak share this to everyone that I love. Aku hopeless sangat - sangat bila Joe broke down dekat gym. He cried. And so did I. And I know Oat did too. Kesimpulannya, malam itu, kami bertiga walaupun terpisah berpuluh kilometer, kami menangis sama - sama.

Dan aku terus khabarkan berita ni pada orang - orang penting dalam hidup aku. Kak Sally (Yang kemudiannya pecahkan rahsia pada geng Cik Kiah) kakak - kakak dan adik aku, mak aku, abah, anak - anak murid yang  paling rapat dengan aku and few people lagi. Lepas solat Isya' aku terus tido. Hoping yang esok pagi aku bangun, semua ni hanya mimpi.

Rabu 12 Ogos 2015 - Which was not. Semua ni bukan mimpi, tapi kenyataan yang aku kena hadapi bermula hari ni. Aku tak tau nak pergi sekolah macam mana. I wore black to school on that day. Ujian listening akan start hari tu. Aku taknak semua ni menganggu aku. Jadi aku taknak fikir apapun pasal pindah ni. Tapi sampai je sekolah, tengok muka Oat. Rasa macam lemah segala otot. Berselisih dengan cikgu - cikgu dan anak - anak murid aku, aku tahu yang semua ni akan aku tinggalkan. Berita aku akan pindah dahtersebar dikalangan anak - anak murid aku. Some of them hugged me and cried. Aku cakap, jangan fikir. Kita buat listening test dulu. Aku taknak diorang hilang tumpuan. Aku duduk dekat laluan Jariah dengan Oat. Kak Anisah datang. Kak Anisah peluk aku. Mengalir airmata dia. Suruh aku tabah. Aku angguk tanpa bercakap sepatah pun. Aku taknak tunjuk aku lemah. Aku sumpah dengan diri aku sendiri, aku takkan nangis depan orang. Suasana lain sangat hari tu. Semua orang macam taknak bercakap dengan aku. Aku pun tak rasa nak bercakap dengan orang. Aku handled peperiksaan listening PT3 hari tu dengan baik tanpa sebarang masalah. Joe also wore black. Kimia antara kami memang level dewa betul. Oat pun pakai hitam walaupun dia pakai baju sukan. We were sort of mourning on that day. Aku bertentang mata dengan Joe dekat dewan peperiksaan sekilas. He avoided me. So I did the same to him. Kami sedaya - upaya cuba kontrol emosi. We both knew.

Pentadbir khabarnya tak tahu langsung isu aku dipindahkan. They said this was fully came from PPD. Which was contradicted tahap dewa dari statement from the PPD earlier. Remember? Sekolah yang kasi nama, PPD hanya sahkan, validated and keluarkan surat penempatan semula. So dekat sini aku dah smell something very fishy.

Habis uruskan exam , aku masuk bilik guru. Time ni most of my students already knew. Mana - mana aku pergi, diorang peluk. Yang perempuan lah kan. Aku duduk tempat duduk aku dekat bilik guru dengan perasaan yang bercampur baur. Tak lama lepas tu Joe datang. He sat next to me. For a moment, we didn't say anything. Then Joe pandang aku. He said, "I can't handle the pain, knowing that this seat will be empty and someone else is going to replace you here." Lalu airmata dia turun macam hujan. Kak Sally yang duduk depan aku waktu tu terus tutup muka. "Jangan cakap pasal ni, saya tak tahan!" Kata Kak Sally. Tapi Joe kept on ranting. "Baik kau mati je Yatt. Senang. Kau tinggalkan kami, kau akan jumpa yang baru. Kitorang?" And he said something else too yang akan aku ingat sampai aku mati. Satu yang aku takkan lupa, he said :
"Thank you for making me a human again. Something dead inside me alive again. No one ever make me cry Yatt. No one. You just did!"

Aku tak tahu nak cakap apa. Kalau boleh peluk, aku peluk Joe. Aku nak dia tahu yang kat mana pun aku ada, aku takkan lupakan dia. Dia dah macam darah daging aku. Biar apa orang nak cakap pasal aku dengan dia, orang kata kami berskandal, orang kata kami macam - macam, hakikatnya kami tahu apa yang kami ada. Something yang beyond friendship. It's bigger than that. Aku dah anggap Joe macam keluarga aku. Aku sayang dia. Bukan sayang macam couple, macam skandal. Kau tak tau apa - apa baik kau diam. Joe ada dengan aku waktu aku susah senang. Joe terima baik buruk aku. Kau apa tahu! Kau cuma tahu nak memecah - belahkan manusia. Dan tanpa sedar, aku menangis sama. Yep. Aku tanpa segan silu menangis depan Joe, depan Kak Sally, depan Kak Yatie, depan semua orang. Then Oat datang. Few of my students pun datang. Dan jadilah keadaan di situ menangis secara berjemaah.

Kak Zana cuba mohon untuk delaykan perpindahan aku. Which was first denied by the boss. Dia kata aku kena segera pindah. Segera. Tak boleh tidak. Tapi Kak Zana fight jugak. Saying yang aku ni Ketua Panitia, aku kena handle few things, mohon delay sampai habis oral. GPK kata keputusan ditangan boss. Kena tunggu kata putus boss jugak. Time tu walaupun aku rasa suspicious dengan perpindahan aku ni, tapi aku masih chill lagi. Dah bersedia andai kata boss suruh pindah secepat mungkin. Macam dah taknak hadap muka aku ni lama - lama dekat sekolah.

Khamis 13 Ogos 2015 - Hari Pertama Peperiksaan Bertutur Bahasa Inggeris PT3 2015.

Aku sebagai Ketua Pentaksir, tengah duduk dalam bilik peperiksaan dengan Joe (Pentaksir kedua), masa ni tengah tunggu calon seterusnya masuk. Tiba - tiba Kak Zana barged in. Muka dia semacam sangat. Mata Kak Zana merah. Aku dah berdebar. She said "Yatt, boss suruh Yatt pindah jugak minggu depan. Hari ni hari terakhir Yatt dekat sini." Agak - agak kalau korang jadi aku, apa korang rasa? Aku pandang Joe, pandang Kak Zana, terus airmata jatuh macam hujan.

"Yatt cubalah mintak boss tangguh , Yatt..Saya dah mintak dengan boss, dengan GPK. Minta Yatt di delaykan, sekurang-kurangnya sampai habis oral. Mana nak cari ganti Yatt lagi, kan susah.Tapi.."

Nak gugur jantung dengar Kak Zana cakap macam tu. Aku nak pandang muka dia pun tak sanggup. Aku tunduk je sambil airmata turun macam apa. Time ni aku dah rasa something dengan perpindahan aku. Ini bukan pindah biasa. Bukan. Ini something. Joe diam tak cakap apa - apa. Aku kesat airmata. Aku tarik nafas dalam - dalam. Lepaskan. Aku teruskan exam oral untuk beberapa candidates lagi. Sepanjang exam berlangsung, airmata aku memang tak boleh nak ditahan - tahan lagi. 8 tahun aku berkhidmat dekat sekolah ni, ini ke pengakhiran aku? Macam ni? Majoriti candidates hari tu at the end of the session semua begging me not to go. Some of them requested to hug me. Ada yang menangis tiba - tiba masa tengah speaking, which led to another session of menangis berjemaah. Memang sedih gila. Aku kurung diri dekat bilik exam tu. Aku taknak masuk bilik guru, Aku duduk je dekat situ. And aku requested taknak buat exam oral dengan orang lain. Aku nak buat dengan Joe and Joe alone. Time rehat, Oat datang and we spent our days there. Hari tu jugak aku jumpa pengetua, aku mintak delay. And dia bagi, walaupun tadi dah bermati-matian taknak bagi aku stay longer. Dia kata 1hb September aku kena lapor diri. Dan bermulalah 14 hari terakhir aku di sekolah tu. Untuk selesaikan kerja - kerja aku, dan akhirnya, meninggalkan sekolah yang aku sangat cintai sangat kasihi.

Students 3A buat ni. Terharu kuasa lapan aku. Sobs.
Start dari hari Khamis tu aku gunakan masa yang ada untuk spend time dengan semua orang - orang yang aku sayang. Semua. mana yang dapat. Aku time tu macam pesakit kanser yang doktor kata cuma ada 14 hari untuk hidup. Aku nak spend masa yang ada sebaiknya. Aku penuhi permintaan anak - anak murid untuk spend time dengan aku. Meja aku mula dipenuhi dengan hadiah - hadiah, kad, cokelat, surat - surat pemberian anak - anak murid. Aku tak sanggup nak datang ke meja tengok semua tu. Aku tak masuk bilik guru. Aku tak sanggup. Aku taknak terima hakikat yang aku akan tinggalkan sekolah ni. Dan dah dengar soksek soksek sana - sini yang aku pindah ni sebab isu skandal aku dengan sorang cikgu lelaki. Tak sedap langsung dengar kan? Tapi itulah yang aku dengar. Cerita - cerita lama diungkit kembali. Dan majoriti cerita - cerita tu semua memang menuding ke arah aku. Dalam kisah kali ini, memang aku yang jahat. Aku dah tak ambik pusing lagi dah. Aku persetankan. Aku cuma nak spend masa dengan orang - orang yang aku sayang. Oat, Joe, Kak Sally dan semua - semualah!

Eyeliner dah sememeh dah. Banyak sangat nangis!
Start dari hari tu jugak aku , Joe dengan Oat pakai baju warna sedondon. Tu je masa yang kami ada kan. Lepas ni dah tak boleh nak pakai baju sedondon lagi dah. Setiap pagi datang sekolah, aku dah tak duduk melepak dekat kerusi dekat dataran perhimpunan lagi dah untuk bacaan Yaasin. Tapi aku duduk melepak dekat tembok tingkat dua. So aku boleh nampak semua anak - anak murid yang aku bakal tinggalkan. Aku nampak segala - galanya dari situ. Oat teman aku setiap pagi. Oat kata, lagi dua minggu, dia akan duduk situ sorang - sorang. Perbualan kami dah tak serancak dulu. Sekarang semua perbualan mesti berakhir dengan sesi airmata dan kesedihan. Time ni gossip pasal aku pindah memang rancak habis. Orang mula berteka - teki kenapa sebenarnya aku pindah. Pentadbir asyik kata PPD pilih nama, PPD kata pentadbir bagi nama, cikgu - cikgu kata itu, budak - budak kata ini. Aku cuba mencari jawapan sendiri. Tuan Haji Azman kata perpindahan aku bukan sebab aku bermasalah (Suami saksinya, time ni aku jumpa dia sendiri di PPD, di bilik beliau). Aku pegang kata - kata dia. Sebab aku yakin aku takde buat apa - apa yang salah, semua kerja aku bereskan on time dan semua kerja - kerja aku sebagai Ketua Panitia aku buat dengan sehabis baik.

Aku sayang kau tahap infinity.
Macam taknak pindah. Sayang gila aku dengan sekolah ni. Dengan anak - anak murid aku. Dengan kawan - kawan. Kami dah macam keluarga. Tapi apa daya yang boleh aku buat? Ada satu hari tu Asik (Pun guru Bahasa Inggeris yang dipindahkan dari sekolah aku) called. Dia kata cubalah suruh anak - anak murid aku jumpa boss dan merayu. Mungkin boss boleh dengar penjelasan diorang. Tapi aku taknak. Aku fikir, untuk apa buat semua tu. Cuma menunjukkan diri sendiri rebel dan tak mendengar arahan. Walaupun hakikatnya aku ni memang manusia yang rebel dan tak mengikut arahan, tapi masa tu satu je aku fikir. Aku dipindahkan sebab sekolah dah tak perlukan aku. Buat apa aku nak merayu - rayu? Ceh. Ego kan? Padahal dalam hati Tuhan je yang tahu. Banyak cerita - cerita tak sedap mula keluar. Cerita aku berskandal, cerita aku fitnah sorang cikgu perempuan (Sebab aku tuduh cikgu perempuan tu yang menjadi spy kepada mak mertua cikgu lelaki yang dikatakan berskandal dengan aku. Paham tak korang eh?) dan semua orang memang macam kecam aku sebab tergamaknya aku tuduh cikgu perempuan tu macam tu. Cikgu perempuan tu pun dengarnya macam terkesan sangat dengan semua hal ni dan dia beritahu Oat yang dia takkan maafkan aku sampai bila - bila. Phew. Gitu. So pendek kata aku ni memang bermasalah gilalah sebab tu aku dipindahkan.

Bila kelas - kelas mula buat majlis perpisahan aku, aku cuba kuatkan diri, kuatkan hati, berkali-kali ingatkan diri sendiri supaya tak menangis. Jangan sesekali menangis. Cukup - cukuplah menangis. Cuba ciptakan satu memori terakhir untuk mereka benda yang manis - manis je. Lagipun aku ni menangis bukannya cantik pun. Huduh bangsat habis muka aku. Takut diorang histeria je sebab seram sangat. So yep. Aku takkan menangis. Ever.

Nurin. Budak pendek yang pendiam tapi pandai English. Sayang awak!
Aku takut belon. Sekian.
Ini anak - anak 3KAA aku. Aku guru kelas diorang. Sobs.
Mudah terhibur diorang ni. Dapat belon pun suka. Apeda.
See. Nama aku memang Bunga kot.
Ya Allah, sayangnya dekat korang semua !
Aku tak sempat nak ucapkan terima kasih dekat kelas 3KAA1 aku. Aku tak sempat nak express betapa sayangnya aku pada setiap satu daripada mereka. Tak kira apapun persepsi mereka pada aku sekarang setelah segala bangsat yang melanda kisah perpindahan aku ni, aku tetap sayangkan mereka dunia akhirat. Tak kisahlah diorang nak anggap aku sebagai apa. Aku cuma nak diorang tahu yang aku rindu nak mampus dengan diorang, setiap masa aku teringatkan diorang dan tak pernah pun satu hari tu berlalu tanpa aku tak teringatkan diorang. Sobs.
Inilah team Kadet Bomba Dan Penyelamat SEGA yang awesome nak mati Ya Allah!
Yakin ah yang lepas ni takkan ada cikgu Bomba yang handsome macam aku lagi dah.

Hari Khamis 27 hb Ogos 2015 baru aku ada masa untuk masuk kelas - kelas yang aku ajar untuk tahun tu. Hari terakhir aku di sekolah tu. Lepas oral semua dah habis, baru aku ada masa nak masuk kelas - kelas ni semua. Suasana memang senyap sunyi. Tak ada gurau senda macam selalu. Penat aku cuba buat lawak kelakar tahap gaban tapi dipandang sepi je dengan budak - budak ni semua. Aku tak tau mana silapnya. Aku tahu diorang sedih, aku yang menanggung ni lagilah sedih. Aku masuk kelas 4 Akaun 1 semua diam membisu seribu bahasa. Tersayat betul hati ni aku rasa. Dan last sebelum aku tinggalkan kelas tu, Aisyah, pelajar yang paling pintar dalam kelas tu untuk subjek aku, datang dan mempersembahkan satu sijil yang ditandatangani oleh semua pelajar kelas tu. Sijil Penghargaan The Best Teacher Ever. Sedih aku. Rasa tak terucap dengan kata - kata betapa besarnya penghargaan yang diorang bagi untuk aku. Aku tahu aku tak layak. Siapalah aku kan. Tapi aku peduli apa. Aku sayang diorang semua. Suka hati dioranglah nak bagi aku anugerah apa.

4 Akaun 1 2015.

Masuk kelas 3A lepas tu memang paling tak guna. Aku masuk je kelas tu, semua orang bagi aku satu tepukan paling gemuruh dalam alam semesta. Bila aku kata "Stand up!" Semua orang bangun serentak berdiri tegak dan ramai - ramai ucap "Good morning Teacher!" dengan satu nada yang paling bersemangat seantero dunia. Masa ramai -ramai baca doa nak memulakan pelajaran airmata aku memang dah tak boleh nak tahan dah. Aku pandang belakang dan airmata aku turun macam hujan. Aku ucap terima kasih pada diorang, aku cakap aku tak akan pernah lupakan diorang, aku doakan diorang berjaya duni akhirat dan aku sayang sesayang - sayangnya pada diorang. Wallahi. Sebelum nak beredar keluar kelas dan menghabiskan sesi pembelajaran pada hari tersebut, kebiasaan aku, aku akan  ucap "Alhamdulillah and Thank You everyone!" tapi hari tu, rasa macam tersangkut dekat kerongkong pulak ucapan tu. Tak boleh nak keluar. Dan disaat aku ucapkan ayat tu, semua pelajar perempuan serbu aku, kami berpelukan, menangis dan bersalaman. Something yang aku takkan lupakan sampai ke akhir hayat aku. Subhanallah.

3 Aspirasi.
Ini Kucai. Ketua kelas 3A. He can't holding back his tears. He barely can speak. He's too devastated. Im gonna miss you Kucai. I love you so much!
Jut. Aku tak ajar Jut. Tapi somehow we were closed. Jut hadiahkan buku. Sobs.







Aini. Kesayangan dari tahun 2012.
Oat. Sahabat dunia akhirat yang aku tinggalkan sorang - sorang dekat sana. Ini parking aku, nombor 20. Lepas aku pergi, Oat take over parking ni.




Masa majlis perpisahan aku yang KEBIRU sekolah aku anjurkan, aku sengaja tulis ucapan panjang - panjang. Aku nak pastikan semua orang yang aku sayang dengar apa yang aku nak katakan. Memang panjang berjela kot ucapan aku. 3 mukasurat. Aku peduli apa. Siapa suruh pindahkan aku. Jadi tabah jelah dengar ucapan aku yang panjang berjela tu. Dan orang - orang yang aku sayang semua ada masa aku beri ucapan tu. And they heard. Joe heard. Oat. Kak Sally. Kak Yatie, geng Cik Kiahs. Semua ada. Anak - anak murid. Semualah. Aku mohon doa restu, supaya aku didoakan akan tetap mekar dan mewangi walau dimana aku dicampakkan. Nasib baik aku tak menangis masa bagi ucapan tu. Dan aku mintak maaf kepada manusia - manusia yang menangis dengan ucapan aku. Memang ucapan tu aku tulis sedih - sedih nak bagi korang menangis. Dan mintak maaf, time ucapan tu aku tak sebut nama sorang cikgu tu. Cikgu yang diskandalkan berhubungan sulit dengan aku. Bukan aku taknak sebut. Peh kitorang sebelum ni brotherhood kottt. Susah senang bersama. Aku, dia, Joe, Oat. Dia susah aku tolong. Sama - sama makan tong - tong duit kalau time sengkek, kita sama - sama bangunkan team choral speaking sampai menang peringkat daerah boleh beat TIGS, semua benda kita share sama - sama. Tapi untuk ucapan aku yang terakhir, aku tak sebut nama dia. Kenapa? Sebab aku tak sanggup nak sebut nama orang yang aku sayang, yang aku care, yang aku concern, tapi bila aku paling belakang, belakang aku ni ditikam - tikam. Belakang aku ni dirabak-rabakkan. Hati aku mati kot. Disaat semua orang mengecam aku. Dia tak stand out for me. Dia tak cakap anything yang membela aku. Hakikat kebenaran sebenar dia langsung tak ceritakan dengan orang lain. Padahal dialah orang yang beritahu aku bahawa Mak Mertua dia yang sebut nama cikgu petang (yang orang kata aku fitnah sebagai spy) tulah yang beritahu Mak Mertua dia segala-galanya. Tapi dia langsung tak cakap apa - apa. Malah dia bagitahu orang yang aku ni hipokrit dan jangan percaya langsung apa yang aku cakapkan. Sampai hati kau, kawan.Kau tahu apa yang kau buat, aku tahu apa yang kau buat. Tuhan tahu apa yang kau buat. Sampai masa, cukup haulnya, Tuhan balas buruk baik semua benda yang kau buat dekat aku. Dan bila dah sampai masanya nanti, aku harap Tuhan akan bagi aku nampak, aku tengok apa yang taqdir bagi dekat kau. Insyaallah.

Ini Hilman. Manusia yang paling broke down bila aku nak pindah. Dia paling rapat dengan aku dan bila aku pindah, dia of courselah sedih. Lagi 2 bulan nak SPM. Tapi dia kuat, steady je harung SPM. Yeah.
Ini Tiqah. Bodyguard merangkap kesayangan aku tahap dewa. Kalau dulu aku boleh peluk dia bila - bila masa. Lepas dah pindah ni, kalau rindu. Hm tahan jelah dalam jiwa.

Dan begitulah. Aku pindah membawa 3 perkara bersama aku. Aku dihina dicerca sebab dilabel guru bermasalah (Yang kemudiannya dikuatkan lagi dengan markah prestasi yang menurun dengan kadar yang sangat membabi buta. Komen dari penilai "Prestasi menurun dengan sangat ketara" Ada terpapar di e-prestasi dengan gemilangnya. Permohonan kenaikan DG yang tidak diperakui berserta ulasan "Perlu dibimbing menjadi guru yang lebih baik terutama dari segi hubungan dengan rakan sekerja.") , legasi yang aku bina selama 8 tahun di sekolah lama hilang musnah begitu sahaja, dan secara jujurnya, aku tinggalkan sekolah tu dengan nama yang sangat buruk. Cikgu yang bermasalah, berskandal dan isu aku memfitnah guru perempuan tersebut. Dan kalau menurut komen yang aku dapat di borang prestasi, aku rasa sebab utama aku pindah adalah sebab aku memfitnah guru perempuan tersebut sebagai spy kepada mak mertua cikgu lelaki yang diskandalkan dengan aku. Dan dengar - dengar khabarnya, aku memang bermasalah sebab tu aku memang selayaknya dipindahkan. Jadi kalau korang tanya aku kenapa aku pindah, aku jawab, aku cikgu bermasalah. Dan memang selayaknya aku dipindahkan.

Wallahu alam.

Apapun tanggapan orang, aku serahkan kepada Tuhan untuk menentukan. Aku taknak buat kerja Tuhan. Menghukum manusia sana - sini. Kalau betul aku salah, biarlah Tuhan yang membalasnya. Sampai ada yang kata aku guna bomoh untuk menyakiti orang sana sini, aku gunakan ilmu hitam, aku gunakan santau. Macam - macam. Sumpah, aku tak mampu nak tutup mulut manusia. Dan aku tak ada daya dan kuasa nak meyakinkan semua orang aku dipihak yang mana. Cuma aku percaya, satu masa nanti Tuhan akan beri kita jawapan yang dicari - cari. Mungkin sekarang nama aku dipijak - pijak, maruah aku dihenyak - henyak. Orang menuding jari ke arah aku. Akulah yang jahat. Akulah yang jalang. Akulah yang sundal. Tak apa. Ini bahagian aku. Sebab aku yakin dengan kuasa Tuhan. Aku yakin seyakin - yakinnya. Nanti. Bila sampai masa. Aku keluar dari sekolah tu dengan nama yang musnah tapi tak mengapalah. Aku tak layak untuk mengajar di sana. Jadi biarlah aku keluar dan menabur bakti ditempat yang memerlukan aku. Walaupun lepas aku pindah, lagi hebat cerita - cerita yang tersebar, aku serahkan semua ni pada Tuhan. Ini Tuhan punya percaturan.

Aku tak akan pernah menyerah dan mengalah. Aku akan tetap menjadi aku, walau dimana aku dicampakkan. Insyaallah. Kerana yang berkuasa atas aku cuma Allah dan Allah semata. Bukan kamu kamu manusia. Bukan.

Chill ah. Kata lejen!

Nah. Kasi lobang hidung sikit. Kehkeh!
Alhamdulillah and thank you everyone!

Read More»

Tarik Nafas Dan Hembuskan. Senyum Dan Ucapkan Syukur Pada Tuhan.

Halamak. Tajuk entry dah macam puisi pendek FyngJamel pulak.Ini kalau dibiarkan ni mau dua tiga episod ni, tajuk saja.

Assalamualaikum korang semua. Di saat ini aku sedang batuk dengan begitu anjing sekali. Kalau diletakkan dalam semak - samun dimalam hari, mungkin lintang - pukang orang lari bila dengar aku batuk. Disangkakan setan. Batuk teruk ni. Suara pun sikit lagi nak jadi macam pondan. Macam - macam ubat dah aku telan. Tapi belum diberikan kesembuhan oleh Tuhan. Ewah macam pantun lapan kerat pulak. Chill. Sakit kan penghapus dosa. Tuhan nak hilangkan dosa - dosa aku, tu diujinya aku dengan nikmat sihat ditarik sementara.

Alhamdulillah, dah sebulan dekat sekolah baru. Oh untuk yang tak tahu, aku sekarang ni dah bukan dekat sekolah lama lagi tau. Aku dah dipindahkan lagi ke sebuah sekolah di area Yong Peng. 16 haribulan Disember 2015 hari tu pegawai PPD Batu Pahat called suruh datang pejabat ambik surat redeployment. Sebagai penjawat awam yang mendengar kata serta tidak rebel, aku pun datang ke PPD ambik surat pindah. Tengok nama sekolah baru, SMK Yong Peng. Alhamdulillah. Ini yang Tuhan aturkan untuk aku. Perancangan Tuhan kan lagi power dari perancangan kita manusia biasa yang hina lagi dina ni. Aku bersangka baik dengan Tuhan dan yakin bahawa apa yang Tuhan pilihkan untuk aku ini adalah lorong - lorong untuk aku menjadi lagi champion di masa akan datang.

Maka 28hb Disember 2015 bersempena dengan mesyuarat guru kali pertama untuk sesi persekolahan tahun 2016, aku pun melaporkan diri dengan semangat yang berkobar - kobar serta rasa jatidiri yang tidak tentu hala. Dalam hati ni memang semangat nak menabur bakti menyemai budi (Heceh) di sekolah baru lepas dengar GPK 1 cakap dalam telefon itu hari "Kami memang tak sabar nak tunggu guru Bahasa Inggeris datang, kami mengalu - alukan kehadiran Puan di sekolah kami." Baru cakap macam gitu je, aku dah rasa terharu sampai nak menangis tepi highway Yong Peng. Itu yang semangat lain macam. Sampai je sekolah macam biasa terus jumpa Pengetua, lepas sembang - sembang sikit, Pengetua jemput aku untuk bersama - sama dengan guru - guru yang lain untuk meeting kali pertama bagi sesi persekolahan 2016.

Masuk je dalam bilik mesyuarat, memang terpinga - pinga jugaklah tengok muka kiri - kanan tak berapa nak kenal. Aku pun terus buat muka paling solehah level 999 cari tempat duduk kosong. Nasib baiklah ada sorang cikgu perempuan peramah nauzubillah ajak duduk sebelah dia. Kakak ni tadi kenalkan diri dia sebagai Kak Rose. Tiba - tiba pulak aku macam nak nyanyi lagu Upin Ipin. Borak punya borak, rupa-rupanya Kak Rose ni tadi isteri kepada cikgu Sejarah aku masa zaman sekolah menengah dulu. Keciknya dunia. Sebelah kanan aku pulak sorang lagi cikgu baru dari Datuk Sulaiman, Kak Yam. Maka macam jodoh yang telah ditentukan Tuhan kitorang pun terus geng start dari hari pertama tu. Kak Rose bertindak sebagai pembawa bekalan dan tugas beliau disekolah adalah untuk memastikan bahawa aku makan setiap hari. Pantang nampak aku melepak - lepak tak tentu hala, mesti dia terus sumbat makanan. Roti lah, kek lapislah, pisanglah. Jadi reason aku gemuk sejak naik sekolah ni adalah kerana Kak Rose. Silalah percaya. 

Kak Yam pulak lebih kepada seorang kakak yang sentiasa menunjukkan contoh tauladan yang membanggakan macam masuk kelas awal, buat kerja jangan bertangguh, sentiasa menepati masa dan Kak Yam jugaklah yang menasihatkan aku untuk bersungguh-sungguh menghafal nama guru - guru dekat sini. Pantang ada cikgu melintas tepi meja kami, mesti dia akan terus tanya "Ha, bagitau akak siapa nama cikgu ni!" Terkial - kial jugak aku nak menjawabnya. Lagi - lagi kalau yang melintas tu cikgu cina. Matilanak. Soalan - soalan beliau jugak berubah mengikut keadaan dan juga aras pemikiran pada ketika itu. Kalau time dia nak keluarkan soalan KBAT sikit, maka soalan beliau akan berbunyi seperti :

"Ada berapa pasang cikgu suami - isteri dekat sekolah ni?"
"Siapa nama isteri cikgu blablabla?"
"Kalau cikgu ni adalah suami cikgu tu, siapa pulak isteri cikgu ni?"

Stress kuasa sembilan jugak nak memikirkan jawapannya.

Alhamdulillah, dekat sekolah ni aku memang terasa sangat dialu - alukan. Hari pertama naik sekolah je masa perhimpunan , nama kau ditayang sebesar - besarnya dekat screen, mengalu - alukan kedatangan kau dekat sana. Gila ah terharu aku weh! Cikgu - cikgu dia semua rata - ratanya peramah bukan calang - calang. Tak lokek dengan senyuman. Sepanjang jalan nak punch tu memang kau akan di sapa di sana - sini. Tak kiralah cikgu Melayu ke Cina ke, lelaki ke perempuan ke semua sama. Sama ada dia akan greet kau atau sekadar senyum, semua memang akan bersapaan. Ustaz pun kalau berselisih akan ucapkan salam sambil senyum, bukan jenis ustaz yang acah Mak Enon tak pandang mata perempuan jalan dok tunduk sampai terlanggar pemadam kebakaran dekat dinding tu tak, takde dekat sini. Konsep "Kitakan Rakyat Malaysia Yang Berhemah lagi Bersatu-Padu" digunakan secara meluas dekat sekolah ni. Aku tak rasa homesick langsung dekat sini.

Pau dengan Ijah. Pau ni wife kawan baik aku masa form six dulu, Sapik. Ijah ni pulak kawan baik aku masa sekolah menengah dulu. Sekarang sama - sama mengajar satu bumbung.

Dekat sini aku duduk dekat area cikgu - cikgu senior. Mula - mula tu takut jugak sebab rata - rata yang duduk area ni semua Ketua - ketua Panitia, cikgu - cikgu yang pegang jawatan dahsyat - dahsyat, cikgu - cikgu yang handal semua duduk keliling aku. Rasa kerdil pulak aku selaku cikgu picisan nak mingle dengan orang - orang penting ni. Yelah, aku ni siapalah kan. Dahlah dg pun kena tahan, mana nak sama terbang sama enggang. Gitu. Tapi ada bagusnya jugak aku duduk dengan diorang, kerja - kerja aku semua siap on time. Masa terluang pun diisi dengan aktiviti berfaedah macam tanda buku ke, siapkan latihan untuk students ke gitu. Tak ada masa langsung nak bergossip tak tentu pasal. Ya Allah, dirahmati betul meja aku ni.

Matang sikit. Takde teddybear apa bagai dah.
Kali ni aku bawak rak - rak buku banyak sikit. Sebab aku pegang semua buku - buku students. Setiap kali habis kelas terus kutip. Aku simpan dekat meja. Kalau aku kasi diorang bawak balik memang masaklah jawabnya. Kelas yang aku dapat pulak , kelas - kelas pailang yang boleh tahan jugak perangai masing - masing. Jadi nak senang, biar aku je yang pegang buku diorang. Taklah sakit jantung aku jadinya setiap kali nak buat nota atau latihan. Memandangkan jadual aku memang packed gila - gila, kantin pulak jauh, bilik guru pulak tingkat 3, memang mimpilah aku nak ke kantin. Jadi solusinya setiap hari aku bawak bekal, sambil - sambil letak stok biskut, muruku, kacang - kacang dekat sekolah. Kalau lapar, boleh terus makan. Nak turun ke kantin memang tak larat. Turun naik bangunan tiga tingkat. Bergalih tempurung kaki dibuatnya.

Dekat sini majoriti students dia chinese. Jadi budaya belajar dia memang lain gila. Slow-slow aku sesuaikan diri untuk adapt dengan budaya belajar diorang. Tak boleh garang sangat, tapi tak boleh macai sangat. Kena give and take. Sabar tu memang kena banyaklah. Urut dada jugak dengan perangai diorang. Kalau agak - agak tak boleh nak dibagi muka tu hantar aje ke unit disiplin. Cikgu - cikgu tak payah nak stress. Tahulah unit disiplin handle. Yang lain so far so good. Budak - budak cina selalu puji aku cantik. Kahkah. Rasa nak termuntah jugak dengar. Ada yang tak percaya aku dah kahwin. Ada yang kata aku macam anak dara. Alahaiii, aku ni pulak jenis manusia yang pantang kena puji. Engkau orang pun dapat bayangkan macamana taiknya muka aku bila kena puji. Rasa nak baling dengan terompah.

Pembantu tadbir dekat sekolah ni pun semuanya baik-baik gila. Takdenya nak menengking-nengking bila kita tanya something atau kita tak faham sesuatu perkara tu. Kalau aku ada benda nak tanya, memang diorang akan tolong sampai kita setelkan masalah kita tu. Contohnya masa aku tengah serabut hal kenaikan DG kena tahan tu, pembantu tadbir dia tolong aku dari A - Z untuk setelkan masalah ni. Takdelah biarkan aku terkapai - kapai macam bodoh gitu. Takde. Diorang semua setakat ni memang peramah, baik dan tak maki - maki. Semoga Allah membalas jasa baik setiap sorang daripada diorang ni semua. Amin ya rabb. Kan bagus bila kita buat baik dan mudahkan kerja orang. Orang pun akan selalu mendoakan yang baik - baik untuk kita. Bukannya doakan kita mati cepat ke mati kena karen ke apa. Sebab Tuhan pun dah janji, kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan urusan kita. Faham eh?

Dan yang paling best dekat sini, aku tak pernah terasa tersisih. Walaupun aku sorang - sorang, aku tak pernah rasa tersisih. Ahli - ahli English Department dekat sini pun memang semua rajin bantu aku, kongsikan segala apa yang diorang tahu dengan aku, dan tak lokek dengan informasi. Guru kanan bidang aku pun baik gila, cakap lemah - lembut je (Terus teringat dekat Kak Zana. Sobs) Aku rasa sangat bersyukur kerana dipindahkan ke sekolah ni. Ingat lagi pesan Kak Rose, Kak Rose kata "Di sinilah tempat Yatt akan temui kehidupan." Insyaallah Kak Rose. Insyaallah. Dan yang paling best, takde masalah pun dekat sini untuk orang panggil aku Bunga. Even nama aku dalam telegram masih kekal theotherbunga  takde siapa kisah pun. Aku telegram dengan pentadbir pun guna nama Bunga, takde pulak diorang melenting. Takde pulak diorang kecoh - kecoh dalam meeting pesemua. Korang je yang hekeleh lebih. Pongkes betul perangai.

Tipulah kalau aku kata aku tak rindu sekolah lama dan bekas anak - anak murid aku. Tipulah kalau aku kata aku tak pernah terfikir nak balik sana semula. Tapi aku kena pegang satu hakikat kebenaran yang Allah dah janjikan untuk aku, bahawa hidup aku bukan dekat sana lagi. Kuat macamanapun sayang aku dekat sekolah lama, Allah kata itu bukan tempat aku lagi. Sana bukan tempat untuk aku berbakti. Apapun yang pernah aku bina dekat sana, dah berakhir. Itu bukan legasi aku lagi. Di sinilah tempat aku berpijak sekarang. Tempat aku mencurah segala - gala yang aku ada. Tempat baru, tempat dimana aku boleh bermula semula. Dan sekarang, aku mula merasa manisnya sebuah penderitaan, sebuah pengorbanan yang aku tempuhi dulu. Segala duka, segala airmata yang pernah mengalir menangisi sebuah taqdir dulu, kini Tuhan balas dengan indahnya bahagia. Insyaallah. Ini rupanya hadiah Tuhan untuk aku. Ini rupanya taqdir Tuhan untuk hidup aku. Terima kasih Ya Allah.

Cerita aku dekat sini baru nak bermula. Perjalanan masih panjang. Tak adil rasanya nak comparekan sebulan dengan jangkamasa 8 tahun. Banyak lagi yang bakal aku lalui. Banyak lagi yang belum aku tempuhi. Namun untuk permulaan yang sangat sangat awesome ini, aku ucapkan setinggi - tingginya syukur kepada yang punya alam. Terima kasih, Tuhan!

Senyum.

p/s : Tuhan saja yang tahu betapa aku rindukan kawan - kawan baik aku dekat sana.
Ayam.
Joehari Sukiman.


Read More»