Thursday, January 26, 2023

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lama dah tak menulis dekat sini. Rindu nak menulis tapi aku lost of words. Banyak benda yang berubah sekarang. And I guess, aku pun dah banyak berubah juga. Not the same person anymore. Terlalu banyak yang terpaksa ditahan, ditelan, ditanggung. Dan akhirnya aku memilih untuk diamkan dan kuburkan. 


Begitulah kehidupan. Hidup memang sedikit kejam dan tidal adil. Tapi hidup memang tidak akan pernah adil untuk kita. Tuhan sendiri cakap; yang dunia ni memang bukan tempat untuk kita bersenang-senang dan bahagia.


2022, tahun yang banyak menyedarkan aku tentang beberapa perkara. Perkara-perkara yang selama ini tak pernah terlintas langsung aku bakal alami sendiri dalam hidup ni. Aku tak pernah tahu yang rupanya aku sekuat ini. Rupanya hati aku setegar ini, rupanya kesabaran aku setinggi ini. Rupanya aku pernah sehancur ini. Rupanya aku sehebat ini. Dan aku takkan pernah tahu jika segala-gala yang berlaku pada 2022, tak berlaku. Jadi, terima kasih Tuhan untuk pelajarannya.


Menyesal?

Tidak. Dan tak akan pernah.

Akan aku jalani hidup seperti yang telah direncana Tuhan. Biar sehancur apapun aku, cukuplah andai Tuhan kekal bersama aku. Dan untuk itu, bismillah untuk semuanya. 

Untuk segala-galanya.

Sunday, July 18, 2021

Mendoakan Yang Terpaling Dibenci.

Assalamualaikum.

Tadi aku sangat fucked up. Sebab aku secara tak sengaja teringat balik dekat benda yang aku dah taknak ingat. Mungkin orang tu tak sengaja nak brought up the issue to me tapi itulah. Benda pun dah jadi. Sudahnya aku screwed sampai aku tak mampu nak berfikir apa -apa yang positif. Aku bukan jenis yang pendendam. Aku tak pernah berdendam kesumat sampai ke liang lahad walaupun somestimes kalau aku terlalu consumed by anger, aku doakan orang tu yang bukan-bukan. Aku ni dahlah sadistik. Aku bukan setakat doakan orang tu sembelit je (Contoh!) tapi aku doakan sekali dia sakit gigi dan kembung perut dalam masa yang sama. Kan seksa tu.

Dahlah aku ni sejenis manusia yang overthinking. Perfect combination betullah.

Aku bila fucked up, aku jadi jahat. Aku akan blocked segala-galanya yang positif. Aku akan focus dekat satu benda yang aku benci tu and aku akan drained up kan segala energy yang aku ada untuk menyalurkan kebencian tu segigih-gigihnya. Kadang tu, dah tengah sakit tu, aku akan buat lagi benda-benda yang menyakitkan. Aku macam nak test power sampai mana aku mampu bertahan, sekuat mana hati aku mampu tanggung beban. Tapi nanti yang sudahnya merana, akulah jugak.

Aku bukan selalu macam tu. Kadang-kadang je. Tu pun bila aku dah tak mampu nak layan sendu sorang-sorang. Dulu time muda, bila macamni, aku mengamuk tak tentu hala. Bila dah tua-tua macam ni, aku jadi malas nak layan sangat perasaan. Penat. Nak benci orang ni bukannya benda yang senang dan meriangkan. Hati kau sakit, jiwa kau sakit. Kau akan rasa kaulah manusia yang terpaling jijik sekali sebab tak mampu nak melawan kejahatan dengan kebaikan. Tapi kita ni manusia biasa, kuat manapun kita melawan, sometimes ada masa-masanya kita mengalah dengan setan.

Kadang-kadang, sebab terlalu geram, aku menangis. Tapi tak boleh menangis depan orang, sebab being me, bukan sesuatu yang senang. Orang assume kau seorang yang kuat, tak mudah mengalah, dan yang paling celaka sekali, orang fikir kau ni ceria dan funny. Jadi bila kau kata kau sedih ataupun kau tengah mood tak okay, orang takkan pay attention sangat. Sebab kau dah biasa jadi funny, happy dan menceriakan orang. Feeling kau, your own emotion dah tak valid. Takde siapa ada masa nak layan gundah gulana kau. Jadi, nak taknak kau kenalah jadi kuat. Simpan sikit airmata. Takde siapa nak kisah.

Aku benci bila aku dalam keadaan macam ni. Sebab sometimes bila aku tengah waras, and ada orang cakap benda ni depan aku, aku okay je. Boleh gelak-gelak and jadikan benda ni bahan lawak. Tapi adakalanya, i just lost it. And bila aku dah tak boleh nak control my own sanity ni lah aku akan start menyusahkan orang-orang sekeliling. Dan yang paling parah, bila aku overthinking, aku takkan percayakan kebenaran. Aku akan menidakkan apa je yang orang beritahu aku sebab aku puas dengan rasa sakit ni. Aku suka. Aku macam appreciate gila-gila rasa sakit ni sebab it makes me feel alive. Buat aku rasa kuat dan buat aku rasa entitled, walaupun hakikatnya aku rasa nak menangis berguling-guling dari Johor sampai Penang. Ah aku tak peduli.

Dan bila dah fucked up macam ni aku terpaling tak tahu nak buat apa. And biasanya aku ended up melukakan orang-orang yang aku sayang. Aku jadi cranky, panas baran and serabut tak masal. Aku jadi easily triggered walaupun benda tu kecik je. Ya Allah sumpah aku benci diri aku sendiri bila aku dalam keadaan macam tu. Macam orang takde iman. Aku akan questioned segalanya sampailah aku penat sendiri. Penat gila! Entahlah, aku macam tak boleh nak terima hakikat walaupun ada kalanya aku rasa macam aku dah okay and dah boleh digest kebenaran yang aku tahu, tapi tu lah. Ada tapinya disitu.

Yang terpaling susah tu bukanlah memaafkan orang yang kau benci. Tapi mendoakan yang baik-baik untuk dia. Macam yang aku cakap tadi, aku ni sadistik. Aku kalau boleh nak dia merasa seksa dan menderita sepanjang masa, astaghfirullah. Macam takde iman kan? Walaupun Tuhan dah cakap, kalau kita mendoakan orang yang baik-baik, doanya akan berbalik kepada kita, but being a rebellious kid once upon a time, aku tetap cakap TIDAK! Betapa degilnya kepala hotak aku yang bebal ni. Tapi sampai bila aku nak jadi macam tu? Bila aku nak tenang kalau aku terus macam tu?

Apapun, aku dalam fasa acceptance sekarang. Dan fasa ni pulak sesuatu yang berbolak-balik. Sekejap aku okay, sekejap aku tak okay. Entahlah nak. Namun aku terus-terusan mendoakan orang-orang yang aku kenal, tak kiralah baik ataupun jahat. Jahat tu sesuatu yang subjektif. Siapalah kita nak menilai orang tu jahat ke baik kan? Aku kena yakin yang Tuhan itu Maha adil, and tak mustahil suatu hari nanti, kita semua bakal disatukan bersama dalam situasi yang hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dan disaat itu, aku nak jadi orang yang terpaling tenang dan cool kentang.




Dah. Babai!

Friday, July 9, 2021

Pulangkan Aku Yang Dulu.

 Assalamualaikum. 

Hari ini tiba-tiba aku rasa macam nak menulis. Padahal dulu menulis merupakan satu-satunya passion yang aku ada. selain membaca. And makan la obviously. Tapi entahlah, lately ni semakin aku tua semakin pula aku malas menulis, apatah lagi membaca. Ampun Ya Tuhan. Semua pun malas. Pernah la jugak aku membuat beberapa percubaan untuk drafting, tapi lepas tu berkubur sajalah. Kalau aku terlalu rindukan mahu meluah, aku buat short videos dan post dimana-mana socmeds yang aku ada. Biasanya Instagram. Tapi itu pun tak rajin jugak. Entah apa yang aku busykan pun aku tak tahu. Puisi jangan cakaplah, dah lama aku kuburkan. I guess, poems are not valid anymore nowadays. Dunia chaotic sangat. Semua orang dah jadi gila.

Tahun 2020 berlalu dan berkubur begitu sahaja. Ada mencuba membuat beberapa kali percubaan merentas negeri-negeri di Malaysia. Tapi di dalam norma baru yang aneh. Bertopeng. This covid thingy makin lama makin sial jadinya. Tapi sebenarnya bertopeng ke sana sini is not a bad idea actually. Bukankah kita selalu bertopeng munafik dan durja? Bukan benda asing bagi kita kan. Tapi itulah. Sesak juga nafas dihela. Aku ke Penang sekali lagi, ke Cameron Highland dan last sebelum penutup 2020, aku ke Ipoh lagi sekali. Pergi ke Ipoh dah macam menjadi acara tahunan sekarang. Tiga tahun berturut ke Ipoh. Apa yang ada di Ipoh? Entahlah. Sisa-sisa kehidupan, mungkin? Jangan tanya kenapa aku suka pergi Ipoh. Sebab aku pun tak tahu. Jawapan terkubur bersama berkuburnya Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Sepet yang membawa aku ke Ipoh. Begitulah.

As much as I hate 2019, aku rindukan ia juga sebenarnya. Tahun terakhir aku menjadi normal. Kerana selepas 2019 berlalu, aku hilang 'aku' yang dulu. Aku sendiri tak kenal siapa aku yang sekarang. Jasadnya sama, jiwanya beda. Melihat aku dicermin, bagai melihat jiwa asing yang aku tak kenal. Dan aku masih dalam proses mengupas kulit 'aku' yang baharu. Setiap kupasannya umpama bawang, pasti merembeskan air mata. Mungkin kalau aku menyimpulkan 2019 sebagai sesuatu yang 'sial', aku boleh jatuh menjadi manusia yang kufur nikmat. Kerana 2019 lah tahun yang ternyata aku terlalu banyak dimanjakan Allah. Diberikan kejayaan yang berlipat kali ganda, walaupun digarisan akhirnya harus aku balas dengan segala bangsat segala celaka. Ya Allah, ampunkan jiwa ku yang khilaf. Dan 2019 jugalah saat aku mula membenci bulan lahirku sendiri. Dari awal, sampai ke akhir. Terlalu banyak yang menyeksa dan merana. Nauzubillah ya Tuhan, ampunkan hamba Mu ini yang tidak tahu bersyukur.

Dan sedari saat itulah, aku mula mencari diri. Mengenal Tuhan, mengenal syaitan. Kerana adakalanya garisan antara putih hitam, menjadi kelabu dan mengelirukan aku. Kadang yang aku gapai adalah bisikan-bisikan sial si durja dan bukannya kalam si Penguasa sekalian petala semesta. Nauzubillah ya Allah. Dan aku masih terus dalam perjalanan dan perjuanganku bertemu Tuhan yang satu.

Dan adakalanya aku rintihkan, "Pulangkan aku yang dulu."

Esak.

Esak.

Esak tangis.


Aku kena terus kuat, kerana itu sahaja pilihan yang aku ada. Menjadi seorang 'Norhayati' tidak mengizinkan aku untuk menjadi lemah. Tidak sesekali. 

Berkati langkahku Ya Allah, sehingga nadi dan nafasku terhenti.


Semoga tulisan ini takkan terhenti mati di sini. Insyaallah.

Sampai jumpa lagi❤

Friday, February 12, 2021

Jangan Tanya Kenapa



Assalamualaikum.

Kadang-kadang, dalam hidup kita ni, sekuat manapun kita mencari tahu, segigih manapun kita menggali itu ini, korek sana sini, kalau Tuhan kata "Belum sampai masa untuk engkau tahu. Akur dengan waktu Aku, bukan waktu kamu." tetaplah segala pencarian kita tadi tu berakhir dengan sesuatu yang sia - sia. Buntu. Tak ada jalan selesai. Tu yang kita akan jadi serabut, kita jadi macam tak tentu arah. Hati tak tenang. Fikiran jadi galau, jiwa jadi walang. Sebab manusia ni sifatnya satu, makin dilarang, makin dibuat. Kita sentiasa cari jalan untuk menjadi yang serba tahu. Alasan kita, selagi tak tahu, selagi itulah jiwa jadi kecamuk dan buntu. Tak jumpa damai. Sedangkan Tuhan kata, "Kalau mahu tenang, ingatlah Aku."

Biasalah manusia.

Kita selalu pertikai. Kenapa dan mengapa. Kita tak pernah percaya Tuhan punya rencana. Kita rasa kita yang paling bagus kemudi hala tuju masa depan kita, sedangkan kita ini cuma merancang. Yang menentukan, tetaplah Tuhan. I learn this, in a hard way.

Dulu, satu masa tu, aku pernah seserabut ini. Kesana kesini mencari tahu sesuatu yang aku musykilkan. Sesuatu yang seringkala menganggu tenang, yang seringkali meriak curiga dalam hati aku. Hati penuh syak dan sangka. Tapi entah kenapa setiap jalan yang aku cuba teroka, mesti nerakhir dengan buntu dan kecewa. Masa tu, tidur tenang di waktu malam menjadi sesuatu yang asing. Selalu jugak aku terbangun malam, hyperventilating tak semena-mena. Susah nak bernafas secara tiba-tiba, dada terasa berat dan menekan-nekan. Kusut sangat fikiran.Terlalu sibuk mencari tahu dan mencari jawapan, semata-mata nak puaskan hati sendiri yang penuh dengan sangkaan. 

Aku tahu sesuatu yang bangsat telah berlaku, tapi aku tak tahu mana nak cari punca, mana nak cari bukti, mana nak mula hala tuju. Dan akhirnya aku sendiri yang menderita. Panic attack, depresi ringan mungkin dan akhirnya aku tiba dalam satu keadaan dimana aku menjadi sangat paranoid. Semuanya aku rasakan sangat mencengkam dan celaka. Aku menjadi seorang yang pasif, negatif dan penuh dengan 1001 tanggapan.

Waktu itu, seketika - aku lupa yang sebenarnya di dalam keadaan yang penuh mendesak itu, Tuhan rupanya sedang berbicara secara terus dengan aku. Aku diuji, rupanya aku yang tak mengerti. Aku diberikan perhatian penuh sama Tuhan, lalu dibelainya aku yang lalai ketika itu dengan sedikit ujian Tuhan. Hati aku dipenuhkannya dengan sedikit rasa syak wasangka, dan akhirnya aku sendiri yang terduduk di kaki lima taqdir kerana terlalu selalu menyalahkan semesta atas setiap musibah yang berlaku. Aku lupa, yang Tuhan sebenarnya mahu mendengar aku merintih dan menangis, menginsafi khilaf diri. Sepatutnya aku berhenti cari tahu dan berhenti tanya ini itu. Sepatutnya, untuk setiap celaka yang aku terima, harusnya langkah sujudku laju menuju Dia.

Bila jawapan yang aku cari, tiada di bumi. Aku cuba mencari jawapan dilangit. Usai solat lima waktu, aku panjatkan doa kepada Tuhan agar dikurniakan aku kekuatan. Aku merayu dengan segala pelusuk hati dan jiwa, agar dikurniakan aku hati yang tenang dan bebas dari walang, supaya setiap tangis dan sujudku hanya untuk Dia Yang Satu, dan bukan yang lainnya.

Aku bangun malam, mencuba-cuba tahajjud walaupun tidak sekerap orang lain. Di setiap rakaat, basah sujudku dengan linangan airmata. Aku adukan semuanya pada Tuhan. Aku adukan segala rasa hati yang galau kepada pemilik mutlak hati hambaNya. Aku adukan semua yang aku rasa.Al-quran yang selama ini hanya menjadi hiasan, aku buka lembarannya satu-satu. Mengalir airmata aku membayangkan betapa baiknya Tuhan selama ini dengan aku. Setiap masa yang terluang aku penuhkan dengan  zikir dan beristighfar. Aku sibukkan diri dengan mendengar input-input keagamaan.

Dan maka benarlah, tenang itu datang ketika kita mencari Tuhan.

Walaupun masih rentan, walaupun masih galau, tapi aku sudah punya kuat untuk menghadapi dunia nyata. Walaupun masih belum jumpa dengan jawapan yang aku cari, aku serahkan segalanya bulat bulat kepada Tuan Empunya Langit Dan Segala Isi Bumi. Biarlah selama manapun Tuhan mahu aku  berpetualang mencari jawapan untuk segala persoalan, aku tak peduli. Asalkan ada Tuhan menemani disetiap langkah yang aku lalui. Aku masih bertabrakan, tetapi hati aku tenang. Kerana aku tahu, aku ada Tuhan.

Setahun aku hidup begitu. Masih dalam tanda tanya, tetapi hati aku sudah tenang walaupun belum redha. Redha. Menerima tanpa tanya. Memeluk tanpa curiga. Menyerahkan segala batin zahir kepada yang Empunya semesta. Aku jadi seutuhnya yakin dan percaya, Tuhan akan tunjukkan aku jalan dan jawapan, bila aku bersedia. Tuhan mahu aku bersedia, sebelum terungkai segala kusut yang bermaharajalela. Aku yakin, aku akan tahu segelanya bila Tuhan rasa aku sudah bersedia. Ingat. Masa dia bukan masa kita. Dan untuk itu, terima kasih Tuhan. Untuk setiap remuk hati dan segenap pelajaran.

Dan -

Disaat aku berhenti bertanyalah itulah, Tuhan kurniakan aku dengan segala jawapan yang aku cari selama ini. Dan satu persatu, segala apa yang menjadi tanda tanya, sesak dada, galau jiwa - Tuhan tunjukkan. Tuhan tunjukkan, Tuhan beri jalan, Tuhan beri ilham dengan cara yang tak pernah aku sangka - sangka. Jawapan yang buat aku tertanya - tanya. Kalaulah apa yang aku tahu sekarang, Tuhan beri aku tahu setahun yang lalu, mungkinkah jalan aku ambil bakal berbeza? Mungkinkah taqdir aku bakal merubah semesta dan segala isinya? Kuatkah aku ketika itu kalau aku tahu awal dari masa yang Tuhan taqdirkan? Mengapa selepas setahun, baru akhirnya Tuhan berikan aku jawapan?

Jawapannya mudah. Tuhan belum izin. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk aku. Dalam masa setahun, aku mencanai hati supaya jadi lebih kuat dan jitu persis besi keluli. Dan Tuhan hidangkan segalanya, bila aku sudah siap, dan bersedia. Kuda - kuda sudah terpasak kukuh tak mungkin tersadung langkahnya nanti.

Dan maka benarlah,

masa Tuhan, bukan masa kita.


Terima kasih, Ya Allah.

Sunday, January 31, 2021

Mungkin Berdiam, Adalah Cara Menangis Yang Terpaling Lantang

 Assalamualaikum.

 Salam 2021.

Lamanya aku tak menulis dalam blog ni. Satu masa dulu, blog ni pernah jadi tempat aku untuk mencurah segala rasa, aku carikkan segala luka segala rahsia dalam blog yang tak seberapa. Dari sekecil - kecil perkara, sehinggalah sebesar - besarnya. Semuanya aku kongsikan dekat sini. Entah kenapa, menulis, yang satu masa dulu pernah aku rasakan sebagai passion terbesar dalam hidup, perlahan - lahan aku tinggalkan. Banyak benda yang aku nak share, tapi entahlah. Semuanya berakhir dengan tanda noktah yang tak punya sambungannya lagi. 


Banyak yang aku lalui. Tapi semuanya samar - samar dalam memori. Mimpi ke? Atau sebenarnya aku yang menidakkan realiti?Dalam usia yang bakal menginjak tiga puluh lapan, aku mula untuk persoalkan nilai - nilai sebenar kehidupan. Bergunakah aku? Atau aku cuma satu lagi sosok manusia yang nantinya berakhir menjadi kayu bakar api neraka? Masih banyak persoalan yang berlegar-legar dalam kepala. Tapi semuanya aku biarkan tanpa jawapan. Apa yang aku boleh simpulkan, aku dipaksa untuk menjadi kuat. Kerana untuk masa sekarang, menjadi kuat sahajalah pilihan yang ada untuk aku ambil. Mahu atau tidak. Bersedia atau tidak. Aku tak punya pilihan.


Mungkin sudah terlalu lama aku berdiam. Mungkin aku perlu menulis semula. Meluah semula. Orang kata, diamnya orang yang suka menulis, mungkin kerana hilangnya sumber inspirasi? Entahlah. Mungkin berdiam, adalah cara menangis yang terpaling lantang. Mungkin dah sampai masa untuk Tuhan terbalikkan roda hidup aku. Kalau dulu asyik sentiasa di atas, asyik sentiasa gembira. Mungkin ini masa untuk Tuhan beri aku rasa luka, rasa lara, rasa kecewa. Bukankah doa aku di atas sejadah setiap kali aku usai menyembah, "Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian Mu." Macamana aku nak tahu yang aku tabah? Macamana aku nak tahu yang aku kuat? Mungkin ini caranya.

Sigh.

Kadang-kadang. Aku rindukan diri aku yang dulu. Yang jarang guna otak. Yang tak pernah serabut benda yang bukan-bukan. Yang tak pernah kisahkan ciap-siap manusia yang lain. Yang sentiasa ketawa, yang sentiasa sunging bahagia.


Mungkin taqdir hidup yang aku jalani sekarang, adalah perjalanan untuk setiap doa-doa yang aku titipkan selama ini untuk Tuhan. Tuhan beri apa yang aku perlu. Tuhan tidak beri apa yang aku mahu.


Mungkin.

Tiba-tiba rindu Penang.
Babai.