Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi lepas dah kenal - kenal ni gasak engkau oranglah sama ada nak terus jatuh cinta atau tak. Kahkah.
2014 (Updated)
Dilahirkan pada tanggal 8 Oktober 1983. Jangan terkejut pulak sebab aku tau, kalau tengok muka, mesti engkau orang ingat aku baru lepas SPM kan? Aku bukan siapa - siapa pun, manusia biasa yang suku kecintaannya jatuh kepada benda benda berseni dan penulisan . Jadi sebab itu aku suka berblog. Menulis. Membaca. Photography. Tak dinafikan , bahawa aku berjiwa penyayang. Cintakan binatang especially kucing. And binatang - binatang yang comel macam hamdster, hedgehog, tupai, burung Angry Birds. Juga lelaki kacak. Ehem . Pencinta tegar warna pink dan cokelat . Setakat ini belum pernah curang dengan keduanya . Orang kata aku perempuan yang kelakar . Aku menolak dakwaan ini dengan bersungguh - sungguh . Sebab aku berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa aku perempuan cantik yang lemah lembut dan terpelihara .
Graduated dari UPM (B.Ed TESL - Batch 2007) sambil - sambil belajar, aku sambil sambil cari pasangan hidup. Nanti senang, kerja terus kahwin. Eh. Haha. Kami graduated sama - sama. Kan ke comel tu. Bukan kantoi study sama - sama tau! Ingat tu adik - adik! Habis saja study, aku terus dihantar posting sebagai seorang guru bahasa yang comel dan berwibawa di sebuah sekolah yang ternama di daerah Batu Pahat Johor . Melalui perut jerih selama bergelar pendidik tak sikitpun mematahkan semangat untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna . Ferghh ! Ayat .
Kan tadi dah kata, kalau sambil belajar cari jodoh, bila sudah bekerja boleh terus kahwin! Aku berkawan dengan suami sudah 10 tahun sebelum kami mengambil keputusan untuk kahwin lari. Eh. Kahwin betul -betul. Hehe. Kami bernikah pada 10 oktober 2008. Alhamdulillah. Orang kata kalau nak pilih suami tu, pilihlah yang pandai memasak. Terjamin masa depan perut. Suami aku pandai memasak,tahu? Aku tak pandai. Aku pandai makan saja!
Biasalah. Bila sudah berkahwin, kamu akan mendapat hadiah cenderahati berupa barangan kecomelan seumur hidup! Yiiiieeeha! First time discover yang aku pregnant adalah pada November 2010. Auwww suspennya! Suspen sebab ah perangai aku saja macam budak umur 4 tahun , macamana nak jadi emak orang nih !
Tadaaaaaaaaaaa! Bf baru aku yang kacak ini nama dia Adam Irfan Xaharis. Lahir pada 16 Julai 2010, Jumaat pada 4.15 petang di HBP - 3.76kg. AWESOME!
Sekian sahaja mengenai diri pemilik blog yang awesome ini (Perasan) Terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak semenggah ni.
Tata semua!
16 Julai 2010. An angel is born.
Adam Irfan Xaharis Bin Hafizal