salam.
alhamdulillah.saya kini bergelar graduan.perasaan bangga masih menyelubungi hati saya.rasa seperti smlm sy menjejakkan kaki ke kampus hijau ini.dan sekarang,sy dengan bangga nya bergelar alumni uniputra.terima kasih Allah.
hati masih dipanjat pelbagai rasa.
gembira.sedih.bangga.segala2nya bercampur baur.tetapi sy bersyukur krn masih dpt bernafas dgn gembira bersama kejayaan yg saya lakarkan bersama teman2.
majlis konvokesyen sy telah berlangsung dgn jayanya.masih terbayang2 lagi keindahan hari yg amat bermakna itu.sy tersenyum lg.bangga giler..hihi...
majlis yg dihadiri insan2 yg sgt sy sayangi.insan2 berharga yg sukar sy ketepikan dlm hidup saya.dihiasi dgn kehadiran teman2,ucapan tahniah drpd insan2 yg sy kasihi,teman2,membuatkan dr ini terasa begitu disayangi.biarpun teman dan sahabat sy tidak ramai,namun kemeriahan yg mereka lakarkan tetap terpahat dlm hati.
bersama senyuman kebanggaan sewaktu perarakan masuk para graduan,saya menoleh kesegenap dewan dan hati menjadi lebih berbunga apabila sepasang bibir ayah dan bonda tersenyum bangga.hmm...tak terungkai betapa gembiranya sy...sebak mula menguasai segenap pelusuk jiwa..
saat kaki ini melangkah di atas pentas kehormatan, air mata terasa berpasir dimata.berjalan dgn penuh bangga,sy sememangnya layak untuk diiktiraf.biarpun bukan berada dikelas pertama,sy masih dikelompok elit yg membanggakan..usaha sendiri,penat lelah sendiri.ternyata membuahkan hasil.tangan Yang Mulia Tuanku canselor sy genggam erat,ucapan 'menjunjung kasih Tuanku' menemani sekalung tahniah daripada baginda.sy bangga.apatah lg sewaktu sama2 menyanyikan lagu keramat 'Putra Gemilang',hanya Allah yg dapat mentafsir perasaan sy ketika itu...bersama rakan2, sy mengenggam segulung ijazah sarjana muda pengajaran bahasa inggeris sbg bahasa kedua.
keluar dari dewan, sy disambut oleh keluarga dan insan2 yg sy sayangi.pelukan dan ucapan tahniah menghujani sy.bangganyer...tak habis2 rasa bangga....terima kasih semua..
walaupun hati sedikit kecewa kerana tidak dapat bergambar bersama Niza dan teman rapat Ketet (sedih sgt...)tetapi mereka akan sentiasa berada dalam ingatan..
p/s:Ketet..sedih sgt tak dapat jumpe kau... =(
tahniah kawan2...binalah hidup bermodalkan insan..
tahniah...
No comments:
Post a Comment