Tuesday, November 4, 2008

SURAT UNTUK CINTA


Salam,
Cinta…
(semoga cinta berada didalam lindungan dan limpah kurnia yang maha Esa)

Cinta,
Bukan mudah menjadi perempuan dalam hidup kamu.
Dan bukan mudah untuk saya menjadi perempuan dalam hidup kamu.
Namakan apa jua kesakitan dan kepedihan, saya sudah merasainya.

Cinta,
Sudah sedekad usia saya menjadi perempuan dalam hidup kamu,
Dan sedekad itu,
Mengajar saya pelbagai perasaan…
Saya tahu ketawa,
Saya tahu menangis,
Saya tahu tersentuh,
Saya tahu merajuk,
Saya tahu bahagia,
Saya tahu derita,
Saya tahu bangga,
Saya tahu terhina.

Namun yang paling berharga, saya bertuah kerana saya bisa hidup dan menyaksikan seorang lelaki berjuang perasaan dan taqdir untuk hidup bersama cinta saya. Saya sendiri merasai pengalaman dan hebatnya perasaan dikurniakan Tuhan cinta sejati.

Saya bertuah melihat kamu cinta yang hebat.
Saya melihat kamu menangis dalam ketenangan kamu.
Saya melihat Allah anugerahkan kamu sifat sabar yang ulung.
Saya melihat Allah kurniakan kamu sifat penyayang yang sangat agung.
Saya melihat Allah hiasi kamu dengan akhlak yang sentiasa buat saya bangga mejadi perempuan dalam hidup kamu…

Cinta,
Bila kamu mengambil keputusan untuk menikahi saya dan meninggalkan segala kesenangan dunia untuk hidup menjadi suami saya,
Di saat itu saya sudah berjanji dengan diri sendiri—LILLAHI TA’ALA…
Bahawa saya akan hidup dalam setiap nafas kamu,
Saya dukung cinta kamu kerana Allah,
Akan saya perjuangkan keranaNya juga…
Saya akan berjuang dengan setiap daya dan upaya yang saya ada…
Maruah dan cinta ini akan saya abadikan dalam darah yang mengalir dalam diri saya…

Duhai cinta,
Suami isterilah kita di syurga Allah kelak…



Benar,
PEREMPUAN

4 comments:

Firdaus said...

moga cinta dan bunga akan terus bersama..amin..

Cik Puan Bunga said...

aminnnn....

nur easy said...

subhanallah..semoga cinta hingga syurga

Cik Puan Bunga said...

@nur easyinsyaallah! :D