Monday, May 11, 2009

Form 6 Adalah Best Nak Mampus!


Ini adalah edisi ‘down the memory lane’-haruslah I kan gadis (???) berjiwa retro maka selambalah bagi kaum2 I ala ala flashback kisah2 lampau.kalau ada masalah maka silalah bercakap dengan tangan i.oke okeh.kembali kepada cerita asal (sesiapa yang ada popcorn saki baki tengok citer ‘bohsia’ ptg tadi u bleh still guna sewaktu mendengar cerita I neh okay!) ha-sampai mana tadi?aaa okeh… ramai yang beranggapan bahawa form 6 neh adalah tidak cool kentang dan macam low profile, it’s like ‘whoi kau tak dapat masuk U jadi sumpah hina kau masuk form 6 pakai uniform sekolah yang gampang tak hebat!’ kan kan kan?sapa yang penah berfikiran begitu silalah larikan diri sekarang coz I akan kejar dengan kapak ditangan.

Adik I adalah one of the people yang ada stigmata begitu. Haruslah meleleh-leleh air mata coz tak dapat masuk matriks dan berperangai like dunia dah nak kiamat sambil nyanyi nyanyi lagu patah hati.wtf?!then last resort register form 6 sambil buat muka ketat coz tak redha. Then kawan kawan plaks rasa yang form 6 bazir masa dua tahun, pakai uniform, dan still terikat dengan rules sekolah yang merepek2, where as orang lain dah boley berlagak lagak gantung kad matriks cam kau hebat sangat and boleh dah pakai sweater U masing-masing, sangkut keychain U masing masing di kunci jamban, payung pun ada lambang U and kalau underwear berlogo U masing masing ada dijual maka harus dan wajib dengung mereka pon tanpa segan silu akan memakai itu juga.

Okeh adik adik sekalian,
Mari kakak ceritakan satu cerita benar yang direka-reka…

I dulu pun serious shit macam u guys-mahu melalak lalak konon konon patah hati tengok kawan kawan lain masuk U.masing masing dah kembang lubang idung.tapi I sorang sorang nangis tepi pokok lada sambil nyanyi lagu kumpulan Screen. So, last choice terpaksalah sambung study kat form 6.sumpah sekolah I masa form 6 dulu tak glam. Nama sekolah pun rasa malu nak sebut.memang mendatangkan aib la.pergi sekolah rasa sakit jiwa.emo je memanjang.tapi I sangat bersyukur, kalau I tak sambung form 6 dulu, I takkan jadi macam I yang sekarang. Bijak,hot dan fab. Wahhh!

Adik adik,
Form 6 giler cool kentang ok. Uniform u guys dah sah sah memang takkan sama dengan orang lain. Belajar tak pressure, happy all the time, super senior kat sekolah (jahanam la budak form 5 nak tunjuk kerek dengan kami?!) saham melambung lambung, pengaruh kuat (junior memang ikut kata kami laa..whoh-samseng…hokhok) takda la lagi kena rotan dengan cikgu walaupun buat salah (form 6 special okay) and banyak la lagi yang best! (oO-,)

Tapi yang penting,
Form 6 bukan tempat orang orang yang tersisih, bukan tempat budak budak drop out yang bodo lagi tidak mendapat tempat di hati pusat pengajian tinggi, tapi form 6 adalah tempat ‘kita’ budak budak hebat lagi bergaya, yang dengan keazaman dan semangat juang yang tinggi menimba ilmu, kita tak gentar dengan cabaran bangun pagi dan mandi air sejuk (walaupun ada geng geng kita pegi kuliah pukul 8 pun tak mandi!) kita dengan selamba dan cool-nye pakai uniform lambang kita berdisiplin sedangkan ada geng geng kita pegi kuliah pakai baju ketat beli pakai duit PTPTN, kita belajar apa yang orang lain tak belajar-atau takut nak belajar. Dimana geng geng kita pada tahun freshie kat u sibuk belajar benda benda alien, kita belajar pasal negara, ekonomi, bahasa, dan segala macam benda yang dekat di hati kita. Kita nyanyi lagi lagu sekolah, lagu negeri masing masing dan lagu negara kita sedangkan geng geng kita yang masuk U nak nyanyi lagu U masing masing sebulan sekali pun susah-lagi haram ada yang nyanyi time nak graduate je nanti-gile tak kenang budi!

Kalau ada yang perasan, biasanya lepasan form 6 ni dia punya cara berfikir lain sikit. Kalau beri hujah, dia nampak kemas dan padu. Kemudian cara pelajar lepasan form 6 jawab soalan essay bila nanti dah masuk u pun ada lain macam sikit. Walaupun panjang berjela, kami tidak meleweh-leweh. Sungguh padu sekali jawapan yang kami berikan. Kami dilatih dan dibiasakan berfikir secara abstract juga mencapah. Lihat kemungkinan dari point berbeza. Vantage point.

Peluang kemasukan ke universiti juga lebih luas untuk lepasan form 6. Pelbagai keistimewaan diberikan. Contohnya biasiswa, baucer buku, ha yang terbaru sistem pembelajaran pun dah guna semester. Kelas baq hang! Sistem pointer pun dah diperkenalkan. Apa lagi nak kusut?

Kita adalah barisan insan kental dan iron-willed. Kita kebal dengan kekecewaan dan kaya dengan semangat juang. Kita buktikan dalam mengejar ilmu, tidak ada diskriminasi ruang dan institusi. Kita kejar impian dengan cara kita. Dan yang paling penting, kita adalah insan yang nantinya akan mengenggam sijil tertinggi dalam sistem pendidikan pasca merdeka-Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Babe, nak kata lagi kau tak bangga jadi student form 6?

I tak malu jadi student form 6. I tak rase apa itu matriks. I pegi sekolah pakai baju pink kain biru gelap. Dan I dengan lebih lebih konfidennya berani gerenti potong jari ayam jiran mak bedah, form 6 adalah merupakan kemuncak kebahagiaan dan legasi seorang pelajar dalam secondary education istitution. Legasi bebeh,legasi.

Jadi,
Mahu teruskan perjuangan dalam tahun ke 6 menengah atas?

;)
p/s:hanya yang gagah akan terus melangkah... (cheyyyyyyy...)

14 comments:

ynadona said...

hohoi...kita terhina lah kalau mereke pon cakap form 6 ni low kelas semua bagai pejadah...walaupun result stpm ku bisa disental dengan kaki semata-mata tapi gilos suka pergi sekolah masa form 6 berlagak macho dan sangat gadis di kalangan semua pelajar yang ada.dahla semua junior jumpa respek beri salam.megah2...hahaha.sekian terima kasih.

Cik Puan Bunga said...

tengok adik adik,
kak yna juga memberikan pendapat yang serupa dengan akak (wahhh-gile ayu bahasa ku)
kikiki-tapi memang series best form 6 neh.rasa cam hebat sesangat.janganlah pandang rendah kat form 6-sesungguhnya kita adalah insan terpilih lagi berwibawa...

*mode:bangga*

Anonymous said...

owh,,,x rasa form six mcm mn,,tp kan,,kan,,nangis smpai kuar air mata ikot bontot hah,,sbb x dpt g matrix,,i turun 4 kilo u,,kuciwa sgt2,,bygkanlah,,;p tp kan,,smpai skang i bangga x g mtrix,,coz i jmpa ramai dak2 metrik yg "otak" kecil,,hehehe,,ampun matrikian,,,;p

komen ini tiada kaitan dgn yg hidup dan mati >>biasalah,,kot2 kena saman,;p

Cik Puan Bunga said...

qima-hahahahaaa--air mata ikot tutttt yee?itu dah mmg dasat punyer kesakitan jiwa tuh-hokhokhok... sedey sedey... ;) tapi tapi kita jangan mudah mengaku kalah and putus asa kan kan kan-chayok chayok! ;)

Zafira Zaki said...

wooo..ni menaik kan semangat nk masuk f6..;))

Cik Puan Bunga said...

yeeeee adik ku darling shayang.. ;) sekolah baik baik yekkkk... dari masuk diploma and politeknik kos merepek merapu ada baiknya kamu stay di f6 yahhhh ;)

chayoks chayoks!

Asyraf Arif said...

huahuahua..
acap terasa meh..
acap xg form6..
lala~
dpt skowl kat tmpat yg pojok2..
xmo sebot skowl ape..
aib..aib..
hahahahaha!!
f6 intake december xde ea??
wakakaka..

Cik Puan Bunga said...

skool pe skool pe?

hahahaha

aibkah? ;p

intake august kot ader... sepanjang tahun la babe form 6 punyer intake ;)

Asyraf Arif said...

hahaha..
xmola..
nti aib jep..ngeE~
xbaek taw..
lala~
tmpt2 owg2 kL..
mst maju..
wakakaka

Cik Puan Bunga said...

bluwekkkkkssssss! (muntah mayat katak)

Asyraf Arif said...

hahahaha
xsangke..xsangke..
upe nyew miss mam katak slamer neh..
cian dye mati dlm pewot miss.
wakakaka

Cik Puan Bunga said...

acap sewel.. ;p

cikmira23 said...

I would prefer f6 than matriks...yeah...hidup f6...

Cik Puan Bunga said...

@cik mira storyBest habis! ><,