Thursday, July 30, 2009

Brand Conscious (Pffttt!~)



okeh. sebelum u semua semua teruskan pembacaan, sila jenguk jenguk sekeliling dan kenal pasti apakah objek yg paling hampir dengan anda mempunyai jenama pelesu eh eh palsu.hah. apakah.sila jawab sekarang (samaada nak jawab dalam hati, tulis atas kertas atau jerit kuat kuat) as for me, barang terbabit adalah Nokia N79 i. yup. AP set. bukan Nokia original pun oh!. siapa yg tada barang fake berhampiran anda sila angkat tangan. huiiii... menipu semua semua ni. eleh eleh mesti ada jugak yg palsu tuh!tsk.

oh malu bukan kalau ter-kantoi yg anda si stylo bergaya hot chic rupe rupenye memakai Guess cetak rompak atau Prada celup?u mesti macham wtf nyer!kantoi oh! malu malu!dulu siap mengaku 'hello,i rather go for cheap stuffs than wearing immitations occayh!' aiyohh-talk to my hand-lah.geli oh!. kalau i, i sebat jek ori ke immi ke asalkan chantik ber-gaya dan hot ranggi. that's why i macham tak kesah sgt pasal brand ni.serious oh. mmglah kalau ada duit lebey (ayat yg tepat adalah 'mmglah kalau HUSBAND ada duit lebey') i mesti macham mintak itu ini branded stuffs yg pricey tuh tapi kalau ter-serempak dengan immi yg best best cun wooo terbaik-why not??. cuma jgn poyo la buat perangai diva like euwww geli oh pakai pakai cetak rompak ni.i pakai ori things jekk. sekali aku sepak hilang gigi dua batang. then last last one day kantoi pakai CROCS palsu.oh terasa!!! (kepada yg ber-kenaan kalau nak marah sila terus hubungi i) (o_+)! kan dah kena!! haa. itulah dulu u ber-lagak sgt. tsk.bingung.

motif nya disini-next time jgn begitu lagi occayh. jgnlah pandang rendah kepada si pemakai immi. mereka sebenarnya nak pakai yg ori ori tapi duit dah habes beli topup apa lagi yg tinggal oh.lagi mahu makan lagi mahu bayar yuran belajar mana ada duit lebey.tsk.faham faham la.lagi pulak barang ori ori kan mahal.cehh. and kepada si pemakai immi pulak jgnlah malu malu nak mengaku tak perlu la siap tipu tipu chakap itu brg ori beli harga rm4juta.kau gilakah?then kalau dah sah sah itu barang bukan ori u jgn pulak nak lebey lebey eksen buat muka kekwat macham bagus.hohoy-org tahulah itu ciplak gilos! :)

jadi sekarang, kepada yg mengaku ngaku brand conscious itu sila buat checklist. compare between ori stuffs and non-ori stuffs. mana satu lagi banyak? (o_+)!

Wednesday, July 29, 2009

Retro Pon Agak Agak La...

hadusss.kenapakah dengan i neh.kenapa kenapa.kenapa asek nak nyanyi lagu uji rashid dengan hail amir ni?kenapa asek nak humming lagu s.jibeng nih?sikit sikit nak tengok citer yg ada a.galak la,ada a.r badul la...ape ni ape ni!!!! siap bila dengar radio asek nak tune to sinar.fm jep... then lagi hina asek nak tengok klasik nasional laaa... juara bintang asli la.. oh apakah!!! mmg la i pen-chenta retro TAPI takmoh ah retro camni!waaa!

Monday, July 27, 2009

Tired... Screwed!!

hapa kejadah pulak i meng-hapdet blog tengah tengah malam??! tsk. rindu sama blog. giler 5 hari tak hapdet sebarang gossip. konon konon busy.wtf!!~weekend dihabiskan di Melaka. konon konon percutian romantik ah. chettt! :) ini sedikit teaser foto foto di Melaka. Melaka best cuma driver driver di sana saja sedikit bangsat. (sekian terima kasih!!)



p/s : thanks bee :)

Tuesday, July 21, 2009

Fashion Disaster (And It's Truly Disastrous!!!)

yesterday i had a nerve broke down. kesian giler kat i. migrain yg teruk maybe telah mengubah struktur normal otak i. then it became upside down. tsk tsk tsk. ini akibatnya. ntah setan apa yg dah merasuk, i pakai flat pump yg warna striking gilos together with sequinned oversized Guess bag and purple polkadotted baju kurung. gilakah?mungkin.

cikgu cikgi semua rasa dahi i. kot kot i demam panas dan jadi sewel. nope. i'm alive and kicking. sangat selesa berjalan jalan memakai begitu. semua pun pandang. yup. i tau semalam i sangat bongoks. apakan daya. i tak mampu nak kawal.haha. tsk dan inilah akibatnya.

bunga... kau dah kenapa...


p/s : rasa cam sangat bodos bila some of the teachers said that i sangat selekeh semalam.ya kah?hahahaha....

Sunday, July 19, 2009

Pen-sakit Hati Saya Sepanjang Minggu Lepas

gambarajah ini... memang mewakili sesungguhnya hati nurani makcik potpet sorang tu!tsk.sbr banyak banyak la... (ceh ikutkan hati nak je i sepak lutut dia enam kali pasal jahat sangat!)hoh! mummy selalu pesan 'jangan derhaka/kurang hajar dengan org tua...' adohhhlahh mummy, ingat oh pesan tuh.habis kalau org tua itu sendiri annoying-kan kita machamana?

i taulah u pembersih, menjaga kechantikan diri, sentiasa pakai baju mahal mahal se-meter patploh ratus ringgit (machamlah i heran) tapi please la janganlah mulut puaka sangat sampai suka suka hati nak tunjuk kekuasaan. machamlah i neh pengotor tahap tikus tidur dalam longkang.tsk.terasa betul hati ni.

kan i dah hilang respect dah kat u.kan i dah rasa u pun sama jahanam dengan semua semua yg lain itu.kan i dah benchi sama u.kan i dah jadi menyampah dengan u.kan i dah meluat luat tgk muka u.kan u pun dah masuk kategori 'annoying-old-witch'.tsk.

takmoh cakap banyak banyak.nanti jadi emo.bluwekkkk!

Tuesday, July 14, 2009

Sayang....


sila jeles la kepada yg belum halal lagi itu.adohhh... tergurisnya hati. terasanya terasanya! hakhakhakhak! :)

Monday, July 13, 2009

TrendSetter??

boleh i tanya?siapakah u nak cakap yg u ni trendsetter?geli oh! baru pakai ranggi sikit dah sebok sebok mahu kata "hohoyyyy...akulah trendsetter!kau poser oh.ada hati nak ikut trend aku yg ranggi agogo neh!" well-stop it.coz i geli. trendsetter tu apa makna dia?tahu tak?kalau tak tahu i bleh bgtau.i kan chekgu.penyebaran maklumat ni mmg keje keje hakiki i.meh meh chekgu ajar meh. trendsetter- A person among the few who start a fashion or technology. WHO START A FASHION. kau start kan kah pesen tuh?macham takkk jek.i tengok macham u pon poser gakkk jek?cedok sana cedok sini. owh. kelakar oh. tsk.itulah.mak suruh menuntut ilmu tinggi tinggi biar pandai macham sang kancil u taknak. u buat keje lain. gov bagi loan biar u belajar dengan senang hati dan aman damai u taknak, u joli katak pisang dengan itu duit. kan dah tak berapa nak geliga itu otak.tsk.kasihan. jadi, kesimpulannya,kita semua pon poser jugak.oh terasanya hati membaca ini entri!

Saturday, July 11, 2009

Beranak Itu Sakit???TIDAK.Fikirkan SEMULA!

esok.ye.esok pagi ada seminar Bahasa Inggeris.i jadi Emcee.ye.Emcee.tapi dengan keadaan begini, nak bukak mulut pun diameter bukaan mulut kurang dari 0.5cm,maka pada hari esok,apakah bunyi yg bakal keluar dari mulut i???!

kenapa baru sekarang u nak tumbuh encik geraham bongsu???whyyyyy!whyyyyyy!okeh.buruk giler kalau menangis tengah tengah malam.takde sapa pon nak bg simpati.baik lah kau tito saja.

Thursday, July 9, 2009

Kapkek & Fries

tak boleh tido. my gigi is buat hal. beliau baru mahu tumbuh.encik geraham bongsu.sakit oh. golek golek kat katil sambil blogging. ada ke. satu tab facebook, satu tab geek in the pink, satu tab bunga bundle.tsk.

nampak benda kiut bawah ni?se-couple fries dan sekawan kapkek. itu i panggil COMEL NAK MAMP*S!! i kagum org yg ber-seni macham ni.benci.jeles.hehehh.jujur oh.rasa maham nak je simpan wan anis sorfina dalam botol! :D thanks so much! siap dapat special gift lagi. sila jeles sekarang.

comel jek note itu mcm dotter kamu si NAJLA.
(thaks ye for the free gift!) ;>

itu mrs.bunga dan mr.bee

itu kami dan geng bas sekolah oh!
;)

suke!

encik gigi buat hal lagi.sakit betul!! oh kalau baby yg nak tumbuh gigi sungguh comel. tapi kalau org tua yg nak tumbuh gigi macham hina ok.langsung tak dapat simpati rakyat.tsk.habis nak me-tagih simpati kat siapa?oh oh.kalau ada petua sila la tolong ajarkan i.sob sob sob.... sila la kesian.




p/s : sakit gigi buat i rasa macham nak lempang org.sapa yg nak jd sukarelawan???

Tuesday, July 7, 2009

Tsk.Anda Nih Failed Laaaa...!

sebelum anda meneruskan pembacaan entri kali ini, sila angkat kedua dua belah kaki anda dan intai sikit bahagian heels tuh. apakah rupa bentuknya? jangan jawab dulu. sila baca ini kisah.

petang tadi disuatu tempat yg dirahsiakan (kerana si empunya diri yg bakal di-gosip bekerja disitu) i melihat seorang wanita yang langsing, tinggi lampai, kulit gebu bersih tsk macham telur dikopek. pakai shawls jalur jalur warna oren oren cokelat digayakan bersama tunics warna krim.jalan ke hulu ke hilir macham bagus sambil mulut bising bising marahkan intern yang ter-kial kial buat kerja. sekejap sekejap dengar dia speaking london sambil kitai kitai tangan yg dihiasi jam Guess terkini yg ala ala charm bracelet tuh. i tengok saja ini minah sambil berkata 'oh bencinya aku kat kau. dahlah chantik, pakai pulak jam guess kegemaran-ku.anak dato kah?'

sambil i pusing pusing kepala tengok sekitar,hampir nak boring, itu minah jalan dekat i and duduk kat kerusi berhampiran. tsk. perfume Bvlgari kau! Rose Essentielle. i sgt kenal ini bau pasal dulu masa tunang ini perfume jadi hantaran i. (nak jugak!!) maybe minah ni dah habis waktu kerja kot pasal jam dah pukul 5. dia pun seluk beg and keluarkan enset apatah besar macham Black Berry tapi bukan tapi hampir nak sama yg i assumed tentu mahal oh! handbag dia COACH yg hampton tuh walaupun i macham ragu ragu ori atau tak. jahitan kat handle beg tuh macham jahit mesin mak i punya jek.tsk.then dia msg2 dgn sapatah. touch screen oh!

i tgk itu minah atas bawah atas bawah dgn rasa sedikit menyampah and jeles. benci je tgk. then, mata i terus terpandang ke kaki minah tuh.nak tgk dia pakai kasut apa.than i ternampak situasi ini....bluwekkkkkkkkkk! muntah mayat katak perut pechah!hoihhhh!!!! nak muntah disitu jugak oh! i rasa perot i dah gatal2 nak gelak kuat kuat! longkang punya minah. dress up mengalahkan artis, pakai branded2 tapi kaki macham kaki lima petaling street!jijik oh jijik oh! then i pandang balik muka minah itu yg bersih mulus gaban segala. i pandang je sambil senyum senyum sumbing. lantas tanpa segan silu, mulut puaka i pun bertanya;

'kak, kat department farmasi takde bagi ubat cracked heel eh??'

and the minah was like...
hahahaha-apa guna oh muka first class tapi...tsk.... :) *ambil perhatian semua*

ini pula heels peng-gosip. syukur alhamdulillah. walaupun muka i ada tak ada je, heels tetap menawan kalbu.hah!

dan sekarang-sila jawab soalan i yg first first tadi apakah rupa bentuk heels anda??? :D

Saturday, July 4, 2009

Dah Bukak. Selamat Mem...Errr... Apa Apa La...


Kedai Bundle Bunga

Tak tau la...
dapat sambutan atau tak...
;(
serious shit rasa seram sejuk...
tapi...bila tengok wardrobe yang sendat dengan baju2 lama+baru...
ada yg tak sempat pakai lagi tapi dah rasa menyampah dah...

mana tau...
kot kot...
i pregnant dan tak boleh muat lagi semua itu...

tsk...

sedey...

so...
i fikir nak bukak 1 blogshop...
yang tak kelepet orang la of cos...

tak kisah la...
ader buyer ke tak...
i kan perasan glamer...
hoho....

nanti akan dilaunching kan...
items macham Levi's Authenthic jeans, long sleeves, sleeveless, handbags GUESS...
VINCCI heels yg tak pakai pakai sejak beli...

oh support la saya...

love.

BUNGABUNDLE

Teringat... (Tsk.Memori Daun Pisang Oh!)




.tsk.
mana boleh lupa malam itu.
malam ber-sejarah dimana dua kuasa hebat,
bergabung...
then terus menjadi kuasa autobots paling dasat
di alam SEMESTA!!!

Friday, July 3, 2009

Rindu MJ Terubat Bila Tengok Lan PetPet (Amende Kau!!)






berapa lama masa i ambik untuk post ini entri.entri yg supposedly i post masa dunia sedang hot dengan kepergian lagendary icon dunia-MJ.tsk.puas ah pujuk hati cakap "ala..apa yg big deal sgt.he's dead anyway." dem you clarence.tak senang oke nak lupakan MJ macham tu je.ibarat kau putus chinta dan tak boleh lupekan ex-gf/bf kau.mungkin akan ambil masa.MJ bawak pengaruh besar dalam hidup i.bukanlah dia pengaruh i untuk wat plestik surgery atau jadi mat rempit ke ape tapi melalui lagu lagu dialah i belajar english oke.sumpah terharu oh.lagu pertama yang i still ingat and di-rembat lantas di- jadikan sebagai bahan pembelajaran adalah lagu 'BEN'.tsk.sayu betul.rasa macham semalam i tengok Billy Gilman nyanyi itu masa 30th anniversary MJ (google kat youtube jumpe pulak itu vid!~) sedih oh.dari mamat itu hitam sampai putih sampai cam apetah tuh i memang setia oh.

kalau dia masuk AF mesti takkan ada komen komen sial cam "u tak move!!!" "penghayatan kureng la dik nonnnn!gali lagik lagik!dalam lagik!" "you tak faham makna lagu pasal tu u tak bagi sepenuh jiwa..."oh boring. MJ lain okeh.penuh ekspresi.lagu apapun,MJ sure nyanyi cambest and cool giler siap bling bling kat baju.tsk.harus ah bagi lagu enjit enjit semut pun confirm MJ boleh kasi malatop.i rindu u MJ.i always does.

bodoh ah adik i cakap "kau rindu MJ kau tengok Lan PetPet la..."dem kau embun.dem kau!

MJ-may your soul rest in PEACE.amin.

Wednesday, July 1, 2009