Tuesday, September 29, 2009

Kecil Dan Bersih Hatinya... (-_-)!

Teringat masa pagi raya hari tu, sedang mem-belek belek muka kat cermin, i mengomel sendiri;

"tsk.lagi mau raya lagi jerawat tumbuh!tensennnn..."

syira yg tengah sedap sedap makan biskut raya tiba tiba senyap. terus dia letak kan biskut kat sofa, angkat tangan then berdoa...

"Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah bagi muka Uda ada jerawat..."

i terkesima. *gulp*

walaupun nakal macam jin ber-shuffle,kadang kadang budak kecik ini menyentuh hati sungguh.

Sunday, September 27, 2009

After Great Pain, A Formal Feeling Comes...

Maybe Emily Dickinson was right, what is more to expect when your heart crushed then left unattended, scrutinized by humiliation and judgment? they will have their verdict, perhaps they already have one. Then again, it will up to us to decide and bear with the consequences for the rest of our live. I've done my thinking. I have my decision. I'm living my life now.

Why is no one out there really support me?

it's a ten years of humiliation. a DECADE. 10 years of endless heart-crashing life. 10 years of back-stabbed kind of friendship, 10 years with million liters of tears. 10 years of punishment. 10 years of disgraced. and now they asked me if i ever try to consider of going back?

This is the Hour of Lead
Remembered, if outlived,
As Freezing persons recollect the Snow
First-Chill-then Stupor-then the letting go.

i'm feeling nothing. i'm dead inside to be exact.

then don't ask me for more, for i have nothing last to offer.

p/s: saat kau ucapkan "aku terima nikahnya..." separuh nafasku terhenti bersamanya...

Saturday, September 26, 2009

Alhamdulillahhhhh... *Tadah Tangan Dan Bersyukur*

Bersyukur ke hadrat Illahi.

anak anak sedara yg nakal nakal macam jin bertendang dah pulang ke sarang masing-masing.

dapatlah i hidup tenang aman dan sentosa.

*menangis kesyukuran*

Tuesday, September 22, 2009

Sayang Sampai Mati! (-_-)!

THE JUNAS
aloi.andak.bunga.naddy


Sila bagi i satu sebab, satu sahaja sebab kenapa i mesti TAK SAYANG CINTA MATI MEREKA.tsk.dunia ni dahlah memang tak fair tapi sumpah akan jadi manis and best kalau makhluk makhluk ghaib ni sentiasa ada bersama i. *grin*

(despite the ‘kentut kentut’ epidemic yg melanda) we had a GREAT konvoi+camwhoring session today. Macam biasalah aloi selalu siap lambat jadi perjanjian memulakan konvoi yg sepatutnya start pukul 9.00 pagi jadi start pukul 10.00 pagi. Tensen betul. Setiap tahun pun mesti nak kena marah marah dan bebel bebel! Aloi next year TOLONG BANGUN CEPAT!!!kalau tak next year kau mmg kena tido siap siap kat umah aku woh!!!

And this year we had ANDI with us!*yayyy!* Manusia pintar pelik yg suka buat bunyi bunyian.dan maybe andi sorang saja yg tau buat bunyi ikan.blupp blupp blupp.*sumpah macam bunyi taik jatuh dalam lubang jamban*seronok! Hee!~semua benda pun dia nak bagi bunyi.i mean SEMUA BENDA!

“eh kau tau macamana bunyi lembu jadian?”

“haaa... kejap lagi hantu tu keluar!bunyi uk uk uk!”

“macamana bunyi org makan kerepek ikan?”

“tau macamana ikan punya bunyi?”

So kami ended up mengenal bunyi bunyian aneh wahai oh!

Maka lengkaplah andi sebagai lelaki bila hadir men-drive tenggiling beliau yg sudah ter-sagat dinding spiral parking kat Maju Junction.kehkehkeh.*simpati*

And then there was zul.annoyance.kan naddy.so SKIP IT!

Acara wajib dengung,tiap tiap rumah pun nak camwhoring, kutuk kutuk kaw kaw sebelum sesi bermaaf maafan sesama kami.tsk.every year it’s going to be the same. Tapi tahun ni lain sikit ye pasal i dah tukar status,upgraded occayh.huhu! tapi hubby dah bagi izin and sedia maklum kalau i meet the junas memang inilah keadaannya. Kehkeh. Kacian hubby srang sorang kat rumah.hubby takmoh ikut pasal dia puasa sunat.oh insaf (-_-) satu kemestian,setiap rumah mesti nak cari kuih yang berunsurkan cikulat.mesti.wajib.nyum nyum.sampai kat rumah Asmidar siap keluarkan plastik bungkusan kerepek raya sebab kuih dalam balang semua pun dah masuk dalam perut.lepas tu nak bising kenapa badan kau gemuk perut terlebih lebih!then mabuk oren lagi *dan lagi* dan perut masing masing pun bergoncangan kembali.(T_T)

Tema ber-camwhore tahun ini,ambil gambar sambil melompat.bukan photographer yg melompat tapi kami ye.then bising perot muncit la,boobs tak center la.kakaka.itu naddy.wiwiwi! (+_+)! Jadi koleksi gmbr tahun ni banyak yg melompat dari gmbr normal.huhu.dan juga melompat kan bagus untuk kesihatan otot perut!huhuhhh! (O_O)” persetan budak budak naik myvi putih yg keliling keliling kita sambil jerit jerit apetah gila agaknya.persetankan juga couple yg dok seluk seluk tak henti henti sedikit pun tak cacatkan fokus kita (okehlah fokus sedikit cacat pasal selalu ter-stop aktiviti pasal kentut.pftt!)

Semua org hari ni sayang aloi pasal dia jadi driver and i jadi co-pilot drive keta hubby.hehe.thanks aloi pasal jadi driver+photographer lompat lompat! *cayangggg aloi* ohh it was SUPER DUPER FUN! I tatau la samada i akan jumpa lagi orang orang begini or akan adakah insan lain yg boleh ganti mereka dalam hidup i (~_~)! I sayang semua! Kalau time ketawa pecah perut masing masing pun kehulu kehilir bawak usus sendiri then time serious semua pun macam ustazah, then time mem-porno memang semua pun *blegghhhh*! Tsk.mereka sumpah memang tak sempurna tapi bila kami bersama kami melengkapi satu sama lain.*emosi* carutan carutan kita selama ini sebenarnya cara kita meluahkan kemesraan *wtf* tengok.mencarut lagi.aku kata kau bodos kau kata aku bodos jugak then berpelukan muah muah tidakkah itu comel?








I rasa dah almost 7 tahun kami lakukan ini setiap tahun.jadi bengong untuk sehari. Masing masing bukan lecturer, cikgu, gym instructor, bussinessman, journalist untuk masa 1 hari.semua pun jadi kami 7 years back. When we were having such a great time being a form six students (T_T)! Siapa faham erti persahabatan. Lidah mana yg tak tergigit.kami pernah gaduh masam muka tapi tak sampai satu nanosaat semua pun sudah berkasih sayang semula.oh heaven!I sayang mereka.SAYANG SAMPAI LEBAM!

Sebelum balik sempat camwhoring kat sekitar batu pahat. This time around andak jadi photographer yg sgt awesome!! Sayang andak semua gmbr pun cantik cantik!! Oh andak aku pun sayang kau (tapi aku sayang la izal lebih lebih tapi kau pun aku sayang) serta semua semua naddy dan aloi!muah muah!

Hopefully kita akan buat ini setiap tahun ya the junas.always! (+_O)! Andai kata jodoh korang panjang dan sempat kawin serta subur pula dan menghasilkan ramai anak anak comel seperti aku,maka harus kita hangkut mereka semua ya sertai kita.janji.tulis ALIF LAM LAM HA kat dada sekarang pakai jari.


p/s : krismas camwhore lagi jom?kehkeh!

Mabuk Oren...

ye.sedang mabuk oren.isi perut bercampur baur dengan mirinda+sarsi+rutbir+oren+macam macam.tambah lagi kuih raya+kerepek+lemang+dodol+biskut raya+ketupat+biskut raya lagi.harkkkk!!! perut kembung mcm org preggy.sumpah pegi rumah sedara mara org dok pandang.kehkehkeh.ye.mmg ada isi. tapi najis la.haha.peng-kotor. duit raya jgn tanya la.kena sepak kang.manalah nak dapat.bagi org lagi ada la.haih.kat anak anak jiran tak kasi pun.kehkeh.sapa suruh kau nakal loncat loncat tabur tabur kuih.kan dah tak dapat.

bee pun kekenyangan. masing masing jadi badak air.perut goncang berbunyi air.terlantar depan tv.tsk tsk.buruk pemandangan.sesi ber-maaf maafan yg fun giler.takde nangis2.family encik isnin hebat!hihi!oh dengan hubby pun tak syahdu syahdu. alhamdulillah la hubby pandai buat lawak.kot tak...mesti dahh... (T_T) huuhuuu...

tak sabar nak ber-konvoi dengan the junas.hopefully kali ni empat empat junas ada.macam tahun lepas.aminnnnn!



p/s : gila update blog pukul 2.30pagi!

Thursday, September 17, 2009

Tak Faham Bahasa Ke Atau Memang Bodoh Keturunan?


kau nampak tak atas blog aku tu yang atas sekali tu aku tulis ape?

ini tempat rileks rileks.mahu bising bising sila pegi jauh jauh.

tak suka sila blah.

it's not like you are welcome here la moron.

tsk tsk.sumpah tak faham bahasa.



apakah bengap sampai kau tak faham apa yg aku tulis?


aku tau aku ada silent readers.silent readers aku ada yg hati baik macam bawang putih bawang merah tapi yg bawang putih la.yg bawang merah kan macam evil sikit.ada jugak silent readers aku yg macam s**l punye perangai.sibuk sibuk tengok page aku hari hari MENGHADAP sangat .geek in the pink. ni berangan alangkah bestnyer if one day dapat mintak autograph aku.aku tak kisah semua tu.

tapi bila kau intruded aku punye shoutbox tulis benda benda bodoh aku rasa otak kau memang masalah pasal aku tak pernah bloghopping blog org then tulis 'muka cantik,kreatif tapi mulut macam pantat' sukasuka hati kat blog orang.aku tau apa itu hormat pasal blog ni macam rumah org. masuk rumah org samada kau suka atau tak kau kena hormat.kalau tak suka buat apa kau duduk lama lama.sila gambarkan kepada aku mulut seperti pantat?kau tau tak pantat itu apa?atau kau bodoh amat sampai taktau pantat itu apa?penggunaan PANTAT yg kau tau adalah untuk istilah lucah semata kan kan?kau bukan tahu pun PANTAT tu boleh diguna untuk kuali,periuk belanga dan macham macham lagi pasal yg kau tau cuma benda benda LUCAH je!sah kau bodoh double.

nak tunjuk lagi kau tak macho dan bengap (tapi ada hati nak bagi piece of ur retarded mind kat aku) kau takut nak tulis nama betul serta link kau biar aku jejaki kau.wtf!~tsk tsk.aku bersedih bagi pihak kau.

isu ni aku pandang serious kerana kau dah mencemar blog aku.kau tau tak IP address tu guna dia apa?itu untuk track kau.bodoh.jadi jangan sampai aku track kau.zaman sekarang teknologi dah canggih you moron.otak ada kan?jadi guna.jgn buat sample saja.selamat hari raya,tapi bukan untuk kau.untuk semua readers aku.

p/s : bulan bulan puasa ni kau jgnlah try nak cabar keberkatan ramadhan.

Wednesday, September 16, 2009

Raya Tahun Ini...


Wish list sempena raya (mengada ngada la kau!)

*nak maafkan dosa semua org yg buat t**k dengan i... (bersiul...)

*nak makan kuih raya banyak banyak tanpa mengira kalori

*beraya dengan hubby pusing satu kampung naik motor.naik motor okeh!

*taknak bagi duit raya kat sepupu sepupu nakal nakal.khakhakha!padan muka kau!

*kalau ada budak tak di-kenali dtg rumah nak semunyik diam diam dalam rumah.

*nak teruskan tradisi berkonvoi dari rumah ke rumah dgn the junas and geng bas sekolah cik ani+cik amid... (hehehe)

*nak try beraya rumah kawan kawan seberapa banyak yg boleh... (nyumnyum nak makan kuih raya!)

(-_+")

Tuesday, September 15, 2009

Anda Tidak Kenal Siapa Saya... (Tsk)

i bukan seorang yg serious. ber-cakap perkara serious dengan i hanya akan bertahan selama 5 minit the top. sumpah. bercakaplah seserious manapun, berceritalah benda sedih apapun... still i mesti ter-buat lawak. kdg2 lawak bodoh nak kena penampar.tapi setakat ni tak pernah pulak i kena tampar suka suka.tampar tampar manja adalah.huehuehueee.jgn salahkan mak yang mengandungkan i.beliau pun tidak tahu bahawa fetus yg pernah dibawa beliau kehulu kehilir membesar jadi org yg begini.

jadi bila i begini,manusia mula ambil kesempatan.

bila bercakap dengan i memang takkan fikirkan perasaan i.semua sudah mindset dalam otak,bunga is a funny cookies. she can crumble this. oh itu sgt fuck off ye. sila jangan treat i macam hati i ni plestik (plastik-pelastik-plastic) buruk amat padah yg bakal menimpa.hoo dan jgn juga bercakap lucah dengan i walaupun i sudah bernikah.hubby i tak pernah ajar i cakap lucah.i benci lelaki yg kalau berbual mesti doble meaning. perempuan juga lagi tak patut berkata begitu.gurau ada batasnya.jgn semua benda pun nak dilucahkan.nanti ustazah marah dan puasa pun tak barakah.bukan di bulan puasa sahaja, bulan bulan lain pun juga. i tak sempurna. dulu dulu pun kalau bercakap ada je benda nak dilucahkan esp kalau bercakap dengan the junas (andak-naddy-aloi) sekarang kami pun semua sudah insaf. aloi je yg masih cakap lucah lagi.nanti cuti raya mahu rotan dia.

i can be serious too. you don't wanna see me during my serious mode. you are going to hate it.
jadi janganlah bercakap seperti you kenal siapa bunga.kerana anda sebenarnya tidak kenal siapa i.yes perhaps i boleh dilabel sbg chatter box, easy peasy punye manusia... tapi agak agak la. takkan all the time pun i nak kena jdi macam tu. ada garis pemisah antara itu semua.

p/s : dah tua nak mampos pun ada hati nak cakap lucah lucah dengan aku.moron!

Saturday, September 12, 2009

Bahagia Jadi Mrs.Hafizal ( - -,)!

dulu dulu pernah recall tak org tua tua ada cakap "amboi amboi bertuah betul dapat isteri pandai masak.pandaaaii kau cari calon isteri..."
tapi sekarang org selalu kata pada i "amboi amboi bertuah kau dapat laki pandai masak.pandaiii kau cari suami..."
well,tengok org la.kehkeh.okay okay.hubby mmg suka masak.dia ter-sangat suka masak.hubby cerewet sgt pasal makan makan ni.tsk.malu sungguh kalau i kat dapur dengan hubby.hubby lebih kenal mana satu ikan kembung dengan ikan selar.malu malu.

hubby sgt cekap and tak kekok kalau kat dapur.kadang kadang rasa menyampah pasal mak lebih sayangkan hubby dari i! :( hubby pandai masak,rajin, baik hati,i pulak asek makan makan makan makan makan! tsk.

so petang tadi hubby masakkan i nasik goreng kampung.saja ngada ngada nak makan masakan hubby.mengidam.cacing cacing dalam perut i dah lama tak makan masakan hubby.kehkeh.hubby kata okay.janji i tak kacau dia and duduk diam diam kat dapur.tapi i tipu.i kacau jugak dia kat dapur.kehkeh.

hubby in action! :)

almost ready.ter-liur nyer!

skettt lagik.skettt lagik!

tadaaaaaa!

*sedappppppp!*
oh tika jeles.tika sila cari husband macam hubby okah! ngehngeh! :p

oh lately sejak dapat kesedaran untuk memelihara alam sekitar i memilih untuk menggunakan beg yg envirocare. means, bag yg disposable, and bukan terdiri dari bahan2 yg membahayakan alam sekitar,ayam serta tuntung.i sayang mereka.jadi mari kita terima kasih ucapkan kepada envirosax
kerana mensediakan shopper bags yg comel comel affordable and stylo habis!

i telah mempunyai satu daripada koleksi yg ada.tsk.sumpah rasa dekat dengan alam sekitar.ucapkan SAYA SAYANG PLANET BUMI dengan kuat sekarang! (mine was arrived this morning.abah signed the form wearing short pants only.abah u seksi tau!encik posmen pon geleng geleng kepala...)


halamak budusnya kualiti pic dari phone i!

nak pegi bazaar ramadhan.nak isi kuih kuih dlm beg tu!haha!

mrs.mickey *my fav shirt for now*
thanks to tika :)

uh uh tak sabar nak tunggu esok!esok nak buat kuih raya! yayyyyyy! *hopefully mak tak buat lagi biskut crunchy dia yg besar besar tu!penat mulut mengunyah pasal mak paksa habiskan jugak!huuuu!~*

p/s : i dah siapkan beberapa design mutants baru di sukasukibunga! :)

Nafas... (Tsk.Poetic-nyer!)

suami,
adakah dalam lenamu,
kau masih mengingati aku?
mencintai aku?

suami...
apakah bila kau terjaga nanti...
sayang mu pada aku masih seperti dulu?
cinta mu pada aku masih sekuat dulu?

suami,
bila kau buka mata...
dan mata suci mu memandang aku...

bagai dunia...
dan segala isi keindahan nya..
terhenti seketika...

suami ku,
sentiasa yakinkan aku...
bahawa aku perempuan bahagia...

BUNGA

Friday, September 11, 2009

Kebahagiaan Yang Jumaat Bawa

sumpah kalau pakcik jumaat yg tinggal depan sekolah rendah tu baca tajuk entri kali ini beliau akan rasa lebih dihargai dan dicintai.pfttt!~malangnya, JUMAAT yg ini tiada berkenaan dengan JUMAAT yg itu. scratched pakcik JUMAAT. fokus kepada JUMAAT iaitu HARI JUMAAT yg bersamaan maksud dengan = wtf! it's weekend and im gonna do whatever yg effing ass want to! see.tak semua cikgu tatau mencarut = mencerut. dua dua pun merepek. dua dua pun dem!!

jadi,lihat tiga orang itu. sukanya mereka dengan hari JUMAAT. lepas sekejap dari seksa dan azab mendidik anak bangsa.apa apa??anak bangsa sekarang bukan macam anak bangsa dulu.anak bangsa sekarang dah pandai kuntau dalam school yard.gilos betul!!i macam terfikir nak join geng kapak atau geng gagak hitam, jadi bila anak murid buat dajal i boleh suruh mereka pg belasah buat tuisyen fizikal percuma.

tsk.MEL baru pakai keta baru.jadi spt selalunya minggu orientasi beliau ialah beliau kena bawa kami pusing2 town sampai lebam.misi kali ni nak cari kain cotton, kain felt and kain kapan..eh kain langsir. last last semua shopping baju!!

warna tema adalah kuning oren

mel kontrol diameter hidung, tika buat muka monster, i macam biasa tetap anggun dan saksama

sambil tunggu mel fitting.

muka muka yg aku sayang

oh kami sungguh teruja!dapat berjalan jalan dengan gembira. despite the fact yg kami sgt dehydrated and masing masing pon macam tak fokus cakap melalut then ketawa tak pasal pasal kerana kekurangan karbo,all and all yang lain still best! MEL beli short! MEL beli short! *dia tak kasi hebohkan tapi sekarang satu malaysia dah tau MEL beli short kaler BROWN!* kikiki.

masing masing ada plan untuk weekend.tiga tiga pon mahu tido. i pulak nak tido start ini malam and bangun pada pagi isnin.kehkeh.eh eh tapi esok kena bangun pasal dah janji dengan hubby nak setting pelita.comelnya.dua orang orang setting pelita depan rumah.bahagia bahagia.huhuh!
esok mak nak buat kuih rempeyek.jadi kena tolong mak buat kerja2 lain. cheehhh! muntah!muntah!bunga tak reti masak and buat kerja selain tengok TV! *pftt!*

haaa... embun dah panggil ada citer horror killing killing kat TV. nak pegi tengok.oh oh langsir sudah pasang. tadi mak pasang.chantik betul.warna purple. tapi kain langsir bukan beli kat JAKARTA ye-beli kat NAGOYA.hambik.JEPUN ok.tipu.kehkeh.

bubbye semua geng bas sekolah. hari ni JUMAAT.bunga bahagia.ESOK SABTU bunga double bahagia.AHAD?ZzzzZzzzZzzzz....

p/S : lawati sukasuki bunga!

Manusia Baik Hati Baik Perangai :)

Salam.aduhlah lamanya tak update.tulah busy konon konon dengan mutants.ketagih.di-ulangi ketagih.tapi jgnlah smpi jumpa i dan jerit ramai ramai 'hoihoi penagihhh!' kerana sesungguhnya i akan terasa hati and maybe i akan kejar korang sampai dapat.ingat tu pesanan cikgu.kehkeh.

petang tadi ada majlis tadarus dan khatam al-quran sekali arung dengan berbuke ponse bersama encik tuan pengetua.macam biasa, cikgu ini ca alif but awal.kehkeh lagi.hari ni minum air sampai 4 jenis.spesis unta liar nih.dan hasilnya perot ber-goncangan.sumpah terasa macam ada nemo berenang renang dalam perot.kenyang air merangkap kembung hina.tsk.

hari ni ada 2 benda best yg jadi.alhamdulillah.bulan penuh keberkatan ni rasa tak layak pulak nak terima kebaikan hati insan lain.tsk.terharu okeh.terharu. cerita terharu yg pertama,semua org pun tatau yg i separuh sewel cari perfume CKIN2U POP.kerana beliau adalah limited edition punye perfume. tsk.gigih mencari sampai laaa dah rasa nk give up.give up dalam erti kata sebenar.GIVE UP!then dtglah hamba Allah bernama shakirin yg dengan selambanya telah mencarikan i itu perfume.walaupun beliau hanya berjaya menjumpai yg 50ml sahaja tetapi i terasa seperti shakirinlah insan mahmudah paling teror di planet bumi ni. syg u la shakirin! perfume itu telah selamat smpi dengan hensemnye di-rumah i tadi.

kemudian sila tengok di bawah ini pula. ambal IKEA yg menjadi idaman ibu ibu mengandung. IKEA hanya ada satu kat mesia ni. jadi jgn ngada ngada nak cari IKEA kat Batu Pahat,aku sepak kau nanti.sekali lagi,muncul insan best sudi mensedekah rohanikan ambal@rug ni pada i.macam tau tau je tak dapat bonus.u mmg best la Seily. tu tak kira lagi kaki kau yg masuk besi tu,then kena bersusah payah pos segala.kau tau tak i mmg sayang u!mmuaaaaahhhhh muaaaahhhhhhh! i ada dua keping ini rug.jadi mahu decor mana nanti i kasi tau.huhuhu! (macamlah ada org teringin sgt nak tau.kehkeh)

tsk.terima kasihlah anda berdua. bertuah sungguh i, :) tsk.wujud lagi manusia baik di dalam ini planet selain i.kihkih.vain.sumpahlah decor rumah gile2 raya ni.(yelah sgt!)

oh oh skill mutants semakin best,alhamdulillah.sila kawan kawan + geng bas sekolah bagi sokongan kepada sukasuki bunga ye.

ngantoknye. nak tido boleh??

Wednesday, September 9, 2009

Apa Khabar DUNIA! (+_+,)!

siapa sayang bunga angkat tangan?

ohhh tu angkat hidung tu sah sahlah tak sayang i eh?

takpe takpe....

kepada yg sayang i...

sila pegi sini...

.sukasuki bunga.

:))

09.09.09

officially launched

heee!~

Sunday, September 6, 2009

(@_@")! <- - - Ber-sengkang Mata... (Pfttt!~)

semua pun sekarang harus sayangkan Bunga kebih lagi. kalau ada duit lebih sempena gaji dan bonus raya ni semua pun harus belanja Bunga. terutamanya the Mutants (hambik!~tak pasal2 sapa yg nak mutants that day di-gelar terus sebagai the MUTANTS-kehkehkeh) dua hari dah i tak tido malam. muka sekarang ni mmg dah macam burung hantu. kalau i duduk sebelah burung hantu, siapa siapa pun tak boleh cam kami.pasal kami seiras.wtf!~

mutants2 hampir siap. HAPPY!

Friday, September 4, 2009

Kepada Semua Geng geng Bunga's Scary Mutants (kehkeh)

kepada my darlings2 yg ber-hajat untuk mendapatkan i punye scary mutants tuh (okehlah kita panggil mereka semua pun scary mutants k, pasal tahap ke'mutan'an mereka yg tsk.) sila sekali lagi drop comment di-post ini ya (- -,)! tengok tu tengok tu baik betul hati i.mari kita ber-pelukan ramai ramai.hoo! 10 orang ber-tuah yg pertama shj akan mendapat privileged give away scary mutants. yg lain kena tunggu lain tahun la ye pasal i akan busy marking paper trial SPM pasni.lagi busy nak buat preparation raya (buwekk!macamlah semua pun i yg buat!kehkeh!)

*sila nyatakan mutant yg mana anda berkenan and sertakan alamat sekali okeh*

kecuali naddy laaaa...kau sila dtg rumah aku ambik ye.bawak kuih untuk buka puasa sekali.hoho!

kemudian dalam komen anda sila nyatakan sekali SAYA SAYANG BUNGA dan BERPELUKAN PENUH KASIH SAYANG sebagai tanda anda sayangkan i.kikiki! (~ +,)!

sayang semua darlings i!

p/s : so far, darlings2 MUTANTS adalah :

miss hani (cik bunga gemok+cinta berterbangan)
yna yna gebus (cik bunga gemok+cinta berterbangan)
naddy (seperti selalunya) (cinta berterbangan 2 : 1 untuk syed hehe)
hana (tak bgtau lagi)
eyza (cik bunga gemok+cinta berterbangan)
sue (mr.lovelovelove)
anna (anna cayang cayang u nak yg mane??huhuhu)
amanda
zella
the owner
alyaa
otai wan anis sorfina (hihi!~) <---malu la nak bg kat uuuuuu!


c l o s e d ! ! !

p/s : sila nantikan mereka yaaa...
thanks to all mutants loversss!

Thursday, September 3, 2009

Mari Mari Bertemu Dan Bersalam Dengan Mereka

huruf 'B' tuh bukan yep.. tuh otai bagi :) meet mrs.lovey + mr.lobaque

cik bunga gemuk malas ber-diet

tootee

jellyfish the hooker (tsk)

makhluk asing ter-aniaya

cinta cinta berterbangan di udara.

batch ini i gelarkan sebagai The Mutants pasal semua pun ber-bentuk jijik and mutan hina dina. jahitan macam gampang tsk.tapi i berbangga pasal selama hidup hampir 26tahun inilah first time i menjahit sendiri dan siap dan tak memerlukan bantuan org lain. kikiki. skill sedang di-upgrade. terima kasih mak.mahaguru menjahit tahap dewa mata 3.

Wednesday, September 2, 2009

Baru Discover Satu Minat Baru Yang Lari Tajuk Sungguh Dari Kerjaya Asal.

[bebel sekejap]

Perangai manusia kalau di-layan memang boleh buat institusi mental jadi penuh.jadi sebelum itu semua berlaku mari rehatkan minda dan jangan ambik port perangai manusia manusia yg jahanam.eh!scratch itu yah.bulan ramadhan sila jaga tutur kata.tsk. (haruslah sentiasa ingat manusia itu lain di-depan lain di-belakang)tsk lagi.

i ada hobi baru. hobi berunsurkan kepakaran berseni dan menjahit.kehkeh.i suka pulak sekarang ini menghasilkan soft toys comel dari kain felt ataupun kain baju kurung pergi sekolah.comel la sangat.sendiri mengaku comel padahal org lain tengok macam gerun.kehkeh lagi.i dengan tika (tika ni bukan nama sebenar tapi tetap panggil dia tika sebab i rasa nama TIKA tuh macam sweeeeettt je pastu macam lawaaaa je empunya nama tu.heee!~) berazam nak bukak kedai jual soft toys sendiri yg handmade yg buat pakai tangan jahit tangan dan setiap jahitan bersulamkan kasih sayang.jadi bila ada org beli org akan berkata "oh oh sayangnya sayangnya.." jadi bumi akan jadi tempat yg lebih baik. spread the love.

tapi tika best.tika berkebolehan menghasilkan soft toys yg cumilcumil macam buah dadu merahmerah,kereta sport penyet ungu, kucing leper berbulu putih pink, love tiga tingkat colorful humanghaih,lobak bermata serta ladybug. jeles oh tika!~i pulak cenderung meghasilkan makhluk aneh dan pelik seperti paus biru bercelaru jantina (kak lin dah amik nak bg anak dia.hopefully anak dia tak confuse jantina sebenar paus biru itu), gigi geraham gemuk, makhluk asing teraniaya, bulan pakai topi tidur, jellyfish ala ala hooker dan makhluk menyamar arnab putih.apakah itu??tsk.kalau ikutkan profit tika lagi banyak untung pasal i punya soft toys memang scary gileee!

lepas tu semalam i buat pencil case sendiri!hnsshh hnsshh!*kembang lubang idung bangga* then bubuh sequinned sendiri tau tau ada butang besar lagi bentuk bunga.kehkeh.vain.

*gambar upload kemudian*malu malu...

tak sangka pulak ada bakat ter-pendam menghasilkan sofy toys pelik pelik begini. hihi.semua mari doakan i and tika betul betul dapat bukak kedai soft toys sendiri lepas tuh kamu orang pakat pakat ramai2 beli ya? (--,)! sayangggg semua org!


dari baju ini....

i menghasilkan miss confuse! kehkehkeh!

miss confuse di-hasilkan khas untuk encik hubby! :)

makhluk pelik identiti belum di-kenal pasti.nama beliau tootee.beliau seorang gegirl.

okeh besok update lagi makhluk2 ciptaan i ye.sekarang mahu tido pasal dah mengantuk sangat2 kenyang makan otak otak. nite nite!!

p/s : tika nama kedai kita nak bubuh apa ya? (--,)!