Aris,
SeriOus kami tak berniat jahat pOn masa berhajat nak pergi rumah kau weh. aku dengan naddy dah sepakat membawa berkat nak pakai baju paling mengancam ke majlis kau nanti. tapi akhirnya kami ended up pakai baju paling ala ala saja pasal naddy kata "kau gilOs ke nak melaram pergi kenduri kahwin org?nanti org konfius mana satu pengantin pasal kita hotbiggity sgt!" ok.aku bohong. naddy takda cakap begitu. hakikat sbnr, kami takda baju mengancam.kasian.

tengok.pakai baju sorang merah sorang kuning. dah macam traffic light. warna hijau je xada.jadi kami dah bukan traffic light lagi dah pasal tak cukup kOrum.wekk! masa ni kami tengah tunggu kau siap siap, perot masing masing dah kenyang tapi semangat habis nak tgu kau naik pelamin. masa ni adik kau sempat lagi buat perangai nak kena penendang dengan kitOrg.perangai apa yg dia buat tak perlulah aku kepoh kepohkan kat sini cukuplah sekadar mengetahui bahawa adik kau mmg hampir hampir kena penendang. kat sini jugak Dayah (adik Naddy) curik ayam gOreng kau seketul. aku tolong kasitau. eh eh lari topik. tak pasal pasal Dayah dapat malu.adik sapa?lalala...

wah wah wah kacaknye kau Aris.ok aku tipu lagi.eh tak la tak la.kau kacak la ketika ini. nampak la ciri ciri pengantin walaupun kau hampir hampir sama dgn background. kami semua tertanya tanya kenapakah kau posing begini.hmm.

wah wah wah lawanya fasha!.ok aku tipu.tak tak kali ni mmg aku tipu.aku nak zip mulut je! hmphhhh hmphhhh!

aku taktau knp bila kami sebut saja nak bercamwhore dengan kau serta merta muka fasha berubah. dari tersengih tersenyum cam kerang busuk muka fasha terus jadi terpenyek tak redha gila menyampah ptuihhhh dengan kami.apakah.langsung tak pandang kami walhal aku penat sengih senyum kat dia dengan perasaan muhibbah satu malaysia.malu woh.tapi aku buat buat cool sambil berfikiran positif 'ah mungkin fasha segan tgk aku lawa sgt melebey lebey dari dia' ook la ok la.aku angkat bakul sendiri la.tsk.

time ni sensor aku dah mengesan ketidakselesaan fasha dengan kehadiran kami.aura menyampah beliau semakin dirasai. seriOus time ni aku rasa cam nak ambik balik je hadiah mahal yg aku beli untuk kau. kopak duit gaji aku. mmg aku berkira time ni. serious aku tak tipu. aku pandang pandang je naddy dengan harapan episod luka ni akan berakhir kat sini. tapi naddy sedap je tersengih sengih camwhore sorang sorang. sibet!

tengok. makin menyampah sampah betul riak wajah fasha. beza betul dengan kau aris yg macam kanak kanak riang ria rejoice berperisa ribena. masa ni aku rasa cam nak golek golek je pasal aku rasa sesungguhnya fasha menyampah jadah dengan kehadiran kami. tsk
T_T sedih tahu. wOooo wOoOo... naseb baik perot dah kenyang. tiga snap pics semua muka fasha masam murka. it's not just a coincidence. sesungguhnya aku tau, fasha tak pernah lupa. kami je yg baik dan buat buat pemaaf lalu nak melupakan dan memaafkan. dats y kami datang. kami datang kerana kau
ARIS, KERANA ENGKAU.
dengan hati yg patah, kami pOn beransur balik. naddy dah pok pek. aku pon pok pek jugak. kami pok pek kan kau. tapi apa yg kami pok pek kan biarlah jadi rahsia. tapi dalam hati kami sedih bagai. oh!

Aris Aris,
kalau tak kerana kau mungkin kami tak jejak kan kaki ke majlis kau. our friendship is beyond everything. tapi tak sangka pulak fasha menyampah benci kat kami sampai tak boleh langsung nak senyum bila tengok muka kami, or at least can she just pretendng like she was happy to see us there? well, aku rasa kami lah saja kawan kau yg stay sampai kau sanding. yg lain?HARAM. terluka betul. kasian betul kat kami. sumpah lah fasha, kami ni cuma kawan kawan Aris yg hot saja, hot lah pasal berdiri tengah panas. gilakah kalau kata sejuk? takde niat nak merampas apatah lagi mengkenen Aris. kami masing masing dah ada hero dalam hati tauuu! huuuu... benci betul dia kat kita. haihhh. benci! first time pg kenduri kawen pengantin perempuan terang terangan buat muka MENYAMPAH.oh!~
By the way Aris dan SITI HAJAR a.k.a FASHA 'SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU.AMIN'.
aku dengan naddy nak pergi merajuk dulu!
p/s : naddy, 3 keping. semua muka cam sibet!