Saturday, October 10, 2009

365 Hari. Bahagia Itu Subjektif. (^_~)!

i sering tertanya2. kalau bukan dia, adakah lelaki lain diluar sana yg sanggup menahan kesabaran setiap kali perempuan ini hilang pertimbangan? setiap kali perempuan ini marah marah dan merajuk just for the sake of small things yg remeh temeh? setiap kali perempuan ini mogok lapar takmahu makan hny kerana emak lupa nak gorengkan telur?

kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup menerima perempuan ini yg suka kentut kentut sesuka hati? yg tak pandai masak sedap sedap untuk hidangan suami, yg masih terkial kial nak membezakan kobis dan sawi, masih terkial-kial nak membasuh gunakan washing machine.

kalau bukan dia, masih adakah lelaki yg sanggup hidup bersama perempuan ini yg emosi sentiasa berubah-ubah?boros. cerewet.tidak bijak. tidak cantik. tidak lemah lembut dan sopan santun. suka ketawa kuat kuat. suka loncat loncat walaupun umur sudah tua. masih tidur dengan teddybear. suka menangis setiap kali kucing kesayangan kena buang dengan emak pasal kencing merata rata. yg masih tidur dengan emak setiap kali suami kerja malam. yg masih pergi kerja bawak bekal yg emak masak. yg hidup hanya mahu tinggal dengan emak.

kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup bangun tiap tiap pagi semata mata mahu rebuskan air untuk perempuan ini mandi pagi? sabar melayan setiap SETIAP karenah perempuan ini, yg selalu sabar setiap kali perempuan ini baling barang kesayangan bila mengamuk, yg selalu cium pipi perempuan ini dan berkata "comel isteri abang..." walaupun hakikatnya perempuan ini dalam keadaan paling hodoh sekali pd waktu itu.

kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup masak makanan kegemaran perempuan ini ketika perempuan ini merengek rengek lapar jam 3 pagi?yg menjaga perempuan ini ketika sakit, yg merawat setiap kesakitan dengan kasih sayang.

kalau bukan dia, adakah lelaki lain diluar sana yg sentiasa membuat perempuan ini percaya bahawa dia cantik, bijak dan terbaik? yg sentiasa meyakinkan perempuan ini bahawa cinta suci itu wujud dan benar ada?yg menghormati perempuan ini sbgmana perempuan ini layak dihormati?

kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup membuang ego dan sama sama menangis bila perempuan ini dihina dan dikeji kerana menjadi isterinya. adakah lelaki lain diluar sana yg sanggup meninggalkan harta dunia dan kemewahan hanya kerana mahu memperisterikan perempuan ini? adakah lelaki lain diluar sana yg sanggup berjuang demi cintanya untuk perempuan ini...

kisah cinta kita menggegar dunia, sayang. dan kisah kita sentiasa memberi harapan kepada orang lain diluar sana bahawa cinta sejati benar ada. dan i sgt bertuah kerana i adalah antara salah seorang yg merasai cinta sejati itu. 365 yang kita lalui selama ini indah, sayang.

i sering tertanya tanya, kebaikan apa yg i dah buat sehingga Allah kurniakan dia sbg suami i. lelaki yg sentiasa melihat kebaikan dalam diri i. yg sentiasa berjalan disisi i menongkah dunia yg keji.

happy first anniversary sayang.
aku cinta kamu
sampai mati.




7 comments:

Hani Ahmad said...

epy anniversary bunga,
semoga cinta kamu merkar seama nye..
so sweet.. doa kan i dpt hubby yg camtu jugak.. ;)

Mrs.Bunga said...

lagu favourite kita tu sayang.happy anniversary juga untuk sayang abang ni.terima kasih kerana sentiasa membahagiakan abang.semoga allah kurniakan syurga untuk sayang.amin insyaallah.

abang sayang kamu selalu.

Cik Puan Bunga said...

hani : tengs! insyaallah... tengOk blOg u yg bahagia tuh nanti2 u dapat hubby yg baik jugak.aminnnn!

hubby : BEE SELALU2 LAH COMMENT KAT BLOG I YEPPPPP! CINTA KAMU CINTA KAMU CINTA KAMU CINTA KAMU!

gadisLENSA said...

epi annvesry..moga bahgia hendaknye..

Cik Puan Bunga said...

thanks loi! :p

Auni Batrisyia said...

happy anniversary dear!!~
sweet sgt2 entry ni,i'm happy for u... =)

Cik Puan Bunga said...

thanks pwetty! :))