Hanis Zalikha ada
senarai kesyukuran beliau sendiri. jadi selepas membaca senarai keyukuran beliau yg berjumlah 66 kesemuanya, maka i pun terasa nak mewujudkan senarai kesyukuran sendiri. tapi heh tak adalah nak buat sampai 66. ada beberapa perkara yg i mensyukuri dalam hidup i yang tak berapa nak fabulous ni =_=.
and here it goes:
1. i bersyukur dilahirkan jadi anak abah dan emak, adik kepada Kakak Lily dan Kakak Fae juga kakak kepada adik
embun.
2. i bersyukur berjumpa, bercinta, bergaduh, bermerajuk dan bernikah dengan encik
suami =_=
3. i bersyukur walaupun tidak berapa pandai dalam subjek lain tapi masih cemerlang dalam english lalu jadi seorang guru english.
4. i bersyukur dapat tamat belajar tanpa masalah besar dan dengan kelas yang bagus =_=
5. i bersyukur ada kawan kawan yg selalu tolong dan nasihatkan i sewaktu jiwa kacau terutamanya kesayangan i iaitu
naddy.6. i bersyukur andak masih mahu join clanhentahhapehapehentah kami walaupun umur masing masing dah tua bangka.
7. i bersyukur setiap kali buat dosa *kecil/besar/sengaja/tidak sengaja* Allah terbitkan lagi niat mahu bertaubat (maknanya Allah sayang i lagi.)
8. i bersyukur dapat mengajar di sekolah yg dekat dengan rumah dan masih boleh tinggal dengan emak tanpa perlu risaukan soal nak bayar sewa rumah.
9. i bersyukur i tidak cacat fizikal mahupun mental dan masih boleh bezakan wang kecil dan wang besar =_=.
10. i bersyukur abah selalu rotan masa kecil kerana kalau tidak, i tak akan jadi seperti sekarang.
11. i bersyukur kerana pandai mengaji, berzanji, bermarhaban, dan lain lain lagi walaupun dulu masa kecil kalau suruh mengaji mesti ponteng main dalam kebun dengan Ajam.
12. i bersyukur tidak pernah rasa frust ditinggalkan kekasih dan tak perlu menangis kerana lelaki stupido.
13. i bersyukur emak selalu masakkan yg sedap sedap untuk perut i yg mengada ngada.
14. i bersyukur i anak jawa dan pandai bertutur dalam bahasa jawa dengan extreme lancar.
15. i bersyukur kerana memandu kereta savvy buatan Malaysia kerana ada diluar sana yg tidak ada basikal pun.
16. i bersyukur tinggal dalam rumah yang emak, abah dan kami sama sama dirikan. walaupun tak semewah org lain tapi cukup untuk kami hidup dengan bahagia =_=
17. i bersyukur suami seorang yg penyabar dan sayang i sangat sangat serta pandai masak.
18. i bersyukur kalau i marah students masih rasa takut.
19. i bersyukur dengan rupa yg tidak cacat dan sedap laa juga untuk dipandang walaupun tak lama =_=
20. i bersyukur dianugerahi Allah sifat baik hati walaupun kadang kadang i tak tahu macamana mahu tunjukkan kebaikan hati itu.
21. i bersyukur tidak ada masalah mahu terjerit jerit dirumah marahkan lotong yg main main atas kereta kerana rumah jiran tidak terlalu dekat.
22. i bersyukur ada kucing kucing yg comel iaitu GAIA, ANTANUM dan BLACK BLACK.
23. i bersyukur kerana emak dan abah sayang i.
24. i bersyukur setiap kali kawan kawan baik i (naddy, aloi, andak, linda) ingat dan rindui i.
25. i bersyukur i memandu kereta manual.
26. i bersyukur kerana dikurniakan sifat tabah walaupun tidak penyabar.
27. i bersyukur kerana pandai menghasilkan benda benda comel walaupun tidak pandai menjahit baju sendiri.
28. i bersyukur boleh membuatkan org ketawa dengan lawak i.
29. i bersyukur dilahirkan sebagai umat islam.
30. i bersyukur kerana sentiasa ingat mahu bersyukur setiap masa =_=
hokeh. cukuplah 30. akan dihapdet dari masa ke masa. alhamdulillah. supaya i tidak selalu bersungut lagi dan selalu rasa bersyukur setiap masa. insyaallah. =_=